Donate Me :)

Paid Ads

Hye blogshop owner.
Needs my review or advertisement?
Email me at thesyazanazainn@gmail.com :)

Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

-xoxo-

S

Anugerah Juara Lagu 27 - Review



Previous Entry : Segmen : Saya Blogger Negeri

Assalamualaikum uols.
Akhirnya, Anugerah Juara Lagu yang ke 27 (AJL 27) telah pun melabuhkan tirainya
Segala teka-teki-tekuk pun dah terjawab
Ada yang setuju dengan pemenang-pemenang yang dipilih
Ada juga yang tak setuju
Rasanya ramai yang salah faham
Anugerah ni adalah untuk mengiktiraf composer, penulis lirik dan sewaktu dengannya
BUKANNYA popularity penyanyi itu ye.
Jadi setiap lagu ni memang diadili oleh JURI / HAKIM nya
Bukannya diadili oleh PEMINAT
:)

Secara amnya, (ayat karangan SPM) kemenangan Yuna ni ramai tak expect. Hihi
Tambah-tambah lagi dengan gaya persembahan Aizat yang ala-ala Jimi Asmara bersantai sambil minum nescafe tu. Hahaha
Serious, tak boleh blah.
Simple but sweet.
Tetiba Aizat nampak hensem dengan berkumis nipis. Hikhik
Memang macam Jimi Asmara la.
For those yang tak tau siapa Jimi Asmara ni silalah google :)

Pembukaan AJL27 memang dah memukau
Penampilan Misha Omar sebagai penyanyi pembukaan memang sangat-sangat awesome
She still has that ‘aura’
Memang meremang bulu roma waktu dia nyanyi tu
Dah la baju gaun dia cantikkkkkk..
Tapi, persembahan Ziana Zain dan Faizal Tahir macam kurang kick sikit
I don’t know why
They seem looks tired.
Suara pun tak berapa clear.
Tapi takpelah okei je lah.

Gandingan pengacara Faizal Ismail dan Cheryll pun okey la.
Diorang memang talented untuk jadi pengacara sebab petah berkata-kata dan tak buat orang boring.
Tapi, maybe TV3 patut buat perubahan sikit
Cuba tukar pengacara AJL27 tu
Dah berapa tahun ni asyik orang yang sama je
BOSAN juga kalau asyik muka sama yang asyik menghiasi AJL ni.
Nasib takde Ally Iskandar, kalau tak lagilah.
Kalau ambil Faiz atau Chad Hot FM pun okey
Diorang pun dah buktikan boleh mengacara program Muzik-Muzik tu dengan baik

Kesemua 12 peserta yang berentap malam tadi
Semua lagu-lagu yang acapkali kita dengar diradio dan juga menjadi lagu tema drama-drama tempatan. Hikhik
Memang lagu yang pemes-amos lah katanya

 Senarai Lagu mengikut giliran persembahan.

1.           Ombak Rindu – Adira dan Hafiz
Persembahan pertama lagu Ombak Rindu, Hafiz seperti biasa memang memukau, tapi ntah kenapa Adira macam bad mood je muka dia -_-‘ Lepas tu pula kali ni Hafiz pakai baju mahal dah takde seluar track... Haha

2.    Patah Seribu – Shila Amzah
Permulaannya Shila baca puisi ke monolog ke kot. Tapi yang pasti tu bukan pantun. Muahaha… Suara Shila macam serak sikit, lepas tu suara dia macam tak berapa nak keluar. Tapi okey la.

3.    Simetri – Hazama ft. Amy Search
Serious persembahan mereka aku tak berapa nak paham sangat. Aku rasa pelik bila Amy Search dan Hazama buat rambut gitu.  -_-

4.    Idola – Azlan & Typewriter
Even make-up dorang pelik, tapi aku suka sebab dah macam ala-ala My Chemical Romance jek. Persembahan memang mantap. Paling aku kagum bila tengok guitarist band ni yang perempuan tu main. Perghh memang hot la.. tak sure siapakah beliau. Gyahaha [update terbaru: Gitaris Wanita AzlanandTypeWriter --- refer sini Siapa Ariana?]

Serious, gwa tak tau siapa dia.
Ada orang tau tak?
Sebab line-up Azlan & Typewriter lelaki semuanya -_-

5.    Pelangi Senja – Stacy
Stacy comel sangat walaupun nampak berisi sedikit., Dari jauh macam Adele. Hikhik For me stacy nyanyi memang takde sumbang, sedap sangat :)

6.    Lagu – Bedroom Sanctuary
Alalalala.. band ni sweet yang amat. Haha simple je outfit dorang masuk pertandingan. Waktu part PAUSE tu nampak happening.

7.    Tanpamu – Amir Jahari
Frankly to say, aku memang suka sangat lagu ni, tapi persembahan Amir biasa je, tapi tak pelah 1st time kan. :) Tapi adik aku kata make-up amir tu dah macam style Gotye dalam video clip somebody I used to know tu.

8.    Teman Pengganti – Black ft. RJ
Ramai orang sebut-sebut lagu ni boleh jadi juara, suara Black memang tak dapat dinafikan. Memang suara dia sedap. Bila dengar dia nyanyi live sama je macam dengar dalam radio (record). Sememangnya Black ni ada bakat yang besar. Susah nak jumpa artis yang boleh nyanyi live sejibik macam dalam album tu. Persembahan opening Black waktu duduk kat kerusi yang pusing-pusing tu dah macam artis Hollywood je. Cuba tengok style Puff Diddy atau Usher. Haha. Sama jek.

9.    Terukir di bintang – Aizat (Penyanyi asal : Yuna)
Persembahan yang sweet sangat. (bagi aku lah.) memang gaya Jimi Asmara. Hahahaha. Relaks je dengar Aizat nyanyi. Sambil jalan dan minum Aizat nampak ada gaya macho.

10.    Ku Akui – Hafiz
Yang ni tak payah disangkal la, suara dia memang dah power, and no wonder untuk kali ke-3 Hafiz boleh menang berturut-turut.

11.  Andai Ku Bercinta Lagi – Mojo
Opening lagu ni dah boleh buat meremang, paduan dengan Marsha pun dah best. So rupanya suara perempuan mula-mula waktu opening lagu ni suara Marsha, tapi Aweera macam agak berlebih-lebihan. Well maybe gimik dah macam tu kot :p

12.  Anak Kampung – Jimmy Palikat ft. One Nation Emcees
Bila tengok persembahan Jimmy and the geng memang terasa meriah. Teringat pula kat Noraniza Idris dolu-dolu. Beliau bawak segerombolan tentera untuk menari bersama-sama. Memang fun sangat. Tapi takde rezeki mereka menag persembahan Terbaik.


Persembahan yang last sekali oleh otai-otai rock dengan gitaris hebat tu pun awesome (AG, Edrie, Rody dan Man Kidal) Rasanya persembahan dorang lagi memukau dari kebanyakan perserta.hahaha
Paling best tengok AG goreng gitar dia. Tapi jeles jugak tegok rambut dorang (Edrie, AG dan Rody) tu cantik gituww. Jeles myol okei. Haha

Bila keluar je Rahmat Mega, Aris Ariwatan, Joey dan legend rock Ramli Sarip
Memang terbaik lah.
Tapi ada satu part waktu Aris Ariwatan nak turun dari platform tu dia nampak macam tergelincir …
Haha nak kena tunggu youtube untuk pastikan :p

Senarai Pemenang AJL27 

Persembahan Terbaik – Teman Pengganti (Black ft. RJ)
Ramai tak puas hati kenapa mereka menang, gyahaha. Btw ni kan undian SMS, so tanyalah kenapa rakyat Malaysia suka persembahan gitu :D

Vokal Terbaik : Hafiz (Ku Akui)

Tempat Ke-3 : Ku Akui (Komposer&Lirik- Ajai ; Penyanyi Hafiz)

Naib Juara : Idola (Komposer  - Audi Mok, Lirik  - Azlan ; Penyanyi Azlan & Typewriter)

Juara : Terukir di Bintang (Komposer&Lirik  - Yuna ; dinyanyikan oleh Aizat)



Secara keseluruhannya AJL27 ni lebih elok sikit dari Anugerah Skrin dulu tu. Lalalalala
Mungkin next year Anugerah Skrin kena belajar dari AJL punya penerbit ni. hikhik
Stage pon cantik.
Orchestra dari Ramli MS pun sedap je dengar.
Btw, semoga AJL28 tahun depan akan lebih bagus dari tahun ni punya
:)

 nak baca REVIEW lain?
# Anugerah Skrin 2012
# Shout Award 2012

 p/s: this is my perspective, what's your's? 
you don't like it? i don't give a damn :)

till then
-xoxo-
S

11 comments:

Azlan Strider said...

yup..basically AJL tahun nioe memang menarik..cuma bagi sy persembahan penutup tu lebih memukau dari opening..hehehe

Regards,
-Strider-

fazrulnoor said...

ni baru lah betul ulasan. lengkap. kne contohi ni :)

Syazana Zainn said...

@azlan
yup ending lg best :)



@fazrulnoor
bwahahaha ulasan la sgt. :p

Raja Azrul said...

ramalan saya black sepatutnya menang..tapi kenapa lah dia tak menang? aduhai...mungkin ada sebab kot.

J.Syazwana said...

kite suke faizal cheryl and kalau ade ally lagi best sebab dorang suke kene2 kan sesame dorang. acara besar so kene carik mc berpengalaman.

seriusly awak suke stacy nyanyi?
omg kitorang dok kutuk2 die tau tak. nak terberak dengar die nyanyi. serius dia dah tak fit macam dulu. nak tarik suara pon macam dah tak larat. sayang sebab lagu tu best sangat.

Syazana Zainn said...

@raja azrul
mebi ada sebab kot :)



@wana
aiseh awak tak suke ke?
kite suka je dgr, tp bab fit tu mmg betul
dia agak mengah sikit :p

J.Syazwana said...

kite suke dengar dalam radio je.
kekekeke.

tapi dah banyak kali dah noticed every time die wat persembahan die macam mengah. dah kene diet dah stacy tu. haha !

cha said...

i suka lagu Yuna menang sebab im her biggest fan walaupun aizat yg bawak lagu tu. lagu tu memang terbaik hehe.

oh btw perempuan yg dgn Azlan & The Typewriter tu Ariana. Dia budak band Couple :)

Tihara said...

akk dah jarang layan ajl..tp mlm td tengok sikit je..mcm style broadway..cheryl makin lawa :)

Atiqah Wadiah said...

ok..semngat dok google jimi asmara

Nadya Bubble said...

Lagu Terukir Di Bintang tu dah memang best. Aizat nyanyi jadi lagi best. Macam relax je tapi awesome :D

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !

Busuk.Org