previous entry : WORDLESS WEDNESDAY: SAIKO FREAK
oh sudah-sudahlah bercerita mengenai bersih haritu
dah naik muak saya lihat, nampak dan terbaca
semak sangat news feed saya ni
kalau dah rasa kerajaan ni teruk sangat
apa kata pilihan raya nanti
buktikanlah dengan mengundi parti yang anda nak tu
jangan sembang pumpangpumpang sana sini
tapi apapun tak buat
pelik gak kebanyakan orang yang banyak kecoh-kecoh menyokong bersih
ni bukannya pergi perhimpunan tu.
sembang kencang je lebih
blablablabla
setakat sembang, rasanya budak umur lima tahun pun boleh sembang kan
pelik mereka yang sibuk nak bangkang sangat ni
rata-ratanya dari golongan pekerja kerajaan
rata-ratanya dari golongan pelajar kolej / universiti kerajaan
kalau dah rasa kerajaan malaysia ni teruk
apa kata
pekerja kerajaan ni berhenti saja
yelah, buat apa menyumbang tenaga lagi?
kan cakap kerajaan ni teruk
pelik juga
time kenaikan gaji nak sangat tergedik-gedik
time bonus pun nak sangat
sedarlah sikit betapa untungnya anda
saya sendiri pun dah mencuba banyak kali untuk bekerja kerajaan
tapi sememangnya agak susah nak masuk
tapi saya masih berusaha untuk mencuba mencari peluang bekerja di sektor kerajaan
jadi apa gunanya anda masih berada di dalam sektor kerajaan?
ramai lagi orang yang inginkan tempat anda itu
bagi pelajar institusi kerajaan pula
sedarlah sikit
betapa untungnya anda berbanding dengan pelajar kolej swasta
betapa ramai pelajar inginkan tempat anda tu
kalau kerajaan tak bagi bantuan
anda tak kan ke mana
jangan anggap kelulusan yang anda dapat tu
anda boleh riak dan takbur
jangan anggap kelulusan anda itu adalah tiket untuk memandang rendah orang lain
jangan anggap kelulusan anda itu adalah tiket untuk menghina orang-orang yang tiada pelajaran
jangan anggap kelulusan yang anda dapat itu adalah tiket untuk memperkecil-kecilkan orang lain
anda juga manusia biasa seperti orang lain dan mungkin anda itu lebih hina dari orang yang anda keji
kalau dah rasa kerajaan ni teruk sangat
tak payahlah anda susahkan diri menghantar anak-anak anda bersekolah di sekolah kerajaan
nanti takdelah membazir beri buku pinjaman dekat anak anda tu
nanti takdelah membazir bagi bantuan duit RM100 tu
ramai lagi anak-anak orang yang kurang senang memerlukan bantuan-bantuan itu
kalau dah rasa kerajaan ni tidak pernah memberi bantuan kepada anda
saya rasa jika anda sakit nanti tidak perlulah anda menyusahkan diri anda pergi ke klinik/hospital kerajaan
anda sepatutnya bersyukur dengan segala kemudahan yang kita kecapi sekarang
kerajaan dah banyak menyenangkan rakyatnya
jika di ingatkan kembali, cuba lihat betapa sukarnya zaman datuk dan nenek kita
nak makan pun susah
perang sana sini
sekarang banyak dah berubah demi keselesaan rakyat
kelakar
dalam dok mengutuk mengeji mengata memaki
anda juga masih mengharapkan bantuan kerajaan
ya, memang kerajaan perlu membantu setiap rakyatnya
apabila dah beri bantuan pun dikeji apatah lagi kalau tidak beri bantuan
inilah manusia, tidak mengenal erti syukur tu apa
bila dah beri betis nak kan peha pula
jangan nanti sampai tanah negara kita ni "orang lain" pula yang rampas suatu hari nanti
jangan nanti sampai bangsa kita tidak diakui oleh negara kita sendiri
kalau anda rasa anda patriotik sangat dengan menyertai perhimpunan sebegini
jadilah askar / tentera,
sekurang-kurangnya anda boleh melindungi negara dari ancaman luar
mungkin anda tidak sedar
dalam diam-diam benda macam ni boleh merosakkan hubungan ukhwah kita
jangan disebabkan benda-benda sebegini
hubungan kita sebagai saudara, sahabat, jiran tetangga akan berantakan
inilah motif utama yang dapat kita simpulkan
benda-benda sebegini cuma merosakkan dari membaikkan
saya berasa sedih dan kecewa apabila melihat saudara,
sahabat dan jiran tetangga saya tidak tahu erti syukur dan nikmat tinggal di bumi Tanah Melayu ni
apa yang mereka tahu cuma bangkang dan bangkang selagi boleh
ya, memang bangkang itu perlu dalam setiap penubuhan sesuatu kerajaan itu
jika tiada bangkangan maka kita tidak akan tahu mana silap dan salah sesuatu perkara itu
jika tiada bangkangan maka kita tidak akan cuba memperbetulkan sesuatu perkara itu
jika tiada bangkangan maka kita tidak akan memperbaiki kelemahan kita
tetapi setiap perkara perlulah ada batasannya
jangan sampai sehingga di rosakkan sesuatu hubungan itu
nak pergi perhimpunan apa-apa pun takpe
pergilah anda
tapi jangan sampai terlalu taksub dengan seseorang itu
biarlah berpada-pada
jangan terlalau over-reacted dengan demo sehingga menjadi riot (rusuhan)
ingat. kita ni tinggal di Malaysia bukannya Indonesia (ini satu contoh sebuah negara yang apabila demo terlalu over-reacted)
jangan sampai terlalu inginkan hak kebebasan sosial dan kebebasan hak bersuara menjadi berlebih-lebihan
lihatlah apa yang berlaku di kala ini
hubungan saudara, sahabat, jiran tetangga pun dah jadi kurang baik
masing-masing cuba menegakkan pendirian masing-masing
ya, memang masing-masing punya pendapat atau pendirian
tapi jika semakin terpamirnya kearah keburukan di manakah relevannya pendirian itu?
saya harap benda-benda sebegini tidak akan berlaku lagi
tapi mungkin impian saya ini tidak akan tercapai
jika anda-anda semua masih obses ataupun taksub
tidak perlu memaki hamun, mencarut sana sini
anda tidak memberikan contoh yang baik terhadap golongan muda
nanti, jangan disalahkan kenapa golongan muda sekarang tidak menghormati anda
sebab dan puncanya sendiri adalah daripada anda
seorang pemimpin yang baik tidak akan memanipulasikan penyokongnya dengan aktiviti sebegini
seorang pemimpin yang baik akan berusaha memberikan yang terbaik untuk rakyatnya
seorang pemimpin yang baik akan mengotakan janji-janji yang di beri
seorang pemimpin yang baik tidak akan memberikan harapan palsu
dan saya rasa pemimpin kita sekarang dah berjaya mentranformasikan negara dan berjaya mengotakan janji-janji beliau
cuba lihat dan renung kembali tentang janji-janji yang pembangkang berikan ketika mereka telah berjaya mendapatkan 5 buah negeri itu?
adakah janji-janji itu telah ditunaikan?
adakah keadaan berubah seperti yang dijanjikan?
adakah lebih baik atau lebih buruk ataupun tiada apa yang berlaku?
apakah pembaharuan yang dilaksanakan?
apakah bangsa kita semakin senang?
cukup-cukuplah
saya rasa anda juga tahu apa yang berlaku
jadi tidak perlu saya huraikan lagi apa yang berlaku
jika penduduk tetap di situ di tindas oleh orang-orang yang telah menjanjikan intan permata bulan dan bintang
saya rasa ianya menjengkelkan apabila di renungkan kembali
mungkin ada diantara anda tidak perasan atau tidak sedar
tapi beginilah hakikat yang berlaku
jangan sampai nanti bangsa kita, agama kita makin hilang
jangan sampai nanti kita sendiri yang di usir dari tanah kita sendiri
jangan nanti sampai kita sendiri tiada tempat di negeri kita sendiri
jangan sampai nanti generasi muda yang baru ni tidak mendapat tempat di tanah yang sepatutnya menjadi milik mereka
sepatutnya kita semua kena muafakat, saling bantu membantu
kita saling perlu-memerlukan di antara satu sama lain
harapan saya semoga bangsa kita tidak akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat ini
semoga bangsa kita akan tetap bersatu walaupun mempunyai pegangan dan pendapat yang berbeza
bak kata Hang Tuah
TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA
My name is Zaireen Syazana,
I am Malay and Muslim
and I love my country
Malaysia tanah airku
Malaysia tumpahnya darahku
assalamualaikum w.b.t
p/s: ini bukanlah blog politik dan saya juga bukanlah penganalisis politik mahupun penyokong tegar mana-mana parti, tetapi ini hanyalah dari sisi pandangan saya gadis, bakal menjadi seorang wanita, isteri, ibu dan juga seorang warga penduduk di bumi Malaysia ini.
*auto-publish
-xoxo-
S
8 comments:
Kite ade kelebihan dan kekurangan. Renung2kan lah...
pnjng nye.. huhu
Mak aih. Panjang gedaban entri kali ni. Hihi.
malas nak cakap pasal bersih ni... even aku tak sokong sngt kerajaan ni sebab ade sesetengah orng kerajaan yg macm hanjeng tapi aku tak de la nak sokong bersih ni... rosakkan keamanan negara betol..huhuhu
begadoh sesama bngsa sendiri.. dalam fb fuh macam macam.. maki maki kutuk kutuk..
hmm macam2. pening jugak bukak news feed. tapi dok diam je. kawan2 n family, ade yg polis, ade yg sokong bersih.. hmmm
Bernas penulisan Schaze. Betul tu kalau tak suka kerajaan janganlah sampai menyusahkan orang lain korbankan keamanan. Orang kata kenalah bijak nak tunjukkan protes tu.
-wina1979-
bersyukur dgn apa ada.
fuh, berjela amna baca..
setiap manusia ada pendapat dan pegangan masing-masing, sebab itu setiap orang lantang berkata-kata ^^
Post a Comment