Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Cerita Panjang Yang Sukar Untuk Dipendekkan


Previous Entry : Benda dah jadi



Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t



Hai hai hai semua.  
Apa khabar? 
So sepanjang hampir 2 minggu berpuasa 
macam mana dengan keadaan korang? 
Macam iols okay la.



Cerita 1

Alhamdulillah sepanjang berpuasa ni, family aku tak mengamalkan pembaziran hikhik. Sometimes kan, aku pelik juga macam mana orang lain boleh makan berbagai lauk dalam satu masa. Heh. Macam kitorang adik beradik kan, cukup sekadar satu lauk (ikan / ayam / daging) dan satu sayur. Kira ibu aku selamatlah tak payah masak bebanyak untuk kitorang sekeluarga. Haha. Tapi tu pun ibu selalu tension nak fikir nak kena masak apa. Hihi. 


 


Contohnya macam hari tu, ibu masak ikan kukus cicah air asam, awrrrr sayur pula makan salad mentah gitu. Memang best. Ke sebab aku lapar sangat tak tahu lah. Hahaha. Tapi tu lah family aku, tak tahulah family korang guana kan. 


Dan beribu taniyaaa juga lah kepada aku dan keluarga sebab tak membazir membeli makanan kat bazar ramadhan. Sebab hari ke berapa puasa ntah abah ada pi bazar nak cari kurma, so dia ternampak orang jual ikan pais (macam ni kot ejaan dia) but then kitorang adik beradik buat macam tak nampak ikan tu, sebab tak sedap! So say no to bazar ramadhan! Yelah tak semua orang jual makanan tak best kan, ada je yang best, tapi bagi mengelakkan pisang berbuah kali ke2 so better aku elakkan. hihi sebab MEMBAZIR beli makanan yang tak sedap kan. Oh ya, tapi kalau air tu baru tadi abah beli air soya lengkong untuk adik aku yang boy tu sebab dia dah ngidam nak minum soya. 


Kitorang kat rumah jarang minum air ais ni sebab aku dengan adik-adik cepat batuk bila minum ais. So sepanjang ramadhan ni cuma 2x je abah beli air soya dari bazar selebihnya kitorang minum air masak suam je. Dan beribu taniyaa lagi pada kami adik beradik sebab berjaya mengurangkan pening kepala abah dan ibu dari membazirkan wang kahkah :p


Cerita 2

Alhamdulillah, sepanjang ramadhan kali ini, aku dapat mengerjakan solat terawih dengan baik walaupun di minggu pertama hari tu keadaan aku agak teruk dengan demam batuk dan selesema tapi aku masih berusaha nak mengerjakan terawih walaupun hanya 8 rakaat je. hikhik :3


 
Ni bukan gwa :p
Credit: Google Images 


Yang nak dijadikan ceritanya, aku pelik dengan sesetengah budak lah, nak kata budak kecil tapi dah besar, dalam usia 12-15 tahun macam tu, dah lah tak bersolat, lepas tu buat bising dalam surau. Kadang-kadang aku tak kusyuk juga bila dengar budak-budak ni ketawa. heh. Pelik aku, tak rasa segan ke lihat orang lain solat? 


Kalau budak kecil bawah 6-7 tahun nak berlari ke nak ketawa berguling pun aku tak berapa kisah sebab budak kan, tapi ni dah besar kot. Lagi besar dari badan aku pulak tu. Heh. Baik budak perempuan atau lelaki sama je. 


Tak senonoh betul, main kejar-kejar lah, main tuju-tuju batu lah, gelak berdekah-dekah. pftt. Apakah? Datang surau semata nak dating je ke adik wei? Getik betul aku tengok. Ada makcik-pakcik surau tegur pun masih buat dek je. Aku pula yang panas ahti tengok bebudak tu.


Dah lah mak-pak dorang pun solat sekali, pelik betul yang jenis mak-pak tak reti tegur anak ni. Kalau aku buat gitu, ibu dengan abah aku kompem dah belasah aku kalau menghenyam kat  surau gitu. Heh. Mujurlah aku ni tak reti buat gitu. hikhik


Nasihat ahkak untuk adik-adik yang baru nak belajar mengehenyam ni, bawa-bawalah berfikir, surau untuk beribadat bukan tempat dating atau padang nak main tuju-tuju batu! Malulah sikit kat orang lain. Heh



Cerita 3

Seperti yang kita semua tahu bila solat jemaah ni, mesti nak kena rapatkan saf kan. Yang aku pelik tu, ada je setengah makcik-makcik ni sayang sangat nak tinggalkan sejadah dia! Bukan sejadah milik sendiri pun, surau punya je ok. Heh. 


Kita suruh dia rapat ke kiri, boleh dia buat tak faham je, serious pelik dengan orang macam ni. Aigoo. Sedih bila lihat saf macam longgar-longgar sikit. Nak ditegur macam pangkat mak-mak kita je, mesti pandai fikir kan. Belajar agama dari pagi sampai malam, benda simple macam tu pun susah nak hadam. Haish. -_-

♥ Saf (prayers row). Keep your rows straight (during solah in congregational), for keeping the row straight is part of the perfection of Solah” (Al Bukhari and Muslim)

Terjemahan:

♥ Saf (baris dalam solat) Pastikan baris anda lurus (semasa solah berjemaah), menjaga barisan lurus adalah sebahagian daripada kesempurnaan Solah.(Al Bukhari dan Muslim) [Credit : Tasneem (Walk and Talk)]


  

 Look below how we should stand shoulder to shoulder leaving no gaps. This goes to the both feets.

Lihat di bawah bagaimana kita harus berdiri bahu antara bahu tanpa ada jurang. Ini juga berlaku kepada kedua-dua belah kaki.


 
Credit : Tasneem (Walk and Talk)



p/s: Sekadar pandangan peribadi, tiada kaitan antara hidup dan matik
:D
Meh follow instagreng iols ok
@itsmesyazana
:3



Till then,
-xoxo-
S



Memoir | Bersahur Waktu Dahulu




Previous Entry : Sama tapi Tak Serupa


Assalamualaikum uols. Sebenarnya tak tahu nak cerita apa. Heh. Actually kan, iteww kan masih tak berapa sihat since Selasa malam before puasa tu. :( Demam dah surut, just batuk dan selesema *sobs* *kesat-kesat hingus* Giler pengotor haku ni!! HAHAHA. Saja je nak mengadu dekat uols semua. Hikhik


Actually kan, walaupun tak berapa sihat, Alhamdulillah iols is masih larat nak mengerjakan solat terawih *clap-clap*. Ok, pokok pangkalnya iols bukan nak cerita pasal solat terawih ke apa, I know all of you already know bout it kan. :D


Nak dijadikan cerita, semalam (Khamis; 11-July-13), aku dengar radio Era.fm --- memang setiap pagi dengar Era.fm pun, Johan dengan Ray tu lah, tcerita pasal kenangan waktu sahur, pahit ke manis ke kan.



Sumber: google




So aku pun secara tetiba sambil drive teringat balik kisah sahur waktu sekolah berasmara eh berasrama kat Teknik Kulim dengan waktu Kolej dedulu tu. Bila teringat rasa kelakar pun ada, rasa annoying dengan diri sendiri pun ada. HAHA


Kalau bersahur / soq (bahasa utagha) kat rumah atau rumah atok memang rasa heaven. Just name it what dish you want, confirm abah atau arwah wan akan usaha gigih dok carik. *sobs*. Ok pointnya aku bukan nak cerita pasal soq kat rumah. Bahahaha. Aku nak cerita soq kat luar rumah :p


Dulu kan, waktu kat asrama, mujurlah waktu Form5, dapat hostel belah bawah, kalau Form4 atas bukit, so membuatkan student pemalas macam aku ni makin malas nak pergi soq kat dewan makan sebab nak kena turun tangga yang tinggi! Mihmih. :3 So waktu F5, walaupun lauk kat DM ntah pape, gigih je la turun. Kalau malas sekalipun kan, bancuh milo cicah dengan biskut Jacob 4segi tu. *sob-sob berlinang air mata menaip entry ni* #Okei aku tipu. Hihi. Lepas tu kan makan reramai dengan budak dorm.


Tapi waktu duduk hostel dulu tak la rasa sadis sangat pun, just anak perantauan macam aku je la yang selalu homesick bagai. Ala kalau homesick balik lah kampong atok dekat To’kun tu. Bahaha. Bukan jauh pun dari Kulim (Kedah) ke To’kun (Bukit Mertajam, P.Pinang) dalam 10-15 minit je pun kennn :3


Waktu kat kolej, aku belajar kat Merbok. Masa ni lah lagi sadis dan pemalas nak soq. Nak pergi dining (dewan makan) lagilah malas. Padahal aku duduk ground floor je. Hahaha. Lepas tu dapat roommate yang malas soq juga so memang boleh geng la. Kihkih. Aku stay dengan junior masa tu Farah, Zira dengan Nurul. Aku kamcing dengan si Farah dengan Zira (Alhamdulillah sampai sekarang kami rapat), dengan si Nurul tu biasa je.


Macam si Zira ni, rajin betul bangun soq, hihi, malas sekalipun dia akan bangun bancuh nestum ke hape kat meja dia. Si Farah ni ikut mood, kalau rajin macam-macam dia buat. HAHAHA. Macam aku yang dah tentu malas ni, sebelum tidur letak roti bun coklat ke atau bun ikan bilis tu kat tepi bantal siap sekali dengan air masak sebotol. Nanti alarm telefon bunyi aku just terus ngap, minum dan sambung tidur balik. Mihmih. :3 


Kalau rajin sangat baru bangun bancuh milo ke apa. Tapi kalau dah malas sangat tu je yang mampu hihi. Lepas tu if dah parah sangat pemalas tu kan, bangun dan minum air je, then sambung tidur balik. At least boleh lah tahan dahaga katanya. Hahaha.


Tapi, Alhamdulillah, since dah kerja beberapa tahun ni, iols is rajin nak bangun soq, yelah katanya tinggal dengan parents! Haruslah rajinkan, nak mati kalau malas-malas kennn hihi. Mau ibu iols pelangkung anak dara pemalas ni. Hihi.


Tu je lah nak cerita, kenangan waktu pemalas dulu. Muahaha. Btw, uols ada benda nak share ke tidok? HAHAHA meh share pengalaman korang pulak :D


p/s: Selamat berbuka! :)



Till then,
-xoxo-
S


Just Sharing - Doa Harian Ramadhan


Assalamualaikum uols :)

Satu tahun tidak terasa,
Ramadhan 2013 telah kembali mengunjungi kita,
Semoga yang dilalui dan dilakukan,
Menjadikan kebaikan di bulan suci ini.
Marhaban yaa Ramadhan.
Mohon Maaf Zahir dan Batin.


 Selamat Berpuasa bagi pengunjung belog Syazana Story Glory

 
P/s: Ini Sticky Post, dan akan update setiap hari. InsyaAllah
Entry ni akan update mengenai doa Ramadhan setiap hari
Setiap Hari Ramadhan tau
:)
So kalau saya lupa nak update, ingatkan saya wokey
:p

P/s: Sumber doa-doa ini dari Semanis Kurma TV9 dan macam-2.com
:)


 ================================

8) Doa Ramadhan Hari Ke Lapan



اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ
Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaanMu, wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.




7) Doa Ramadhan Hari Ke Tujuh



اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

Ya Allah.. Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosanya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingatMu secara berkesinambungan, dengan taufiq Mu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.



6) Doa Ramadhan Hari Ke Enam



اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadapMu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasanMu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaanMu, dengan anugerah dan bantuanMu, wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan.



5) Doa Ramadhan Hari Ke Lima

اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan, dan jadikanlah aku sebagai hambaMu yang soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara auliya’Mu yang dekat disisi Mu, dengan kelembutanMu, wahai Zat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.



4) Doa Ramadhan Hari Ke Empat

اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintahMu, dan berilah aku manisnya berzikir mengingatMu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada Mu, dengan kemuliaanMu. Dan jagalah aku dengan penjagaanMu dan perlindunganMu, wahai Zat Yang Maha Melihat.


3) Doa Ramadhan Hari Ke Tiga

اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Zat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!


2) Doa Ramadhan Hari Ke Dua

اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Dekatkanlah aku kepada Keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Maha Pengasih kepada semua pengasih.


1) Doa Ramadhan Hari Pertama 

هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku… Wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku, wahai pengampun para pembuat dosa.


Till then,
-xoxo-
S


Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !