Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Tips | Buat Resume dengan Ringkas




  Previous Entry : with TRUE LOVE PHOTOGRAPHY 


update 11/3/12 : thanks to razil for A very good question :)  


soalan dari Razil Tahir : kejap, yg nama n rujukan last tue nak tulis sape?
ada specific or tulis semua sekali...?

jawapan dari saya :)

1) family (ayah/ibu/adik beradik/ sepupu sepapat/makcik pakcik) -- better pilih orang yg betul-betul kenal dengan kita
2) nama bekas majikan (option) - make sure bekas majikan kita ni betul-betul baik dengan kita dan kenal cara kerja kita macam mana sekurangnya nanti bila bekas bos puji-puji kita, bos baru tak kan teragak-agak nak hire kita 
3) kawan / suami / isteri

motif sebab kena ada rujukan -- sebab majikan baru selalunya akan call salah sorang dari rujukan itu untuk tahu mengenai pekerja baru mereka, eg: nak tahu perangai korang, nak tahu kat tempat kerja lama tu rajin ke malas ke, nak tahu ada hutang ke dan lain-lain lagilah

p/s: tapi selalunya, majikan nak orang yang tiada pertalian saudara dengan kita ni sebabnya -- dah namanya pun sedara-mara / adik-beradik, mestilah cerita baik-baik je kan SEBAB mereka tak tahu cara kita kerja dengan orang macam mana, kalau rujukan rakan sekerja nanti bos baru bolehlah korek-korek rahsia samada korang ni kaki ngulat ke, kali tuang kerja ke.  :)  

btw, harap dapat membantu :) kalau ada soalan lagi, boleh tanya saya okey 

p/s: mentang-mentang aku kerja bahagian HR/Admin ada je tipsnya. HAHAHA

sila scroll ke bawah lagi untuk Tips | Buat Resume 

======================


Resume adalah surat pengenalan diri seseorang dimana pemohon menunjukkan bahwa beliau layak diberi jawatan yang ditawarkan. Resume yang baik menunjukkan bahawa anda layak diberi jawatan yang ditawarkan. So resume yang baik tidak perlu terlalu panjang atau terlalu pendek. Kadang-kadang ada juga yang meletakkan maklumat yang tidak penting atau perlu dan yang paling teruk jika ada grammatical error. Kesilapan-kesilapan ini lah yang membuatkan bakal majikan anda menilai anda sebagai seorang yang acuh tidak acuh.via :- google




So faham tak kepentingan resume ni?
Resume ni sememangnya penting sangat
Aku tau mesti ramai yang tahu buat resume
TAPI, adakah resume anda sesuai?


Sedih kadang-kadang bila interview budak-budak yang baru nak melangkah masuk ke alam kerjaya
YUP, I know -- mereka kerja hanya untuk sementara
Semata nak cari pengalaman
walaupun sementara sahaja ini adalah titik permulaan korang dalam sesuatu kerjaya tu
Tak kisahlah jawatan cashier sekalipun


Dari resume sahaja, kita dah boleh tahu orang tu macam mana
Samada orang tu serious nak kerja ke idak 
Kadang-kadang rasa geram juga
bila tanya mana resume
Boleh dia tanya kita balik, resume tu apa kak?
pftt..  


Kadang-kadang tu ada juga budak buat resume
mak aaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiii, panjang berjela.
You know what -- setengah majikan bukannya baca pun resume tu
tambah lagi kalau resume dah sampai 5-6 helai
kau mampu nak baca?
Bukan sorang je nak di interview
Mau muntah hijau sampai berpinar mata baca resume tu


Cukuplah sekadar 2-3 helai je
Tulis yang mana penting
Tak payahlah bubuh hobi korang pulak -___-'


Yang paling PENTING ---- GAMBAR!
motif kau nak letak gambar kau buat duckface?
Geli aku.
Kau ingat gambar resume tu macam Default Picture (DP) pesbuk?
Please lah -- RASIONAL SIKIT
apajadahnya taruk gambar gitu?

 
motif bubuh gambaq gini? mau aku campak je resume tu. hakhakhak


 motif macam ni? kau ingat pesbuk? twitter? 
tak payah tunjuk RARE sangat.huh

 
buh la gambar gini. semart pe macam incik kacang :3
boleh je bubuh gambar elok-elok, TAPI saja malas kan.
konon tak up-to-date.. puihhh
 -gambar iksan gugel-

 
Bubuh gambar passport tu -- baru nampak professional
TAKPE BURUK – JANJI PROFESSIONAL
baik buruk pon muka korang jugak kan. HAHAHA
EVEN kau apply kerja cashier / operator kilang sekalipun 
tulis resume tu elok-elok
kalau kat rumah takda PC
pergilah CC taip resume tu
pergi CC bukak pesbuk boleh pulak
Jangan kata budak lepasan SPM tak reti bahasa
Budak lepasan diploma / degree pun sama bengapnya.
 ish tak paham aku -_-


Lagi satu, bila dah buat resume dalam BAHASA MALAYSIA janganlah
pulak kau gatal-gatal nak campur dengan BAHASA INGGERIS
biar kekal dengan satu bahasa
MOSTLY -- kalau kau nak interview dengan sektor kerajaan -- aku suggest tulislah dalam BM
kalau dengan swasta tulis dalam BI -- tapi its depend on what company kau pergi interview
Kalau syarikat tu besar - better write it in English
Kalau syarikat kecil, bahasa malaysia pun dah ok


So kat sini aku nak share sikit TIPS buat RESUME yang ringkas tapi padat


1) NAMA - BIAR FONT BESAR / BOLD / JELAS

2) MAKLUMAT PERIBADI 

No. Kad Pengenalan :
Tarikh Lahir :
Jantina  :
Status  :
No. Telefon  :
Alamat      

3) MAKLUMAT PENDIDIKAN

Institusi           :
Bidang Pengajian     :
Kelulusan       :
Tamat            :

4) PENGALAMAN BEKERJA

Syarikat                     :
Jawatan                   :
Tarikh Mula Kerja     :
Gaji Bulanan            :
Deskripsi Tugas         : -
                                  : -
                                  : - 
                                  : -

5) KELEBIHAN / KEBOLEHAN
-
-
-
-
-
-

6) RUJUKAN

1)       Nama    :
Alamat   :


No. Telefon  :

2)       Nama        :
Alamat       :


No. Telefon  :



 
 boleh click download sample resume kat sini BAHASA MALAYSIA / BAHASA INGGERIS


harap bagi yang baru nak pergi interview tu prepare secukupnya ok :)

 Boleh click link di bawah untuk baca tips interview :D




till then
-xoxo-
S

11 comments:

Pha Is said...

dulu belajar buat resume masa kelas BI.. skrg dah igt2 lupa dah.. hehe

wakgelas said...

wak pon dh lama X updet resume wak tuuu..,Uhuu

Cik Tanpa Nama said...

wahhh thanks for the info...bole la iera guna ilmu nanti bila dah tamat dgree..

Razil Tahir said...

saya memang nak buat resume...
thanks kak...

kejap, yg nama n rujukan last tue nak tulis sape?
ada specific or tulis semua sekali...?

YouSOF said...

ok, orang HR dah titipkan banyaaak nasihat dan panduan untuk kita buat resume, mahu tak mahu buat je.


terima kasih ;D


nasib baik tak letak hobi, cita², makanan kegemaran semua tu masa buat resume dulu hehe

Unknown said...

ni mesti akan sgt bguna nt. hehe..

Unknown said...

ni mesti akan sgt bguna nt. hehe..

Unknown said...

taknak buat n taknak kerja boleh tak?

J.Syazwana said...

thanks akak.
sangat membantu.
kakakaka.
okbai.


eh jap memang ade eh resume dalam BM?
oooo ingat semua dalam BI je.
okbai

jeBateja said...

Omak aiii...ko ni...bab2 mcm ni terer laaa....ko keja apa sekarang ni erk...?

Unknown said...

Terima kasih akk

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !