Previous Entry: Startwalk Ipoh 2014
Assalamualaikum w.b.t
Hey guys, what’s up?
Since semalam a lil bit kecoh mengenai remaja
OKU (Orang Kelainan Upaya) yang berusia 15 tahun yang telah dikurung ibunya.
Mengucap panjang saya baca artikel tu
It’s really hurt me a lot.
Saya tak boleh dengar atau lihat orang memperlakukan sebegini pada anak OKU
sebabnya saya pun ada adik OKU
Dan Alhamdulillah, kami sekeluarga sememangnya sangat menyayanginya
Marah sikit-sikit tu biasalah kan
Saya sakit ahti sangat dengan issue ini
Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam. Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari. “Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun.
Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya. Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). “Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.
Keratan akhbar, tulis mak dia kata dia
mengalami kesempitan hidup dan sibuk bekerja.
I can’t stop laughing. LOL
What on earth that you’ve been living lah makcik?
I know, I can’t judge her.
But referring to her statement, seriously really
ridiculous and STUPID.
Yeah, it is stupid. S-T-U-P-I-D
How could – a mother do this to her own child?
Anak sendiri tu, darah daging. Tak kan sekelumit pun tak
terasa sedih buat anak macam tu?
Anak OKU ke atau anak normal still, still anak
sendiri
Mereka tetap anugerah Tuhan.
Macam mana boleh kata tak tahu prosedur memohon
bantuan kat JKM?
For me, bukannya tak tahu, tapi memang tak
berusaha.
Hairan saya bila mak nya cakap mereka tak mampu.
Tinggalkan anaknya diatas faktor kemiskinan.
Ini bukan Somalia atau mana-mana negara kat Afrika tu
Tapi kenapa anak yang lagi seorang elok, bersih
dan kemas terjaga?
Kenapa yang anak OKU dibiarkan?
Update facebook boleh pula, ada masa. Kemain
gambar mak nya. (ada orang sebarkan facebook emaknya)
Yeah we don’t know what happen to her
Sebab few years ago dia memang jaga anak dia
dengan baik
Looking at all her caption pictures looks like
she care at her son
Tiba-tiba sahaja dia tinggalkan anak dia, yeah
mungkin ada sesuatu terjadi
Mungkin suami barunya tak suka anaknya ke kan
Tapi bagi saya, whatever is she trying to say and
defense herself
I don’t believe at all. Its all rubbish and crap
Anak anugerah tuhan, sebagai ibu dia kena jaga
anaknya sebaiknya
Bukan biarkan begitu saja.
Untuk issue macam ni, saya tak dapat nak ber
hudznuzon
Tell me, celah mana perlu saya hudznuzon?
Sepatutnya, sebagai emak yang mempunyai anak oku
Dia patut bangga sebab dia insan yang dipilih Allah
S.W.T untuk diuji
Allah bagi peluang nak dapat pahala free.
Btw, bukan emaknya sahaja yang kena dihadapkan ke
muka pengadilan
Bapaknya pun sama.
Memang bukan mudah nak jaga anak OKU ni,
Ia memang betul.
Memang memerlukan kesabaran yang tinggi. ---
SANGAT TINGGI
Tapi if tinggalkan anak OKU sebegitu atas alas an
nak bagi dia berdikari
Ia memang alasan paling bodoh yang mampu saya
katakan
Semoga JKM dapat membantu anak ini dan nasibnya
lebih terbela.
Till then,
-xoxo-
S