Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Sebagai pembeli, berhati-hatilah

Assalamualaikum uols :)

#just for sharing :)

Sekarang ni banyak betul produk baru yang di jual secara online. And aku admit yang sometimes aku akan turut terpengaruh -,- # yes, my bad. Tapi, sebagai pembeli, aku rasa bukan satu kesalahan kalau sebelum kita membeli barang, kita akan survey harganya. Tidak kisahlah samada beli secara online ataupun beli kat kedai. Macam aku, even aku nak beli pencuci muka sekalipun aku akan make sure harga produk tu akan murah tidak kisah la kurang dalam 0.20sen sekalipun at least aku berjaya berjimat. #yup, sekarang ni aku sangat berkira sebab aku kena fikir banyak kali before buy something samada penting ataupun tidak. Let say aku pergi kat kedai W, harganya dalam RM 14.80, tapi bila aku pergi ke kedai G harganya pula dalam RM 14.30, so for sure aku akan beli dekat kedai G :) walaupun beza cuma 0.50 sen tapi sekurangnya dah berjaya jimat sikit kan. Cuba kalau aku beli barang-barang lain pula, dah berapa boleh jimat kat situ? Banyak kan boleh jimat. Dari semua harga barang boleh mencecah sampai RM50, aku dah boleh jimat dalam RM2 lebih dan RM2 tu aku dah boleh beli ice-cream sundae cone kat Mc’d, siap boleh add up dengan choco-top ataupun sundae twist tau. So sebagai pengguna, kita ada hak nak survey harga produk. Lain lah kalau korang rasa dah banyak sangat duit tu suka hati la kan.

Ok, berbalik kepada isu yang aku nak ketengahkan ini berpunca dari semalam, adalah seorang kawan aku ni update kat status FB dia mengenai satu produk yang agak glamer jugalah sekarang (produk kecantikan). Sebenarnya, harga produk tu cumalah RM5 je, tapi bila di jual secara online, terkejut jugalah aku tengok. Amboi seller-seller tu sampai mark-up harga produk tu 4-5 kali ganda dari harga asal. So cuba bayangkan dari harga RM5 dah jadi berapa? Tu belum lagi kira kos penghantaran. See, berapa seller tu dah untung? Tujuan aku nak dedahkan #dedahkanlah sangat kan, rasanya ramai dah aware pasal ni, tapi bagi yang tak tahu tu alert la okey :) sebenarnya bukannya apa, aku rasa kesian sangat dekat buyer –buyer yang membeli tu, macam bulat-bulat di tipu. Yang aku tak tahan tu, ada setengah of seller tu siap nak private kan harga produk tu. Kalau nak tau harga produk tu siap suruh PM / inbox dia. Huhu

Dah terang-terang kat produk tu dah ada tulis PRODUCED FOR DAISO JAPAN. Huhu untuk makluman korang segala produk dari DAISO JAPAN ni semuanya RM 5 oke, tak kiralah dari barang perkakas dapur sampai ke bilik air dan bilik tidur serta barang kelengkapan gardening semuanya RM5 dan termasuklah produk kecantikan tu, semuanya RM5 okey! Kalau kat Ipoh DAISO ni ada kat AEON Section 18 Pengkalan, kalau dekat Penang ada dekat Queensbay Mall (info dari Hazirah) then kalau kat KL banyak rasanya DAISO ni. Korang boleh cek dekat Sunway Pyramid, The Curve, TheMines (ni je yang aku tau, kalau siapa tau ada tempat lain lagi boleh inform aku, nanti aku update)

Memang kalau dah meniaga ni adatlah nak untung. Serious, bodohlah kan kalau taknak untung. Aku pun meniaga juga tapi sambil kita ambil untung tu kita buatlah yang terbaik untuk produk kita. Aku paham kalau seller tu cakap die markup tinggi-tinggi sebab tu termasuk dia punya kos pengangkutan nak pergi ambil barang semua, tapi cuba korang fikir, takkanlah ambil barang setiap kali 1 1 kan? Mesti dia ambil banyak-banyak, so aku rasa kos pengangkutan / petrol tu tak terkesan sangat sampai dia perlu markup harga barang sampai 4-5 kali ganda..tu belum lagi dia campur dengan harga postage yang mengarut. Cuba bayangkan, berat produk tu tak sampai pun 100gm kalau dia balut letak dalam kotak ataupun bungkus macam tu sahaja berat barang tak sampai pun 500gm, tapi dia charge penghantaran sampai RM8-9. Kalau ikutkan harga pos sekalipun kalau berat barang di bawah 500g, cuma charge dikenakan dalam RM5 lebih. Aku pun pernah guna khidmat penghantaran, biasanya aku guna Nation-wide (kurier servis ni mahal sikit tapi aku rasa berbaloi) mungkin charge yang di kenakan dekat aku agak mahal sikit sebab aku hantar makanan (berat lebih kurang 600-700gm, depend on berapa biji apam tu) tapi charge untuk seketul produk kecantikan yang tidak sampai 200gm takkanlah boleh mencecah sampai RM8-9..wahwahwah. dahlah harga produk pon dah 4-5 kali ganda.. Memang untung banyaklah kan :)

Kadang-kadang bila baca komen between buyer yang tak tahu apa-apa dengan seller aku rasa kesian sangat dekat buyer tu. Huhu sebenarnya banyak dah online shop yang jual bermacam-macam produk dengan harga yang berbeza. Itulah gunanya ada internet, computer dan juga handphone yang canggih. Macam aku sendiri, kalau nak beli dress from online shop aku akan make sure betul-betul harganya memang macam tu, sebab aku sendiri pun dah pernah terkena, aku beli dress dari online shop A, aku rasa harga yang di tawarkan tu bolehlah diterima pakai, after barang sampai semua kebetulan aku saja cari-cari dress lain untuk cuci mata aku terkejut bila online shop B pun ada jual dress yang sama jenis, sama bentuk and sama warna dengan harga yang jauh lebih murah, kalau beza harga rm2-3 aku rasa tak berapa kisah sebab takpelah dah beli dah pun, tapi harga yang online shop B tawarkan tu kurang sehingga Rm15 dr harga online shop A tu, sudahlah online shop B tu tak charge dengan penghantaran. Rugi sangat rasanya. Macam dengan kisahnya aku beli tudung ataupun shawl, aku akan survey dari semua online shop.hihi sebab aku taknak pisang berbuah 2 kali. #cewah berperibahasa pula :p

So kepada, pembeli barang-barang online tu, kalau nak berjimat boleh buat macam saya :) walaupun mungkin beza cuma dalam RM1-2, sekurang-kurangnya kita cuba berjimat dengan cara yang mudah. Tak perlu harganya mahal tapi produknya serupa dengan harga yang murah. Jadi sebelum membeli atau order, sila cek betul-betul, kalau tak sure harga produk tu referlah dengan kawan-kawan, tak rugi kalau kita bertanya. Untuk penjual pula, kalau nak untung pun biarlah berpada-pada, janganlah sampai mencekik darah buyer, kesian buyer. Hmm -,-

# tujuan saya menulis entry ni bukanlah saya hendak merosakkan bisnes peniaga online sebab saya sendiri pun meniaga online, saya menulis ini dari sisi pandangan seorang pembeli dan juga penjual. Semoga pembeli dan penjual sentiasa berhati-hati apabila membeli dan menjual barangan. Tepuk dada tanya diri sendiri korang nak macam mana, kalau nak beli just go ahead, kalau takmau cakap elok-elok tak nak beli, senang kan :)

 xoxo
S

13 comments:

qaseh johanna said...

panjangnya cerita..... :))

Puan Besar Shag Yahaya said...

Part harga tu mmg boleh bikin hati sakit je. Shag mmg Google habis habisan. Kalau tak jumpa yg lagi murah baru beli. Hihi.

pena rozie said...

x suka beli on9...

HERNEY AQILAH said...

kita sebagai pengguna mmg kene ada hak bersuara..sokong sngt2 entry nii!!!!

Syazana Zainn said...

qaseh johanna :

hikhik, selalu tulis entry merapu kali ni tulis panjang2 sikit =D


shag :
hihi, betul tu, kalo ada 3 4 kedai, sume nak masuk, sebab nak survey..haha


pena rozie :
tak suka?


LULU :
betul tu, pengguna skrg pon dah bijak =D

J.Syazwana said...

daiso daiso. hik hik

Unknown said...

PANJANG. hukhuk.

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kalau akak dah sukandgn service akak jarang cari yg lain.mmg dapat murah tapimkualiti? penah tgok kt blog mcm sama biladapat kualiti lain.so lg prefer beli dgn blog yg dah biasa.biarla mahal sikit

littledolphin said...

serius saya baca sampai habis.haha.topik yang menarik.

kan kadang2 tu memang benda serupa tapi harga berbeza betul. kalau rm 2/rm3 je tak pelah,tapi ada juga yang sampai rm 10.

ada nampak shawl online ni jual shawl dia sampai rm 39.tapi kat satu tempat ni, ada yang serupa pattern harga rm 25.kualiti kain dia pun sedap.so memang suka lah! hahaha

Abu Bagi said...

wah entry yg sgt bagus.. beza 50sen banyak kot.. sama la even beza 20sen pada kualiti yg sama mestila aku beli jimat 20sen tu hahahaha blh letak ice cream mcd kan hahaha

betul tu kasihan tngok orng yg beli kat internet kena tipu bulat bulat kalau tak pandai nak bandingkan harga.. gila la orng yg markup kau kau..

sebnrnya aku jrng sangt beli online, rasanya ada satu dua jenis benda je aku pernah beli.. tu pun key-chin.. biasa biasa je..

kurus said...

dah lama x beli online ..
dah banyak kes macam nie
kena hati2 dik ..
tapi x semua penjual online macam nie
mana2 pun sama ..

salam kenal dari akk ;)

amna said...

panjangnya.. ttg product tu, kdg2 dsbbkn beza 50/60sen pun kita berkirakn. hehe.. ^^

cik jannah said...

pastu mesti serik nak beli kat org tu dah. mahainya ahaaiii

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !