Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Trip | Hatyai (Day-2; Last Day)



Previous Entry: Trip | Hatyai (Day-1)


Assalamualaikum w.b.t
Hey guys!
Ok nak sambung cepat-cepat entry kali ni, 
Sebab lepas ni nak berhibernasi dari blogging kejap *tipu je*


Ok nak sambung entry beberapa hari lepas pasal Hatyai lagi.
Wihihi, I know some of you guys already sick when heard it. Haha
No worries, I will keep talking about Hatyai until I'm getting bored. LOL
Okies, selepas pulang dari Floating Market tu
keadaan agak worst!
sebab hujan lebat giler
baju jangan cakap la, memang lencun habis


Sampai hotel terus mandi
Sebab takut demam hikhik
Suppose after 8pm tu our activities adalah bebas
So nak ke mana suka hati korang lah


Aku dengan farah ingat nak tidur kejap
Yelah sehari suntuk berjalan kan
Memang penat sangat
Tapi bila dah tidur 
Dapat golek-golek atas katil 
Terus automatik jadi malas
SERIOUS
Terus rasa malas nak bangun tidur tu -_-
So malam tu aktiviti kitorang berdua ialah tidur!
Bila fikir balik rasa rugi pula tak tengok hatyai waktu malam
But then apa yang berlaku ada hikmahnya kan? Kahkah
Yelah kitorang dapat jimat duit lah kan! :p


So Ahad pagi
Aku bangun agak awal juga
Yelah, nak berjalan kata kau
So after siap-siap
Dalam pukul 8 pagi cenggitu
Kitorang terus menuju ke Restoran Hamid; our tourist guide la yang cakap nama ni
Restoren ni famous juga
Dia ala-ala mamak tapi Thai Style mihmih
Kalau rasa rindu dengan makanan Malaysia boleh la datang makan kat sini
Ada roti canai, murtabak dan blablabla
Tapi frankly to say, Roti Canai dia memang best!
Macam mamak punya style it just kuah kari dia macam lain sikit,
tapi masih lagi sedap di tekak aku
and one more thing, Teh Tarik dia memang sedap
Memang standard mamak kat malaysia, just nice, tak manis sangat, tak tawar sangat :)


Then Farah ada ambil nasi kerabu dengan daging salai, 
At first aku malas nak ambik sebab almost kenyang dengan roti canai tu
BUT, after je rasa
I almost crying *over*
SERIOUS SEDAP KATA KAU DAGING SALAI DIA!
Ok, so nafsu perut dinosaur aku ni pun ambillah sepinggan
Btw harga dia 60bath je
Well, memang agak pricey sikit nasi kerabu dia
But, who cares. 
Janji SEDAP!


Btw ni alamat dia;
TAMRAB MUSLIM RESTAURANT
4-6 Ni Yomrat Rd. Hatya Songkhla
Tel: 074-231865


p/s: Just awkward, why our tourist guide cakap nama kedai tu Hamid? 
Sedangkan dekat Business Card nama lain?
Blerghh, who cares :p
Restoren ni hanya ambil masa tak sampai 5 minit dari hotel je 
Jalan kaki saje


 'Le Breakfast
Roti Canai and Teh Tarik
Rate: 4/5


 'Le Nasi Kerabu dengan Daging Salai
Rate: 5/5
*Highly Recommended


 'Le Tuktuk tengah menunggu customer


So dah kenyang bak naga 
Ayuhlah berjalan
Btw, dekat area Hatyai ni
Kau tak payah susah hati lah sangat
Berlonggok je tuktuk tu 
BERSEPAH!
Dari restoren kitorang makan tu pun
selang 15minit berganti-ganti tuktuk tu


Tambangnya dalam 20baht sampai 30baht je
Btw aku rasa depend dengan penumpang juga
Kalau ramai dia charge 20baht je kot
Destinasi kitorang ialah TEMPAT SHOPPING!
Btw, aku tak sure exactly name for this place
Ada yang panggil Pasar Bertingkat (sebab dia ada 3 tingkat)
dan ada juga panggil Clock Tower (sebab ada menara jam kat situ)
Tapi kalau tak sure just cakap je kat driver tuktuk tu yang korang nak ke PASAR 
nanti dia tahu lah
So apa saja nama yang diberi ia tetap SYORGA SHOPPING mihmih :3




 


Kitorang merayau kat sana sampai pukul 11 juga
Lepas cari-cari barang yang berkenan
Terus balik hotel
Banyak juga habis. heh
Mujur tak keluar malam semalam tu
Mau bankrupt duduk hatyai nanti HAHAHAHA


P/s: oh ya, kalau duit baht dah habis, korang boleh juga guna duit Ringgit
TAPI tidak semua kedai nak terima tau. 
So korang kena pujuk-berdiplomasi dengan dorang hikhik
Macam aku dengan farah la
duit baht hanya tinggal 60baht-80baht je! hahaha
Lastnya shopping guna Ringgit :p
Mujur kedai yang kitorang masuk tu nak terima selepas kitorang buat-buat sedih kahkahkah


Oh ya, just nak cerita sikit la,
sikit je
Guess what kat sana kat memang syorga cosmetik
So kitorang saje la survey-survey kan
Terkejut beruk sangat tengok harga kat sana!
Beruk pun boleh pengsan tau 


Pernah tak korang dengar produk Bedak Thanaka 
dengan Sabun Susu Beras bagai tu?
Kalau kat sini kan harga dia untuk Bedak Thanaka 
ada yang markup sampai RM25-35 okay
Tapi kat sana? 
Only for 4baht sajo weh!!!!
Sabun susu beras tu lagi tak boleh blah heh
Haritu survey kat online kan seketul sahaja dah rm10-12. 
Diulang SEKETUL sahaja tahu
Tapi kat sana?
Sedozen. SEDOZEN baru rm10 woiiiiiiii!
Haaa giler ke tak giler?
Memang huntung giler kaw-kaw seller cosmetic kat Malaysia ni *sarcastic*


Even some of dresses yang korang tengok kat online tu
yang harga rm70-100 tu
kat sana korang boleh dapat dalam rm20-30 jeeeee :3
Sebijik patern macam satu popular online shop tu jual. 


Well siapa yang meniaga benda alah ni
Before seller-seller ni nak serang aku cakap harga kos, 
mahal sebab ambil dari pengedar lah blablabla 
Ada aku kisah? Haha
Jangan ahh marah aku dedahkan harga sebenarnya ok kihkih
I just  wanna share bout it
Mihmih :3
Next time aku nak borong barang kat sana then jual kat korang ahh
Korang wajib beli tau! *PAKSA* hahaha


Survey barang kosmetik. Haha
Murah murah woi. 


Heh, lagi satu kan kat sini
memang terang-terang dorang meniaga vcd takdok kaler. pftt
Damn. Aku tak perasan sangat
Bila si Farah cakap gelak-gelak aku pi patah balik nak sahihkan betul ke tak
Hahaha, but seriously memang betui pun pftt -_-
Selamber je tayang kat umum. Pftt


 Haaa Pokcik ni ahh yang meniaga vcd takde kaler. Bahaha
Nak tunduk-tunduk pula :p


 Pagi Ahad kat sana macam tak busy je. hihi


Balik hotel terus kemas-kemas
Sebab nak kena checkout dalam pukul 12-2
Hoi pening nak kemas 
Banyak pula beg plastik ni 
Padahal datang satu bag je. heh
Mujur bawa plastik besar. HAHAHA
Sumbat je semua dalam tu


 It's raining. LOL

 Sorry bilik messy sikit :p
Barang sikit je sebenarnya :3

 Dah packing barang :(


Actually kitorang gerak lambat sikit sebab ada problem sikit dengan pihak hotel
Mujur bukan kami berdua punya sebab
Yela since beginning asyik muka aku dengan Farah je problem haha
Mujur dah nak balik kitorang on time (tak lah on time sangat pun :p)


Suppose dalam tentative kitorang pergi melawat Ice Dome Hatyai
Tapi masa kitorang pergi tu, 
Tempat Ice-Dome ni under renovation 
Tapi menurut tourist guide
Ice Dome ni ala-ala macam kat Genting juga
Next year kot baru buka balik *sigh*


 source; Google


Memandangkan tak dapat pergi sana
kitorang ke kilang kacang-kacang *tak ingat nama kilang tu, kalau rajin nanti aku cari balik*
Btw bagi aku harga kat kilang kacang ni lebih kurang je macam harga kat Pasar tu
dan harga kat kilang ni tetap/fix
so tak leh minta diskaun
Aku dengan Farah makan tester je.
Omnomnom hahahaha
Sebab dorang tak terima ringgit. Sobsob :(
Makan tester je pun boleh kenyang. hahaha  

 Suasana kilang kacang


 Melantak kacang free. HAHA


After makcik-makcik tu dah puas shopping
Kitorang terus gerak nak balik
Before balik tu kitorang singgah ke Danok
Btw, kat Danok korang boleh shopping pakai baht atau Ringgit 

 Survey barang kat Danok


FYI, kat danok ni t-shirt dia murah-murah
malah lebih murah dari hatyai
korang boleh dapat t-shirt "I love Hatyai" atau "I love Thailand" 
tu dari serendah RM8
Kalau barang-barang lain tu macam biasa je 
Kat sini nak cari souvenir buat kali terakhir pun boleh
Harga pun normal la


Kitorang makan kat satu restaurant ni
Makanan memang sedap
Tapi mahal nak mampus -_-
Semangkuk kerabu kaki ayam pun dah RM8
Dah la banyak bawang je. heh
TAPI. TAPI SEDAP!
So tak jadi marah. Hahahaha


 Restoren mahal -_-
Mujur SEDAP :p


After makan, kitorang terus pergi cop passport dengan ticket tu
Sebab dekat je so jalan kaki saje
Oh ya, kawan aku si Rahmat tu pesan
Kalau kat Danok jangan shopping ikut lorong-lorong tu 
sebab agak bahaya
Kalau nak lalu ikut lorong-lorong tu jangan jalan sampai penghujung
Macam kitorang tak sampai separuh jalan je terus patah balik
Yelah Danok kan ada banyak kes -_-


 Pakai kasut baru 
:p


 p/s: masa nak cop ticket dengan passport kan
nanti pegawai yang cop passport tu kan dia akan tunjuk jari satu macam selalu PM dok buat satu malaysia tu, tu maknanya dia minta singgit
dia tak kan cakap, just buat isyarat satu je
so korang bagi je la k.
Tujuannya aku pun tak tahu. haha


Then kitorang sampai Ipoh dalam pukul 10 lebih macam tu
Yeah, so tamatlah percutian yang tidak seberapa ini :D
La kon ;)


Till then,
-xoxo-
S


31 comments:

J.Syazwana said...

BESTTTTTTTT!
hihihi.

kasut baru tantekkkkkkkkk. huhuhu

aritu pon ade member keje myanmar cakap bedak tanaka kat sane bape hengget je. kat sini kemain puluh. hahaha

Hafizin Jamil said...

boleh buat travelog ni.. :)

afzalsukasuki said...

Huntungla ada kasut warna2 hahaha.belikan la saya barang sepasang dua :D

Unknown said...

best ke hatnyai? :P

nuyui a.k.a miss YUI said...

singgit tu msti opsss..taknk ckp..kuang2..

syioknya..nsb la koirg tido..lau tak msti byk lg hbs kan..hihi..


cam best je sana.. aish..kena masuk list ni..ngeh2.

Adriannasyaz said...

Bestny jenjalan..sya folo blog syaza..jika sdi..snggah blog sy ya :)

mselim3 said...

Assalammualaikum...

best dapat jalan2 dan sarapan..teh tarik dengan roti canai.. pehh..

mselim3

::Misz sunsWeetz:: said...

siap ada roti canai tu hehe=p ehm nnt le la jadi pemandu pelancong Ms hehe anyway dtg click nuff ads kamuu=)

ezy.fia said...

sabun susu beras mmg kat sane murah..
kite tau lame dh sl ni tp xnk kecoh2.. kehkeh..
mcm rugi je beli mhal kat sini.. pdhal murah jeeeeee..
grrr

Kai Ssi said...

nasi kerabu tu nampak sangat menyelerakan...

http://abgdude.com

OKje said...

Pernah dengar pasal bedak Thanaka tu Zana ....tp tak pernah pakai pun...
Mesti borong sakan lew tu!

ewanthology said...

sawasikapppp kap kap kap

budakbandunglaici said...

ohsem pergi thailand.. bestnya dapat jalan2 negara orang.. dah lama tak pergi thailand since dah habis belajar diploma.. nak key chain thai bole?


recent post : Makan Yogurt Dengan Buah Segar

Aimacomel said...

fuhh, complete! suka saangat baca. tapi kita pulak jadi takut nk g sana nanti. agak2 nak bawak banyak ke duit eh?

Unknown said...

woahh..dah lama tak pekena roti canai tu >.<

NA said...

Amboi-amboi macam banyak je barang beli kat sana. Mesti puas hati dapat beli barang-barang tu.

-wina1979-

Syamimi Saad said...

maaf mencelah kat sini..

*bg alamat kat my fb boleh? :)
search syamimi saad

NM03 said...

salam kenal. singgah sini terus follow. jom, kalu sudi singgah dan follow teratak kite jugak. maceh... >_<

Kakcik Seroja said...

Catatan pengalaman yang menyeronkkan...

Terima kasih kerana sudi singgah blog makcik. :)

dear anies said...

wallaaaaaa best nyerrrrr sy ni entah bla la akn smpi sn ;-)

p/s terima kasih krn sudi follow n i follow u back ;-)

Cho Zila said...

kasut baru yang cantik gitu.. biasalah kalau pergi satu beg balik mesti lebihkan... oo tutup yerk.... akak ingat nak gi sebab nak gi situler.. tapi tuler tengok bom sana sini kat thailandtu takut lak... isyh..
dulu restoran hamidtu memang femesler.. dah tukar nama kot ...

IMA SALSUZAIMA said...

wow wow wooow... kemain panjang entri..hihi..
*Pengsan..

Hazmin Hamudin said...

Murah sebab cap siam kot. Haha..
eh.. siap kena bagi seringgit dekat immigresen eh. Apa motif?

LYAfrina said...

waahh..syoknyer jalan2..

salam aidiladha

E'in said...

bestnye bestnye bestnyeeeeeeee

Tie HT said...

wohoo, nasi kerabu dia, rasa nak terbang pi sana..mmg nampak sedap..akak kan penggila nasik kerabu :)

Azlan Strider said...

wah...seronok berjalan..dari hatyai boleh singgah danok..hehe..so far sy belum sempat nak pergi selatan thai..bangok je destinasi yang saya pernah sampai kalau kat thai..tapi hatdyai nmpak menarik..

Regards,
-Strider-

Nina Mads said...

happening la cuti2 malaysia zana ni..hehe

hatyai xpernah jelajah lg..tengok cam best

Unknown said...

Hatyai mmg terbaik. Now kat hatyai nak berbuka dah. Hewhew. Selamat berbuka ya

Syazana Zainn said...

@pyan lahhh

thanks. selamat berbuka juga :)

Posmen said...

sya di hatyai skrg ni..nk tahu kedai kosmetik yg byk tu bleh dpt kat pasar jg ka?...atau kedai mana yg jual murah???please!!!.. wasap me..0199295126

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !