Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Sampai bila masalah pengemis ni akan berleluasa?


previous entry : Cari Makan Balik Kampung

Assalamualaikum dan holla :)

Nah ambik kau tajuk entry panjang gitu. :) Rasanya tak terlewat lagi kot aku nak cerita pasal majalah tiga hari tu. Ala yang pasal peminta sedekah yang semakin berrleluasa sekarang ni. Actually aku tak terkejut sangat dengan pendedahan encik mazidul tu.

Yelah, aku sendiri dah pernah lihat sendiri perkara macam ni. Kalau buat report pun, bukannya polis ambil tindakan, setakat ada report je pun tak guna kan.

gambau ikhsan gugel 

Experience 1 (tahun 2006) waktu ni aku masih bergelar pelajar kat satu istitut pengajian tinggi kat utara tanah air.

Dulu aku boleh dikatakan rajin outing, at first aku tak perasan pun seorang pakcik ni, tapi lama-lama aku curious juga yelah apesal minggu ni dia patah kaki, then the next week patah tangan, dan pernah juga satu ketika tu dia tetiba buta. Tak ke pelik tu? Aku mula-mula tak la terfikir pape kan, tapi aku mula sakit ahti sebab pakcik tu sihat sebenarnya dan siap pi stesen bas tu naik kereta then boleh pula pi tukar baju buruk-buruk.. Pftt

Experience ke 2

Waktu ni aku tengah makan kat medan selera kat stadium ipoh, tetiba ada sorang budak lelaki yang berusia dalam lingkungan 10-12 tahun datang minta derma untuk sekolah dan masjid. Dia cakap dia dari sekolah tahfiz. Aku taklah ralat sangat nak bagi derma setakat singgit dua, tapi yang buat aku mushkil KENAPA perlu suruh kanak-kanak yang minta derma? Tak ke itu dah ekspoloitasikan kanak-kanak?
Kadang-kadang aku pelik gak dengan ustaz/ustazah dari sekolah tahfiz ni, kalau nak minta derma sekalipun pi la minta sendiri, kenapa perlu gunakan kanak-kanak / pelajar sekolah? Tak ke nampak macam ada something wrong kat situ? Then surat yang dorang bagi tu pun nampak pelik. Aku rasa pihak polis atau badan yang bertanggungjawab kena siasat perkara ni, aku bukanlah kedekut TAPI makin hari makin bertambah pula perkara sebegini. Kalau nak minta derma gunakanlah cara atau saluran yang betul.

Experience ke 3

Waktu aku kecil dulu, kat pasar malam ada satu pasangan suami isteri buta, dorang memang selalu kat situ menyanyi. Then, aku tak sangka after a few years pasangan yang sama masih lagi mengemis dengan cara yang sama dekat the store ipoh. -,- yang aku mushkilkan tu pasangan ini dah tua sangat, then bila cukup masa anak dia dia datang jemput pasangan ni. Yang aku surprise sangat tu anak dia datang jemput dengan kereta. Then hampir 2 3 kali aku nampak pasangan yang sama ni anak dia hantar dan jemput. Wah, what do you expect? Anak dia yang sihat, cukup sifat anggota suruh parents mengemis? WTH.

Experience ke 4

Dekat pasar malam juga, ada satu wanita ni, (pakai jubah + tudung labuh) sihat tubuh badan tapi mengemis, dia bawa budak-budak yang dalam lingkungan 2-4 tahun, dia cakap tu anak dia. Dari slang dia cakap tu tak macam orang melayu, so aku tanya dia ni bangsa apa, then dia cakap dia orang kemboja, so aku tanya dia muslim ke, then dia cakap dia muslim, dia mengemis sebab miskin sangat. Then bila suruh ngucap dia tak tau, bila di tekan baru dia cakap dia bukan islam. Pftt WTH. Orang-orang macam ni banyak mencemarkan IMEJ orang islam. Sebab mereka ni, orang bangsa lain pandang hina dengan orang islam.

Sebenarnya banyak lagi experience aku, mungkin korang sendiri pun pernah jumpa situasi ni kan. Point aku kat sini ialah, SAMPAI BILA kita akan lihat situasi macam ni? Macam MANA kita nak banteras kegiatan ni. Sampai bila mereka yang MALAS ni boleh bergantung dengan masyarakat?

Tak salah nak minta derma TAPI biarlah ikut saluran yang betul. Yang mengemis tu pun, memang betul ada yang benar-benar susah TAPI disebabkan segelintir yang berpura-pura ni yang buat orang lain sikit pun tak percaya.

Benda ni kalau takde orang memberi golongan yang berpura-pura ni susah nak cari makan. Jalan penyelesaiannya? Tepuk dada tanyalah akal. Nak bagi derma/sedekah silakan. Kalau tak nak bagi, buat tak tau je.

Bagi aku mereka ni cuma nak ambil kesempatan, mentang-mentanglah rakyat Malaysia ni pemurah, sampai agama orang pun nak dimain-mainkan dan dipersendakan. -,- 



p/s: bagi aku lebih baik derma/sedekah kat orang yang betul-betul memerlukan eg: kat rumah anak yatim atau masjid. Letak sendiri duit kat dalam tabung tu bukan kepada orang yang ke hulu hilir bawa tabung masjid tu :)

p/s: ni pendapat aku sahaja, tak setuju dengan aku? i dont mind :)


#entry berkaitan : buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali


-xoxo-
S

8 comments:

dhiashahida said...

was2 jugak nk bg kat org yg bawak tabung ke hulu hilir ni....stuhu ngn pndapat awk..lau btul nk sedekah g letak dlm tabung kat masjid atau g sindri ke rumah anak2 yatim terdekat..

Jajas said...

selagi ada yg memberi...ada lah yg akan menerima...

kurus said...

entah lahh
kadang tuu malas nak layan peminta sedekah macam nie ..
tapi yg pernah akk tgk , di jakarta bersepah orang2 macam nie ..
sampai kejar kereta hhuh

Syazana Zainn said...

@ dhiashida
thanks sbb setuju dgn saya :)




@ jajas
betul tu, kalau masih ada yg memberi sbb tu makin berleluasa benda mcm ni


@ kak ieda
betul tu kak, kat indon lagi teruk, mesia ni dah nak sama dgn dorg tu..huhu


Abu Bagi said...

hum kat sini jgn cakap la.. kalau makan kat warung sampai 2 3 kali datang orng mintak sedakah.. lain lain orng la.. tapi dia jual tisu.. aku bagi je la, tisu pun biasa aku guna sbb aku selalu kena resdung pepagi buta..:P

Syazana Zainn said...

@ ABU

haha, kalau ada benda aku rasa tak kisah macam tisu atau kismis aku boleh terima lagi, ni sometimes bawa benda ntah pape eg: air kesihatan la apa la, tgk pon takut air tu T_T

ZULHILMI TEMPOYAK said...

ntah la.. sbb ada baik buruk jugak.. :)

Abu Bagi said...

errr ada jual air kesihatan.. macam macam betul..hahaha

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !