Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Cerpen | Menanti Kasih (Chapter 2)

Previous Entry :


Chapter 2

6 tahun yang lalu

Hatinya luluh dan hancur, pria yang disanjungi sepenuh hatinya mempunyai kekasih hati. Tidak guna dia menangisi dan meratapinya lagi. Dia sedar akan silapnya. Sepatutnya dia harus berterus terang. Tapi, dia takut. Dia malu jika cintanya ditolak. Tak mungkin pria itu akan mengetahuinya buat selamanya.

Hancur hatiku, hatiku ini
Meskipun tiada pun yang tahu
Aku berdoa, aku kan cuba
Meskiku tak lagi percaya
Namun ku masih tetap mencuba
Hampa hati yang ada di langkah kaki
Namun tetap ku menanti – Awi Rafael (Bukankah Aku)

Hampir setahun dia bagaikan orang gila. Gila, sasau dan sakit tentang cintanya yang tidak kesampaian. Akhirnya dia mempunyai kekuatan untuk bangkit. Bangkit dari sakitnya. Namun dia masih tidak dapat melupakannya pria itu. Bila sendiri, hatinya masih merintih dan menangis.

5 tahun yang lalu

Ketika hatinya hampir pulih, muncul seorang arjuna. Hatinya menjadi benci dengan lagak sang arjuna. Baginya apa saja yang dilakukan arjuna itu semuanya adalah untuk menyakitkan hatinya. Apakah salahnya sehingga arjuna itu seringkali menyeksa dirinya sebegitu rupa. Dia cuma mahu aman dan bahagia. Dia sedih apabila arjuna itu seringkali melukakan hatinya. Banyak kali airmatanya tumpah kerana arjuna itu. Gurauannya menjadi semakin menyakitkan.

Suatu hari gadis itu menerima satu sms dari orang yang tidak dikenalinya ‘Oi kecik, hepi besday, semoga ko cepat besar!  Bye!’ Hatinya sedikit terusik, siapakah itu, lantas dia pun membalas kembali “thanks, tapi ini siapa?” Selang beberapa minit kemudian “aku la bayangan derita kau.. kahkah. bye!’ hatinya gundah. Ahh tak mungkin dia. Hatinya masih cuba menafikannya.

-xoxo-
S

5 comments:

nana said...

cepat cepat! Tak sabo den nak baca :D

Syazana Zainn said...

nana; sabar ye :D

M Fizan said...

memang sakit bila cinta tak diluahkan. say something and wishing u hadn't or say nothing and wishing u had? hoho. mesti laki annoying tu jodoh dia. continue!!

J.Syazwana said...

dah macam novel lah pukak ade sambung2. woot woot.

alah cerpen sedih ni nanti sedih :(

Syazana Zainn said...

M. Fizan; betul tu, sakit sangat bile tak dapat bg tahu perasaan kite T_T


Syazwana; hihi ;p

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !