Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Le Wantan Hor


Previous Entry : Risiko bila Plagiat / COPAS

Hari Ahad lepas teringin sangat nak makan Wantan Hor,
dah lama mak aku tak masak benda tu.
Nak tunggu aku masak memang tak lah kan. Haha
Pagi tu tetiba mak aku masak Wantan Hor. HAHAHA
So kitorang luncheon makan Wantan Hor. Hikhik

Kan adik-adik aku semua jantan
So, tau la bila makan memang dah ghope macam bela hantu raya
-_-
Tapi badan kering jek
Aku je kalau terlebih makan mulalah cepat naik
Serious aku dengki. HAHAHA

Sekejap je Wantan Hor dah habis. Sobsob
Aku makan semangkuk jek.
Mak aku dah malas nak masak pulak
Suka je suruh aku pi masak lain.
Taulah aku ni malas kan. Hikhik
So, demi nak melantak, aku pun gagahkan diri nak masak. HAHAHA

Btw korang tau ke idok maksud di sebalik nama Wantan Hor?
Wantan Hor ni sebenarnya = Kueytiaw Sup Telur
Actually ejaannya dàn (telur) tapi sebutan dia tàn.. get it?
Dulu aku selalu bengang, bila order je wantan mesti dia bagi MEE
Aku tak mau MEE, aku nak kueytiaw
Sebabnya aku sebut MEE WANTAN so dia bagi MEE la kan
Btw, aku rasa mesti korang pernah alami macam ni kan.hikhik
So kalau korang nak kueytiaw kena la cakap – WANTAN HOR
Sebab Hor tu KUEYTIAW --- get it?

Aku tak gebang kosong je tau
Kalau tak caye pi la tanya kengkawan cina korang tu. Bwekkk
Ok, so memandangkan aku masak di hujung minggu tu
Aku nak share resepi sikit :p
Tapi aku masak cara orang pemalas la ye.hihi

Sebenarnya resipi ni mak aku olah untuk tekak melayu la,
So ianya taklah sama sangat macam yang orang cina masak ok.
  

 
Wantan Hor

 Bahan-bahan

* UNTUK KUEYTIAW *
  • Sebungkus kueytiaw (tak tau berapa gram)
  • Bawang putih (suka hati tapi aku ketuk 3 ulas)
  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Kicap masin
  • Sos Tiram
  • Black/White Pepper
  • Taugeh (resepi asal takde togeh, tapi ibu aku suka letak togeh)

* UNTUK SUP *
  • Udang (suka hati nak letak berapa ekor)
  • Ayam (suka hati – aku potong kecik-kecik)
  • Sawi (lagi banyak lagi sedap)
  • Carrot (kalau suka bubuh banyak, tak suka tak payah bubuh)
  • 2 ulas bawang putih
  • Halia(bubuh la 2-3 hiris)
  • Lada sulah
  • Kiub ikan bilis (amek sikit je- secubit manja-manja je)
  • Air (aku main agak je)
  • Garam secukup rasa
  • 2 biji telur (kacau-kacau dulu buat macam omelet tu) 
  • Fishcake - Goreng awal

Cara-cara

Kueytiaw

1.       Tumis bawang putih sampai kuning, masuk kicap pekat, kicap masin, kicap manis, dan sos tiram (agak-agaklah berapa yang diperlukan untuk bagi kueytiaw tu secukup rasa). Bubuh air sikit (sikit je bagi agak-agak dah tak bunyi minyak tu) lepas tu baru campak kueytiaw tu. Lepas tu gaul-gaul la sambil tu bubuh la sikit black/white pepper, bagi semua kicap-kicap tu kena kat kueytiaw tu. Sebelum tutup api tu campak segenggam dua taugeh. Kacau-kacau 2 3 kali baru tutup api. (p/s: nanti taugeh ni masih rangup lagi sebab tak masak lama)

2.    Dah siap. Letak tepi.

Sup

1.       Tumis bawang putih dengan halia tu lepas dan kuning-kuning baru masukkan air. (air tu agak-agak la korang nak banyak mana) Dah mendidih tu bubuh la udang, ayam ikut suka lah nak letak apa pun. Lepas tu baru bubuh sayur-sayuran. Sambil tu campak-campak la sikit garam dengan kiub ikan bilis tu.

2.       Bila sup dah mendidih bubuh la telur 2 bijik tu. Kacau laju-laju telur tu biar hancur

3.       Dah siap tuang lah atas kuetiaw tu, sambil tu hiaslah dengan fishcake ke fishball ke meatball ke blablabla

4.    Telan lah apa lagi  :D








 le wantan hor
harap mahap masa ni pinggan yang ke-2 so dah takde ayam dengan udang serta sayor
baru teringat nak amek gambau. gyahahaha
btw, yang putih atas kueytiaw tu -- telur
kbai



p/s: try la buat, kalau jadi bagi tau aku. Hikhik

till then
-xoxo-
S

17 comments:

MAMA AINUL said...

agak unik nama nya, tapi mcm sedap !! yummy !!

cha said...

ooo yg tau wantan tu yg bulat2 mcm ada seafood tu huhu noob betul. looks delish yummm

J.Syazwana said...

tapi kite lagik suke mee wantan. hehehe. :D

ezy.fia said...

bakkkk ckitttttt!
lapo ni!

kurus said...

nampak sedap
tapi hurmm akak x pernah dgr nama tuu ;)

Princess Feyqa said...

alamak kt blik ni dh la ada roti je... kang ada mkn roti trbayang wantan hor hahaa

Unknown said...

nak mai ghumah! haha kite kalo 1st time try masak mmg fail...cis!! mencik giler huaaa eh pggn ghumah kite sameeee

Unknown said...

kite dh 2 kali komen lepastu error...mcm nak gigit hang!

pinggan rumah kite same, nak mai ghumah!! dan 1st time kalo masak selalu failed. mencikkk

jeBateja said...

Alamak...sodap ke ni...den tak pernah makan....maklum lah..tekak melayu sejati...ahakz

NA said...

Kak Wina pun suka kuew tiaw daripada mee.
Hehe bila teringin baru rajin nak buat sendiri ek.

-wina1979-

Sya said...

Saya bab-bab masak ni.. Malas. Makan mahu, masak tak mahu. XD

Unknown said...

pelik xpenah makan lg

tp cm kuetiaw kungfu cume y tu kuetiaw dibalut telur

#LOL part jantan makan serupa bela hantu raya hahaha

Jajas said...

wow...hebat

Unknown said...

menarik.. nanti bole try

ZULHILMI TEMPOYAK said...

mohon pos sket.. hehehe

Liza Razak said...

saya pun suka makan wantan hor...nak cubalah resepi awak ni kat rumah :)

Pha Is said...

mcm sedap je..

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !