Donate Me :)

Paid Ads

Hye blogshop owner.
Needs my review or advertisement?
Email me at thesyazanazainn@gmail.com :)

Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

-xoxo-

S

Saya dah kena chop. Terima kasih

previous entry : Minta Tolong. PLEASE.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera :) Wow, dah berabad rasanya tak hapdate pape T_T. Untuk makluman semua, my FB still tak boleh buka kat rumah, dah buat macam-macam cara seperti yang ramai sarankan seperti clear cache, re-install balik semua browser and blablabla.. cuma nak kena tunggu PC ni kena format balik je pun. Yang dihairankan, bila buka kat office ok la pula kan. Pftt.. -,- Ok, malas nak cerita pasal fesbuk ni, mencik mencik ai T_T

Alhamdulillah, akhirnya majlis pertunangan saya berjalan dengan lancar dan sempurna pada Sabtu lepas bersamaan dengan 9.6.12 :) Berapa banyak hantaran yang bakal diberi biarlah rahsia kami sekeluarga ;p Masing-masing berbalas 17-13 dulang. 

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua makcik saudara dan pakcik saudara saya kerana bertungkus dan lumus bagi memastikan perjalanan majlis saya ni berjalan dengan lancar serta sempurna :)

Ribuan terima kasih juga buat semua sepupu kesayangan saya kerana turut sudi memeriahkan lagi majlis, especially to Ainil Afzan kerana sudi me’make-up’ saya dengan begitu comel sekali, aku sayang kau ketat-ketat *muahmuah. Buat Ikhwan Syafaat, terima kasih juga kerana sudi membacakan doa :) Frankly to say, kak erin sangat sebak bila dengar doa yang ko baca tu T___T

Buat Iffah Aqilah, Anis Waheeda, Aini Wajihah thanks juga sebab membantu menggosok tudung dan mengangkat dulang hantaran serta membasuh pinggan-mangkok ;p Buat Afiqah, terima kasih juga, sebab ko sudi menempah kek yang sangat cantik untuk aku (tapi kek tu kita tak sempat rasa. sobs), dan juga terima kasih membuatkan semua hantaran aku cantik dengan hasil kreativiti ko dengan mak ngah zai :)

Buat yang lain, jika saya tidak menyebut nama kalian, jasa kalian juga tidak akan saya lupakan. Terima kasih buat semua sepupu/makcik/pakcik yang sanggup hadir walaupun berada di selatan dan utara serta pantai timur kerana sudi hadir :) Terima kasih banyak-banyak diucapkan kerana memberi bantuan didalam pelbagai bentuk samada dalam bentuk kewangan ataupun pertolongan.

Di sini saya juga ingin memohon maaf, kerana tidak menjemput sahabat dan rakan-rakan kerana majlis ini cumalah kecil-kecilan dan hanya dihadiri oleh sanak saudara, jadi saya mohon tolong jangan inbox ataupun mesej saya dengan ayat yang sangat touching kerana tidak menjemput anda semua. Nanti bila majlis besar dah confirm, baru saya dengan yakin akan menjemput kalian :)

Terima kasih juga buat photographer saya iaitu Meor Adib :) (p/s: kalau ada sesiapa nak pakai photographer boleh contact meor adib okey :) )

Disini saya lampirkan sedikit gambar dihari bahagia saya. ;p





bersama-sama abah, ibu, boy dan baby :)



via Saidatul Mira photo

p/s: hari ini saya menaip dengan menggunakan bahasa melayu betul ;p
p/s: gambar dengan photographer akan siap dalam minggu ni, cant wait! ;p 
p/s: kalau nak tengok contoh-contoh apa barang hantaran yang selalu orang bagi kepada lelaki atau perempuan kauorang  boleh refer sini HANTARAN  :)

xoxo
S



*auto_post*

28 comments:

J.Syazwana said...

banyaknye hantaran die >.<

schaze zainn said...

Syazwana : sikit jek ni hihi -,-

Idati Malek said...

cute je :D
hahahaha~

Pink Lavender said...

hi syazana

tahniah...

makneng follow kamu
jom follow makneng semula

schaze zainn said...

idati : haha thanks dear :D

schaze zainn said...

makneng : terima kasih dan thanks follow :D

Yana S. said...

congrats kak erin tayom! (:
santek sangat!

schaze zainn said...

yana : thanks tayam :)
nnt giliran yana pulak :D

Yana S. said...

kite dah letak follow follow mcm kak erin punye blog.. hehe..dah boleh follow dah..

alaaa kite lambat lagi la kak erin!
silap2 takde langsung.. hehehe

schaze zainn said...

yana : jangan risau, ade tu jodohnya, sabar ye menunggu :)

Cho Zila said...

selamat melayari kebahagiaan menjadi tunangan orang.. harap dapat bertahan walau apa juga cabaran...

schaze zainn said...

cho zila : thanks untuk peringatan tu :)

jeBateja said...

Dah bertunang ko ye.....selamat bertunang...ahakz....kenyang makan kek nanti si bakal asbe ko...ahakz

Jajas said...

tahniah...dh ade cop kat dahi eh...bulang tu bukan 15-13?hehe

ABU said...

wah sudsh menjadi tunang orng.. tahniah.. semuah berakhir ke jinjang pelamin. patutla lama senyap kan.. diam diam ubi berisi :P

sesuai tak perumpamaan aku tu hahaha :)

cik najihah said...

tahniah :)

bunbun said...

tahniaaaaaaaaahh :)

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah untung la ada org datang meminang.. hahaha.. cam ak ni lom cukupduit lagi nk meminang ank orang.. jeles nye :) btw congrat sis :)

M Fizan said...

uhuu. jelesnye. nak tunang jugak! tak bagitau pun nak tunang..... btw, congrats. semoga bahagia sampai akhir hayat. orang kata bertunang ni fasa lagi sukar daripada berkasih sebab cabaran dan dugaan lagi tough. wish both can withstand all obstacles. :) nanti nak kahwin jemput la. update selalu ye ^_^

qaseh johanna said...

yeay...dh jd tunang orang..suka tengok pp tembam tu ada lesung pipit..comel sangat.. :)) nway tahniah..

semutsengal said...

amboi tajuk. kemain.

Atiqah Wadiah said...

waaaa..dh b'tunang~congrat :)

schaze zainn said...

jebateja; thanks. haha kalo dia tak kenyang gak tak tau la -,-'

jajas; thanks. memang berbalas dulang 17-13 la :)

ABU; thanks, tu la busy sikit.hihi lepas ni fokus kat wedding pulak =D

cik najihah; thanks :)

bunbun; thankssss! :)

taufiq; thanks, jangan ko tunggu lama-lama sangat okey =D

m fizan; biar rahsia dulu, takut nanti tak jadi pulak ;p btw, thanks for the advise :)

qaseh johanna; thanks kak :)

semutsengal; jangan jelus dgn tajuk aku okey..haha

atiqah; thanks dear :)

Liza Razak said...

congrats !! bile kenduri kawinnye nanti?

fadh leyanie said...

comelnya dia..! selamat bertunang..lepas ni kahwin pulak.:P

Ezy Chiaki said...

tahniah dear..
byknye hntaran die.. b'dulang2..
=)

apdet gmbo tunang byk2 ye..
hihikk

schaze zainn said...

liza razak; thanks! ;D kenduri next year, tapi tak tau lgi tarikh ;p


fadh leyanie; maceh ;D haha tunggu next year ;D

ezy chiaki; thanks dear ;D
haha, eksaited nak banyak2 :D
i.allah nnt kite update ;D

yad'z said...

tahniah. =)

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !

Busuk.Org