Previous entry : Emosional
Date : 19/3/12
Time : 11.30 a.m
Venue : Kat office,
mengantuk serta pening mengira expenses company bulan ni =="
gambaq ikhsan gugel
Assalamualaikum
Phewitt, apa habaq semua?
Sehat ka?
Saya sehat-sehat ja ;p
Btw, few weeks ago aku ada pi kursus kahwin..hihi
Aku pergi dengan enchek amin, sue and her partner peja
(better korang pi kursus kawin ni dengan partner
ataupun kawan-kawan korang sebabnya……)
Isi tempat kosong tu sendiri ;p
Ada some of my friend tanya kursus tu macam mana
So today, aku ingat nak story sikit-skit la
For those yang dah pernah pi kursus kawin tu
Kalau tak mau dengaq hampa buleh pi main jauh-jauh naa..;p
Kalau nak dengaq dok diam-diam okey..
Untuk makluman korang
Kursus kahwin ni memang wajib pi sekarang
Tujuannya adalah untuk melahirkan bakal
pasangan suami isteri yang soleh dan solehah..cewaahh
Di samping itu juga, kursus ni juga adalah untuk mendidik
bakal pengantin mendalami ilmu rumah tangga yang
bakal dihadapi tidak lama lagi
Yelah, sekarang kan banyak sangat cerita / kes
baru kahwin sebulan dua, dah bercerai macam retis tutt..tutt oppss
;p
Menurut ustaz yang bagi ceramah hari tu
Peratus kadar penceraian bagi pasangan yang
berkahwin dibawah 5 tahun ialah 3:10 pasangan
Walaupun hanya 3 daripada 10 pasangan yang bercerai,
kadar ni maybe akan naik
Huhu.. memang semakin membimbangkan kadar penceraian ni
Menurut ustaz tu lagi, kursus kahwin ni sepatutnya
bukan hanya perlu dilakukan sebelum berkahwin malah
perlu dilakukan selepas berkahwin bagi
mengelakkan masalah sebegini berlaku
Huarghhh.. kena pi kursus lagi ka?? =..=
Tapi kalau untuk kebaikan aku rasa
takde masalah kot.. huhu ==” (bunyi macam tak rela je..kahkah)
Ok kita sambung balik
Kursus ni terbahagi kepasa beberapa slot
dan dilansungkan selama dua (2) hari
Kursus ni HANYA dibuat pada hari Sabtu dan AHAD je
Yelah, takkan nak buat hari Isnin sampai Jumaat pula
Tak ke clash nanti dengan masa bekerja,
jenuh la nak minta cuti nanti..ehehe
Dari pukul 7.30 pagi sampailah pukul 6.00 petang =..=
Tapi hari Ahad balik awal sikit.. ^^,
7.30 pagi sampai 4.30 petang :D
Btw, kat sini aku nak tekankan soal pemakaian yang perlu
dipakai oleh korang serta kelakuan.
PLEASE pakai pakaian yang sesuai
For girls aku rasa takde masalah sebab
kami hanya pakai baju kurung dan tudung
TETAPI untuk LELAKI ni yang buat aku
geram dan sakit hati je bila tengok
TOLONGLAH pakai baju yang sesuai
kalau nak pi tempat-tempat ilmu ni
Tak payah la nak stylo-mylo ataupun terover
ataupun sampai terlalu selekeh
YUP memang betul, hak berpakaian tu
adalah hak korang sendiri
TETAPI mata dan hati orang sekeliling,
kita tak boleh nak kawal.
See.. dengan melihat cara pakaian korang
yang serabai tu dah boleh menimbulkan fitnah
p/s: aku bukan nak mengumpat ataupun kutuk
(tapi adalah sikit-sikit :p)
adeke patut sorang mamat ni datang
ke kursus kahwin dengan serabainya
dah la tak kemas, dengan rambut panjang
siap ber”color” lagi, kalau segak lagu tu takpe.. ni….
Lepas tu dengan MEROKOK
tak kena masa dan tempat
Tak ke buat aku ni tambah dosa terkutuk dia?
Cubalah kemas-kemas sikit ==”
Kalau dah gian sangat nak hisap rokok tu,
cover lah sikit, pi isap tang lain
BUSUK hang tau dak!
Hairan aku dengan orang macam ni
Nak pi majlis ilmu pon buat macam ni.haish
Yang aku bertambah pelik tu, tunang or gelpreng dia
tak reti nak tegur ke perangai macam tu..haish
Kalau aku la, enchek amin buat gitu,
dah lama aku suruh enchek amin tukar baju semua..hikhik
Bak kata ustaz penceramah tu cakap,
orang akan judge kita dari cara penampilan kita
Even hati kau baik pon orang tak kan tau
Sebabnya orang akan pandang penampilan tu dulu
Tak kan lah setiap kali orang usha kau pelik,
tak kan kau nak pi habaq kat depa semua tu
yang hati kau tu baik suci murni kan?
#takde kena mengena
SO PLEASE WEAR APPROPRIATE SHIRT
Tak payah la kau nak berkemeja lengan panjang dengan siap bertali
leher kan
Tu OVER la pulak
Just be nice, pakai t-shirt berkolar, seluar jeans/slack, muka
bersih-bersih and DONE
See.. senang, simple :)
Ok dekat Ipoh ni
Tempat yang famous untuk kursus perkahwinan ni
dekat HASANI MANAGEMENT
Dah la murah, RM 80 sahaja
(dengar cerita maybe kursus ni akan di naikkan harga,
huhu tak sure la berapa pula nanti)
Lepas tu pengendali slot (penceramah) semua best..hihi
(adalah juga yang boring, biasalahkan bila majlis ilmu
setan kan banyak datang kacau..grrr)
Then dalan satu hari terbahagi kepada beberapa slot
Which is AKIDAH, IBADAH, AKHLAK
Ala semua ni korang pernah belajar kat sekolah dulu
Ni just basic knowledge and untuk refresh balik otak korang tu.
Kalau rajin, study lah sikit-sikit kan untuk preparation mental dan
fizikal
Manalah tau kan, kot-kot ada penceramah nak
tanya soalan cepu emas perak gangsa kat korang ke kan..hihi
Nasib baik la masa aku tu takde sesiapa pun kena soal.KAH
Lepas tu slot alam rumah tangga pulak
(perkahwinan dan prosedur, hubungan dalam keluarga,
pengurusan sumber keluarga, komunikasi suami isteri,
pengurusan stress, konflik dan kaunseling, perancangan
kewangan,
then last sekali pasai talak :)
Ni gerenti semua orang tak jadi nak tidor kan
Lelaki suka sangatlah bahagian ni.,..grrr
Gatai betui naa :p
Then, dalam yang kita bayar RM 80 tu kan
Pihak HASANI ada sediakan 2 kupon makan
(RM 4 + RM 4) untuk hari Sabtu dan Ahad
So korang boleh guna kupon ni untuk makan
di sekitar area Medan Kid Ipoh ni
Kalau lebih RM 4 tu korang topap la sendiri.. hahaha
Then diabagi sebuah buku “Melangkah ke Gerbang Perkahwinan” hahak
Aku tak de kesempatan nak baca lagi =..=
Aku taknak cerita pasal kandungan setiap slot yang ada
Yang tu better korang pi dengaq sendiri :)
Sebab aku bukan penceramah, aku hanyalah bloger picisan..haha
Lagipun aku takde tauliah nak bagi ceramah kat orang lain ni
Mana yang baik korang ambil, yang buruk jadikan sempadan..cewahh
Lepas tu hari Ahad (hari last.. yeah!)
Sambung slot macam biasa sampai wkatu lunch
After lunch terus buat exam..ngehngeh
TAPI jangan risau ye
Ni bukan macam exam kat sekolah atau final exam kat koleh tu
Ni korang boleh bincang-bincang, Tanya-tanya, sms-sms,
Tengok-tengok buku, selak-selak nota..lalala
So tak payahlah nak tension sangat kan
And soalan dia tak lah susah sangat
Kalau korang dengar setiap slot tu betul-betul, confirm boleh jawab
punya
Sebab penceramah memang dah bagi hint awal-awal :p
After dah jawab exam baru dapat sijil
Actually apa yang aku rasa, exam tu hanya sebagai syarat je
Sebab takde pulak ada cakap syarat wajib lulus exam tu kan..hihi
Tapi yang paling penting kena HADIR ke semua slot
tanpa banyak songeh dan CONFIRM dapat sijil tu =D
So ini kursus yang ada kat Ipoh, Perak
Kalau negeri lain aku tak sure macam mana lak kan =p
Sebab negeri lain mesti lain-lain (maybe laaa)
Tak semestinya ada exam macam ni
Maybe ada yang kena soal-soal ke kan
Siapa tak dapat jawab soalan, tak leh dapat sijil tu.HAHA
Itulah kepentingan untuk dapatkan sijil kursus kahwin ni
Takde sijil TAK BOLEH kahwin ok
Then sijil ni valid sampai bila-bila
Unless kalau ada peraturan baru pulak nanti =..=
THE END
NotaKAKItangan : aku dah boleh kahwin weyh..HAHA
Mood : jenuh dok gelut cari barang untuk engagement ni ==” cepat la
pulak masa ni berjalan haish..
*autopublish*
till then
-xoxo-
S
20 comments:
Lama jugak. Shag ingat ke boleh pilih nak Sabtu ke Ahad. Rupa nya kena p dua hari. HOHO
@shag
aah 2 hari, nanti dgr cerita deme nak lanjutkan lg masa kursus =..=
nasib baik dah lepas..lalala
seronok la buat exam tp tak mcm exam. hehhe
pergi kursus kahwin? wow.haha
eh ada sijil? baru tahu ;p
tak de sijil tak leh kahwin.pun baru tahu jugak. haha
penampilan oh penampilan.sangat penting tapi agak sukar untuk saya lakukan. saya ni kan pemalas T_T"
dengar crita kat uitm,kursus kawin nya murah.. nak ambil la sementara msih balajr ni :)
@ kura
haha memang seronok sangat =D
@ H.S
really, nnt make sure kena kemas2
nnt nak kawen baru pi kursus tu..hihi
nnt tak leh kawen baru tau =D
@ saiazuan
kalo anjuran kolej memang murah, kalau pi sendiri2 agak costing =="
wahh dah dkt tarikh bahagia ni..hee
ira dah pergi juga..ms blaja..kebetulan buat kat sn so pergi je..hee..g ngan kwn2..xla segan sgt..:)
so better amek time tgh blaja ni kan
Err,
kursus nya sudah, kawin ?
tahniah2. hehe. nanti saya buat kat kolej jer. sbb tu syarat wajib nak grad ! so, takyah pikir. hehe
wah macam seronok je. hehehe
RM80? murah lagi kalau camtuh.
entah2 kat kl ni dah seratus lebih dah. huhuhu
entry padat cik schaze :) hehe.. mesti dapt bnyk input berguna nk jdi bakal isteri kn ^^
dah nak kawen yerk... baguih gak gi kursusni.. dapat ustaz best lagiler seronok....
semoga semua ilmu dapat diikuti yerk...
wahhhh rasa mcm nak gi kursus kahwin lagik laaa.....ahakz
awww, blesss..
may allah bless you.
saye pon kne pi kursus ni jgk. hurm
Waaa..takut ade soalan2 n exam2 yg xbest la..sabtu ni dah kna p..
mase hri pertame masuk tu dia ade soh bce pape tak ??
nk tnye mse first dtg tu dia ade soh bce ayat pape ke ??
@saidatul wanida
x de suruh baca pape pun, tapi tak tahu lah kat tempat awak macam mana nanti. sebab tempat berbeza. If tak sure boleh contact FB atau twitter saya :)
Hohohi..esok kna g kursus. ..huhu
Post a Comment