Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Showing posts with label Perspective. Show all posts
Showing posts with label Perspective. Show all posts

A new Hope



source: google image


Assalamualaikum w.b.t
Hey guys!
Sekejap je kan dah masuk November ni.
Banyak perkara pahit dan manis kita dah tinggalkan dibelakang
Kenangan manis mungkin akan terpahat dalam ingatan
Tapi kenangan pahit kita akan cuba pastikan ia tidak akan berulang kembali


Bila bercakap pasal kenangan manis di bulan October ini terlalu banyak untuk aku kongsikan
Nak cakap kenangan pahit pun banyak juga
Ntah lah
Harap semua kenangan pahit itu tidak akan menghantui aku dibulan November ini


Well, just want to share with you guys bout my bad memories in October :(
Bagi yang friends dengan aku kat FB maybe tahu pasal ni
Btw nak cerita jugak. Heh
Do you guys still remember my audition for Pantene on September?
Actually, aku betul-betul terkejut yang aku telah dipanggil untuk audition semula untuk Top 100,
TAPI
TAPI


Malangnya email itu aku terima pada hari audition tu which is on 21 October lepas
Aku betul-betul sedih, marah, kecewa dan frustrated
Ini adalah disebabkan email gmail aku tidak synchronize secara automatic.
Means that I have to check it by manual everyday ;’(
Well what to do, nak rasa sedih atau marah pun sudah tidak berguna kan
Maybe this is my mistake too because I rarely check out my gmail, kalau yahoo memang aku selalu cek kerana dia synchronize secara automatic.
Ramai cakap pada aku, aku telah tolak tuah dan satu peluang baru dalam hidup aku
Walaupun mungkin aku tidak terpilih ke peringkat seterusnya
At least I still have the experience for Top 100 kan.


Tipulah kalau aku kata aku okay
Aku ni pun bukannya jiwa kental sangat
Teruk juga sebenarnya aku frust hari tu, haha
Menangis tak berlagu masa tu -_-
Sebenarnya aku tak lah berharap sangat untuk ke Shah Alam
Tapi yelah, bila kita dah mulakan sesuatu dengan baik mesti kita nak ada pengakhirannya yang lebih baik kan
That’s why aku rasa ralat sangat
Because of that one silly mistake
Btw, ramai nasihatkan aku untuk email kan kembali pada TV3
Untuk pospon kan audition tu,
But tak kan lah sebab aku seorang TV3 nak pospon kan.


But after all, walaupun aku sangat frust masa tu,
Allah bukakan pintu lain untuk aku
Mungkin ada hikmahnya aku tidak ke Shah Alam
Which is on 21 October juga, aku sudah mendaftar masuk di tempat kerja baru


So, even though I didn’t went to Shah Alam
Namun rezeki di Ipoh masih lagi terbuka untuk aku
Namun aku tetap berdoa agar cita-cita aku tidak akan terkubur macam tu saja
Aku masih berharap akan ada rezeki lain yang terbuka untuk aku di dalam bidang pengacaraan. :)


Kadang-kadang apa yang kita inginkan
Tidak semestinya kita akan dapat
Walaupun kita telah berusaha dengan kuat
Mungkin belum tiba masanya lagi kan
Kun Fa Ya Kun


Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menhendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah” maka terjadilah ia. {Yaasiin:82}


Sebenarnya terlalu banyak yang aku rencanakan untuk diri aku
Di mana dulu aku tidak berpeluang untuk melakukannya
Kini aku sudah berani keluar dari kotak sempit dan pengalaman terburuk aku dulu
Move on is the best part in my life
Sakit itu pasti, tapi bila kita berjaya mengharunginya ia adalah manis
Alhamdulillah


Till then,
-xoxo-
S


Sihir itu berdosa. Faham tak?



Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum uols 


Actually tadi pagi dapat berita yang anak jiran aku meninggal dunia. Al-fatihah untuk beliau. Muda lagi orangnya, about early 30 macam tu.


Ceritanya dia meninggal bukan sebab sakit ke apa. Hmm. Meninggal sebab kena buatan orang. Kesian kan. Dah lah beliau tu anak harapan keluarga :( 


Memanglah ajal maut semua di tangan Allah kan, but the way he died tu macam tak adil untuk diri dia. 


Actually, I really don't know what is exactly happen in our society. Pantang nampak orang lebih sikit, happy sikit, mulalah mendengki. Serious, sangat tak faham. Dah lah buat orang sampai mati. 


Siapa yang pernah terkena dengan benda-benda macam ni memang rasa azab dia macam mana. I've experienced it before. It's sucks, trust me. 


Bayangkan, sampai beribu ringgit berhabis pergi jumpa doktor, but doktor pun tak dapat kesan apa sakitnya, siap cakap "awak sihat". Bila pergi perubatan darus syifa baru tahu apa sakitnya. 


Beliau tak sempat habiskan berubat, tinggal lagi satu sesi je lagi. Kesian sangat sampai jadi kurus dan asyik muntah darah.



For those yang suka amalkan ilmu hitam tu, bawa bertaubatlah. Maybe for now, you're happy to get what you want, but remember kuasa Allah melebihi segalanya. Tak berkat pun buat orang macam tu. 


Dari Ibnu Abbas Radiallahu anhu, dia berkata, Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam bersabda:


Artinya : Barang siapa mempelajari sebagian dari ilmu nujum, berarti dia telah mempelajari sebagian dari ilmu sihir; semakin bertambah (ilmu yang dia pelajari), semakin bertambah pula (dosanya). source:- Almanhaj.or.id



ayat pendinding daripada sihir


Mungkin ada orang tu akan kelihatan baik sangat, macam pijak semut pun tak mati-mati semut tu. But who knows? Kita tak tahu hati orang kan. Walaupun kita buat sejuta kebaikan sekalipun, kalau orang dah busuk hati, kita tak kan pernah duga apa yang di mampu buat.


source:- blogammar.com
ada petua elak sihir
do check out his page


Buat baik pun orang dengki, kalau buat jahat lagilah kan. Macam-macam karenah manusia ni. *sigh*. I'm so sick facing this kind of people. 


p/s: You guys can check out my other entries ---- 

Till then,
-xoxo-

S


Cerita Panjang Yang Sukar Untuk Dipendekkan


Previous Entry : Benda dah jadi



Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t



Hai hai hai semua.  
Apa khabar? 
So sepanjang hampir 2 minggu berpuasa 
macam mana dengan keadaan korang? 
Macam iols okay la.



Cerita 1

Alhamdulillah sepanjang berpuasa ni, family aku tak mengamalkan pembaziran hikhik. Sometimes kan, aku pelik juga macam mana orang lain boleh makan berbagai lauk dalam satu masa. Heh. Macam kitorang adik beradik kan, cukup sekadar satu lauk (ikan / ayam / daging) dan satu sayur. Kira ibu aku selamatlah tak payah masak bebanyak untuk kitorang sekeluarga. Haha. Tapi tu pun ibu selalu tension nak fikir nak kena masak apa. Hihi. 


 


Contohnya macam hari tu, ibu masak ikan kukus cicah air asam, awrrrr sayur pula makan salad mentah gitu. Memang best. Ke sebab aku lapar sangat tak tahu lah. Hahaha. Tapi tu lah family aku, tak tahulah family korang guana kan. 


Dan beribu taniyaaa juga lah kepada aku dan keluarga sebab tak membazir membeli makanan kat bazar ramadhan. Sebab hari ke berapa puasa ntah abah ada pi bazar nak cari kurma, so dia ternampak orang jual ikan pais (macam ni kot ejaan dia) but then kitorang adik beradik buat macam tak nampak ikan tu, sebab tak sedap! So say no to bazar ramadhan! Yelah tak semua orang jual makanan tak best kan, ada je yang best, tapi bagi mengelakkan pisang berbuah kali ke2 so better aku elakkan. hihi sebab MEMBAZIR beli makanan yang tak sedap kan. Oh ya, tapi kalau air tu baru tadi abah beli air soya lengkong untuk adik aku yang boy tu sebab dia dah ngidam nak minum soya. 


Kitorang kat rumah jarang minum air ais ni sebab aku dengan adik-adik cepat batuk bila minum ais. So sepanjang ramadhan ni cuma 2x je abah beli air soya dari bazar selebihnya kitorang minum air masak suam je. Dan beribu taniyaa lagi pada kami adik beradik sebab berjaya mengurangkan pening kepala abah dan ibu dari membazirkan wang kahkah :p


Cerita 2

Alhamdulillah, sepanjang ramadhan kali ini, aku dapat mengerjakan solat terawih dengan baik walaupun di minggu pertama hari tu keadaan aku agak teruk dengan demam batuk dan selesema tapi aku masih berusaha nak mengerjakan terawih walaupun hanya 8 rakaat je. hikhik :3


 
Ni bukan gwa :p
Credit: Google Images 


Yang nak dijadikan ceritanya, aku pelik dengan sesetengah budak lah, nak kata budak kecil tapi dah besar, dalam usia 12-15 tahun macam tu, dah lah tak bersolat, lepas tu buat bising dalam surau. Kadang-kadang aku tak kusyuk juga bila dengar budak-budak ni ketawa. heh. Pelik aku, tak rasa segan ke lihat orang lain solat? 


Kalau budak kecil bawah 6-7 tahun nak berlari ke nak ketawa berguling pun aku tak berapa kisah sebab budak kan, tapi ni dah besar kot. Lagi besar dari badan aku pulak tu. Heh. Baik budak perempuan atau lelaki sama je. 


Tak senonoh betul, main kejar-kejar lah, main tuju-tuju batu lah, gelak berdekah-dekah. pftt. Apakah? Datang surau semata nak dating je ke adik wei? Getik betul aku tengok. Ada makcik-pakcik surau tegur pun masih buat dek je. Aku pula yang panas ahti tengok bebudak tu.


Dah lah mak-pak dorang pun solat sekali, pelik betul yang jenis mak-pak tak reti tegur anak ni. Kalau aku buat gitu, ibu dengan abah aku kompem dah belasah aku kalau menghenyam kat  surau gitu. Heh. Mujurlah aku ni tak reti buat gitu. hikhik


Nasihat ahkak untuk adik-adik yang baru nak belajar mengehenyam ni, bawa-bawalah berfikir, surau untuk beribadat bukan tempat dating atau padang nak main tuju-tuju batu! Malulah sikit kat orang lain. Heh



Cerita 3

Seperti yang kita semua tahu bila solat jemaah ni, mesti nak kena rapatkan saf kan. Yang aku pelik tu, ada je setengah makcik-makcik ni sayang sangat nak tinggalkan sejadah dia! Bukan sejadah milik sendiri pun, surau punya je ok. Heh. 


Kita suruh dia rapat ke kiri, boleh dia buat tak faham je, serious pelik dengan orang macam ni. Aigoo. Sedih bila lihat saf macam longgar-longgar sikit. Nak ditegur macam pangkat mak-mak kita je, mesti pandai fikir kan. Belajar agama dari pagi sampai malam, benda simple macam tu pun susah nak hadam. Haish. -_-

♥ Saf (prayers row). Keep your rows straight (during solah in congregational), for keeping the row straight is part of the perfection of Solah” (Al Bukhari and Muslim)

Terjemahan:

♥ Saf (baris dalam solat) Pastikan baris anda lurus (semasa solah berjemaah), menjaga barisan lurus adalah sebahagian daripada kesempurnaan Solah.(Al Bukhari dan Muslim) [Credit : Tasneem (Walk and Talk)]


  

 Look below how we should stand shoulder to shoulder leaving no gaps. This goes to the both feets.

Lihat di bawah bagaimana kita harus berdiri bahu antara bahu tanpa ada jurang. Ini juga berlaku kepada kedua-dua belah kaki.


 
Credit : Tasneem (Walk and Talk)



p/s: Sekadar pandangan peribadi, tiada kaitan antara hidup dan matik
:D
Meh follow instagreng iols ok
@itsmesyazana
:3



Till then,
-xoxo-
S



Benda dah jadi pun.



 
Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t


doa dan harapan hari ini
via -S- insta
siapa ada insta boleh follow iols
sebab iols lebih banyak update di insta dari belog sekarang
:)  




"Walaupun kuasa di tangan suami, tetapi hak berpoligami turut memerlukan persetujuan isteri. Jangan aniaya isteri. - Hafiz Hamidun"



Untuk wanita,
Semoga insan yang bernama D itu tabah,
I know your feeling right now,
We are in the same shoes,
But in different stories.


Like my sis (kak miemie) told me
Kita semua ada kisah cinta yang hampir sama
Yang membezakannya SITUASI dan KEADAAN

 
Bertabahlah.
Saya doakan anda kuat semangat
Ini sahaja yang mampu saya katakan.


Untuk wanita ke dua,
Mungkin harini anda bahagia
atas tangisan orang lain.

 
Namun percayalah,
Allah tak kan biarkan umatnya
yang teraniaya begitu sahaja.


What comes around goes around,
Hari ini lelaki ini boleh buat begini pada wanita pertamanya,
Tak mustahil dia juga boleh buat begitu pada wanita keduanya


Untuk lelaki,
Hargailah sidia,
Jangan perlakukannya macam sampah,
Bila sayang, di manja, di cinta,
Bila cinta makin kurang, mula nak cari orang lain.


Persoalannya sekarang
Orang tak marah pun nak pasang baju 2 3 4 helai
Lihat contoh Salleh Yaakob.
He is cool to deal with it,
No lies, very transparent,
So everyone was happy.


But this,
Lies everywhere,
But that is you man,
The thing is already happen,
So no turning back,
Hope bahagia je lah.


"Curang Is Not A Mistake. Is A Choice - Tiara Fazlin"
 



p/s: Tiada kaitan antara sesiapa yang hidup atau matik.
Sekadar mengulas isu semasa
Nak terasa? 
This is my perspective, I don't give a damn.


Kbai
Till then,
-xoxo-
S
 

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !