Previous entry : Hantaran Lintang
Assalamualaikum dan selamat sejahtera uols ;p Pertama sekali nak bagi tau, tadi pagi saya ada interview lagi di sektor kerajaan. Untuk tahun ini, ini adalah kali kedua saya pergi interview bagi sektor kerajaan. Kali pertama adalah setelah saya dirisik (Risik-Berbisik)dan saya dapat interview di sektor separa kerajaan.
Setelah pengalaman yang lepas sedikit pahit, jadi kali ini saya mencuba dengan lebih bersungguh-sungguh. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang kali kedua :)
(p/s: rezeki selepas bertunang kot.. kahkahptuihhhh engagement)
Alhamdulillah, saya rasa saya dapat menjawab soalan-soalan dengan baik, walaupun ada juga soalan macam tidak ada kena mengena tapi saya jawab je ;p Saya juga amat bernasib baik, kerana ketika saya diinterview tadi, suasananya agak santai dan bersepoi-sepoi bahasa. (maybe saya ni orang yang empat akhir) Disini, saya ingin share sedikit sebanyak dengan readers semua.. ;p
p/s: ini adalah tips bagi interview di sektor KERAJAAN
nak tahu bagaimana interview di sektor SWASTA boleh ke SINI
PERHATIAN : Kalau temuduga di sektor kerajaan PASTIKAN ANDA MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU :)
kalau swasta selalunya di dalam BAHASA INGGERIS.
BASIC
1. Sebelum masuk bilik temuduga, SILA pastikan anda mengetuk pintu dahulu kerana ini menunjukkan bahawa anda ni menghormati mereka sebagai penemuduga. Kalau anda bernasib baik, kemungkinan besar mereka adalah bakal bos anda. (kalau korang dapat kerja tu la kan ;p)2. Sila pastikan anda memberi salam kepada mereka. Kalau anda ni Melayu dan Islam ucaplah ASSALAMUALAIKUM encik / puan / cik, begitulah jika sebaliknya jika anda berbangsa lain ucaplah SELAMAT SEJAHTERA encik / puan / cik. Tak salah jika anda bersopan santun dan lemah gelamai di depan mereka ;p3. Minta kebenaran untuk duduk, jangan selamber je duduk. Nampak sangat anda ni GELOJOH. haha4. Tunggu sampai penemuduga bersuara. :)
UMUMSeperti yang di ketahui, mana-mana temuduga mesti dan pasti penemuduga akan tanya CERITAKAN MENGENAI DIRI ANDA.Jadi, anda ceritakanlah mengenai diri anda secara ringkas. TOLONG JANGAN MEREPEK DAN MELALUT BERCERITA TENTANG HOBI DAN CITA-CITA ANDA cukup sekadar· NAMA· UMUR· ASAL· TEMPAT TINGGAL SEKARANG· TINGGAL DENGAN SIAPA· BERAPA ADIK BERADIK dan· ANDA BEKERJA DIMANA atau· PENGALAMAN KERJA. Simple kan? ;p
AWASRasanya ramai yang dah tahu tapi bagi yang tidak tahu disini saya akan ingatkan sedikit. Silalah anda rajinkan diri membaca atau mengugel mengenai KEMENTERIAN / NAMA MENTERI DI MALAYSIA ni. Tolong jangan malas, fesbuk rajin je buka kan ;p
Sepanjang saya di interview ni, saya seringkali ditanya mengenainya, jadi bersiapsedialah menghafal nama-nama menteri beserta dengan kementeriannya. Sekurang-kurangnya hafal dan tahu 3 atau 5 orang/kementerian pun dah cukup. Sebagai contohnya;KEMENTERIAN KEWANGAN: Menteri : Dato' Seri Najib bin RazakKEMENTERIAN PELAJARAN: Menteri : Tan Sri Muhyiddin bin YasinKEMENTERIAN DALAM NEGERI: Menteri : Dato' Seri Hishamuddin bin Tun HussinKEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN dan WARISAN: Menteri : Dato' Seri Utama Dr. Rais bin YatimKEMENTERIAN KESIHATAN:Menteri : Dato' Seri Liow Tiong LaiSenarai penuh nama menteri beserta kementerian ---> SINI. Kemudian, saya juga ditanya mengenai Jabatan-Jabatan yang ada di Malaysia ni, so Jabatan yang paling senang nak ingat ialah;· Jabatan Perkhidmatan Awam· Jabatan Kebajikan Masyarakat· Dan lain-lain lagi* Tips: korang hafal la nama menteri yang famous sikit untuk lagi senang ingat ;p dan yang paling penting kena ingat Nama Kementerian dan nama Menteri yang handle Kementerian tu yang korang bakal bekerja nanti #mudah-mudahan :)* Selalunya penemuduga minta 2 jabatan je :)
PENGETAHUAN AM
Seriously, korang memang kena bayak membaca. Rajin-rajinkanlah baca paper kalau malas beli paper bacalah kat paper online. Tak payah nak merumitkan keadaan kan. Kalau buka blog dengan fesbuk rajin jadi kenapa tidak boleh baca paper online kan. Jadi pastikan semua isu-isu semasa anda tahu. Contohnya, kalau interview kat Jabatan Kesihatan, bacalah tentang hal-hal mengenai Kesihatan, Sekurangnya nampaklah sikit anda ni membaca dan ambil tahu apa yang berlaku masa kini. Isu yang boleh diambil tahu seperti isu penyakit, suntikan untuk remaja perempuan, isu derma organ dan lain-lain lagi.
Semoga segala tips ini dapat membatu anda semua mengharungi temuduga itu dengan lebih baik :)
Good Luck
*autopost*
-xoxo-
S
16 comments:
saye prnh hadapi situasi ni..
haha..
kali pertama intebiu xdpt keje..
kali kedua dpt..
alhamdulillah..
skrg mmg keje ngn kerajaan..
=')
ezy; wah tahniah! harap2 schaze pon dapat juga.hihi
terima kasih tips tu.. serius sngt membantu..gigih aku baca tau.. even aku tak pernah kena panggil tuk interview kerja gomen..
tenga cari kerja lain ni.. aku dah meluat tengok bos aku kat opis..
dah isi SPA, tah bila la dia nak panggil interview sighh..
btw, good luck intervw ari tu ok.. semoga berjaaya, ya la akan rezki orng bertunang :)
very gud tips... bnyk sy tk tahu pasal menteri2 ni
gud tipss dik ;)
ABU; aku isi SPA ni dah banyak kali, tetiba jek kena pangei..HAHA rezeki kan, btw harap ko dapat keje baru yg lebih baik :D gudluck bro
sue; nnt kena amek tahu la kalo dapat interview dgn gomen :D
ieda; haha thanks kak ;p
lmbat lagi utk ke alam pekerjaan.. huuhuh
wow tips sangat berguna nehh...anyway salam kenal ;) i follow ;)
tips utk masa depan sy,mesti bdebar2 sebelum nak ketok pintu tu.dup dap..:P
uwaaaa... payahnya nak interviu kerajaan. nak hafal menteri korup lagi. hafal biologi pun belum khatam. waaaa... thanks. suka reminder ni. nanti tanya jabatan boleh la jawab sambil pejam mata. ^_^
lagi 1.
kalau dia tanya apa kelebihan diri.
kena jawap dengan penuh yakin.
tambah la penipuan sikit.
even la diri tu sebenarnya tak bagus pun.
still jugak kena tipu.
baru senang nak dapat kerjaa.
hihihi
:P
petang ni ade interview. tapi swasta la. takutttttttttt. huhuhu
tips ni kena share kat adik saya ni..nanti dia nak interview kerajaan 3 bulan lagi.thanks for sharing
Wah..tips berguna..thx ek..aku interview gkmen 3 mei ni..doakan berjaya k..
Thx for the tips..huhu..lega ckit..atleast tau la apa nak baca apa...3 mei ni aku inrerview gomen..doakan berjaya k..huhu...ujian spa dah lepas..now interview plak..
gigih yui cri tips ni..hihi..tq dear =)
Post a Comment