Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Experience kerja pertama selepas SPM





Previous Entry : PRE-ORDER : RIBBON WATCH

Salam dan hi uols
Sebenarnya dah lama aku cuba elak dari lalu depan satu kedai ni
Ntah macam mana ari sabtu baru-baru ni aku kena pi jugak kedai tu.heh
Sebab kat kedai tu jual seluar tidor murah.haha (watpe beli mahal-mahal kan untuk tidoq je)

Sebenarnya gwa malu kat tokey kedai tu. -_-
Dulu after SPM (few years back) 
biarlah rahsia tahun bila aku amek SPM tu :D
Kan bosan je tak buat pape kat rumah
So aku teringin gak nak kerja.kuikui
Parents aku pun tak kisah

So aku pun bersemangat nak mencari kerja
Parents aku pun turut memberi moral support dengan bawa aku ke hulu hilir carik kerja.
heh.
So finally aku dapat kerja juga
Kat kedai tu la uols.
semangat gila aku.haha
Sampai tak cukup tidur okeh

waktu kerja tak membebankan sangat
Masuk kerja pukul 10pagi okeh.
Tapi aku sampai kerja pukul 9pagi
Giler semangat.haha
Siap dah berazam nak kerja rerajin.puihhh haha

So first day kerja agak mencabar jugak
Yelah, aku kan agak panas baran uols.
:D
Memang aku pantang betul orang (customer) suka kenjah-kenjah (sepah-sepah) kan kain baju semua
-_-
Nasiblah aku tak ngamok-ngamok time first day kerja tu.heh
Lepas tu, aku tak expect lak kena kerja sampai pukul 10malam
Sebab waktu interview tokey tu cakap kerja sampai pukul7
12jam kau kerja ok, dah la tak boleh duduk
aku dah nak nanges kot bila kena balik kul10 :(

Memandangkan kedai ni agak pemes gak kat area umah aku
So memang kedai ni jadi tumpuan orang ramai
Tambah-tambah lagi jiran tetangga aku pun selalu datang soping-soping
Serious tetiba aku malu pulak jadi salesgirl -_-
Yela, dengan cikgu sekolah aku pun boleh terjumpa #sigh
Well biasalah masa tu belum matang lagi
Suka ambil peduli cakap-cakap orang keliling dan cepat sentap.haha
Semua benda nak buat rasa segan. 

Then, aku bajet after balik kerja, boleh la cabut je
RUPANYA
before balik kena mop lantai bagai.
ingat aku rajin sangat ke nak mop-mop bagai
Kira aku balik dalam pukul 11 jugak la untuk 1st day kerja

Waktu balik kerja tu parents aku pick-up. 
So dalam kereta aku ngadu la semua. 
Mengadu customer campak-campak barang
Mengadu customer punggah-punggah barang
Mengadu terjumpa cikgu sekolah
Sampai ternanges-nages. 
Serious aku sendiri pun annoying bila teringat balik kisah lampau.kahkah

So ibu aku tanya dalam kereta
Esok nak pi kerja tak?
Aku cakap la tengok la macam mana.
haha

So esok pagi tu bila ibu aku kejut suruh pi keje
Aku taknak bangun.
Siap menangis cakap tak larat la apalah bagai
Serious gedik kan.
So lepas kerja sehari tu terus aku lepak kat rumah
Sampai arwah tok aku suruh sekolah kat kampung balik untuk buat lower 6.
haha

Bila pikir-pikir balik waktu tengah lepak tu
rasa nyesal gak tak keje
Yela, kalau tak boleh beli enpon ke apa ke kan
Pi tengok wayang ke
Takde la susah nak minta duit kat parent.kahkah

Sampai sekarang, bila lalu depan kedai tu aku rasa malu dan kelakar.haha
Even aku rasa tokey tu pun tak kenal aku pun. #perasan betul aku
Pengalaman kerja pertamaku cuma sehari je. 
Aku boleh, korang? :D

Sebenarnya tetiba aku teringat pasal ni sebab adik aku lah
Dia sibuk sangat nak kerja (baru 16 tahun) 
Baru dapat lesen L dah kalut nak moto, heh
So ibu aku cakap, nak moto beli sendiri.haha
So dia kalut nak kerja ikut member kerja katering, tapi last-last 
Ngulor kat umah jugak


tempat kerja pertama gwa.kahkah
bijak berbelanja gitu :D
lokasi : silibin, ipoh :p


Korang ada experince kerja pertama selepas SPM?
Kalau ada jomlah share.hahaha

Till then
xoxo
S


p/s: PRE-ORDER RIBBON WATCH aku dah closed. HARAP MAKLOM.
:)


12 comments:

J.Syazwana said...

kerja pertama kite success. tp lepas matrik try gak keje kedai gini. oh seyes tak larat. dah la x ley duduk. penat ! tak sampai sehari. setengah hari kerja dah benti. kekekeke

Hazmin said...

Hahaha.. Gila semangat hari pertama kerja. Last2 hambik terus tak pergi dah.

logorithm said...

Hahaha... tak payah lah masuk dalam CV pengalaman kerja sehari tuh. :-p

Pengalaman kerja pertama I selepas SPM ialah sebagai 'Chainboy', iaitu pembantu kepada juru ukur tanah ketika membina sebuah jalan di Pedas, Negeri Sembilan. Gaji cuma RM350 sebulan. Quarters disediakan. Kerja selama beberapa bulan hingga keluar keputusan SPM. Ye lah... nak kumpul duit untuk membayar tunggakan yuran sekolah ketika mengambil keputusan SPM nanti. Kehidupan keluarga pada masa tuh amat susah. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. :~(

Boleh ler tahan keputusannya... dapat agregat 8 dengan 4A1 + 2A2 + 2C3.

Pas tuh masuk Form 6 selama dua bulan, pas tuh dapat tawaran masuk UTM Skudai...

Syazana Zainn said...

Syazwana :

keje kedai kain mmg letih n penat sgt -_-




hazmin:

tu la mula-mula je eksaited, sekali bila dah keje ambik kau.haha

Syazana Zainn said...

logo:

wow experience yg bagus tu :)
pengalaman mndewasakan pemikiran seseorang tu

nad said...

Pengalaman yg best..!
Mcm bace novel plak kekdahnya hehe..

NA said...

Rugi ek tak dapat ambil gaji pertama. Kak Wina takde pengalaman kerja lepas SPM.

-wina1979-

Unknown said...

tak pernah kerja biasa2 ni sbb makpak xkasi///hukhuk padahal eh takpelah takdapat restu kan..

محمد رازيق said...

wah. mencabar juga keja kedai tu. balik lmbt. pastu kena mop lntai bagai. hehe

M Fizan said...

sadis. tak penah kerja pun. sobsobs.
7 bulan cuti. badan pun naik. haha

Jajas said...

mesti ramai yg beli kat kedai tu kn...hehe

ewanthology said...

saya x pernah buat part time ke, abis blaja terus dpt keje full time....

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !