Donate Me :)

Paid Ads

Hye blogshop owner.
Needs my review or advertisement?
Email me at thesyazanazainn@gmail.com :)

Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

-xoxo-

S

Annabelle - The Real Story




Hey guys! Whaddup!
It's 11.30p.m (while typing this entry)
Annabelle, kinda trending all over the world up to now. 
So, while googling there and here
I found few cool articles bout it.

Source : Google


FYI, Annabelle ni based on true story.
Creepy kan.
Dan sebenarnya filem Annabelle ini adalah spin-off dari The Conjuring
(kalau belum tengok, sila tengok dulu)


Source : Google
Annabelle spin-off dari The Conjuring



Dalam Annabelle ini lebih memfokuskan kepada anak patung (doll) yang bernama Annabelle --- bagaimana hantu satan ni boleh attached dengan patung tu.
Selain itu kan, dalam filem ni juga akan bagi tahu macam mana nama dia Annabelle (nama budak kecil yang dah mati – Annabelle Higgins)


Actually, patung yang sebenarnya tak lah creepy macam dalam filem tu
Comel je rupanya iaitu patung Raggedy Ann. HAHA
Well biasalah orang buat filem ni exaggerate lebih LOL


Source : Google
Yang buruk belah kanan tu patung versi filem, 
yang belah kiri yang comel sikit tu adalah patung yang real.


Part 1

Btw, kisahnya bermula bila seorang ibu ni belikan hadiah patung Annabelle ni untuk anak perempuan dia yang bernama Donna --- seorang nursing student sempena harijadinya. Emak Donna ni beli patung Raggedy Ann tu kat sebuah kedai antic pada tahun 1970.


So, Donna ni memang sayang sangat dengan patung tu jadi dia letak kat katil dia, tapi masa tu dia tak fakir apa-apa langsung pasal patung tu. Tapi dah beberapa hari selepas tu Donna dan Angie (kawan baik Donna) rasa pelik dan creepy dengan patung tu sebabnya patung tu macam bergerak sendiri, padahal takde sesiapa pun yang usik atau sentuh. Contohnya macam bertukar kedudukan atau tempat.


Satu hari, Donna dan Angie perasan yang patung tu bertukar tempat ke bilik lain padahal masa tu mereka letak di tempat lain. Kadang-kadang patung tu duduk bersilang kaki dan tangan, kadang-kadang patung tu duduk atas kerusi kat dapur ataupun tetiba dalam bilik dengan pintu tertutup. Tak ke pelik, padahal takde siapa yang sentuh. Btw, kalau aku lah, dah lama kot aku buang patung tu. Hahaha creepy oiii.


Part 2

Satu malam, Donna balik rumah dia nampak patung tu bertukar tempat lagi, tapi kali ni kat atas katil dia. Kali ni Donna ras atak sedap hati dan dia rasa takut sebab dia ternampak macam ada cecair yang macam darah kat tangan dan dada patung tu. Dengan perasaan takut dan terdesak Donna dan Angie nak cari orang yang expert pasal roh/hantu ni iaitu Ed dan Lorraine Warren.


Masa terdesak tu mereka berhubung dengan orang yang boleh berhubung dengan roh-hantu ni dan masa tu lah baru Donna tahu pasal roh budak perempuan yang bernama Annabella Higgins. Sebenarnya budak Annabelle tu tinggal di area tu sebelum apartment mereka dibina. DIa berumur 7 tahun ketika mayatnya dijumpai di kawasan apartment mereka yang ketika itu baru nak dirikan. Roh budak tu konon-kononnya rasa seronok dan selesa tinggal dengan mereka sebab Donna dengan Angie ni baik sebab tu roh tu tinggal dalam patung tu.


Donna rasa kesian bila dengar cerita roh/hantu budak tu, jadi dia biarkan roh tu tinggal dalam patung tu. Tapi langit tak selalunya cerah, Annabella bukan seperti yang sepatutnya. Seminggu selepas tu, patung Annabella ditemui dikoyakkan dan satu malam, Donna terjaga dari tidur dia terdengar ada suara budak perempuan menyanyi dan akhirnya Donna ternampak mayat Angie dalam bilik air dengan ayat “wanna play” dan ia ditulis dengan darah. Perghhh seram kan.


Part 3

Lou ni tunang pada Angie dan kawan baik pada Donna, sejak dari mula adanya patung tu, dia tak pernah suka patung tu sebab dia rasa macam patung tu ada aura jahat. Kiranya waktu tu Lou ni selalu suruh Donna buang patung tu, tapi Donna tak nak.


Satu malam, Lou mimpi buruk, dan dia dapat rasa something bad. Dia dapat sleep paralysis (is a phenomenon in which a person, either when falling asleep or awakening, temporarily experiences an inability to move) yang macam real --- dalam bilik tu dia nampak patung tu, Annabelle. Annabelle cuba nak cekik dia. Bila dia tersedar dari mimpi tu, Lou yakin itu bukan mimpi biasa, mesti roh tu yang rasuk patung tu.


Keesokan harinya Lou dan Angie planning nak pergi road trip, tetiba Lou terdengar bunyi sesuatu dari bilik Donna seperti ada orang ceroboh, tapi bila buka lampu takde apa pun cuma yang ada patung Annabelle yang berdiri di tepi bilik.


Lou geledah bilik tu tapi takde apa kat situ, bila dia berdekatan dengan patung tu Lou dapat rasa macam ada orang kat belakang dia, jadi bila dia toleh ke belakang cuma ada dia dan patung je. Sepantas kilat tiba-tiba Lou berasa sakit dengan darah yang menitik-nitik dari dadanya. Bila dia buka baju rupanya ada 7 garisan kesan cakaran.


Museum

Source : Google
Ed dan Lorraine Warren
Paranormal Investigators yang mengendalikan kes hantu Annabelle ni


Oh ya, kalau engkaurang nak melawat patung ni boleh lah ke Ed and Lorraine Occult Museum di Monroe, Connecticut, US. Tapi buat masa sekarang tempoh waktu lawatan limited.

 Source : Google
Keadaan dalam musium Occult


Source : Google
Pelakon utama filem Annabelle - Patrick Wilson bergambar kenangan dengan Annabelle :3


Well, as for me kalau patung macam tu baik toksah lah simpan bukannya comel pun, creepy okay! So, terpulanglah pada anda nak tengok ke tidak filem ni. Mihmih :3


Till then,
-xoxo-
S


18 comments:

J.Syazwana said...

Eh part 2 mayat angie dalam bilik air. part 3 angie ada lagi ke? huhuhu

Syazana Zainn said...

Wana: yg part 3 mengenai Lou, so before Angie mati dia jumpa Lou dulu. Lepas tu baru dia mati dalam bilik air.

Ni yg real life punya la, klo version filem belum tgk lg hiks

Ezy Loy said...

kite xakn tgk cite seram gni..
haha..
kompem xleh tido mlm semggu..

Faarihin said...

Serius dari kisah benar? memang seram lah.. baca review dari syazana pun rasanya dah cukup untuk saya. Tak nak lah tgk citer ni.. sebab kecik2 dulu selalu sgt tgk chucky.. sampai sekarang dok terbayang2.. haha..

Amanina Mads said...

bila dh start tgk the conjuring mesti penonton akan ambil tahu pasal annabelle ni. memang seram kot.

Afiqah said...

the conjuuring pun based on true story huh
btyw cousin kata cite dia kureng kan? huhuhuhu

anamizu said...

haishh cik ana nengok citer connjuring dulu pon waktu siang terang benderang dan tgk kat lappy je sbbnye boleh cntrol volume so xdela tekejut sgt hahaha

dedulu masa zmn muda remaja suke jugak layan citer2 hantu ni tp semenjak dah berganjak usia ni tanakla tgk dah =P

aswadz said...

real story nyer seram. tp movie nyer x tau la seram ke x. tp mmg ada niat nak gi tgk.

Khai♥Rin : anies said...

pd sy la kan...ceritanya biasa je tp byk tokok tambah tu yg jd seram ;-)

Ezad Skytech said...

tak payah simpan la patung2 ni...memang nampak menyeramkan je waktu malam2 kan...hee

Hafiza AizZawa said...

seram la kalu cite anak2 patung nie.. tgk mata dia pun dah seram...

Nana Kamarul said...

Ok, baca part one je dah creepy. Terpaksa stop dulu. Kejap kejap lagi baru sambung part 2 and 3. Heheee. OMG! I really wanna watch this tapi tak sempat lagi nak pegi tgk! How sad :'(

ewanthology said...

sebab tu mmg takde beli mainan anak patung untuk anak... ayahnya pun seram pikir mcm2.

Pha Is said...

saya kalau bab2 citer seram ni tak layan.. heheh

Pha Is said...

hai, lama menyepi...

Muhammad Syazwan Norhalik said...

fuhhhhh tiup habuk

zulhilmitempoyak said...

glurp..

Amanina Mads said...

p/s: nana krim the body shop tu sesuai utk semua jenis kulit. TRY la mesti best !

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !

Busuk.Org