Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Showing posts with label Berbuka. Show all posts
Showing posts with label Berbuka. Show all posts

Cerita Panjang Yang Sukar Untuk Dipendekkan


Previous Entry : Benda dah jadi



Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.
Assalamualaikum w.b.t



Hai hai hai semua.  
Apa khabar? 
So sepanjang hampir 2 minggu berpuasa 
macam mana dengan keadaan korang? 
Macam iols okay la.



Cerita 1

Alhamdulillah sepanjang berpuasa ni, family aku tak mengamalkan pembaziran hikhik. Sometimes kan, aku pelik juga macam mana orang lain boleh makan berbagai lauk dalam satu masa. Heh. Macam kitorang adik beradik kan, cukup sekadar satu lauk (ikan / ayam / daging) dan satu sayur. Kira ibu aku selamatlah tak payah masak bebanyak untuk kitorang sekeluarga. Haha. Tapi tu pun ibu selalu tension nak fikir nak kena masak apa. Hihi. 


 


Contohnya macam hari tu, ibu masak ikan kukus cicah air asam, awrrrr sayur pula makan salad mentah gitu. Memang best. Ke sebab aku lapar sangat tak tahu lah. Hahaha. Tapi tu lah family aku, tak tahulah family korang guana kan. 


Dan beribu taniyaaa juga lah kepada aku dan keluarga sebab tak membazir membeli makanan kat bazar ramadhan. Sebab hari ke berapa puasa ntah abah ada pi bazar nak cari kurma, so dia ternampak orang jual ikan pais (macam ni kot ejaan dia) but then kitorang adik beradik buat macam tak nampak ikan tu, sebab tak sedap! So say no to bazar ramadhan! Yelah tak semua orang jual makanan tak best kan, ada je yang best, tapi bagi mengelakkan pisang berbuah kali ke2 so better aku elakkan. hihi sebab MEMBAZIR beli makanan yang tak sedap kan. Oh ya, tapi kalau air tu baru tadi abah beli air soya lengkong untuk adik aku yang boy tu sebab dia dah ngidam nak minum soya. 


Kitorang kat rumah jarang minum air ais ni sebab aku dengan adik-adik cepat batuk bila minum ais. So sepanjang ramadhan ni cuma 2x je abah beli air soya dari bazar selebihnya kitorang minum air masak suam je. Dan beribu taniyaa lagi pada kami adik beradik sebab berjaya mengurangkan pening kepala abah dan ibu dari membazirkan wang kahkah :p


Cerita 2

Alhamdulillah, sepanjang ramadhan kali ini, aku dapat mengerjakan solat terawih dengan baik walaupun di minggu pertama hari tu keadaan aku agak teruk dengan demam batuk dan selesema tapi aku masih berusaha nak mengerjakan terawih walaupun hanya 8 rakaat je. hikhik :3


 
Ni bukan gwa :p
Credit: Google Images 


Yang nak dijadikan ceritanya, aku pelik dengan sesetengah budak lah, nak kata budak kecil tapi dah besar, dalam usia 12-15 tahun macam tu, dah lah tak bersolat, lepas tu buat bising dalam surau. Kadang-kadang aku tak kusyuk juga bila dengar budak-budak ni ketawa. heh. Pelik aku, tak rasa segan ke lihat orang lain solat? 


Kalau budak kecil bawah 6-7 tahun nak berlari ke nak ketawa berguling pun aku tak berapa kisah sebab budak kan, tapi ni dah besar kot. Lagi besar dari badan aku pulak tu. Heh. Baik budak perempuan atau lelaki sama je. 


Tak senonoh betul, main kejar-kejar lah, main tuju-tuju batu lah, gelak berdekah-dekah. pftt. Apakah? Datang surau semata nak dating je ke adik wei? Getik betul aku tengok. Ada makcik-pakcik surau tegur pun masih buat dek je. Aku pula yang panas ahti tengok bebudak tu.


Dah lah mak-pak dorang pun solat sekali, pelik betul yang jenis mak-pak tak reti tegur anak ni. Kalau aku buat gitu, ibu dengan abah aku kompem dah belasah aku kalau menghenyam kat  surau gitu. Heh. Mujurlah aku ni tak reti buat gitu. hikhik


Nasihat ahkak untuk adik-adik yang baru nak belajar mengehenyam ni, bawa-bawalah berfikir, surau untuk beribadat bukan tempat dating atau padang nak main tuju-tuju batu! Malulah sikit kat orang lain. Heh



Cerita 3

Seperti yang kita semua tahu bila solat jemaah ni, mesti nak kena rapatkan saf kan. Yang aku pelik tu, ada je setengah makcik-makcik ni sayang sangat nak tinggalkan sejadah dia! Bukan sejadah milik sendiri pun, surau punya je ok. Heh. 


Kita suruh dia rapat ke kiri, boleh dia buat tak faham je, serious pelik dengan orang macam ni. Aigoo. Sedih bila lihat saf macam longgar-longgar sikit. Nak ditegur macam pangkat mak-mak kita je, mesti pandai fikir kan. Belajar agama dari pagi sampai malam, benda simple macam tu pun susah nak hadam. Haish. -_-

♥ Saf (prayers row). Keep your rows straight (during solah in congregational), for keeping the row straight is part of the perfection of Solah” (Al Bukhari and Muslim)

Terjemahan:

♥ Saf (baris dalam solat) Pastikan baris anda lurus (semasa solah berjemaah), menjaga barisan lurus adalah sebahagian daripada kesempurnaan Solah.(Al Bukhari dan Muslim) [Credit : Tasneem (Walk and Talk)]


  

 Look below how we should stand shoulder to shoulder leaving no gaps. This goes to the both feets.

Lihat di bawah bagaimana kita harus berdiri bahu antara bahu tanpa ada jurang. Ini juga berlaku kepada kedua-dua belah kaki.


 
Credit : Tasneem (Walk and Talk)



p/s: Sekadar pandangan peribadi, tiada kaitan antara hidup dan matik
:D
Meh follow instagreng iols ok
@itsmesyazana
:3



Till then,
-xoxo-
S



Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !