Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Day 6 - A photo of an animal you'd love to keep as a pet

hello, selamat petang semua.. ekcelikan dah lama aku tak update pasal 30 day's project ni.. haish.. busy ahhh.. btw, untuk seterusnya Day 6 - a photo of an animal you'd love to keep as a pet. huarghhh! frankly to say, aku admit yang aku seorang yang sangat tak sukakan haiwan.. haish.. aku sejenis geli ok..muehehe especially haiwan yang berbulu tebal..euwww.. 


contohnya kucing.. yup..kucing memang comel, tapi aku sangat lah alergik dengan kucing.. kalau ada kucing depan aku, dengan pastinya aku akan lari pecut 100meter..huehue.. walaupun kucing adalah haiwan kesayangan rasulullah, aku memang tak boleh tahan dengan bulu-bulu'an mereka.. ia akan membuatkan aku bersin, selesema dan batuk dengan secara automatik.
"sampai hati si tuan tanah tak suka aku, dah le aku ni comel.. miaww"

kemudian aku juga alergik dengan haiwan yang mempunyai paruh, contohnya seperti ayam! Omaigod! aku tersangatlah fobia..hukhuk T__T waktu aku kecil-kecil dahulu, aku pernah kena patuk dengan ayam jantan..sobsob.. sangat sakit ooo.. dan sekarang demi membalas dendam dekat ayam tu, aku pun amat gemar memakan ayam contohnya KEPSI! yeah! hahaha
 "ayam jantan yang ensem" hehe

then, aku juga sangat tak suka katak..euww.. gelinya! and aku tak faham macam mana Nora Danish buleh pegang katak dalam Putera Katak.. haha.. dari wajah katak yang agak menggerutu dan menggerunkan tu, aku memang geli sangat-sangat.. 
mmuah..haha yucks!

haish.. ekceli tajuk hari ni binatang kesukaan.. aiyark! aku memang takde haiwan kesukaan la.. hihi err tapi kalau aku nak bela haiwan ni boleh tak? nanti bila dah cukup umur boleh jual..hahaha dah la harganya almost mencecah setengah juta! yeah! kayo mokcik!
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
=
 
aummm.. hensem kan beliau? haha
p/s: kayo kalo dapat jual natang ni..hihi

Teringin Ice-Cream!

huehue.. tiba-tiba pula di pagi hari teringin nak makan ice-cream..muahaha.. dah la tengah batuk-batuk pun masih teringin nak makan ice-cream..T_T

nak eskem!
nak eskem!

tapi ai batuk.. sobsob..
tak pe la, usha gambar je la...sobsob..

p/s: busan betul kat office pagi-pagi buta ni.. =_="








"gambar ikhsan uncle G"

Cuba Try kalau berani!

haha.. title entry cari gaduh.. btw cuba kauorang try test okeh. cuba dulu baru boleh berlagak. hihi



This year we will experience 4 unusual dates.... 1/1/11, 1/11/11, 11/1/11, 11/11/11 ....

NOW go figure this out.... take the last 2 digits of the year you were born plus the age you will be this year and it WILL EQUAL TO 111
 
Crazy huh?



 

Cemburu Buta?

heluss.. selamat malam semua.. malam ni aku nak cerita sikit pasal cemburu..
haa ada apa dengan cemburu ni?
kauorang kuat cemburu tak?
kauorang rasa normalkah perasaan cemburu ni?
kenapa pula ada perasaan macam ni?

aku tergolong juga dalam golongan kuat cemburu ni.
aku cepat sakit hati kalau tiba-tiba ada je benda aku tak suka tengok tiba-tiba aku tengok.
serious.
sikap buruk ni aku rasa dah makin melampau dalam diri aku.
dah tak tahu 
how to contol it?
any suggestion?

aku memang tak boleh tahan kalau aku nampak encik boifie aku ada ambil gambar dengan orang lain.
serious ni.
kalau dengan lelaki 
aku tak heran..
tapi even dalam group
aku tetap tak suka.
mungkin aku takut?
yup..
for sometimes aku takut.
serious.. aku benci.

aku benci dengan perempuan yang konon-konon hot.
tapi tak hot pun.
aku benci dengan perempuan yang tidak tahu malu.
macam perempuan-perempuan yang kat dalam gambar yang aku tertengok tadi.
serious aku benci..
yupp..memang betul 
aku sangat cemburu.

kenapa perlu macam tu?
and aku semakin bengang
bila membaca komen-komen bodoh tu.
"mish u oll"
watefak betul.

aku betul-betul benci perasaan ni..
aku cemburu bila tengok couples lain happy je.
jarang gaduh
or langsung tak pernah gaduh.
mungkin sekarang aku tengah melalui satu fasa yang complicated.

help me to guide myself.
mungkin aku kuat berprasangka.
tapi nak buat macam mana?
dah macam-macam cara aku cuba.
encik boifie memang baik.
baik sangat.
tapi sejak dia pergi kursus tu,
aku selalu berprasangka buruk.
entah kenapa aku makin jadi teruk.
phobia? mungkin.

arghhh!
benci la macam ni.
dulu aku selalu sakit hati dengan indon-indon kilang yang tak tahu malu ni.
sekarang pulak dengan perempuan-perempuan teller di bank.
shit!
kenapa eh tak pernah nak bagi aku hidup aman sikit?
ada je benda yang duga aku.
for god sake!
please!
don't disturb my life!



p/s: aku betul-betul dalam keadaan yang bengang.

Tak Tahu Bersyukur.

Biasanya orang membuat pembedahan muka supaya makin cantik , tetapi sebaliknya seorang pemuda Brazil cuba melawan fitrah alam. Ternyata dia tidak bersyukur dengan wajah yang sempurna dicipta Allah dengan menukar mukanya kepada muka anjing atau manusia berkepala anjing dengan membuat pembedahan. Pemuda ini membuat pembedahan dengan bangkai kepala anjing yang di'lekatkan ke mukanya. Tetapi ramai yang berpendapat bangkai anjing tadi akan membusuk kerana darah anjing tidak boleh sebati dengan darah manusia.. Dunia semakin gila. Di manakah letaknya akal budak ni? Cuba kauorang tengok wajah asalnya? Sempurna je, tapi kenapa lah dia ni bodoh sangat? Yup memang terlalu bodoh budak ni..











p/s: kalau dia ubah muka macam brat pitt ke, tom cruise ke, ataupun christiano ronaldo aku tak kisah la sangat, tapi ni menyerupai anjing? memang perangai anjing kot.. shit! 








tekan LIKE (^_^) kalau anda LIKE

Day 5 - A picture of something you want to do before you die

hye.. bertemu kembali di dalam segmen 30day's project..hihi.. so untuk day-5 tajuknya ialah a picture of something you want to do before you die.. haish.. macam lain makna je kan..hoho

so before mati ni, apa impian kauorang eh? aku punya impian nak ada suami mithali, ada anak-anak comel yang soleh..nak berbakti pada orang tua.. cewahh.. jawapan yang agak cliche..haha plastik kan?

ekceli, perkara yang paling aku nak buat ialah BUNGEE! frankly to say, aku memang ada penyakit GAYAT..haha tau ke gayat tu apa? gayat ni, takut berada di tempat tinggi.. haaa.. woit.. dah tau kau ni takut tempat tinggi pesal kau nak pi try bungge tu, gila ke haa! T_T aku nak cuba la, mungkin dengan cara ni, aku lebih berani lagi kan? haaa.. kan dah namanya pun perkara yang nak di buat sebelum mati..hihi

gambar ikhsan atuk G

aku nak cuba buat perkara lasak dalam hidup aku..huhu yela, sepanjang aku hidup ni, tak pernah pun aku cuba aktiviti lasak. nak main itu tak boleh, ini tak boleh, itu takut, seriosly sometimes tahap confident aku ni agak low kadang-kadang. mungkin aktiviti sukan ni bukan untuk aku kot.. tapi why not give a single try kan? haha.. semua manusia akan mati satu hari nanti, so untuk apa kita lari dari kenyataannya kan? hihi



tekan LIKE (^_^) kalau anda LIKE

Day 4 - Your favorite photograph of your best friend

hello there.. ekceli aku tiada idea untuk update apa-apa pun malam ni. haish. well encik boifie pun sudah selamat sampai ipoh. memang betul cakap orang penantian itu satu penyeksaan.. haish. sepanjang dua minggu beliau tiada di ipoh, hati aku ni tidak tenteram langsung.. ciss! ada saja benda mau bikin hati aku panas.. btw, malam ni aku nak sambung balik 30 day's project. so title malam ni ialah, your favorite photograph of your best friend. aiyark.. best friend? apa tu best friend eh? best friend tu macam apa eh? kauorang ada best freind tak? oit! apa banyak soalan ni.. lempang nak? haha..

btw, aku terpaksa admit yang sebenarnya aku ni tak ada ramai kawan.. haish.. :(  waktu aku sekolah rendah dulu adalah seorang ni, aku memang rapat dengan dia.. tapi bila dah masuk sekolah menengah masing-masing membawa haluan masing-masing, sebab diatas faktor-faktor berlainan sekolah. aku ke convent dan beliau ke sekolah kebangsaan. and untill now, i still remember her name "Nursyafirah binti Ahmad Zabidi"..haha ntah-ntah dia pun tak ingat nama full aku lagi.. tapi sekarang aku dah jumpa dia balik, dengan hanya menggunakan facebook..haha

next, bila dah masuk sekolah menengah, aku jadi hyper-talkative..haha then aku berkawan dengan beliau.. yup beliau memang baik, sellau ajar aku English, sebab during that time english aku etul-betul hancus.. haha then since kawan dengan dia, english aku makin bagus la.. hihi okeh nama dia "Sharifah Farah". aku kawan dengan dia sampai aku form 3 je, sebab waktu aku form 4 aku dah pindah sekolah lain..haish.. then, sampai sekarang aku tak dapat contact dia..huhu

then, May 2003, bermulalah episode paling aku benci. serious aku memang benci bila dapat tahu aku kena tukar ke sebuah sekolah kat kulim, kedah and stay dekat asrama. giler jauh aku pindah kan..huhu waktu tu kan aku memang malas betul dah nak belajar..konon-konon nak mogok la tak nak sekolah kat sana..haha aku saje bagi fail, konon-konon cikgu tak ajar kat kelas la. then yang buat aku insaf sikit bila kawan dengan beliau.. beliau la banyak nasihat aku..sometimes beliau ajar aku akaun. yup i hate this subject. beliau ialah "Farah Ashikin". tapi waktu kat kulim tu, beliau outsider, means that, dia tidak stay asrama la.. so penantian aku kat hostel tu memang betul-betul terseksa, sebab aku tak suka environment kat situ, then budak-budak hostel semuanya tak boleh masuk dengan aku..haish. susah betul bila kita terdampar kat satu tempat yang sangat asing..huhu so aku kawan dengan dia sampai la sekarang (^_^)

then, bila dah habis SPM, aku pergi buat Lower 6 dekat sebuat sekolah kat Bukit Mertajam.. haha suppose aku kena balik sekolah kat Ipoh juga, tapi memandangkan arwah wan aku nak support, so aku pun pulang ke BM balik.. at first aku memang riak juga la dapat sekolah tu..haha biasalah bekas Perdana Menteri pun pernah sekolah kat situ..hihi tapi bila dah masuk sekolah tu baru aku rasa.. "ala..sama je macam sekolah lain..ciss!" haha, at first aku masuk ke kelas Sains Fizik. serious giler kat kelas ni.. semua orang jenis tak peduli orang la.. belajar+belajar+belajar,  memang tension la life budak-budak sains ni.. then yang paling sadis tu, just ada 4 orang je budak melayu.. sedih giler.. huhu so aku paksa ibu dengan abah aku buat pertukaran untuk aku.. aku nak cuba kelas Perakaunan..haha giler betul boleh pula main cuba-cuba.. thens elepas bersusah payah, naik turun ke Kementerian Pendidikan, so aku berjaya ke kelas Akuan tu..hihi then kat kelas ni aku tiba-tiba terapat dengan "Nurhairunisa" haha budak ni memang giler la.. so smapai sekarang aku still kawan dengan dia.. jeng..jeng..jeng.. tapi aku kat Lower 6 pun tak lama, sebab ada 2nd intak untuk UiTm, terus aku cabut pi sana..haha then Nisha pun cabut pi Poli kat BM tu..

bila masuk U mesti la lagi ramai orang kita kenal kan, masa kat UiTm ni, macam-macam manusia aku kenal. ada yang jenis, sebelum minta tolong, punya lah baik nak mampus.. Bila dah dapat apa yang dia nak terus buat tak tahu. Then ada gak yang jenis cemburu tak tentu hala..padahal aku ni bukan la da apa-apa pun.. giler and saiko kot.. then ada gak yang jenis kuat mengampu la.. haish..macam-macam ada.. tapi kat sini, aku belajar erti kawan susah senang, kawan gelak tawa, kawan menangis. kat sini juga aku belajar jangan mudah percayakan orang. so rahsia tu biarlah masih rahsia.. kat sini la, aku kenal dengan Erika, Naimah, Kak Mie, Farahin of couse she is my roomate.. Then Ziera, kak ina, kak linda and kak nad.. aku just rapat dengan roomate's je.. miss them alot. 

so sekarang aku dah kerja..haish.. kawan di tempat kerja? haha it's better dont get to close.. setakat kawan macam biasa pun dah memadai.. nak rapat-rapat?? better think it twice.;)

haish banyak betul aku merapu ni..haha ekceli tajuk just nak photo je.. ahaha giler la aku.. so nak letak photo apa eh?? aiyark!

so ni antara gambar-gambar yang bagi aku nostalgik sikit..hihi ;)


with nisha.. haha masa ni tak salah aku tengah try test handphone baru aku (ketika itu masih baru la) Z610i

 with erika, masa ni sem 3, masa ni kitaorang baru je balik dari piknik, then terus pergi ke Pantai Merdeka, i guess so nama pantai ni Pantai Merdeka..

 waktu ni kat tupah..hahaha.. tempat yang paling diminati oleh para pen'sekodeng' haha

 masa ni pulak kat langkawi, konon-konon kan nak buat assignment..hihi tapi at last kitaorang pi honeymoon je..

 masa ni pulak kan, kitaorang tengah conduct new student sem 1, so masa ni ada buat game la sikit-sikit.

 ni pula masa nak pi outing dengan roomates.. Farah, Me and adik Ziera..

 err.. motif aku letak gambar ni ialah kerana.. SUKA HATI AKU LA!..haha
with Nasha aziz kat KLCC..haha serious beliau memang jelita..cewahh~

with my roomates too.. my senior.. Kak Ina, and Kak Farra.. 


p/s: kauorang ada bestfriend? ce ceghita..haha



tekan LIKE (^_^) kalau anda LIKE

Broken English

Hye guy's. setelah beberapa hari aku tak update apa-apa, a bit busy..hukhuk T_T. btw ada jokes untuk kauorang sikit. Nak baca, silakan.. Taknak? Ada aku kesah.. haha  daa~
======

Seorang pemandu yang berbosskan org putih dari Amerika sedang membawa bossnye.. tita-tiba kereta dihadapannya berhenti mengejut menyebabkan dia telah menyodok kereta tersebut. Pemandu tersebut pun meminta maaf dari boss nya....:

Pemandu: Sorry Sir, I brake brake, do not eat. After I check the wheel no flower again. (maaf Tuan, saya brek-brek, tak makan, selepas saya cek tayarnya tak ada bunganya lagi)

Orang putih tu pun mahu keluar dan ikut sama marahkan pemandu kereta dihadapan. Tapi pemandu tersebut menghalangnya... Kata pemandu tersebut:

Pemandu: Don't enter mix, Sir! The bring that car if not wrong I, is the children fruit from manager moneys, he ****** doesn't play! Let he taste. (Jangan masuk campur, Tuan! Yang bawa kereta itu kalau tak salah saya, anak buah dari pengurus kewangan, dia memang b*d*h bukan main... Biar dia rasa)

Besoknya si pemandu tak masuk kerja, lusanya,bila dia masuk kerja, si boss orang putihnya bertanya:

Boss : Why didn't you come to work?

Pemandu : I am sorry boss, my body is not delicious, my body taste like enter the wind. (maaf boss, badan saya tidak sedap, badan saya rasanya macam masuk angin) 


p/s: di cedok dari email yang di forward ;p 








tekan LIKE (^_^) kalau anda LIKE 

Wahida atau Wardina?

assalamualaikum semua dan salam maulidul rasul untuk kalian. so harini semua warga kota bercuti termasuklah aku..muahaha.. suppose aku kena pi kerja tapi tiba-tiba semalam petang bos aku cakap tak payah datang..hikhik okeh la back to the title, apa kaitan wahida atau wardina ni pulak ek? hikhik.. ekceli tadi pagi encik boifie aku text aku.. dia cakap dia masuk tv3 pagi tadi..kihkih.. over giler beliau..then dia cakap dia nampak wahida.. erk.. tettt.. apa ke hal wahida tiba-tiba ada kat tv3?? aku macam blur..then aku tanya la balik.. wahida mana?? then encik boifie pun cakap la, ala pengacara tv3 tu, yang malaysia hari ini.. omaigod! aku macam pelik sejak bila pulak wahida jadi pengacara kat tv3..then aku tanya la balik.. wahida ke wardina?? then encik boifie pun balas la balik.. wardina..hehe aku terus ketawa terbahak-bahak.. punya la jauh beza dari wardina ke wahida tu..kahkah


cuba kauorang tengok lain giler kan mereka? kihkih.


p/s : encik boifie, sorry la eh.. lawak u telah i masukkan dalam belog.. bwekk













tekan LIKE (^_^) kalau anda LIKE

Day 3 - Your idea for perfect first date

okes, harini ni aku nak sambung balik 30 day's project tu..hihi okeh untuk day 3, tajuk dia your idea to perfect first date. aiyark. idea?? gimme some idea bebeh..haha

ekceli kan, aku tak pernah pulak ada idea nak dating-dating ni, nak date terus pi je..haha tak pernah pulak nak kena setup semua..hihi

tapi, kalau bab nak berangan first date yang perfect of cuz la ada macam-macam, haa sekarang ni pun dah tengah menari-nari kat otak aku sekarang ni..haha

1st : aku teringin nak date kat hotel mewah..muahaha.. then pakai dress hitam yang menawan, kihkih.. then tiba-tiba encik boifie main piano kat aku..kihkih.. tapi beliau tak tau main piano..sobsob T.T

2nd : date dekat tepi pantai.. muahaha duduk di bawah pohon kelapa, wakaka minta-minta la buah kelapa tak jatuh..agaga.. then, tiba-tiba encik boifie melulut kat aku, dia cakap "YOU COMPLETE ME" hikhik masa tu mesti perasaan dah melambung-lambung..miahaha

3rd : date dekat atas kapal.. muahaha.. ala-ala cerita titanic.. pergh! marvelous! hikhik. then tiba-tiba kan ada lagu latar...
Every night in my dreams
I see you, I feel you
That is how I know you, go on

Far across the distance

And spaces between us
You have come to show you, go on 
 Sayang! u jump I jump! no..no..no u jump la sensorang..kihkih ;)

okeh, ni idea first date aku yang gak menyampah..muahaha 

 p/s: dating sambil main buai best tak? haha



tekan LIKE (^_^) kalau anda LIKE

Kena Baham Rimau!

omaigod! tadi waktu dah balik kerja, aku terus baca paper.. huhu then ada satu berita ni menarik perhatian aku.. pergh.. aku tak boleh bayangkan macam mana la orang ni boleh terselamat dari kena baham dengan pak rimau ni..haish..tapi yang macam kelakar tu, isteri lelaki tu boleh ketuk pak rimau tu dengan senduk.. serious, kelakar kot.. berani betul makcik ni.. btw, nasib baik la pakcik tu terselamat..huhu

nak baca dengan lebih lanjut?
klik sini --> Berita Harian


Mentor 5 - Ujibakat

muahaha.. sape tengok mentor ke 5 malam ni? kuikui..


aku tak tahan nak ketawa..

serious.. memang giler..

tak malu ke diaorang ni?

kalau betul ada bakat, aku tak heran..

tapi, suara macam tuuttt.. hahaha

adoiyai.. pesal la kauorang tak masuk je raja lawak?

haha.. konpem ramai undi tau..

kihkih.

aku nak gelak guling-guling boleh tak?

hahaha.. 

hahahaha...

sorry, kalau terasa..

tapi memang aku nak gelak gak..

kuikui

Janji~

huish, aku nak janji apa ni? ada apa dengan janji? kauorang pernah berjanji? kauorang janji dengan orang lain pernah ke kauorang tunaikan? penting ke janji-janji ni? aku pun pernah berjanji. tapi bagi aku setiap janji yang telah di buat tu mestilah di kotakan. terlalu banyak berjanji pun tak bagus kalau tak dapat dilunaskan.. bahaya jika terlalu banyak janji ni. 

muahaha btw, tadi aku tiba-tiba terdengar lagu dari Akim AF4, tajuk dia Janji. btw, aku nak dedicate this song to Muhd Amin. even aku tak pasti beliau akan baca belog aku ke tak sekarang ni. banyak janji aku dekat dia telah aku kotakan. aku harap dia tahu apa yang telah aku cuba buat untuk dia. menjadi yang terbaik itu memang sangat susah. :(

=========

Lirik Janji by Akim

Cubalah kau mengerti
Perasaan hatiku
Ku cinta kamu
Hanya itu aku tahu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Chorus
Aku akan selalu
Menjaga dan mencintaimu
Aku janji padamu
Takkan menduakanmu
Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku
Ulang Chorus
Aku janji padamu
Akan mencintaimu
Ulang Chorus
Takkan menduakanmu

mahu download lagu ni?

;)

Hari ini hari?

hari ni hari apa eh? 

ok hari ahad. 

nak buat apa eh?

buat bodoh je.

boleh tak buat cerdik?

suka hati kau la.

bosan la..

ada aku kesah?

macam mana ni?

macam mana apa?

kau ni nape?

aku? tak de apa.

eh kau apasal?

aku ke? saja.

arghh!

gila la kau!



p/s: aku buntu di pagi ahad.
so bercucuk tanam kejap, pergi basuh pinggan, kemas bilik, sidai kain, update belog. arghh! macam no life je. 


Day 2 - Your favorite movie

okei, aku nak sambung balik 30 day's project ni. so for day 2 is your favourite movie. so aku rasa semua orang pernah tengok movie kan? muahaha. dalam banyak-banyak filem yang pernah aku tontonkan, bagi aku aku paling suka tengok movie Jerry Maguire. pernah tengok tak Jerry Maguire? cerita lakonan hero yang paling aku suka + minat dan sewaktu dengannya TOM CRUISE. muahaha frankly to say aku memang minat beliau sejak tengok dia berlakon dalam cerita Jerry Maguire ni. cerita ni komedi romantik la.. nape aku suka sangat cerita ni? sebab cerita ni macam fairy tale love story.. sebabnya last sekali mesti happy ending..hihi..ni aku punya poit of view la..


ekceli cerita ni mengenai Jerry ni seorang agent sukan bukan agent MLM tau..haha then, tiba-tiba beliau dapat macam-macam masalah seperti kena pecat dari kerja..huhu so macam cerita cinta yang lain, mestilakan nanti dia akan jumpa seoarang perempuan dan akhirnya jatuh cinta..muahaha ungkapan paling romantik dalam cerita ni kan ialah 'YOU COMPLETE ME' hukhuk.. menangis aku bila dengar Jerry tu cakap kat awek dia..hukhuk.. romantik sangat..

Rindu itu Miss la..

huish.. terus terang aku cakap.. it's almost 1 week that we're not seen each other. macam mana la aku nak bertahan untuk terus menunggu lagi seminggu. serious, aku dah tak boleh tahan. aku dah tak boleh bersabar. aku betul-betul tertekan. that's why many people said that long distance relationship is so dangerous. yup memang aku kuat cemburu. tapi cemburu tu tanda sayang kan? yup memang aku kuat berprasangka buruk..memang aku tak nafikan. well it's natural feelings. kalau kauorang tak pernah ada sedikit pun cemburu, memang sah la kauorang ni manusia yang langsung tak ada perasaan..muahaha.. okei get back to my story, ekceli my muhd amin and me get into an inside conflict. aku dah tak tahan rasa rindu ni sebab beliau begitu jauh dengan aku sekarang. beliau di bangi sekarang sebab ada kursus. :( yup i'm scared to losing him. dunno why this bad feeling always menari-nari dalam kepala otak aku. tolonglah wahai hatiku supaya masih percayakan dia. aku betul-betul rindu dia. T_T

DAY 1 - Your favorite song

hai, okeh ekceli aku tengah buat 30 days project.. mungkin ini adalah salah satu cara boleh kauorang semua to get know me better..haha. so untuk day 1, aku kena cerita pasal my favorite song. ekcelikan, aku terlalu banyak favourite song. 

dulukan waktu aku sekolah rendah, aku memang minat giler dengan Siti Nur Haliza. semua gambar dia aku akan collect..muahaha konon-konon idola la tu. so semua lagu dia aku suka terutama sekali lagu WAJAH KEKASIH.. kuangkuang.. cett gatal betul aku, haha waktu umur 8-9 tahun bukannya faham pun lagu-lagu cinta ni..hihi innocent la sangat waktu tu. tapi sekarang aku dah tak minat beliau..hihi entah la nape, since beliau kahwin dengan Dato K tu terus aku banned dia..hahaha tapi apa nak buat dah tak minat kan.. ;p

gambar ikhsan Atuk G

then bila dah masuk sekolah menengah waktu form 1 sampai form 3 tu, aku memang minat giler la dengan Westlife dengan Backstreetboys..muahaha masa ni dah gedik-gedik minat boyband..lagipun masa kat sekolah memang diaorang ni memang pujaan hati ramai budak-budak perempuan. So lagu dari Westlife yang smapai sekarang aku layan kan, lagu If I let you go..perghhh..memang masa ni tengah jiwang-jiwang la..haha kalau lagu Backstreetboys pula, aku memang layan lagu Show Me The Meaning Of Being Lonely, siap boleh nangis-nangis gitu..hahaha memang giler la..

 aku paling minat kat Bryan :p, kiut kan muka dia.. suara pun comel

if BSB pulak, aku paling minat Kevin..y aku suka dia? muka dia selalu cool..ngehngeh

bila dah masuk Form 4, konon-konon macam minat boyband dari taiwan la..haha masa tu tak salah aku cerita cina yang paling best is Meteor Garden lakonan kumpulan F4, kenal tak? haha aku memang minat giler dengan Jerry Yen tu, memang hensem doh.. siap semua lagu cina tu aku boleh hafal..ngehngeh.. lagu band ni yang paling aku layan sampai sekarang ialah lagu Qing Fei De Yi.. err maksud dia aku tak tau la..hikhik

amacam stylo kan jerry? hihihi..

waktu form 5 pulak, konon-kononnya dah matang la, so aku lebih suka kepada lagu yang lebih bermakna.. huahuahua. waktu ni Christina Aguilera memang famous de amous la..haha aku paling suka bila dengar lagu Beautiful, sebab meaning dia memang terlalu mendalam.
I am beautiful no matter what they say
Words can't bring me down
I am beautiful in every single way
Yes, words can't bring me down, oh no
So don't you bring me down today
 
Lagu ni banyak bagi aku semangat untuk terus bertahan dekat asrama dulu. Jangan mudah mengalah dengan setiap cabaran yang ada, yup, so aku berjaya mengharungi hampir dua tahun kat kulim kedah yang tak best tu..haha..Yup tak dinafikan gaya beliau ni memang very de pelik..hihi tapi aku memang suka habis la dengan gaya dia.. 
 kicina aguilera yang sentiasa da bomb..haha

then, bila dah masuk U tu pulak kan, tiba-tiba fenomena Indie Band menular.. muahaha masa ni aku dah pandai la pi gig la tengok orang pi jamming la..haha memang best. masa ni kan, band Bittersweet dengan Hujan la paling famous, hihi.. after that baru la dengar nama meet pakcik husin la, couple, lucy in the loo, blablabla.. and semua band indie aku layan. and sampai sekarang aku memang fan the RAINger's..kehkeh.. 

HUJAN memang best!

so sekarang dah kerja, aku pun dah lebih matang..hihih.. matang la sangat.. and banyak juga lagu-lagu yang lebih menarik dan sedap. so aku pakai dengar je.:) kalau best aku download je..haha

p/s : kauorang ada lagu favourite??


GEMURUH

  • Put your music library on shuffle.
  • For each question, press the next button to get your answer.
  • You MUST write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds. Most of the time they seen to work though, strangely enough.
  • When you are done, tag 20 people in this note.

1. If someone says, "Is this okay?" , you say
--> She will be love (marron 5)

2. How would you described yourself?
--> Lipstick (the times)

3. What do you like in a guy @ girl?
--> Hey Now! (couple)

4. How do you feel today?
-->boys will be boys (panic at the disco)

5. What is your life's purpose?
--> Hyper Killer (bunkface)

6. What's your motto?
--> Aku Janji (hujan)

7. What do your friends think of you?
-->Bunk anthem (bunkface)

8. What do you think of your parents?
--> Empayar (hujan)

9. What do you think about very often?
-->Nobody (wonder girls)

10. What is 2 + 2?
--> lalala love song (toshinobu kubota)

11. What do you think of your best friend(s)?
-->grenade (bruno mars)

12. What do you think of the person you like?
-->slip away (disagree)

13. What is your life story?
-->Pergi (couple)

14. What do you want to be when you grow up?
--> over you (Daughtry)

15. What do you think of when you see the person you like?
-->down (jay sean)

16. What will you dance to at your wedding?
-->decode (paramore)

17. What will they play at your funeral?
-->the time (BEP)

18. What is your biggest fear?
-->house of wolves (My chemical romance)

19. What is your biggest secret?
--> are you gotta be my girl (jet)

20. What will you post this as?

-->Gemuruh (faizal tahir)

p/s : so nak tag kepada sesiapa yang baca post ini.
kalau tak nak post tiada paksaan, sikit pun aku tak heran..bwekk ;p

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !