Chapter 5
Cuti semester makin menghampir. Gadis itu ingin tabah. Peperiksaan sudahpun menutup tirainya. Gadis itu ingin pulang dengan gembira. Tapi hatinya tiba-tiba tersentak. Arjuna yang baru dipujanya bersama dengan gadis lain. Gadis itu tiba-tiba mengalirkan air mata kecewa. Arjuna itu juga tersentak dan terkejut. Mungkin dia tidak sangka gadis yang pernah dipujanya ketika dahulu terlihat kelibatnya dengan gadis lain.
Gadis itu bertambah kecewa, mengapa semua ini berlaku kembali. Hatinya telah nekad tidak akan jatuh cinta sekali lagi. Betapa kejamnya arjuna itu. Memainkan hati dan perasaannya yang baru berputik bunga-bunga cinta. Arjuna itu pantas mengejar gadis itu. Dia cuba menjelaskan sesuatu.
“kecik, aku minta maaf.”
“Eh maaf? Maaf apa?.” Dia berpura-pura ketawa
“Aku mita maaf tiba-tiba mengelak dari kau” arjuna itu masih mencuba menjelaskan
“So? Takpe biasalah tu bila dah ada....” bibirnya tidak mampu mengucapkan kata-kata. Hatinya menjadi sebak.
“Aku.. Aku.. dah lama tunggu kau, tapi..”
“Takpe, kita tak kisah lah” gadis itu masih berpura-pura
“kau selalu buat tak tahu je dengan aku, lagipun aku nampak kau buang hadiah yang aku bagi tu and aku ingat kau tak suka aku”
Gadis itu terperanjat dan tersentap “Hadiah? Kamu ke yang bagi? Kita ingat...”
“aku malu nak cakap aku yang bagi. Aku.. aku.. tak sangka kita akan jadi macam ni.”
“It’s ok. Hope kamu happy with her, k see you next semester our final year, bye”
“kecik.. tunggu kejap..aku..”
Gadis itu pantas melarikan diri ke tempat persembunyiannya. Dia terjatuh tapi kesakitan itu langsung tidak terasa, hatinya jauh lebih pedih seperti menikam-nikam dirinya. Airmata masih menitis di pipi. Hatinya kecewa. Dia mula menyesal. Menyesal dengan sikap sombongnya. Menyesal kerana terlalu ego. Menyesal dengan sikap berpura-puranya. Dia juga menyesal kerana tidak mempedulikan hati orang lain. Dia mula lemah. 2 kali dia terkandas. Kandas dan lemas dalam cinta yang tidak kemana. Gadis itu menjadi letih, letih dengan dirinya. Panggilan telefon dan juga sms dari arjuna itu dibiarkan berlalu sepi.
Dan aku memang PENAKUT
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Dia bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku – Yuna (Penakut)
Kadang-kadang dia seperti putus asa. Putus asa dengan hidupnya. Putus asa dengan orang sekelilingnya. Dia terasa dirinya bodoh kerana terlalu cepat jatuh cinta.. Jatuh cinta dengan orang yang tidak sepatutnya. Dia terasa dirinya lemah kerana cepat tersungkur. Dia ingin meluahkan perasaannya tetapi dia takut. KENAPA dan MENGAPA?
*bersambung*
previous;
-xoxo-
S
8 comments:
is it ur life story?
Ini bukan lagi cerpen. Dah siap ada bab lagi. Heheh. Tapi ayatnya bunga sangat. Anyway, nice.
kenapa pempuan selalu sahaja menyembunyikan perasaan sebenar dia.. all out plz...
bangun gadis,jangan lemah..T_T
sob sob. part ni dah sedih. ni yang mula nak tacing. tisu mana tisu???! aiyokk. tu la, masa orang kejar, jual mahal sangat. arjuna tu jahat. kesian hati gadis terluka lagi. ermm next!!
wooo.
pengalaman sendiri ke ? dah episod 5 dah.
alah ade pompuan lain lah pulak. ish arjuna ni. cepat mengalah. mencik !
hahahaha
dh lama x ke sini. review novel pulak.. best2~
Post a Comment