Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Review Movie | Iron Man 3




Previous Entry: Baby Glory :)


source : google

Filem Iron Man 3 amat dinantikan kemunculannya di musim panas kali ini. Sememangnya IM kali ini sangat mengujakan. Pengarahnya Shane Black memang mencuba sedaya upaya untuk memastikan IM kali ini mencapai box-office.

IM 3 kali ini memaparkan sisi Tony Stark yang lebih jelas iaitu sinikal, romantis, paranoid mengalami trauma dan juga panik. Seperti IM yang lepas Robert Downey JR sekali lagi berjaya melunaskan watak jejaka seterika ini dengan baik. Tony Stark seorang yang genius mengenai engineering dan juga playboy dahulunya berubah menjadi lelaki setia ketika bersama Pepper Pots (Gwyneth Paltrow).

Filem IM 3 lebih banyak menyajikan lebih banyak babak yang tidak dapat kita jangkakan, lebih banyak letupan, rumah agamnya hancur, adegan yang saspen.

Seperti biasa, bila menonton siri superhero mesti ada watak jahat sebagai penyerinya. Dalam IM 1 watak jahatnya ialah orang afganistan yang menculik Tony dan juga Obadiah Stane (rakan kongsi syarikat Tony) kemudian dalam IM 2 watak jahatnya ialah Ivan Vanko. Jadi dalam IM3 watak jahatnya dikenali sebagai Mandarin.

Watak Mandarin / Aldrich Killian di bawakan oleh Guy Pearce. Mandarin digambarkan mempunyai kuasa yang boleh mencairkan besi dan berapi serta boleh pulih dengan segera dari kecederaan. Pada mulanya watak Mandarin dibawa oleh Trevor Slattery (Ben Kingsley) (pada mulanya ramai beranggapan ini adalah Mandarin yang sebenarnya) rupanya Trevor adalah seorang pelakon British pemabuk yang telah dibayar oleh Killian untuk menyamar sebagai pengganas yang diberi nama Mandarin. Watak Mandarin juga digambarkan seperti gabungan Fu Manchu, Osama Laden dan juga Nosferatu (pengganas antarabangsa). p/s: ni yang buat macam annoying konon-konon amarika ni sahaja yang boleh menyelamatkan dunia dan menambahkan lagi perasaan Islamphobia dekat orang lain. hmm Menunjukkan AMarika ni takut dengan bayang-bayang sendiri. pftt

IM3 amat berhati-hati dalam penceritaannya di mana setiap babak yang dipaparkan cuba di sampaikan dengan sebaik mungkin. Kesan khas juga sangat realistik. Filem ini ada semuanya aksi-cinta-superhero. Di samping menyelamatkan dunia, Tony masih memerlukan Pepper sebagai kekasihnya. Namun muncul kekasih lamanya iaitu Dr Maya Hansen, seorang pakar botani.

Selain itu muncul seorang kanak-kanak yang bernama Harley (Ty Simpkins) yang membantunya di Tennessee. (Kanak-kanak pertama yang muncul dalam Iron Man sebagai side-kick) Harley seorang kanak-kanak yang membantu Tony membina semula suit nya dan juga menjejaki Mandarin.

Walaupun ada juga adegan yang tidak masuk akal, but who cares? Ini kan cerita superhero, jadi abaikan perkara-perkara yang tidak masuk akal tu kerana filem ini mempunyai kekuatan lain. Sememangnya Iron Man 3 adalah francais filem yang lebih berkualiti dan menarik dari sebelumnya. Mungkin selepas ini Iron Man 4 pasti lebih kemas garapannya dan memaparkan hubungan Tony-Pepper dengan lebih mendalam.  Well I’m a girl so then I would expect to be more romantic scenes right? HAHAHA

p/s: disarankan menonton Iron Man 3 ini secara 3D, sebab effect dia akan lebih membuatkan anda teruja!

p/s: ketika menonton Iron Man sila-sila-sila pastikan anda menonton sehingga tamat sebab selepas habis penghargaan/nama/crew/music blablabla tu Tony menceritakan kisahnya kepada Hulk! Sebab saya tahu kebanyakannya ramai lebih suka bergegas bangun tanpa menunggu scenes akhir itu. 

trailer Iron Man 3

p/s: Robert Downey JR you're great!

Rate: 4.9/5 bintang

Till then,
-xoxo-
S


16 comments:

Tie HT said...

dah lama tak layan movie macma nih :)

OKje said...

Alahai ...macam kurang suka je Zana hehe

Ammelia said...

alaaa, nak tengok IM3 jugak :(

Unknown said...

labour day ni nak tgk IM3 laaa....joommm! hihi

Sarah Mohd Saleh said...

Ohhh yeke, die cte kt hulk, I da kua da mase tu.grrr. Tp bg I mamat besi 3 xte la best mane pon,3 out of 5 laa bole bg.

Syuk Ry said...

review yang menarik.. wah rati g 4.9 tu.. try baca review iron man dari blog saya plak.. hehe.. http://syncronizeq.blogspot.com/2013/04/film-review-iron-man-3.html

Unknown said...

alololo kite dr dulu nk tgok bola kg, the croods tak sempat tgok. halamak katun jek ekekekke

jeBateja said...

kita nak tgk...kita nak tgk...hang belanja....ok...??

J.Syazwana said...

okey fine tak pernah layan. hahahaa.

tapi kite mesti suka tunggu sampai abes sebab dah banyak muvie yang buat camtu. last2 ade scene lagik. hihihi

cha said...

dah tengok. bg 10/10 huuu best giler rasa nak repeat je haha

Hazmin said...

Tak berkesempatan lagi nak tengok cerita iron man 3 ni. Nanti download jela kot. Hehe

ewanthology said...

byk review positif

Cho Zila said...

akak tak gi tengok tapi ramai yang kata best.. kita dengar jerlerkan..

ezy.fia said...

xdpt nk tgok wayang..
sobs

fadh leyanie said...

copy dekat kawan kaki donload je la citer ni.hihi :P

Cik Zety said...

sukaaa tengok hero die..hehe

salam perkenalan juga :)

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !