Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Sihir itu berdosa. Faham tak?



Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum uols 


Actually tadi pagi dapat berita yang anak jiran aku meninggal dunia. Al-fatihah untuk beliau. Muda lagi orangnya, about early 30 macam tu.


Ceritanya dia meninggal bukan sebab sakit ke apa. Hmm. Meninggal sebab kena buatan orang. Kesian kan. Dah lah beliau tu anak harapan keluarga :( 


Memanglah ajal maut semua di tangan Allah kan, but the way he died tu macam tak adil untuk diri dia. 


Actually, I really don't know what is exactly happen in our society. Pantang nampak orang lebih sikit, happy sikit, mulalah mendengki. Serious, sangat tak faham. Dah lah buat orang sampai mati. 


Siapa yang pernah terkena dengan benda-benda macam ni memang rasa azab dia macam mana. I've experienced it before. It's sucks, trust me. 


Bayangkan, sampai beribu ringgit berhabis pergi jumpa doktor, but doktor pun tak dapat kesan apa sakitnya, siap cakap "awak sihat". Bila pergi perubatan darus syifa baru tahu apa sakitnya. 


Beliau tak sempat habiskan berubat, tinggal lagi satu sesi je lagi. Kesian sangat sampai jadi kurus dan asyik muntah darah.



For those yang suka amalkan ilmu hitam tu, bawa bertaubatlah. Maybe for now, you're happy to get what you want, but remember kuasa Allah melebihi segalanya. Tak berkat pun buat orang macam tu. 


Dari Ibnu Abbas Radiallahu anhu, dia berkata, Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam bersabda:


Artinya : Barang siapa mempelajari sebagian dari ilmu nujum, berarti dia telah mempelajari sebagian dari ilmu sihir; semakin bertambah (ilmu yang dia pelajari), semakin bertambah pula (dosanya). source:- Almanhaj.or.id



ayat pendinding daripada sihir


Mungkin ada orang tu akan kelihatan baik sangat, macam pijak semut pun tak mati-mati semut tu. But who knows? Kita tak tahu hati orang kan. Walaupun kita buat sejuta kebaikan sekalipun, kalau orang dah busuk hati, kita tak kan pernah duga apa yang di mampu buat.


source:- blogammar.com
ada petua elak sihir
do check out his page


Buat baik pun orang dengki, kalau buat jahat lagilah kan. Macam-macam karenah manusia ni. *sigh*. I'm so sick facing this kind of people. 


p/s: You guys can check out my other entries ---- 

Till then,
-xoxo-

S


Qasidah Malam Cinta Rasul - Habib Syech Asseggaf


Previous Entry: Movie | Om Shanti Om

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum uols :D


Cerita 1
Semalam (Jumaat, 23-Aug-13) cousin aku si Iffah tu turun Ipoh, dia ajak aku pergi ke Qasidah Malam Cinta Rasul di Dataran MBI, Ipoh. Aku pun okay je lah, yelah dari duduk menganga kat rumah takde pahala baik aku follow pergi ke tempat-tempat cenggini. Hiks. Yelah at least dapat juga pahala berselawat ke atas Nabi kan. FYI, this is my really 1st timer pergi ke tempat-tempat macam ini. So, I’m a lil bit of excited. Frankly to say it is the most awesome ‘concert’ ever and much more better than Linkin Park or Metalicca concert. So rasa sedih tak pergi concert LP hari Isnin baru-baru ni dah hilang. Hihi.

At 8.20 pm, my dad has sent us there. Seriously, ramai giler manusia ok. Yang paling buat hati tersentuh kan, bila lihat budak-budak kecil ni (maybe budak tahfiz dan berumur dalam 7-9 tahun) bila berjubah dan berserban. Gash! They are really cute! Geram betul, comel je, terus rasa melting. Btw, sambil jalan-jalan tu, sempat juga aku usha keadaan sekeliling kan. Manalah tahu boleh jumpa bakal boyfriend to be dari sekolah tahfiz ni? Eh? HAHAHA. Pftt.. Niat aku dah terpesong ni. Hiks.


Malam Cinta Rasul
Venue : Dataran MBI, Ipoh
Time/Date: 9.00 p.m / 23 August 2013


Cerita 2
Oh ya, before gerak ke dataran tu, aku tercicirkan handphone aku. Mujurlah aku sedar handphone takde. Tu pun nasib baik aku teringat sebab nak tuit-tuit. Hahaha. Aku call abah suruh dia cek whether handphone aku tu ada dalam kereta ke tak. Aku mula cuak bila abah kata takde -________- Then aku ajak si Iffah ni pergi ke tempat mula-mula abah aku drop kitorang tu. Heh. Masa tu aku just tawakal je handphone tu dalam kereta. And guess what, handphone aku jatuh kat tempat aku turun tu! And lucky me, nasib baik tak kena gelek dengan kereta yang tengah parking tu! Kalaulah kereta tu reverse sikit je, confirm handphone aku tu dah arwah :( Even semakphone aku tu RM50 (handphone rebate woi! haha) but still semakphone kan. Hewhew.


 Lega weh jumpa nyawa balik!
Busy twit-twit letewww hahaha

Ok, lepas dah jumpa phone tu, kitorang cari lah tempat duduk yang bersesuaian. Kalau tahu just duduk atas dataran tu macam tu je, confirm aku bawa paper atau tikar untuk buat lapik tempat duduk, mujur rumput kering je. And lucky us AGAIN, dapat duduk atas tikar yang pihak MBI provide tu. Hihi.

 HOBBY! Cam-whoring :3
with my cousin ;- Iffah Aqilah


Cerita 3
Bila majlis tu bermulakan, 1st qasidah ialah Ya Hanana, aku rasa sebak je bila dengan Habib Syech Assegaf alunkan suara dia. Seriously sedap giler. Sepanjang 2 jam lebih kat situ, rasa lebih calm, siapa yang rapat dengan aku mesti tahu baru-baru ni aku tengah semak-serabut kepala otak. HAHAHA. So Alhamdulillah it makes me calmer. Weeee :)

After habis selawat tu ada tazkirah sikit. Penceramah tu aku tak sure siapa, dekat banner haritu aku nampak jemputannya Ustaz Kazim Elias, tapi tak nampak pula dia ada. Hewhew ke aku yang rabun tak sure lah. HAHA

Then, sambung balik berselawat dan berqasidah, the most part yang rasa berjiwa patriotic tiba-tiba bila dipenghujung program semua orang bangun untuk berselawat dan juga menyanyikan lagu Negaraku. :D

Btw, aku nak share sikit cerita yang penceramah tu ceritakan sikit malam tadi tentang bertapa hebatnya berselawat ke atas nabi ini. (p/s: harap faham lah apa yang aku nak sampaikan ini sebab aku cerita mengikut apa yang aku faham, haha mujur aku record tazkirah tu. Kihkih) 



Riwayat/Cerita yang ganjil --- Ibn Al-Mubarak

Pada suatu ketika, beliau selalu bawa Jemaah menunaikan haji setiap tahun. Sambil memerhatikan orang yang bertawaf tu, dia rasa pelik bila lihat seorang budak ni bertawaf sambil terkumat kamit dan mengangkat kaki dan tawaf dengan lambat sekali. So dia pun tegurlah budak tu dan bertanya kenapa tawaf macam tu kalau macam tu bila tawaf nak habis.

Budak tu pun berkata "Setiap kali saya angkat kaki, saya akan berselawat kepada nabi kerana saya datang dari daerah kecil di Iran dan datang dengan kabilah dan saya diamanahkan untuk menjaga ayah saya untuk menunaikan haji. Pada suatu ketika, kabilah ajak berhenti dan saya lihat wajah ayah saya pucat dan ada tanda-tanda kematian yang makin hampir.

Bila ayah dia meninggal, agak mengejutkan bila wajah dan jasad ayahnya berubah menjadi khinzir. Dia berdoa dan bersolat pada Allah agar tukarkan kembali wajah ayahnya kepada asalnya. 

Selepas berdoa, tetiba ada satu lelaki bagi salam dan minta izin masuk ke dalam khemah untuk melihat mayat ayahnya. Lelaki itu pun terus buka kain lapik mayat ayahnya dan menyapu tangannya daripada kepala sehingga kaki jasad mayat. Kemudiaan dengan izin Allah, jasadnya ayahnya bertukar kepada manusia semula. Subhanallah. 

