Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Trip : Hatyai (Day 1)



Previous Entry: Make A Change In Life


Assalamualaikum w.b.t
Hey guys!
Ingat lagi last entry poyo last week tu? Haha
Kan aku cakap nak pergi trip kan
Actually tak lah trip pergi mana sangat pun
Somewhere atas Malaysia je pun. :p
Btw, AWAS
Entry kali ini giler panjang kata kau :D


Btw, trip tu ke Hatyai / Songkhla Thailand je
And actually trip ni hanyalah untuk family kak zura 
(Ex-colleagues aku kat kilang lama)
Dorang nak cukupkan orang 
So adalah budak-budak kilang lama aku tu follow juga
(termasuk aku dengan kawan aku; Farah)
Farah ni dari Shah Alam
So dia turun Ipoh semata nak ke Hatyai ni.


So trip ni ada 2 bas
1 dari KL
1 dari Ipoh 
Aku ni of course lah naik dekat Ipoh kan
Yang dari KL tu adik Kak Zura yang handle


Kitorang bertolak dari Ipoh hari Jumaat (4-Oct-13) 
Pukul 12 malam
Actually dekat tentative nak gerak pukul 11.30 malam heh
Biasalah kan, dah ramai-ramai ni kan
Btw tempat naik bus tu kat kilang lama tempat aku kerja dulu tu
Hikhik, dah 2 tahun lebih tak jejak kaki kat sana mihmih :3


So after semua dah cukup
Bus pun gerak lah kan :p
Tak salah aku, bus ni ikut laluan ke Bukit Kayu Hitam
I guess so -___-
Sebab aku dengan Farah di memanjang membuta je dalam bus
Sampai tak sedar takde orang kat dalam bus hahaha


Dekat mana ntah bus tu berhenti kali ke-3 kot 
untuk buat ticket masuk border Thai
Actually mujur aku sedar dari tidur
Tu pun sebab aku nak gosok gigi
Kalau tak, nanti masuk Thai ni dah macam pendatang haram mihmih
Bila kak zura bising-bising baru kitorang berdua kelam kabut buat ticket tu 
Hikhik. Sorry kak zura :p
Oh ya, ticket tu korang kena bayar singgit (RM1)tau   


Btw, kat sini jugalah kalau korang nak tukar duit ke thai baht ke pun boleh
Then nak keluarkan duit ke (tak salah CIMB ATM je ada)
Macam aku, dah keluarkan duit dan tukar duit siap-siap kat Ipoh
Sebab aku malas nak nyusahkan diri sendiri :p


So sampai kat imigresen Malaysia-Thai 
Macam biasalah procedure dia
Cek passport, cek ticket, cek muka sama tak macam dalam passport 
Lama juga nak lepas imigresen pagi Sabtu (5-Oct-13) tu
Sebab ramai giler manusia nak ke sana


Lepas cek kat imigresen Malaysia-Thai
Baru masuk imigresen Thai-Malaysia
Ni pun lama juga nak cek
Kan ramai giler orang
Dah la muka orang-orang imigresen ni masam je :(
Baik imigresen Malaysia atau Thai, sama je. heh
Aku ni dah la jenis cepat cuak kalau tengok orang-orang pakai uniform ni. mihmih


After dah setel semua dalam pukul 8 lebih macam tu
Baru lah boleh masuk Hatyai dengan tenang. Wiwiwi 
So dalam pukul 9 pagi macam tu 1st destination 
kitorang pergi ke Pantai Songkhla
Kat sini famous dengan mitos "The Golden Mermaid"
Siap ada tugu dia ok 








Well, 
1st tips bila nak travel, make sure jangan gedik-gedik nak online pesbuk, tuiter, instagram bila nak travel, sebab handphone semartphone punya bateri cepat low! Sebab dalam bus takde plug nak charge hp!

2nd tips bila nak travel, dah tahu nak travel dengan bus, dah tahu dalam bus takde plug bagai sediakan PowerBank! 


Kalau tak jadi macam aku dengan Farah
Bateri handphone flat!
Dah la kamera kompak pun takde!
DLSR jangan cakaplah 
Memang takdok :(
Tak kan nak menumpang gambar dekat kamera orang kenn
Mujurlah tab si Farah ni ada lagi nyawa-nyawa ikan haha
So nak jimat bateri, after tangkap gambar, 
Switch off tab :p


Ok so dekat Pantai Samila, Songkhla ni 
Signature desert dia Coconut Ice-Cream!
Sedap-giler-tak hengat!
Memang best!
Mula-mula kitorang beli Ice-Cream Kelapa yang dekat dengan beach tu
Ingredient dia ada roti yang di carik-carik, pulut, ice-cream, kacang, buah enau, keledek manis dan susu cair. 
Cara presentation dia biasa je
Which is bubuh dalam cup yang selalu kita beli air kat pasar malam tu
Harga dia 30 baht = RM 3.05
(Mata wang dorang until to Oct 2013, RM10 = 98.35 Baht)


Source: Google



After dah makan tu baru perasan si Adam (budak ni satu bas dengan kitorang)
beli ice-cream yang sama tapi bekasnya dalam kelapa kecik tu
comel je ok -_-
Aku dengan Farah apa lagi 
Terus serbu ke stall ice-cream makcik tu
dah lah harga sama je
tapi lagi special
siap ada isi kelapa. 
Auwrrrr.. Dapnyerrr :p


FYI, menurut tourist guide kitorang tu
Songkhla/Hatyai ni adalah bandar education di Thai 
Sebab dekat sini memang banyak university dengan sekolah
University yang paling famous ialah Thaksin University 
Sebab dia terletak hanya 20km dari Daerah Hatyai
Besar juga university ni 
Lagipun university ni famous sebab sempena nama ex-prime minister thai
P/s: menurut tourist guide iaitu Mr David, orang putih tak berapa suka sangat datang Hatyai sebab kat sini tak ada disko, tak ada club or tak ada sebarang entertainment. Hikhik. Yelah kata dah bandar education, celah mana nak letak disko kan. Bahahaha


Eh lupa nak cerita mitos "The Golden Mermaid" tu
Alkisahnya;
Pada zaman dahulu, tersebutlah sebuah kisah seekor/seorang ikan duyung telah muncul di Pantai Samila. Ketika itu, ikan duyung itu sedang lepak di pantai sambil menyikat rambutnya dengan sikat emas.
Tetiba, ada seorang nelayan ternampak ikan duyung tu, so ikan duyung tu cuak / terkejut / takut la kan, so dia pun terjun ke laut balik lantas dia tertinggal sikat emas dia itu.
Nelayan itu menunggu di gigi pantai setiap hari dengan harapan ikan duyung tu balik ke pantai untuk ambil balik sikat itu. Tapi malangnya, sampai harini ikan duyung tak datang dah. 
Mungkin ikan duyung tu telah pun berkahwin dengan ikan duyung jantan lain, ataupun dia dah kena grounded dengan bapak dia sebab muncul depan manusia. (hahahaha ni aku tipu je! :p)


Btw, arca "The Golden Mermaid" ni telah di ukir oleh Jitr Buabus 
pada tahun 1966 
Ia diukir sempena mitos ini. 
:)





Sebenarnya kat area Pantai Samila ni memang banyak tugu-tugu
dan arca-arca ni
So selain tugu "The Golden Mermaid" ni, 
Ada juga tugu Naga yang terbahagi kepada 3 bahagian
iaitu Kepala, Badan dan Ekor yang berada jauh-jauh
Aku sempat ambil gambar kat kepala dia je. Haha
Tugu yang lain malas nak ambil gambar dah
Kan nak jimat bateri katanya! Haha


After 40minit kat Pantai Samila, kitorang pun bergerak ke 2nd destination
iaitu makan-makan
Btw, jangan risau lah, kat hatyai ni banyak juga kedai makan muslim
so pilih je
Kitorang makan kat Perkampungan Melayu apa ntah nama dia 
Dah lupa
Tapi serious sedap tomyam dia 
Kedai mana lupa pula nak ambil gambar. heh
Semangkuk tomyam campur sahaja itu harga dia RM9 means dalam 88baht 
Agak mahal juga, yelah selalunya makan tomyam semangkuk pun sekali nasi baru rm5
Mula-mula memang rasa nak marah hahaha
Tapi mujur SEDAP GILER dan banyak isi-isi dia
so tak kisah sangat 
Yang buat kitorang mengelupur macam orang jakun tu
ketam goreng yang baby tu satu polisterin tu hanya 20 baht je!
Memang puas hati!
Murah+banyak+sedap!
Mihmih :3


Then after perut kenyang
Kitorang menuju ke Chang Puak Camp
Tempat ni masuk percuma je
Tapi activities kat dalam tu banyak berbayar


Aku dengan Farah memang excited sangat
Sebab boleh naik gajah
Rasa cool je kalau dapat naik gajah. Haha
Bila sampai, terkejut betul
Nak naik gajah je pun sampai 500baht = RM 50.83 untuk seorang ok
Giler. Tak kuasa aku. Heh
Dah la ini trip bajet je pun. Haha


Kat sini, ada banyak activities juga
Selain naik gajah
Korang boleh bagi gajah makan pisang
Sebakul pisang tu hanya 100baht
Btw tak kuasa aku nak beli. Bahaha


Kalau tak nak bagi gajah makan
Boleh naik ATV
Tapi mahal nak mampus juga
30minit = 500baht
Aku tak naik pun sebab dekat ipoh pun ada ATV haha
Lepas tu ada juga boleh bagi ikan minum susu dalam botol
Tak ingat pula berapa baht


After dah habis round kat Chang Puak Camp ni
Baru kitorang gerak ke Hotel 
Wiwiwiwi lega dapat mandi. HAHAHAHAHA


So kitorang check-in dalam pukul 12 tengah hari waktu Thai
Oh ya, FYI waktu Thai lewat satu jam dari waktu Malaysia tau
Means kalau pukul 12 tengah hari Thai, waktu Malaysia pula dah pukul 1 tengah hari.
At 1st, aku ingat hotel yang kitorang stay ni macam hotel cikai je. Hiks
Yelah, 2days 1 night aku just bayar RM160 je ok
Which is include hotel, bus and insurance 
Tengok-tengok hotel dia ok juga
Hotel tu ialah Hatyai Central Hotel -- Boleh tengok website dorang
Jangan tanya cost hotel semalam berapa ratus ke apa kat aku
Sebab seriously memang tak tahu berapa per night


After mandi, siap-siap semua dalam pukul 3 lebih macam tu
Baru kitorang turun lobby
Next destination is Floating Market
Wiwiwiwi, ni lah destinasi yang aku dengan Farah tunggu. Kihkih


Tapi waktu kitorang gerak tu
Cuaca tak berapa nak mengizinkan sebab Hujan!
Sobsob :(
Tapi kitorang redah je. Hahaha
Mula-mula risau juga,
yelah aku ni pantang kena hujan sikit
Nanti mulalah nak demam bagai
Alhamdulillah
Segalanya dipermudahkan. Hikhik


Aku suka giler kat Floating Market tu
Seronok sangat!
Makanan dia best!
Dah lah murah!
Banyak pulak tu!





Normally kalau pergi pasar malam kan
Secucuk fishball tu ada dalam 3 ketul kecik je dalam harga RM1-1.50 
Tapi kat floating market tu
Ada 5 ketul fishball, lepas tu besar! 
Harga dia dari 8baht sampai 20baht je
Memang puas hati!
Even makanan cucuk-cucuk tu ada kat Malaysia pun
Aku rasa sos dia tu best hikhik
Btw jangan risau status Halal
Sebab most of peniaga kat sampan tu banyak Muslim


Kalau yang gerai-gerai kat belah atas tu 
Banyak yang non-halal
So hati-hatilah mencari
Lagipun setiap gerai dorang ada letak logo Halal hoho


Oh ya, kalau pergi Floating Market
Memang tak sah kalau singgah beli air dalam tembikar comel-comel ni
Hahahahaha
Aku dengan Farah siap borong bekas tu
Bukan kitorang nak sangat air tu pun :p
Btw, ada macam-macam air korang boleh pilih
Ada laici, oren, kelapa, dan etc
Harga air+bekas tu just 25baht je
Tapi kitorang kan beli  bekas je
So dorang charge 20baht je
Ok la. hikhik 





After shopping kat sana kitorang gerak balik Hotel
Masa tu pun dah nak pukul 7 malam
Memang letih sangat
Dah la hujan lebat juga
Sampai hotel sejuk-sejuk bila dapat berendam dalam bathtub dan air panas 
Memang buat mata layu je. hahaha


Ok untuk cerita hari Ahad
Nanti aku sambung lagi wokey.
Mihmih :3


Tips shopping;

1st: Sentiasa tawarkan harga separuh harga dari yang ditawarkan oleh penjual. Means harga barang tu 300baht, cuba minta kurang ke 150baht. Kalau dia tak bagi try up ke 200baht. Kalau dia tak bagi juga, korang cakap thank you je. Nanti InsyaAllah dia panggil korang balik. Kahkahkah. Tapi kalau dia cakap 250baht suka hati korang la nak accept ke tak. The choice is in your hand right? Taktik ini hanya berjaya ketika awal pagi dan malam masa nak tutup kedai. Hahaha. Sebab tak silap aku dorang punya kepercayaan kalau tolak bisnes pepagi ni macam dorang akan suwei sampai malam. So try la, tapi kalau tak jadi jangan marah aku pulak. Kihkih 

2nd: Sentiasa survey, sebab barang lebih kurang je, kalau korang pandai tawar menawar Alhamdulillah dapat saving kan :D

3rd: Jangan sombong sangat kalau penjual tu tak nak bagi diskaun nanti tak pasal dia santau korang. Hahaha *aku tipu je* Kan budi bahasa budaya kite. Cewahh 

4th: Ambil hati dorang dengan cakap sikit bahasa Thai mana tahu sejuk sikit hati dia nak bagi diskaun kan, even some of them boleh sikit-sikit bertutur dalam bahasa Melayu, apa salah kita berbudi bahasa sikit


Dictionary;
Sawadikaa - Ni untuk perempuan
Sawadikap - Ni untuk lelaki
Pheng - Expensive (Mahal)
Thuk – Cheap (Murah)
Suwanlod – Discount
La kon – Bye
Tau dai – How much?
Chang – Elephant (Gajah)
(P/s: ayat dalam bahasa Thai ni aku ikut pronounce dia je ok)

p/s: Gambar aku upload sikit demi sikit ok :)


Till then,
-xoxo-
S


23 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

wah..teruja yui bc ni..

snoknya..

tp naik gajah RM 50? Kekdahnya..tp lau teringin apa slhnya kan..hahah..

smbung nanti tau..nak tahu lg..mana tau ada hati nak p sne ka..lalalala

Hafizin Jamil said...

untung la dapat jalan-jalan..hatyai pun jadi.. jeles.

Mel said...

waahh..siap ada macam2 tips lagi..bagus2 memudahkan orang2 macam akak yang tak pernah pergi ni..g negara orang bestnya, akak dalam negara pn tak jelajah sangat, inikan luar negara. bz memanjang..uhuuu

OKje said...

Tak pernah pergi oversea Zana ...usahkan Hatyai...hehe Banyak berjalan luas pengalamankan Zana... Puaslah bergambar dan berposing yeh Zana

J.Syazwana said...

bestnyaaaaaaaa!!
huhuhu

kat bandung dengan kemboja pon sama. dorang ade kepercayaan kalau tolak custmer pepagi nanti suwei. huhu

afzalsukasuki said...

seronokla dapat pegi hatyaii.saya nak pegi bercuti pon payah.dapat cuti weekend pon dah dikira osem uhuk2

salam kenal gak dan salam raya korban in advance :P

Pha Is said...

ice cream kelapa tu kat kelantan pun ada... kat zon bebas cukai rantau panjang (sempadan).. diorg buat francais... namanya ais krim baba.. sedap.. cara dia buat sama mcm yg syazana cakap... 1 rm2.50 kalau x silap.. yes.!! kat rantau panjang lagi murah.. hehehe

Akupenghibur.com said...

wahh seronoknya :)cerita sebuah perjalanan percutian yang menarik

QasehnyaRania said...

as-salam dik..sihat..ciksu pon lama tak singgah sini. bestnya.. puas baca n3 ni sbb panjang benau..

naik gajah 50 hengget.. boleh isi minyak keta utk seminggi ..hihi.. tapi apa salahnya kan kalau nak naik.. bukan senang..

oh ya pil clomip tu utk kesuburan.. nti ciksu update k. stay tuned

Hazmin Hamudin said...

Memang betul panjang entri ni. Kalau banyak gambar mesti lagi menarik ni.

Bitt (double IS) said...

woww great adventure...boleh bawa anak2 kat situ :)

Anonymous said...

sangat happening yer

Unknown said...

Bestnyee dapat jalan2..jeles2 :p

mselim3 said...

Assalammualaikum..syazana,

best dapat jln2 makan apa tu macam coconut shake aje.. dapat belajar bahasa thai...

mselim3

La kon.. (bahasa thai)

Anonymous said...

best sgt baca citer kat hatyai ni . dpt bygkan mcm mana keadaan kat sana . owh ! ke sini ler rupanya kwn saya pegi . dia bergambar dgn mermaid tuh ...

Unknown said...

best berjalan.. :)
itu sekadar puisi saja. tak tebuka pintu hati kat sape2 lagi. :)
salam kenal jugak.. :)

Cik Rose said...

suka sangat entry ni.. boleh dijadikan panduan nanti andai nak ke sana..
Ros suka la tengok tembikar tu.. macam anak ultraman?.. hihihi

Norasyiqin said...

bestnya bestnyaaaaaa!!

bila lah nak dapat pergi :))

ezyra taharin said...

best nye dapat holiday dekat sne..
btw thanks for the info..dah agak sung kang tu dari korea sebab nama dia mcm korean bukan japan,but someone told me he from japan,so layan je la hehe...

Unknown said...

stalk orang kat sini. hehe

Unknown said...

ok beberapa tempat yang lu pergi, gua tak pergi lagi! demmm

Aimacomel said...

terima kasih.. wah, banyak ilmu ni. boleh ambik utk persediaan kita pun hujung bulan ni nak pergi Hatyai jugak nanti ni =)

Efa Nur said...

best nyaaa jln2 hehe :)

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !