Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Showing posts with label E-day. Show all posts
Showing posts with label E-day. Show all posts

Hantaran Lintang





previous entry : Tutorial Tukar Kepada Interface Lama / Delete Blog  

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Haloo uols, tadi saya cek encik nuff saya lepas tu saya tengok bahagian keyword

Umangaih, ramai betul orang cari keyword pasal hantaran ye.hihi ;p

Maybe sekarang ni musim kenduri-kendara kot ;p


see, ada yang cari hantaran perkahwinan, hantaran terkini untuk lelaki, hantaran untuk lelaki dan juga new malaysian ic. pfttt (saya bukan kerja kat JPN okay!)



Memandangkan saya masih dalam mood berbahagia jadi saya nak share sikit apa yang beri dan terima :) boleh refer sini entry bahagia saya :p Saya dah kena chop. Terima kasih.

makngah zai saya buat sendiri bunga ros ni :)
tapi ni ros saya pinjam jek dari my cousin -,-'

btw, kalau ada diantara korang yang nak berkahwin / bertunang tak lama lagi boleh lah cedok / survey sikit apa yang hantaran saya beri / terima :p



hantaran yang diberi dari pihak saya ialah;
1) al-quran
2) kasut
3) beg
4) perfume
5) sepersalinan baju melayu/sampin (untuk dipakai waktu nikah)
6) sejadah (mak ndak bagi)
7) set tali pinggang / wallet / pin tie
8) towel
9) gula berbentuk bawang putih (mak ndak bagi)
10) chocolate feroro rocher (mak teh midah bagi)
11) chocolate feroro rpcher (mak ngah lela bagi)
12) kek fondant (fikah bagi)
13) icing biscuits (buat sendiri ;p )
14) gula-gula (jiran bagi, tak tau nama makcik ni apa -,-)
15) basket (basket ni boleh makan tau) with jelly (mak jang bagi)
16) basket (basket ni boleh makan juga) -- mak jang bagi with buah-buahan (mak teh midah bagi)
17) tepak sireh


wiwit. muka gila-cam ;p
di sebelah kiri hantaran saya kepada dia
dan di sebelah kanan saya hantaran dia kepada saya 
:)


hihi, banyak lagi yang orang bagi, tapi hantaran dan banyak sangat dan semerit (dulang hantaran) dah tak cukup so bubuh apa yang ada je


apa yang saya terima dari pihak lelaki pula
1) telekung
2) kain sepersalinan (saya tak buat lagi baju sebab saya takut badan saya mengembang lagi..pftt)
3) kasut / bag
4) perfume / set barang make-up / set permbersih wajah
5) towel
6) bahulu
7) muffins / tart
8) chocolates
9) kek
10) manisan berbentuk cili
11) buah-buahan
12) CINCIN <----- ni jangan sesekali lupa nak bawa ok.. haha kalau lupa mau kena parang. ;p
13) tepak sirih 


nak lagi contoh? klik sini --->HANTARAN



fuh fuh, barang-barang ni depend la kalau korang nak bagi ke tak nak, ada juga pasangan prefer waktu tunang ni bagi barang makan je, sebab nanti waktu nikah baru dorang bagi barang head-toe.


so semua ni terpulang atas masing-masing, macam saya nanti waktu nikah nanti saya bagi barang yang simple-simple je ;D


p/s: nak tengok gambar-gambar hari bahagia saya? klik ini ye 09.06.12






Till then,
xoxo
S

Saya dah kena chop. Terima kasih

previous entry : Minta Tolong. PLEASE.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera :) Wow, dah berabad rasanya tak hapdate pape T_T. Untuk makluman semua, my FB still tak boleh buka kat rumah, dah buat macam-macam cara seperti yang ramai sarankan seperti clear cache, re-install balik semua browser and blablabla.. cuma nak kena tunggu PC ni kena format balik je pun. Yang dihairankan, bila buka kat office ok la pula kan. Pftt.. -,- Ok, malas nak cerita pasal fesbuk ni, mencik mencik ai T_T

Alhamdulillah, akhirnya majlis pertunangan saya berjalan dengan lancar dan sempurna pada Sabtu lepas bersamaan dengan 9.6.12 :) Berapa banyak hantaran yang bakal diberi biarlah rahsia kami sekeluarga ;p Masing-masing berbalas 17-13 dulang. 

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua makcik saudara dan pakcik saudara saya kerana bertungkus dan lumus bagi memastikan perjalanan majlis saya ni berjalan dengan lancar serta sempurna :)

Ribuan terima kasih juga buat semua sepupu kesayangan saya kerana turut sudi memeriahkan lagi majlis, especially to Ainil Afzan kerana sudi me’make-up’ saya dengan begitu comel sekali, aku sayang kau ketat-ketat *muahmuah. Buat Ikhwan Syafaat, terima kasih juga kerana sudi membacakan doa :) Frankly to say, kak erin sangat sebak bila dengar doa yang ko baca tu T___T

Buat Iffah Aqilah, Anis Waheeda, Aini Wajihah thanks juga sebab membantu menggosok tudung dan mengangkat dulang hantaran serta membasuh pinggan-mangkok ;p Buat Afiqah, terima kasih juga, sebab ko sudi menempah kek yang sangat cantik untuk aku (tapi kek tu kita tak sempat rasa. sobs), dan juga terima kasih membuatkan semua hantaran aku cantik dengan hasil kreativiti ko dengan mak ngah zai :)

Buat yang lain, jika saya tidak menyebut nama kalian, jasa kalian juga tidak akan saya lupakan. Terima kasih buat semua sepupu/makcik/pakcik yang sanggup hadir walaupun berada di selatan dan utara serta pantai timur kerana sudi hadir :) Terima kasih banyak-banyak diucapkan kerana memberi bantuan didalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk kewangan ataupun pertolongan.

Di sini saya juga ingin memohon maaf, kerana tidak menjemput sahabat dan rakan-rakan kerana majlis ini cumalah kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh sanak saudara, jadi saya mohon tolong jangan inbox ataupun mesej saya dengan ayat yang sangat touching kerana tidak menjemput anda semua. Nanti bila majlis besar dah confirm, baru saya dengan yakin akan menjemput kalian :)

Terima kasih juga buat photographer saya iaitu Meor Adib :) (p/s: kalau ada sesiapa nak pakai photographer boleh contact meor adib okey :) )

Disini saya lampirkan sedikit gambar dihari bahagia saya. ;p





bersama-sama abah, ibu, boy dan baby :)



via Saidatul Mira photo

p/s: hari ini saya menaip dengan menggunakan bahasa melayu betul ;p
p/s: gambar dengan photographer akan siap dalam minggu ni, cant wait! ;p 
p/s: kalau nak tengok contoh-contoh apa barang hantaran yang selalu orang bagi kepada lelaki atau perempuan kauorang  boleh refer sini HANTARAN  :)

xoxo
S



*auto_post*

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !