Previous Entry : Benda dah jadi
Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan
nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.
Assalamualaikum w.b.tHai hai hai semua.
Apa khabar?
So sepanjang hampir 2 minggu berpuasa
macam mana dengan keadaan korang?
Macam iols okay la.
Cerita 1
Alhamdulillah sepanjang berpuasa ni, family aku tak mengamalkan pembaziran hikhik. Sometimes kan, aku pelik juga macam mana orang lain boleh makan berbagai lauk dalam satu masa. Heh. Macam kitorang adik beradik kan, cukup sekadar satu lauk (ikan / ayam / daging) dan satu sayur. Kira ibu aku selamatlah tak payah masak bebanyak untuk kitorang sekeluarga. Haha. Tapi tu pun ibu selalu tension nak fikir nak kena masak apa. Hihi.
Credit : Kak Hainom OKje
Contohnya macam hari tu, ibu masak ikan kukus cicah air asam, awrrrr sayur pula makan salad mentah gitu. Memang best. Ke sebab aku lapar sangat tak tahu lah. Hahaha. Tapi tu lah family aku, tak tahulah family korang guana kan.
Dan beribu taniyaaa juga lah kepada aku dan keluarga sebab tak membazir membeli makanan kat bazar ramadhan. Sebab hari ke berapa puasa ntah abah ada pi bazar nak cari kurma, so dia ternampak orang jual ikan pais (macam ni kot ejaan dia) but then kitorang adik beradik buat macam tak nampak ikan tu, sebab tak sedap! So say no to bazar ramadhan! Yelah tak semua orang jual makanan tak best kan, ada je yang best, tapi bagi mengelakkan pisang berbuah kali ke2 so better aku elakkan. hihi sebab MEMBAZIR beli makanan yang tak sedap kan. Oh ya, tapi kalau air tu baru tadi abah beli air soya lengkong untuk adik aku yang boy tu sebab dia dah ngidam nak minum soya.
Kitorang kat rumah jarang minum air ais ni sebab aku dengan adik-adik cepat batuk bila minum ais. So sepanjang ramadhan ni cuma 2x je abah beli air soya dari bazar selebihnya kitorang minum air masak suam je. Dan beribu taniyaa lagi pada kami adik beradik sebab berjaya mengurangkan pening kepala abah dan ibu dari membazirkan wang kahkah :p
Cerita 2
Alhamdulillah, sepanjang ramadhan kali ini, aku dapat mengerjakan solat terawih dengan baik walaupun di minggu pertama hari tu keadaan aku agak teruk dengan demam batuk dan selesema tapi aku masih berusaha nak mengerjakan terawih walaupun hanya 8 rakaat je. hikhik :3
Ni bukan gwa :p
Credit: Google Images
Yang nak dijadikan ceritanya, aku pelik dengan sesetengah budak lah, nak kata budak kecil tapi dah besar, dalam usia 12-15 tahun macam tu, dah lah tak bersolat, lepas tu buat bising dalam surau. Kadang-kadang aku tak kusyuk juga bila dengar budak-budak ni ketawa. heh. Pelik aku, tak rasa segan ke lihat orang lain solat?
Kalau budak kecil bawah 6-7 tahun nak berlari ke nak ketawa berguling pun aku tak berapa kisah sebab budak kan, tapi ni dah besar kot. Lagi besar dari badan aku pulak tu. Heh. Baik budak perempuan atau lelaki sama je.
Tak senonoh betul, main kejar-kejar lah, main tuju-tuju batu lah, gelak berdekah-dekah. pftt. Apakah? Datang surau semata nak dating je ke adik wei? Getik betul aku tengok. Ada makcik-pakcik surau tegur pun masih buat dek je. Aku pula yang panas ahti tengok bebudak tu.
Dah lah mak-pak dorang pun solat sekali, pelik betul yang jenis mak-pak tak reti tegur anak ni. Kalau aku buat gitu, ibu dengan abah aku kompem dah belasah aku kalau menghenyam kat surau gitu. Heh. Mujurlah aku ni tak reti buat gitu. hikhik
Nasihat ahkak untuk adik-adik yang baru nak belajar mengehenyam ni, bawa-bawalah berfikir, surau untuk beribadat bukan tempat dating atau padang nak main tuju-tuju batu! Malulah sikit kat orang lain. Heh
Cerita
3
Seperti yang kita semua tahu bila solat jemaah ni, mesti
nak kena rapatkan saf kan. Yang aku pelik tu, ada je setengah makcik-makcik ni
sayang sangat nak tinggalkan sejadah dia! Bukan sejadah milik sendiri pun,
surau punya je ok. Heh.
Kita suruh dia rapat ke kiri, boleh dia buat tak faham
je, serious pelik dengan orang macam ni. Aigoo. Sedih bila lihat saf macam
longgar-longgar sikit. Nak ditegur macam pangkat mak-mak kita je, mesti pandai
fikir kan. Belajar agama dari pagi sampai malam, benda simple
macam tu pun susah nak hadam. Haish. -_-
♥ Saf (prayers row). “Keep your rows straight (during solah in congregational), for keeping the row straight is part of the perfection of Solah” (Al Bukhari and Muslim)Terjemahan:♥ Saf (baris dalam solat) “Pastikan baris anda lurus (semasa solah berjemaah), menjaga barisan lurus adalah sebahagian daripada kesempurnaan Solah.” (Al Bukhari dan Muslim) [Credit : Tasneem (Walk and Talk)]
Look
below how we should stand shoulder to shoulder leaving no gaps. This goes to
the both feets.
Lihat di bawah bagaimana kita harus berdiri bahu antara bahu tanpa ada jurang. Ini juga berlaku kepada kedua-dua belah kaki.
Credit :
Tasneem (Walk and Talk)
p/s: Sekadar pandangan peribadi, tiada kaitan antara hidup dan matik
:D
Meh follow instagreng iols ok
@itsmesyazana
:3
Till then,
-xoxo-
S
26 comments:
family kite lauknye sikit tp kuih muih yg bykkkk.. haha
family u tak ramai kot tu mak u masak cenggitu hiih. family i dgn family mertua mmg jenis masak banyak and mcm2 lauk sebab ada adik beradik yg tak makan lauk ni so mak masak lauk itu haa cmtu. and bazar ramadhan plak mmg jarang pegi biasanya family i buat sendiri je kuih muih huhuhu
selamat berpuasa ye u
Pergh! Mmg panjang sesangat ni berpeluh mak! Hehe...
Tq zana promote blog okje...
Alahai untungnya mak pak zana ada anak mcm korang makan sikit! Hehe
lain kali cepuk je dahi budak2 yang merenyam tu.hahaha
lain kali cepuk je dahi budak2 yang merenyam tu.hahaha
bersederhana yg terbaik..akak pn mcm tu...menu brbuka/sahur simple je....
Pyka kalau pergo bazar just cri ayam bakar dgn air je . Wajib beli 2 tuh je la . Dekat masjid pyka nie budak2 rajin main mercun . Org duk smyg je dorg duk main mercun kdng2 skit jgak hati nie . Ea la org smyg kdg2 tak kusyuk . Terkejut semua ada .
sebenarnya aku paling kurang gemar time bersahur, bukan pe, rasa nak sahur makan kurma n air kopi je.. tapi umi slalu masak banyak.. penat nak abiskan.. huhu
alhamdulillah you bjaya penuhi terawih,sonok kan solat terawih, exercisee jugak tu selepas membuntal.hewhew
panjang sgt ni, bulan2 puasa ni cepat penat kalau baca pangjang2.... :-p
amalkan bersederhana terutama dibulan ramadan ni...tapi orang kita ni selalunye, bila ramadan tiba...mulalah berbelanja melebihi dari kemampuan~~kan huhu...
selalunya lauk pauk masak sikit je sebab mkn pun 3 beranak je.
Rapatkan saf itu payah itu..kdng klu solat ada ruang kosong..mcm mn tenanga positif dan negatif nak mengalir..hehe
famili kami kalau ada lauk lebih pun boleh proceed ke sahur :)
that true.. sama yg berlaku kat kg saya.. rapatkan saf itu sunnah.. dalam peperangan khandaq (kalau x silap)tentera islam tidak rapatkan saf dan tdk bersugi.. jd islam x menang masa tu, tp bila saidina Umar suruh betulkan saf dan rapatkan saf dan bersugi, baru tentera islam menang masa tu.. That the power of sunnah
byk citer..hihih..
tp msk cmtu mmg mabless la..licin hbs..
Assalammualaikum..
hehe..
maaf lambat ye..
boleh tgk sini untuk resepi dessert tu :)
http://www.sofinahlamudin.com/2013/07/saya-dan-ramadan05.html
Samalah, saya pun bukak puasa secara bersederhana :) Mak masak ape, hadap aje hehe. Selamat berpuasa!
taniyaaaaaaaaaa jugak kepada kite sebab sepanjang pergi bazar ramadhan tak pernah lagi nak beli macam2. mungkin dah matured? hahahaha :P
my responses:
cerita 1 - famili saya beli kat bazar. dua tiga lauk. jeles ngan akak. hiks
cerita 2 - budak yang ganggu orang terawih tu wajib dihantar ke palestin untuk lawan israel. hidup pun menyusahkan orang.
cerita 3 - susah nak ditegur mak cik. haiz =.=
salam nuzul quran :)
samala xbekenan pi bazar org meniaga sume nak untung je lauk indah kabar dr rupa cekik darah tatau ke ni bulan ramadhan kot? grrrr ;p
baguih bangat family akak..tak perlu pembaziran di bulan Ramadhan,mknn bnyak2 bknnya habis pn,mcm2 feel masa terawikh, kad putih bertulisan comel sudah diterima,syukran kak areen,selamat Hari Raya :P (sblum ni dah cmmnt ttiba hilang ni taip balik dan publish)
saya pun suka 1 lauk & 1 sayur je sbb hari biasa pun mmg mkn mcm tu..duduk kat rumah pun 2 org je kan :)
okay sye nk komen nie..
cerita 1 : Sama laa kakk ! Eiqa pun klu nak makan max pun lauk ade 2 jenis je, 1 ayam/ikan lepas tu sayur. Eiqa pernah duduk rumah kawan, ibu dia msak mcm2x laukk. Naik muka eiqa 2 minggu duduk sana, ahaha
Cerita 2 : okay kakkk, sabar kak sabooo. hahaa :P
kalau family akak di kampong gitutuler tak leh banyak2 susah nak makan.. tapi dah duk ngan mertuani tak leh gitu sebab diaorang nyer stail kena lengkap ada nasi ada mi ada kuih manis ada kuih pedas ada lauk berkuah, sayur dan ada lauk sambal... gitu.. jadi akak tak larat nak buat semua .. pasar ramadhanle rjawabnyer...
Tahun ni tak sampai 5 kali pegi bazaar ramadhan. Serik - ada kuih yang nampak sedap bila makan serba kurang semuanya, beli kupang haritu basi - last-last makan masakan mak je.
Post a Comment