Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you ♥

-xoxo-

S

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Cuti pada Jumaat


Previous Entry : Don't Lose It All


Morning chuols 
Terasa mendap pepagi gini
-_-
FYI, pagi tadi baru sampai Ipoh
Semalam aku pi KL kejap
At first ingat nak cari barang kaweng dengan Amin
Tengok-tengok jadi benda lain. pfttt
That's why aku tak suka cari barang kaweng sesama
Nanti confirm merepek buat benda lain. HAHAHA

Amin cuti seminggu sebab nak kena clearkan cuti tahun lepas
So alang-alang tu dia suruh aku cuti sama
untuk teman dia cari barang kaweng
Kebetulan cousin aku si Ainil tu cuti hari Jumaat
Boleh suruh dia drive. haha

Aku gerak pi KL tu malam Khamis
Stay dekat rumah makcik aku dekat Sungai Buluh
Hari Jumaat tu baru gerak turun KL
Oh ya lupa nak bagi tau, aku bawa adik aku yang last tu, baby 
Heaven je dia ponteng sekolah
Tak sedar diri nak ambil SPM hiks

Rasa pelik tak letak bedak bagai kat muka
Terpaksa muka plain selama sebulan
Sebab tukar produk kosmetik baru ni -_-


Kebetulan adik si Ainil tu Aiman pun tak nak pergi sekolah -_-
Sebab nak ikut kitorang turun KL
Beria bagi alasan cakap demam dengan sakit mulut. pfft 
Memang dia demam pun tapi taklah teruk sangat. haha

1st place kitorang pi IKEA
Aku memang suka IKEA. haha
Sampai sana je bukan terus pi cari barang
Tapi terus pi tempat makan-makan
Awrrrr... sampai sekarang aku masih terasa kelazatan 
meatball dengan sos dia yang likat tu.
Menyesal tak ambil banyak-bayak haha
Tapi makan 5 ketul pun aku dah kenyang
Sebab lepas tu makan spaghetti lagi. 

Meatball dan Spaghetti IKEA
makan ini saja pun perut dah kembung
yumyum


Lepas melahap baru nak pi cari barang
Pusing satu IKEA tu aku tak jumpa pun barang yang aku nak
Kitorang just cam-whoring je
Dah macam orang batak tak pernah masuk IKEA. haha

 Dengan sepupu setok, senenek, lain mak ayah
:3
Ainil Afzan -- Aku memang rapat sangat dengan semua sepupu aku 
termasuk dengan minah chef ni lah :p


 Aiman, Amin, Baby







Masa nak ambil gambar ni susah juga nak pakai kamera depan tab
Jenuh nak kena make sure kitorang berlima masuk dalam gambar
HAHA. Nasib baik ada seorang budak tengah lalu tolong ambilkan gambar
Serious terasa macam batak. KAHKAH


Lepas puas cam-whoring dengan makan aiskrim lembut
Baru gerak nak pergi Jalan TAR
Ntah mengapa, macam bosan je
Aku sendiri pun dah tak tahu nak cari apa
Tapi cousin aku dah siap shopping
Kitorang yang sepatutnya cari barang tak beli pape pun
Ingat nak cari tribal shawl
Memang murah RM10
Tapi tak berkenan pula aku


Tetiba dah gelap
Nasib cepat-cepat lari pergi kat kereta
 Hujan lebat juga
Tapi tak lama pun

Lepas tu singgah One Utama
Dorang nak tengok wayang
Aku pun konfius, semata nak datang KL ni nak tengok wayang?
Baik tengok kat Ipoh je. HAHA
Lastnya dorang nak main pool 
Aku okey je lah, 
Aku tak reti main pool, so tengok je lah


Lepas tu baru balik rumah
Ingat nak gerak balik Ipoh malam
Tapi nak tengok tv pulak
Lepas tu bajet nak keluar pukul 12
Lepas tu rasa mengantuk
Lastnya gerak balik Ipoh pukul 5.30 pagi tadi
Sampai rumah pukul 7.50 pagi
Terus siap pergi kerja
Bosan betul :(

Sekarang dekat office sambil menguap
-_-
Kbai


Till then
-xoxo-
S


Nasi Arab buat Kad Kahwin





 
Hi chuols!

Tadi tengah hari lepas balik kerja

Aku dengan Amin pergi Station 18, Pengkalan

Sebab nak setel pasal kad kaweng


At first, sedih juga design yang ibu aku buat tu dorang tak boleh nak buat.*sigh*

Yelah,  beria ibu aku tengok-tengok tak boleh buat macam tu

Ibu aku tak suka kad yang crowded - 

dia suka yang simple tapi nak elegant --- sama perangai macam aku

Bukan tak boleh cari vendor lain, boleh je

Le' me and Amin 
Bagaikan kucing gedik membuli tweety bird kuning
-- aku lah twitty bird kuning tu dan dia kucing gedik. :3
p/s: Actually tak plan pun pakai baju kaler sama. HAHAHA


Cousin aku cakap, vendor ni punya kad cantik 

Yelah orang nak sponsorkan. HAHAHA

Cuma kena pilih je
So, bila belek-belek kad-kad yang lain okay lah, 

Amin pun ada yang dah berkenan

So, kitorang just pilih design yang ada

Harga pun boleh tahan.


Lepas tu tetiba teringin nak buat button untuk family pengantin

Amin pun sibuk nak juga buat macam tu – Suka tiru aku. HAHAHA

Okaylah, so Amin buat juga button, tapi DESIGN kena lain. Mihmihmih :3

So pasal kad dengan button consider DONE.

Cuma kena tunggu untuk bayar je lah.


Mana aku buat kad dengan button, korang boleh tengok sini ---- IDEA GRAFIK

Kalau nak walk-in ke kedai

Lokasi: Belakang Tesco Station 18 (betul-betul belakang tesco tu)


Ok, sekarang nak cerita pasal makan pula

Dah lama tak cerita pasal makan.

Actually, lepas balik dari tengok kad tu, 
aku mengadu dekat Amin yang aku teringin 
nak makan Makanan Arab --- gedik kan aku? HAHAHA


Dia berlagak sangat tak nak bawa, 
lepas tu aku menggedik lagi nak tapau air milo ais kat d’naina

Mula-mula dia poyo, konon tak nak bawa aku pergi d’naina tu

Tetiba je dia masuk simpang d’naina tu. Hiks. 
Gedik tau awak ni, suka buat suspen kat itewww. HAHAHAPUIHHH

So dah dapat milo ais, aku diamlah kejap


Lepas tu aku sambung merengek dan menggedik lagi nak makan Nasi Arab. HAHAHA

Lepas tu dia, cakap jom balik rumah aku dulu boleh bawa adik-adik aku tu.

Well, adik-adik aku kan dinosaur.

Makan macam membela hantu raya je -_-
Pantang je ajak pi makan, laju je siap. Pfttt

Tambah lagi si baby tu -__-

menggelabah pergi tukar baju cepat-cepat.

Memandangkan parents aku balik kampong sekejap, 
so aku bawalah dua orang adik aku ni which is Boy dengan Baby.


So lokasi cari makan kitorang kali ni dekat Restoran Nasi Arab dekat area Meru

Signature place --- lot kedai berdepan dengan bangunan JPN dekat Meru

Kedai dia diantara tengah-tengah lot kedai tu


Actually at first aku nak duduk kat tempat bersila tu

Boleh berangan jadi ala-ala orang arab gitu

makan sambil bersila
Tapi baby dengan Amin menggedik konon-konon segan pulak. Huh.


So kitorang duduk kat atas kerusilah. Hewhew

Aku pening gak nak order apa

Sebab menu dia dalam Bahasa Arab ---- ada je tulis dalam BM.hiks.


So, overall memang puas ahti makan kat sini

Kitorang ambil yang set untuk 4 orang punya

Serious makan untuk 4 orang pun dah terlebih.

Tapi kalau tangki korang boleh tahan no problem lah.


 Le’ menu
-hidangan timur tengah paling murah di Malaysia-
Murahlah juga compared to other Arabic Restaurant 
:3



 Le’ menu
Kitorang pilih Set A - RM55 (3-4 kepala)
Nasi Arab Ayam dan Daging dia memang marvelous.
Then dia bagi sup juga. Rasa macam sup nasi ayam hainan tu
Tu apa yang lidah aku rasalah
Dah lah banyak, makan 5-6 orang pun boleh 
sebab BANYAK giler
Yang Mashwiyyat Musyakkalah tu sebenarnya daging ayam dan 
kambing di potong-potong macam satay tu 
tapi satay nipis kan, tapi yang ni daging dia tebal. 
Lepas tu dalam Mashwiyyat Musyakkalah ni ada 
dua keping roti Arab --- giler lembut oooo. Sedap je makan.
lepas tu ada fries, coleslaw, dan patty daging kambing 
lepas tu dia bagi satu pinggan salad -- ada timun / tomato / coleslaw
dan juga sejag air fresh oren -- mau tercekik kalau tak minum
then aku rasa dia bagi free kat kitorang 4 mangkuk salad buah-buahan 
which is contain tembikai, honey dew, kismis dan yogurt. 
umphhhhh! sedap!
memang puas ahti
berbaloi!




kalau tak nak ambil yang set macam aku tu
boleh pilih ambil satu-satu macam ni
sebab lain orang lain rasa tekak kan


 Le' Nasi Arab
Bapak besar dulang dia ni. hiks
Daging kambing dia lembut, tak liat. BAGUS





 Le' Mashwiyyat Musyakkalah




Dua-dua tak sabar nak menelan.hiks






Oh ya, ada juga kuah ni -- yang ada sudu tu tak tahu nama apa
yang magkuk takde sudu tu pun aku tak tahu nama. HAHAHA
tapi rasa dia macam air asam sikit ---- makan untuk cicah daging kot





 
Le' dessert. Awrrrr
sedap ooooo :D






Yang ni additional dessert
Rassi Mango -- Mangga campur dengan susu tapi taklah rasa susu sangat pun
Sedap, dah la murah RM4 semangkuk
Boleh share 4 orang tau. hiks 




Sejag air dan seorang budak kekenyangan


bersepah monster-monster ni melahap ---- not include me :p





Btw, aku rasa, kalau datang makan kat sini
Tak boleh nak tamak-tamak sebab portion dia besar
So makan satu-satu dulu hihihi
Ni kitorang makan berempat pun dah letih.
Nasib baik aku bawa 2 orang monster tu.hikhik

Nanti kalau korang nak test, datang lah
Memang berbaloi
 Eh, eh mana gambar aku?
Gambar aku adalah, malu nak letak. KAHKAHKAH


Till Then,
-xoxo-
S

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !