Previous entry: Bye Nora
selamat pagi semua :)
pagi ni sementara belum start kerja aku nak
share isu sihir / pukau / santau.
harap boleh jadi panduan dan boleh mengatasi
masalah ni :)
p/s: sumber dari email yang ada orang forward.
==============
ANGKARA
SIHIR DAN KESANNYA
Sihir
adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara
mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara
tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar
melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan
kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
Terdapat
pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti
berikut:
1. SIHIR PEMISAH
Takrif
dan pengertiannya:
•
Memutuskan hubungan anak dan ibu.
•
Memutuskan hubungan anak dan ayah.
•
Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
•
Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
•
Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
•
Memisahkan antara suami dan isterinya.
Tanda-tanda
sihir pemisah:
•
Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
•
Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
•
Enggan memohon maaf.
•
Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
•
Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
•
Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.
2. ILMU GUNA-GUNA
Sihir
ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.
Tanda-tanda:
1.
Asmara cinta yang keterlaluan.
2.
Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
3.
Cenderung melakukan hubungan seksual.
4.
Sukar mengawal cinta.
5.
Rindu bayang yang berlebihan.
6.
Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
7.
Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
8.
Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).
Sebab-sebab:
•
Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
•
Mencuba dan ingin tahu.
•
Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
•
Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
•
Melariskan peniagaan.
•
Mendapatkan pengikut.
Kesan-kesannya:
•
Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
•
Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami
membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir
menggunakan sihir tersebut.
•
Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya
sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara
perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.
SIHIR YANG DIHALALKAN
Berhias
dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat
sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum
manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan
kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.
3. SIHIR MEMPERDAYAKAN
PANDANGAN (SILAP MATA)
Tukang
sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan
azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai
melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.
Tanda-tanda
Hinopsis:
•
Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
•
Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
•
Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah
nabi Musa.
•
Seperti kain / api berubah menjadi burung.
4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA
Tanda-anda
Sihir Gila:
•
Binggung dan lupa sesuatu.
•
Kacau dalam perbicaraan.
•
Mata kuyu (monyok).
•
Tidak boleh tenang di satu tempat.
•
Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
•
Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
•
Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di
tempat-tempat sunyi.
5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK
BERMAYA
Tanda-Tanda:
•
Suka berseorangan / menyendiri.
•
Tidak bercakap / pendiam.
•
Tidak suka berjumpa orang.
•
Fikiran meracau / terganggu.
•
Selalu pening.
•
Selalu lesu dan tidak bermaya.
•
Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.
6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN
Tanda-tandanya:
•
Selalu mengalami mimpi ngeri.
•
Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
•
Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat
orangnya.
•
Selalu was-was.
•
Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
•
Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
•
Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.
Bagaimana
Sihir Ini Dilakukan?
Tukang
sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada
waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur
berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika
jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar
suara-suara aneh.
7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT
Tanda-tandanya:
•
Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
•
Saraf tersumbat.
•
Lumpuh salah satu anggota tubuh.
•
Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
•
Lumpuh keseluruhan badan.
Bagaimana
Berlakunya Sihir ini?
Jin
akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang
sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu,
aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:
1.
Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga
anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan
lumpuh.
2.
Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
3.
Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa
menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.
8. SIHIR PENDARAHAN
Sihir
ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan
darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah
(s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran
darah".
Pengertian
Pendarahan
Dikenali
oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut
pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak
kira sedikit atau banyak.
9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN
Tanda-tandanya:
•
Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
•
Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
•
Melihat pelamar bermuka hodoh.
•
Banyak berfikir (fikiran melayang)
•
Selalu gelisah waktu tidur.
•
Selalu rasa sakit di perut.
•
Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.
Cara
berlakunya Sihir ini
Jin
akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
•
Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami
yang melamarnya.
•
Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.
SIHIR PUKAU
TANDA-TANDA
TERKENA SIHIR PUKAU:
•
Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi
besar atau sebaliknya.
•
Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
•
Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang
walaupun tidak dengan kerelaan hati.
•
Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang
dirinya
•
Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
•
Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
•
Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
•
Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
•
Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.
PUKAU
BOLEH BERLAKU MELALUI:
•
Hembusan asap rokok.
•
Tenungan mata.
•
Perbualan.
•
Minuman
•
Handphone (percakapan dan sms).
•
Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.
PUNCA
SIHIR:
•
Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
•
Putus pertunangan.
•
Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
•
Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
•
Rebutan harta pusaka.
•
Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
•
Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
•
Mencuba kehebatan ilmu.
•
Mendapatkan keuntungan duniawi.
MELINDUNGI DIRI DARIPADA
GANGGUAN DAN SIHIR:
•
Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh nabi s.a.w.
•
Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
•
Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
•
Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
•
Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum
tidur.
•
Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
•
Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
•
Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan
berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
•
Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.
p/s: semoga
kauorang berhati-hati dalam setiap langkah, tak semua orang tu akan suka /
senang melihat kita happy.
Till
then,
-xoxo-
S
9 comments:
menakutkan....tanx 4 sharing!
takut la...
ta baek sihir2 org nih..ta maju mane pon :)
teringat lak time form 3 dulu..
bljr kot benda2 sihir ni dlm pendidikan islam..haha
sihir ni memang bahaya... rosak badan rosak hubungan...
ada gak sihir halal....den rasa...semua sihir haram....ahakz
bestnye info ni...
cara tuk menangkisnye
ialah perbayakkan amalan kepd Allah...
Amin...
bnda tu haram, syirik & menyekutukan Allah.. sape yg amalkn bnda ni akn dpt balasan yg pling hebat.. biasanya kt dunia da dibayar cash
nice sharing
@ biawak goreng
memang menakutkan.
btw welcome
@ halila ibrahim
memang takut kak =,="
@ syrupmasin
orang yg mengamalkan sihir ni tak ke mana pun
@ far8 budak baik
sejak dari sekolah memang di didik bahawa benda ni haram, tapi dorang still buat gak. haish.
@ ticer wann
bukan setakat tu saje rosak. bleh jadi giler bile dah terjebak.
@ jeBateja
maksud sihir halal tu cuma kiasan je, maksudnya bersiap cantik depan suami dengan kasih sayang (bukan erti lain macam pakai susuk tu.) hihi
@ shamsuddin amin
kene kuat iman jugak kalau nak lawan benda2 macam ni
@ niena shopping2u
dah banyak contoh yg allah bg cash :D
Post a Comment