Budak itu sempat bertanya, “Tuan, siapakah tuan ini?” Lelaki itu berpaling dengan wajah yang bercahaya. “Kamu tidak kenalkah aku? Aku Rasulullah, Aku datang pada malam ini dengan perintah Allah. Ayah kamu memang seorang yang banyak buat dosa, tapi satu perkara yang tidak pernah dia tinggalkan dalam hidupnya ialah tiap-tiap malam sebelum dia nak menutupkan matanya untuk tidur, dia tidak pernah lupa untuk berselawat padaku. Maka hari ini Allah perintahkan aku agar memberikan syafaat padanya.”

 
p/s: Walaupun cerita ini hanyalah riwayat yang ganjil namun kita boleh ambil iktibar atasnya kan :).
Bajet retis letewww hahaha


With my cousin ;- Iffah Aqilah
Masa ni, kitorang suruh budak perempuan mana ntah tolong ambilkan gambar. kihkih
Maaf lupa tanya nama adik tu, kalau tak glamer nama adik masuk belog akak ni
:3


INFO

 Buku Mega Mawlid 2013, Malam Dambaan Cinta Rasul
Source; Buku Iffah
p/s: buku ni Iffah beli waktu Qasidah kat Stadium Shah Alam haritu.


Qasidah
Qasidah merupakan  syair yang dilagukan , manakala, selawat berupa doa kesejahteraan ke atas baginda Nabi Muhammad SAW. Alunan qasidah dan selawat kini sudah semakin dikenali oleh masyarakat Muslim. Bait-baitnya mungkin sama, tetapergi ke lagunya berbagai-bagai versi. Kini ia menjadi pergi kelihan sebagai penyeri sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan, kelahiran dan kenduri kesyukuran. Bahkan ia juga sudah menjadi halwa telinga kegemaran buat para pencinta kebaikan dan perindu kekasih Allah, Rasulullah SAW. Kini ia menjadi satu fenomena yang baik dan patut disyukuri. – Source; Buku Mega Mawlid 2013, Malam Dambaan Cinta Rasul


Ya Hanana

Ya Hanana versi Habib Syech Asseggaf


Ya Hanana versi Almawlid


Habib Syech Asseggaf
Salah seorang tokoh qasidah yang terulung masa kini ialah Habib Syech bin Abdul Qadir Asseggaf. Beliau berasal dari Indonesia dan merupakan keturunan Rasulullah SAW dari keluarga Asseggaf. DIlahirkan pada 20 September 1961, merupakan salah seorang putera dari 16 bersaudara dan cahaya mata kepada al-Habib Abdul Qadir bin Abdulrahman Asseggaf (tokoh alim dan imam Masjid Jami’ Assegaf di Pasar Kliwon Solo). – Source; Buku Mega Mawlid 2013, Malam Dambaan Cinta Rasul

Source; Google


Almawlid
Al Mawlid ini sebuah kumpulan nasyid. Yang menariknya semua ahli kumpulan ini terdiri daripada ahli kumpulan Innuendo, Ruffedge dan VE. Penghijrahan diri Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Abdullah Ahmad (Lah VE), Zafri Nazarudin (Zaf VE), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge) juga telah membuatkan mereka sepakat memperjuangkan lagu-lagu berbentuk dakwah. – Source; Google


Almawlid
Source; Google


So after all, do enjoy my writing OK :D

Till then,
-xoxo-
S

Doa Elak Sihir


Assalamualaikum




Bacaan doa / surah bagi mengelakkan sihir
SURAH AN-NISA ayat 84
SURAH YUSOF ayat 64
SURAH AL-MUKMINUN ayat 97-98

Doa membatalkan sihir
SURAH YUNUS ayat 80-82.

Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.  sumber: dari blog fiza rahman


p/s: Apa-apa pun sentiasalah berdoa, usaha dan tawakkal. 
Semoga dipermudahkannya. 
Yang paling penting solat jangan ditinggalkan 
(pengajaran buat diri sendiri juga) 




Till then,
-xoxo-
S

Tips| Sihir / Pukau / Santau (PERISAI KEBAL MENGHADAPI ILMU HITAM)


Previous entry: Bye Nora

selamat pagi semua :)

pagi ni sementara belum start kerja aku nak share isu sihir / pukau / santau.

harap boleh jadi panduan dan boleh mengatasi masalah ni :)

p/s: sumber dari email yang ada orang forward.

==============

ANGKARA SIHIR DAN KESANNYA

Sihir adalah perbuatan yang berkaitan dengan jin yang menyebabkan perubahan secara mendadak tanpa diketahui sebabnya. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.

Terdapat pelbagai jenis sihir yang terjadi dalam masyarakat kita, antaranya seperti berikut:

1. SIHIR PEMISAH

Takrif dan pengertiannya:
• Memutuskan hubungan anak dan ibu.
• Memutuskan hubungan anak dan ayah.
• Memutuskan hubungan seseorang dengan saudaranya.
• Memutuskan hubungan seseorang dengan kawannya.
• Memutuskan hubungan antara dua rakan kongsi.
• Memisahkan antara suami dan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah:
• Perubahan secara tiba-tiba dari sayang menjadi benci.
• Berlaku keraguan melampau antara suami isteri.
• Enggan memohon maaf.
• Membesar-besarkan perselisihan yang kecil.
• Suami melihat isterinya berwajah hodoh dan sebaliknya.
• Benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh pasangan.

2. ILMU GUNA-GUNA

Sihir ini juga dikenali sebagai Ilmu Pengasih atau Pemikat.

Tanda-tanda:

1. Asmara cinta yang keterlaluan.
2. Berubah secara spontan dari benci kepada suka.
3. Cenderung melakukan hubungan seksual.
4. Sukar mengawal cinta.
5. Rindu bayang yang berlebihan.
6. Patuh secara membuta tuli tanpa dapat dikawal.
7. Mimpi bersetubuh dengan orang yang menyihirnya.
8. Menjadi tumpuan orang ramai walaupun tidak seberapa (kedai).

Sebab-sebab:
• Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara suami isteri.
• Mencuba dan ingin tahu.
• Perasaan cemburu, cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.
• Melakukan aniaya terhadap wanita yang pernah menghampanya.
• Melariskan peniagaan.
• Mendapatkan pengikut.

Kesan-kesannya:
• Adakalanya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
• Adakalanya kesan daripada sihir itu tersasar atau tersalah tuju sehingga suami membenci isterinya. Ini akibat daripada sesetegah tukang sihir yang tidak mahir menggunakan sihir tersebut.
• Adakalanya seorang isteri mengenakan sihir beberapa kali supaya suaminya hanya sayang kepadanya sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang ada hubungan kekeluargaan.

SIHIR YANG DIHALALKAN

Berhias dan mencantikkan diri di hadapan suami. Menjaga supaya suaminya tidak melihat sesuatu yang buruk darinya, tidak mencium bau yang tidak enak, selalu senyum manis, berkata baik, lembut, menjaga harta suami, menjaga anak-anak dengan kasih sayang, mentaatinya selagi tidak menyuruh perkara maksiat kepada Allah.

3. SIHIR MEMPERDAYAKAN PANDANGAN (SILAP MATA)

Tukang sihir membawa sesuatu, kemudian mengucapkan jampi-unsur syiriknya dan azimat-azimat kekufuran lalu meminta bantuan syaitan sehingga orang ramai melihat sesuatu itu tidak sebagaimana hakikat sebenar.

Tanda-tanda Hinopsis:
• Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak atau sebaliknya.
• Melihat yang kecil menjadi besar atau sebaliknya.
• Seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.
• Seperti kain / api berubah menjadi burung.

4. SIHIR YANG MEMBUAT GILA

Tanda-anda Sihir Gila:
• Binggung dan lupa sesuatu.
• Kacau dalam perbicaraan.
• Mata kuyu (monyok).
• Tidak boleh tenang di satu tempat.
• Tidak boleh tetap melakukan pekerjaan tertentu.
• Tidak mengambil berat tentang penampilan (selekeh).
• Sampai kesatu tahap ia tidak sedar dirinya sedang berjalan dan tidur di tempat-tempat sunyi.

5. SIHIR MEMBUAT ORANG TIDAK BERMAYA

Tanda-Tanda:
• Suka berseorangan / menyendiri.
• Tidak bercakap / pendiam.
• Tidak suka berjumpa orang.
• Fikiran meracau / terganggu.
• Selalu pening.
• Selalu lesu dan tidak bermaya.
• Hilang semangat apabila tiba di tempa kerja.

6. SIHIR MENDENGAR PANGGILAN

Tanda-tandanya:
• Selalu mengalami mimpi ngeri.
• Bermimpi mendengar orang memanggil nama.
• Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya.
• Selalu was-was.
• Selalu syak wasangka terhadap teman dan orang-orang yang mencintainya.
• Mimpi seolah-olah jatuh dari tempat tinggi.
• Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

Bagaimana Sihir Ini Dilakukan?
Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikan tugasnya untuk mengganggu mangsa pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidur berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya, ketika jaga mangsa mendengar suara seseorang yang dikenalinya atau mangsa mendengar suara-suara aneh.

7. SIHIR MEMBUAT PENYAKIT

Tanda-tandanya:
• Selalu sakit pada salah satu anggota badan.
• Saraf tersumbat.
• Lumpuh salah satu anggota tubuh.
• Tidak berfungsi salah satu pancaindera.
• Lumpuh keseluruhan badan.

Bagaimana Berlakunya Sihir ini?
Jin akan ditugaskan menetap di otak, benar-benar di tempat yang dikehendaki tukang sihir seperti di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya. Ketika itu, aggota tubuh mangsa berada di antara 3 keadaan:

1. Menghalang isyarat-isyarat / arahan otak sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tidak berfungsi menyebabkan mangsa menjadi bisu, buta, tuli dan lumpuh.
2. Membiarkan tubuh berfungsi dan kadangkala menghalangnya daripada berfungsi.
3. Membiarkan otak memberikan isyarat melampau dan cepat anggota tubuh mangsa menjadi kaku dan tidak bergerak walaupun tidak sampai ketahap lumpuh.

8. SIHIR PENDARAHAN

Sihir ini hanya berlaku kepada wanita. Jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, di mana jin akan berjalan bersama-sama aliran darah. Sabda Rasullullah (s.a.w.): "Syaitan berjalan dalam tubuh manusia melalui peredaran darah".

Pengertian Pendarahan
Dikenali oleh ahli feqah sebagai darah istihadah dan dikalangan doktor biasanya disebut pendarahan. Kemungkinan pendarahan ini berlangsung hingga beberapa bulan tidak kira sedikit atau banyak.

9. SIHIR MENAHAN PERNIKAHAN

Tanda-tandanya:
• Pening kepala yang berterusan, sekalipun diberikan ubat oleh doktor.
• Sesak di dada terutamanya selepas asar hingga tengah malam.
• Melihat pelamar bermuka hodoh.
• Banyak berfikir (fikiran melayang)
• Selalu gelisah waktu tidur.
• Selalu rasa sakit di perut.
• Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir ini

Jin akan ditugaskan melakukan satu di antara dua:
• Masuk ke dalam tubuh wanita menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang melamarnya.
• Jin menukarkan wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

SIHIR PUKAU

TANDA-TANDA TERKENA SIHIR PUKAU:
• Melihat sesuatu tidak sebagai sebenarnya seperti melihat benda kecil menjadi besar atau sebaliknya.
• Melihat wajah yang cantik menjadi buruk atau sebaliknya.
• Menjadi bingung, tidak boleh bercakap dan menuruti permintaan seseorang walaupun tidak dengan kerelaan hati.
• Tidak sedar akan diri sendiri walaupun ditanya sesuatu yang berkaitan tentang dirinya
• Rasa mengantuk yang terlalu luar biasa.
• Rasa begitu tertekan sehingga fikiran menjadi buntu.
• Rasa benci terhadap orang yang patut disayangi seperti suami isteri.
• Rasa kasih yang keterlaluan terhadap seseorang.
• Berjalan menuju ke suatu tempat dalam keadaan tidak sedar atau ketika tidur.

PUKAU BOLEH BERLAKU MELALUI:
• Hembusan asap rokok.
• Tenungan mata.
• Perbualan.
• Minuman
• Handphone (percakapan dan sms).
• Membuang najis dan membuang pakaian buruk di hadapan rumah.

PUNCA SIHIR:
• Masalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
• Putus pertunangan.
• Masalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
• Rebutan pangkat kedudukan dalam masyarakat.
• Rebutan harta pusaka.
• Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
• Cemburu, jahat sangka dan seumpamanya.
• Mencuba kehebatan ilmu.
• Mendapatkan keuntungan duniawi.

MELINDUNGI DIRI DARIPADA GANGGUAN DAN SIHIR:
• Sentiasa berzikir dengan zikir yang diwariskan oleh nabi s.a.w.
• Menyebut nama Allah dalam setiap pekerjaan.
• Menyebut nama Allah setiap kali masuk ke dalam tempat gelap.
• Jangan menyakiti binatang seperti anjing dan kucing.
• Jangan tidur bersendirian, jika terpaksa berwuduklah dan membaca doa sebelum tidur.
• Jangan membuang air kecil ke mana-mana lubang atau takungan air.
• Jangan membunuh ular yang masuk kedalam rumah sesewang-wenangnya.
• Jangan mendedahkan aurat kasar didalam rumah dan jangan selalu bersolek dan berhias kerana timbul rasa ghairah jin jantan terhadap wanita itu.
• Jangan membuang benda berat tanpa menyebut nama Allah.

p/s: semoga kauorang berhati-hati dalam setiap langkah, tak semua orang tu akan suka / senang melihat kita happy.  
 



Till then,
-xoxo-
S


Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !