Previous Entry : Sama tapi Tak Serupa
Assalamualaikum
uols. Sebenarnya tak tahu nak cerita apa. Heh. Actually kan, iteww kan masih
tak berapa sihat since Selasa malam before puasa tu. :( Demam dah surut, just
batuk dan selesema *sobs* *kesat-kesat hingus* Giler pengotor haku ni!! HAHAHA.
Saja je nak mengadu dekat uols semua. Hikhik
Actually
kan, walaupun tak berapa sihat, Alhamdulillah iols is masih larat nak
mengerjakan solat terawih *clap-clap*. Ok, pokok pangkalnya iols bukan nak
cerita pasal solat terawih ke apa, I know all of you already know bout it kan.
:D
Nak
dijadikan cerita, semalam (Khamis; 11-July-13), aku dengar radio Era.fm ---
memang setiap pagi dengar Era.fm pun, Johan dengan Ray tu lah, tcerita pasal
kenangan waktu sahur, pahit ke manis ke kan.
Sumber:
google
So
aku pun secara tetiba sambil drive teringat balik kisah sahur waktu sekolah
berasmara eh berasrama kat Teknik Kulim dengan waktu Kolej dedulu tu. Bila
teringat rasa kelakar pun ada, rasa annoying dengan diri sendiri pun ada. HAHA
Kalau
bersahur / soq (bahasa utagha) kat rumah atau rumah atok memang rasa heaven.
Just name it what dish you want, confirm abah atau arwah wan akan usaha gigih
dok carik. *sobs*. Ok pointnya aku bukan nak cerita pasal soq kat rumah.
Bahahaha. Aku nak cerita soq kat luar rumah :p
Dulu
kan, waktu kat asrama, mujurlah waktu Form5, dapat hostel belah bawah, kalau
Form4 atas bukit, so membuatkan student pemalas macam aku ni makin malas nak
pergi soq kat dewan makan sebab nak kena turun tangga yang tinggi! Mihmih. :3
So waktu F5, walaupun lauk kat DM ntah pape, gigih je la turun. Kalau malas
sekalipun kan, bancuh milo cicah dengan biskut Jacob 4segi tu. *sob-sob
berlinang air mata menaip entry ni* #Okei aku tipu. Hihi. Lepas tu kan makan
reramai dengan budak dorm.
Tapi
waktu duduk hostel dulu tak la rasa sadis sangat pun, just anak perantauan
macam aku je la yang selalu homesick bagai. Ala kalau homesick balik lah kampong
atok dekat To’kun tu. Bahaha. Bukan jauh pun dari Kulim (Kedah) ke To’kun (Bukit
Mertajam, P.Pinang) dalam 10-15 minit je pun kennn :3
Waktu
kat kolej, aku belajar kat Merbok. Masa ni lah lagi sadis dan pemalas nak soq. Nak
pergi dining (dewan makan) lagilah malas. Padahal aku duduk ground floor je.
Hahaha. Lepas tu dapat roommate yang malas soq juga so memang boleh geng la.
Kihkih. Aku stay dengan junior masa tu Farah, Zira dengan Nurul. Aku kamcing
dengan si Farah dengan Zira (Alhamdulillah sampai sekarang kami rapat), dengan
si Nurul tu biasa je.
Macam
si Zira ni, rajin betul bangun soq, hihi, malas sekalipun dia akan bangun
bancuh nestum ke hape kat meja dia. Si Farah ni ikut mood, kalau rajin
macam-macam dia buat. HAHAHA. Macam aku yang dah tentu malas ni, sebelum tidur
letak roti bun coklat ke atau bun ikan bilis tu kat tepi bantal siap sekali
dengan air masak sebotol. Nanti alarm telefon bunyi aku just terus ngap, minum
dan sambung tidur balik. Mihmih. :3
Kalau
rajin sangat baru bangun bancuh milo ke apa. Tapi kalau dah malas sangat tu je
yang mampu hihi. Lepas tu if dah parah sangat pemalas tu kan, bangun dan minum
air je, then sambung tidur balik. At least boleh lah tahan dahaga katanya. Hahaha.
Tapi,
Alhamdulillah, since dah kerja beberapa tahun ni, iols is rajin nak bangun soq,
yelah katanya tinggal dengan parents! Haruslah rajinkan, nak mati kalau
malas-malas kennn hihi. Mau ibu iols pelangkung anak dara pemalas ni. Hihi.
Tu
je lah nak cerita, kenangan waktu pemalas dulu. Muahaha. Btw, uols ada benda
nak share ke tidok? HAHAHA meh share pengalaman korang pulak :D
p/s:
Selamat berbuka! :)
Till
then,
-xoxo-
S
