Previous Entry : Risiko bila Plagiat / COPAS
Hari Ahad lepas teringin sangat nak makan Wantan
Hor,
dah lama mak aku tak masak benda tu.
Nak tunggu aku masak memang tak lah kan. Haha
Pagi tu tetiba mak aku masak Wantan Hor. HAHAHA
So kitorang luncheon makan Wantan Hor. Hikhik
Kan adik-adik aku semua jantan
So, tau la bila makan memang dah ghope macam bela
hantu raya
-_-
Tapi badan kering jek
Aku je kalau terlebih makan mulalah cepat naik
Serious aku dengki. HAHAHA
Sekejap je Wantan Hor dah habis. Sobsob
Aku makan semangkuk jek.
Mak aku dah malas nak masak pulak
Suka je suruh aku pi masak lain.
Taulah aku ni malas kan. Hikhik
So, demi nak melantak, aku pun gagahkan diri nak
masak. HAHAHA
Btw korang tau ke idok maksud di sebalik nama Wantan
Hor?
Wantan Hor ni sebenarnya = Kueytiaw Sup Telur
Actually
ejaannya dà n (telur) tapi sebutan
dia tà n.. get it?
Dulu
aku selalu bengang, bila order je wantan mesti dia bagi MEE
Aku tak
mau MEE, aku nak kueytiaw
Sebabnya
aku sebut MEE WANTAN so dia bagi MEE la kan
Btw,
aku rasa mesti korang pernah alami macam ni kan.hikhik
So
kalau korang nak kueytiaw kena la cakap – WANTAN HOR
Sebab Hor tu KUEYTIAW --- get it?
Aku tak
gebang kosong je tau
Kalau
tak caye pi la tanya kengkawan cina korang tu. Bwekkk
Ok, so
memandangkan aku masak di hujung minggu tu
Aku nak
share resepi sikit :p
Tapi
aku masak cara orang pemalas la ye.hihi
Sebenarnya
resipi ni mak aku olah untuk tekak melayu la,
So
ianya taklah sama sangat macam yang orang cina masak ok.
Wantan Hor
Bahan-bahan
* UNTUK KUEYTIAW *
- Sebungkus kueytiaw (tak tau berapa gram)
- Bawang putih (suka hati tapi aku ketuk 3 ulas)
- Kicap pekat
- Kicap manis
- Kicap masin
- Sos Tiram
- Black/White Pepper
- Taugeh (resepi asal takde togeh, tapi ibu aku suka letak togeh)
* UNTUK SUP *
- Udang (suka hati nak letak berapa ekor)
- Ayam (suka hati – aku potong kecik-kecik)
- Sawi (lagi banyak lagi sedap)
- Carrot (kalau suka bubuh banyak, tak suka tak payah bubuh)
- 2 ulas bawang putih
- Halia(bubuh la 2-3 hiris)
- Lada sulah
- Kiub ikan bilis (amek sikit je- secubit manja-manja je)
- Air (aku main agak je)
- Garam secukup rasa
- 2 biji telur (kacau-kacau dulu buat macam omelet tu)
- Fishcake - Goreng awal
Cara-cara
Kueytiaw
1.
Tumis bawang putih sampai kuning,
masuk kicap pekat, kicap masin, kicap manis, dan sos tiram (agak-agaklah berapa
yang diperlukan untuk bagi kueytiaw tu secukup rasa). Bubuh air sikit (sikit je
bagi agak-agak dah tak bunyi minyak tu) lepas tu baru campak kueytiaw tu. Lepas
tu gaul-gaul la sambil tu bubuh la sikit black/white pepper, bagi semua
kicap-kicap tu kena kat kueytiaw tu. Sebelum tutup api tu campak segenggam dua
taugeh. Kacau-kacau 2 3 kali baru tutup api. (p/s: nanti taugeh ni masih rangup
lagi sebab tak masak lama)
2. Dah siap. Letak tepi.
Sup
1.
Tumis bawang putih dengan halia tu
lepas dan kuning-kuning baru masukkan air. (air tu agak-agak la korang nak
banyak mana) Dah mendidih tu bubuh la udang, ayam ikut suka lah nak letak apa
pun. Lepas tu baru bubuh sayur-sayuran. Sambil tu campak-campak la sikit garam
dengan kiub ikan bilis tu.
2.
Bila sup dah mendidih bubuh la telur 2
bijik tu. Kacau laju-laju telur tu biar hancur
3.
Dah siap tuang lah atas kuetiaw tu,
sambil tu hiaslah dengan fishcake ke fishball ke meatball ke blablabla
4. Telan
lah apa lagi :D
le
wantan hor
harap mahap masa ni pinggan yang ke-2 so
dah takde ayam dengan udang serta sayor
baru teringat nak amek gambau. gyahahaha
btw, yang putih atas kueytiaw tu -- telur
kbai
p/s:
try la buat, kalau jadi bagi tau aku. Hikhik
till
then
-xoxo-
S
17 comments:
agak unik nama nya, tapi mcm sedap !! yummy !!
ooo yg tau wantan tu yg bulat2 mcm ada seafood tu huhu noob betul. looks delish yummm
tapi kite lagik suke mee wantan. hehehe. :D
bakkkk ckitttttt!
lapo ni!
nampak sedap
tapi hurmm akak x pernah dgr nama tuu ;)
alamak kt blik ni dh la ada roti je... kang ada mkn roti trbayang wantan hor hahaa
nak mai ghumah! haha kite kalo 1st time try masak mmg fail...cis!! mencik giler huaaa eh pggn ghumah kite sameeee
kite dh 2 kali komen lepastu error...mcm nak gigit hang!
pinggan rumah kite same, nak mai ghumah!! dan 1st time kalo masak selalu failed. mencikkk
Alamak...sodap ke ni...den tak pernah makan....maklum lah..tekak melayu sejati...ahakz
Kak Wina pun suka kuew tiaw daripada mee.
Hehe bila teringin baru rajin nak buat sendiri ek.
-wina1979-
Saya bab-bab masak ni.. Malas. Makan mahu, masak tak mahu. XD
pelik xpenah makan lg
tp cm kuetiaw kungfu cume y tu kuetiaw dibalut telur
#LOL part jantan makan serupa bela hantu raya hahaha
wow...hebat
menarik.. nanti bole try
mohon pos sket.. hehehe
saya pun suka makan wantan hor...nak cubalah resepi awak ni kat rumah :)
mcm sedap je..
Post a Comment