Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Showing posts with label CERPEN. Show all posts
Showing posts with label CERPEN. Show all posts

Cerpen | Satu Penantian (Finale)








Chapter 8 (Finale)


Musim bunga di kota Seoul bakal menantinya dengan membawa seribu pengertian dan harapan. Pemergiannya bukanlah kerana kecewa tapi dia ingin mencari dirinya kembali, dihatinya masih tersemat cintanya buat gadis itu.

Sedang asyik dia menunggu di ruangan menunggu di lapangan terbang  matanya tertumpu dengan seseorang yang mirip dengan orang yang pernah bertakhta dihatinya. Dia mula tersenyum.
Hye, seorang je ke?”
Taklah, bertiga, buta ke?” dia pantas ketawa, sikap gadis itu mengingatinya terhadap gadis pujaannya
Gila ke gelak-gelak!” gadis itu terus memberontak.
Nak pergi Seoul ke, buat apa nak pergi sana?” dia masih cuba memancing gadis pemarah itu.
Suka hatilah nak pergi mana pun, sibuk je lah! Pergilah sana!” gadis itu masih menunjukkan riak ketidakpuasan hatinya.
Orang perempuan marah lagi cantik tau” dia ketawa sendiri apabila dia menuturkan kata-katanya
Ahhh!” gadis itu masih merengus..
Jom kahwin, nak tak?” dia mula bahagia dengan kata-katanya. Dia nekad dengan keputusannya.
Whattt, Gila ke ha!!?” Gadis itu terkejut.

Dia berharap gadis ini mampu menerangi dirinya kala sepi. Buat gadis kenangannya, dia masih menyayanginya namun semua itu biarlah menjadi kenangan manis buatnya.





You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh


Bila kita dah start mengada

Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang


Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja


Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you 
(Be Mine - Tasha Manshahar )



*TAMAT* 





kata-kata cinta pandang pertama :)

“There is never a time or place for true love. It happens accidentally, in a heartbeat, in a single flashing, throbbing moment.”   Sarah Dessen

“Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage.” 
― 
Lao Tzu





#Jika terlepas chapter sebelum ini boleh klik link ini :) 





till then
-xoxo-
S


Cerpen | Satu Penantian (Chapter 7)


Previous Entry : Le Wantan Hor



Chapter 7

*Situasi sekarang - sambungan dari Prolog

Dia terus mencari kelibat gadis yang dirinduinya. Dia terpana, gadis yang dirinduinya kini berada di depan matanya. Pencariaannya selama beberapa tahun membuahkan hasil. Dia terlalu gembira jika boleh dia mahu canangkan ke satu dunia bahawa dia terlalu sayangkan gadis itu.

Cuz she’s far away
And I don’t anything
Just to see her face
Now she’s far far away
Walk a thousand miles
Just to see her smile again (Far Away – Tyga feat Chris Richardson)

Kecik...” dia cuba memberanikan diri untuk menyapa gadis itu. Gadis itu menoleh dan riak wajahnya seperti terkejut. “You, you ni kecik kan?” dia mula tergagap menyusun kata. Ahh semua kata-kata yang dikarang sebentar tadi hilang sebegitu sahaja. “You, pergi mana selama ini?”  Hatinya yakin itulah gadisnya, namun gadis itu masih mendiamkan diri dan matanya berkaca. “ Puas I mencari you, lega hati I bila dah jumpa you balik,” Gadis itu masih lagi mendiamkan diri, mungkin masih terkejut. “I rindu sangat dekat you, I tak kan lepaskan you lagi lepas ni” dia cuba menyusun kata-katanya dengan sesempurna yang mungkin. Gadis itu mengalirkan air matanya “I dah kahwin hampir setahun, I minta maaf buat you menunggu, I tak sangka yang…” gadis itu tidak dapat meneruskan kata-katanya.

Dia seperti ingin rebah. Dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa gadisnya telah menjadi milik orang lain. Penantiannya ternyata sia-sia sahaja. Oh tuhan kenapa begitu berat sekali dugaan ini. “You dah kahwin? Sampai hati tak jemput I” dia mula ketawa pedih. Gadis itu masih terdiam, riak wajahnya seperti bersalah, “It’s ok, even you dah kahwin, I tetap akan sayang you macam dulu sebab you cinta pertama I. I hope you akan berbahagia dengan suami you sampai bila-bila. I nak you tahu, since dari dulu I cuma sayang you seorang, tidak ada gadis lain dalam hidup I selain you” ayat yang langsung tidak dikarangnya dan terlintas difikirannya meluncur laju dibibirnya. Gadis itu terus mengalirkan airmata kesedihannya. Gadis itu cuma mampu mengucapkan kata maaf berulangkali.

Dia berharap agar gadisnya akan bahagia selamanya, dia tidak tegar melihat gadisnya mengalirkan airmata kesedihan lagi. “You janji dengan I satu je, please make your life happy, I tak sanggup lihat you menangis lagi, mungkin this it fate yang I ni tak sesuai untuk you because I always make you cry, I’m really sorry girl.” “Thanks to you, I tak sangka you masih ingatkan I sehingga sekarang, I betul-betul terharu dengan you, I harap you akan bertemu dengan kebahagiaan yang you cari selama ini” gadis itu juga berharap sinar bahagia akan muncul untuk arjuna yang pernah dipujanya ketika dulu.

You could be my unintended
Choice to live my life extended
You could be the one I’ll always love
You could be the one who listens to my deepest inquisitions
You could be the one I’ll always love
(Unintended – Muse)


notakakipenulis : cinta itu tidak semestinya harus memiliki, 
jika terlalu cinta doakanlah kebahagian mereka.


#Jika terlepas chapter sebelum ini boleh klik link ini :) 


till then
-xoxo-
S
 

Cerpen | Satu Penantian (Chapter 5 + 6)


Previous Entry : Siapa Ariana?



Chapter 5

Alhamdulillah, peperiksaan sudahpun berakhir. Dia berdoa agar gadisnya berjaya menempuhi detik sukar itu. Huluran perkenalan dari gadis lain sedikit pun tidak diendahkannya. Dia berjanji selepas ini dia akan meluahkan apa yang terbuku dihatinya.

“Abang, jomlah dinner sama-sama malam ni, malam ni last kita jumpa kan before balik cuti” rayu Hanis berulang kali, dia mula bosan dengan telatah gadis manja itu.
“Ok, tapi sekejap je” dia seperti memberi harapan.

Namun dia tidak menyangka, kelakuannya bersama gadis manja itu diperhatikan dari jauh, dia tergamam. Oh gadis, ini bukanlah seperti yang kau fikirkan. Hatinya seperti mahu menjerit mengatakan cuma gadis itu sahaja yang sentiasa dihatinya. Dia pantas mengejar gadis itu, dia perlu menjelaskan sesuatu.
“Kecik, aku minta maaf.”
“Eh maaf? Maaf apa?” Gadis itu menyoalnya kembali.
“Aku minta maaf tiba-tiba mengelak dari kau” dia masih cuba menjelaskan, namun ia seperti terlekat.
“So? Takpe biasalah tu bila dah ada....” gadis itu seperti tidak mampu melafazkan kata-kata…
“Aku... Aku... dah lama tunggu kau, tapi...”
“Takpe, kita tak kisah lah” gadis itu masih berpura-pura
Oh gadis, sampai bilakah kita akan begini.
“Kau selalu buat tak tahu je dengan aku, lagipun aku nampak kau buang hadiah yang aku bagi tu and aku ingat kau tak suka aku”
Gadis itu terperanjat dan tersentap “hadiah? Kamu ke yang bagi? Kita ingat...”
“Aku malu nak cakap aku yang bagi. Aku... aku... tak sangka kita akan jadi macam ni.”
“It’s ok. Hope kamu happy with her, k see you next semester our final year, bye”
“Kecik... tunggu kejap...Aku...” gadis itu pantas melarikan dirinya, mungkin dia juga tidak sanggup melafazkannya. Dan dia terkaku disitu dan tak mampu mengucapkan apa-apa lagi.

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Hatiku imbas kembali memori
Walau kau jauh
Kuberjanjikan terus tunggu
Tak bisa lautan biru
Kumahu kau tahu
Aku kan terus menunggu (Ku mahu kau tahu – Hujan)

Dirinya begitu terseksa. Dia cuba mendapatkan jawapan dari gadis itu, namun semuanya sia-sia. Oh berdosakah aku selama ini. Oh gadis maafkan aku jika melukakan kau.


Chapter 6

Hatinya melonjak girang, semester akhir sudah dibuka, dengansemangat dan azam baru dia mahu melafazkannya. Biarlah semua ini segera berakhir dan gadis itu menjadi miliknya seorang. Sesungguhnya dia sangat rindukan telatah gadis yang dicintainya itu. Dia sangat rindukan suara gadis itu, dia juga terlalu rindukan wajah gadis itu.

Namun sebaliknya berlaku, gadis itu semakin menjauh darinya. Dia cuba melayani gadis itu dengan sebaiknya kerana dia begitu cintakan gadis itu. Gadis itu semakin membisu.

Dia dikejutkan bahawa gadis itu telah pergi. Dia cuba menghalang namun gadis terus menghilang sehingga kini. Puas dia mencari namun jejaknya tetap tidak kelihatan. Pelbagai usaha yang dilakukannya namun semuanya sia-sia. Dia kecewa dalam menakluki cintanya.

Selama aku, masih bisa bernafas
Masih sanggup berjalan
Ku kan selalu memujamu
Meskiku tak tahu lagi
Engkau ada di mana
Dengarkan aku ku merindukanmu. (Merindukanmu – D’massive)





#Jika terlepas boleh klik link ini :) 




till then
-xoxo-
S




Cerpen | Satu Penantian (Chapter 3 + 4)

Previous Entry: Shout Award 2012?

extra chapter for this week :)
hope enjoy 




Chapter 3

Oi kecik, hepi besday, semoga ko cepat besar!  Bye!’Dia tersenyum sendiri ketika menaip mesej itu, dia sendiri hairan mengapa dia sebegitu. 

Thanks, tapi ini siapa?” dia terkejut apabila gadis itu membalas mesejnya, hatinya gembira tak terkata lantas dia membalasnya kembali dengan tidak sabar. 

Aku la bayangan derita kau.. Kahkah. Bye!’ namun selepas itu mesejnya tidak berbalas, dan dibiarkan sepi. Dia tidak kisah, malah dia terlalu gembira dengan tindak balas gadis itu.

“To si comel, from secret admire”…

Eh eh ada hadiah lah untuk dak kecik ni. Wow dari secret admire ni” galak rakan-rakan sekelasnya mengusik gadis itu. Hatinya berbunga-bunga melihat situasi itu, namun hatinya tersentak, gadis yang dipujanya mencampakkan hadiah itu ke dalam tong sampah. Dia terluka dengan tindakan gadis itu. Dia hampir menumpahkan airmata lelakinya.  Dia segera mengutip kembali hadiah itu dan menyimpannya kembali. Biarlah rahsia ini tersimpan dilubuk hati lelakinya.

Hatinya sebal dengan tindakan gadis itu. Dia mahu bersemuka dengan gadis itu. Puas dia mencari gadis itu. Pencariannya berbaloi. Gadis itu bersendirian di pinggir tasik. Dia mahu menyapa gadis itu, namun dia tersentak gadis itu menangis bersendirian. Dia mahu mententeramkan gadis itu. Adakah gadis itu kecewa kerana dirinya? Perasaan sayangnya semakin dalam. Kalau boleh dia mahu menjadi teman yang sedia menghulurkan bahunya untuk gadis itu bersandar.

Ketika dia cuba menghampiri gadis itu muncul seorang jejaka lain yang cuba menenangkan hati gadis itu.  Dia terus terpana. Dia terkaku dan tidak menyangka gadis yang dipujanya sudah dimiliki orang lain dan semestinya bukan dia lelaki bertuah itu.

That should be me holding your hand
That should be me making you laugh
That should be me this is so sad
That should be me that should be me
That should be me feeling your kiss
That should be me buying you gifts
This is so wrong
I can't go on
'Til you believe that
That should be me
That should be me
(That Should Be Me – Justin Bieber)




Chapter 4

Dia kecewa dengan dirinya. Dia sudah tidak berminat untuk ke kelas. Hatinya pedih setiapkali melihat gadis itu. Senyuman gadis itu umpama sindiran baginya. Ahh bodohkah aku selama ni! Butakah aku sehingga tidak menyedari gadis itu membenci aku! Ya Allah, sesungguhnya aku terlalu mencintai dia. Dia merintih kepada Allah yang esa.

Every time I breathe I take you in
And my heart beats again
Baby, I can’t help it
You keep me drowning in your love
Every time I try to rise above
I’m swept away by love
Baby, I can’t help it
You keep me drowning in your love
(Drowning – Backstreetboys)

Sedang asyik dia melayani perasaannya gadis yang dipujanya datang menyapa. “Weh, kamu ok ke?” dia cuba membuat tidak tahu sedangkan hatinya sedang bergolak. “Weh kamu, kita tanya ni!” sedikit keras suara gadis itu. Hatinya bergelora“why you asking me? Ko kan tak suka aku, ok lah kecik, aku gerak dulu, bye!” dia terus berjalan laju, hatinya sakit, dia menyesal menjawab sedemikian. “Weh, kita tanya elok-elok ni.” Suara gadis itu sayup-sayup kedengaran. Dia menyesali dengan setiap kata-katanya, dia berharap jika masa boleh diundur dia tidak akan cuba menyakitkan gadis itu. Dia sendiri tidak pasti mengapa dia bertindak sedemikian. Ahh egonya aku ya Allah. Maafkanlah aku wahai gadis. Hatinya masih merintih sendiri.

Dia sedar bahawa dia telah berlaku kejam terhadap gadis itu, dia tidak mahu gadis itu sentiasa bersedih apabila bersamanya. Dia lebih rela melihat gadis itu gembira tanpanya. Biarlah cintanya kekal sebagai rahsia dirinya. Namun percaturannya sememangnya salah, dan dia tidak berupaya berpatah kembali.

Gadis yang dipujanya kelihatan semakin sugul. Oh kenapakah wahai gadisku? Bukankah sepatutnya gadis itu gembira kerana dia sudah tidak menganggunya lagi. Ketika dia menuju ke perpustakaan, dia terkejut kerana terserempak dengan teman lelaki gadis pujaannya bersama gadis lain, hatinya panas, dia tidak tegar melihat gadis pujaannya dipermainkan oleh lelaki lain. Tidak tidak sanggup melihat gadisnya bersedih lagi. Dia pantas menumbuk lelaki itu, alangkah terkejutnya lelaki itu rupanya sepupu gadis pujaannya. Dia bahagia ketika itu, gadisnya masih belum berpunya.

Kurnia bagaikan khayalan
Takkan ku lepas walaupun apa yang mendatang
Kurnia bagaikan khayalan
Ku takkan lepas walau hanya khayalan (Kurnia – Mizz Nina ft Noh)





#Jika terlepas boleh klik link ini :) 




till then
-xoxo-
S

Cerpen | Satu Penantian (Chapter 2)

Previous Entry: Baby Baru :)





Chapter 2


Dia seronok melihat gadis itu marah, dia rasa bahagia. Mungkin dengan cara ini gadis itu akan sedar kewujudannya. Dia sedar gurauannya kasar, namun itu bukanlah niatnya. Dia mahu meminta maaf, namun dia risau jika ungkapan maafnya disalah ertikan oleh si gadis.

Dia hairan gadis yang dipujanya seringkali berseorangan, dia ingin tahu apakah yang bermain di minda gadis itu. Namun setiap kali dia cuba menghampiri, dengan pantas gadis itu melarikan diri. Oh gadis, begitu susahnya menghampiri dirimu.

Dia tidak tahu dengan cara apa lagi mahu mengambil perhatian gadis itu. Ahh begitu sukarnya mendekati gadis itu! Pelbagai cara yang cuba dilakukannya untuk meraih perhatian gadis itu. Masuk lambat ke kelas, di denda. Dia cuma mahu gadis itu sedar tentang dirinya. Ahh tak kan gadis itu tidak peduli sikit pun! Dia kan rockstar! Dia menjadi geram sendiri. Gadis itu seperti biasa dingin dan sejuk.

Orang perempuan ni kalau kita manjakan dia, nanti dia cairlah.hahaha. Kau belilah benda yang dia suka.hahaha” dia tersenyum sendiri mendengar ungkapan itu dari sahabatnya. Ya, dia akan aturkan sesuatu.




Inginku gigit-gigit cuping telinga kecilmu
Luahan perasaanku membisikkan aku cinta kamu
Hadiahkan asmara disetiap pagi harimu
Dengan harapan agar kau tahu
Semoga kau tahu ku gilakanmu (Aqasha-Obsesiku)



#Jika terlepas boleh klik link ini :) 



till then
-xoxo-
S

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !