Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

ITINERARY | SIEM REAP, CAMBODIA for 4D3N



SIEM REAP, CAMBODIA
22/05/17 to 25/05/17 (4D3N)


sunrise at Angkor Wat
23/05/2017


Notes: FYI, Cambodia using USD ye. Ada juga guna currency derang tapi hanya untuk cents sahaja. Korang kena hati-hati sikit bila derang bagi dalam riel (duit Cambodia). Kira betul-betul takut derang tipu, just for make sure je lah. Tak salah hati-hati kan. Aku pun konpius bila dapat riel ni. Mujur ada kawan Cambodia bantu. Hiks. BTW I already changes the RM to USD few months earlier. Rate masa tu $1 = RM4.40 je. Few weeks before fly, kawan aku tukar dah $1 = RM4.46. Sekarang ni tak tahu la berapa dah T_T

Date / Day
Places that we PLAN to go
Places that we go

22/05/17
Monday
Day 1

Arrived Siem Reap
Check In Hostel via; Booking.com
Tropical Breeze Guesthouse
Theme: Explore Siem Reap
War Museum
Lunch at Cambodian Muslim Restaurant
Royal Garden
French Quarters
Tonle Sap & Kampung Phluk
Siem Reap Art Centre Night Market
Psar Chas (the old market)
**Fruit Shakes!! Must try
Pub Street


War Museum
Lunch at Cambodian Muslim Restaurant
Royal Garden
Tonle Sap
Lotus Pond - Tonle Sap
Angkor Wat ticketing centre
Psar Chas (the old market)
**Fruit Shakes!! Must try
Pub Street


23/05/17
Tuesday
Day 2

Theme: Lara Croft
Angkor Wat - Sunrise
Ta Phrom
Bayon
**eat Gelato at Gelato Lab (HHWT recommendation)
Lunch at Muslim Kitchen Cambodia
Pub Street


Angkor Wat - Sunrise
Ta Phrom
Bayon
Thommanon & ETC
Lunch at Muslim Kitchen Cambodia



24/05/17
Wednesday
Day 3

Theme: History
4 Thousand Lingas
Angkor National Museum
Cambodian Landmine Museum
Jalan-jalan Siem Reap


Artisan Angkor - Silk Farm
Wat Thmey (Killing Fields)
Angkor National Museum
Siem Reap Art Centre Night Market


25/05/17
Thursday
Day 4


Check out at 6.00AM



DAY 1
We arrived at 7.45AM (Siem Reap time)
Keluar airport, makoiii dah macam pukul 10AM sebab cerah kemain.
Pak supir datang ambil kitorang dengan tuktuk
Sebenarnya sampai sekarang aku tak sure nak sebut nama dia macam mana
Addin ke, Adlin ke Adin ke, ntah la =_=
Dia charge kitorang $50 untuk 5 orang dan 2 hari
so sorang bayar $10 je untuk 2 hari

Check in Hostel via; Booking.com
Tropical Breeze Guesthouse
Wat Domnak Area, Salakamroeuk, Siem Reap
$75/5 pax = $15 + $10 (deposit for keys 2 rooms - returned)
Masa kitorang sampai keadaan hostel agak messy sebab derang tengah renovate, katanya nak tambah swimming pool. Yang sadis tu bilik kitorang kat level 4. Tingginya sampai rasa kau nak merangkak panjat. Mujur bilik (dorm) kitorang sangat puas hati dan bersih cuma tak best locker dia bawah katil. Toilet pun bersih dan luas. Actually bilik kitorang mix dorm tapi mujur takde orang lain join kitorang 4 orang. Yang lagi sorang tu dorm asing sebab dia sorang je lelaki. Kekeke. Btw tak payah mandi air panas pepagi pun sebab sana PANAS oiii!


pictures from booking.com website
btw, bilik kitorang macam ni lah, cuma derang tak letak towel comel-comel macam tu pun
tapi aku suka je stay kat dorm macam ni

War Museum - $5
Donation - $5/5 orang - $1
Notes: Wajib pergi sini, kalau tak datang sini rugi. Dah datang sini at least korang tahu serba sikit sejarah Cambodia ni. Kenapa Pol Pot ni kejam nak mampus. Kat sini korang boleh tengok senjata, kenderaan perang, bom dulu-dulu seme la. Guess what, dalam 1 truck tu kan masih ada darah dengan tulang manusia T_T

from instagram 
@itsmesyazana 




Lunch at Cambodian Muslim Restaurant - $3.70
Notes: dekat menu banyak je makanan tapi bila order tak boleh sebab dah tengahari ataupun takde lauk tu. Aku makan ayam fillet goreng tu dengan nasi putih. Ingatkan dapat sup ke apa mujur tak tercekik. Harga pun macam tak berbaloi. Mujur kedai ada aircond.
Rate: 3/5 - boleh makan diwaktu lapar dan tak tahu kewujudan kedai lain. Point lebih sebab kedai ada aircond.
fried chicken with rice

Royal Gardens - No entrance fee
Taman ni berdepan dengan Raffles Grand Hotel dengan ada temple kecil kat situ. Lepas tu ada banyak pokok-pokok macam zaman purba. Bila korang dongak sikit boleh nampak kelawar bertenggek kat pokok-pokok ni. Cadangnya lepas royal gardens nak ke French Quarters tapi pak supir tak tahu jalan pulak.




Tonle Sap - No entrance fee
Cadangnya nak naik bot tu boleh melawat floating market, floating school dengan Kampung Phluk. Tapi ramai cakap hati-hati bila kat sini sebab banyak scammers. Bila tolak-tambah semua rasa macam tak berbaloi pula kena bayar sampai $20 yelah sungai pun surut dengan kotor, bot pun tak semegah tengok. Tapi kalau korang dah datang sini kalau teringin nak naik bot tu naik je lah cuma hati-hati dengan scammers ni.

Lotus Pond at Tonle Sap - No entrance fee
Donation - $2
Waktu nak balik dari Tonle Sap tu singgah sini jap untuk ambil gambar. Memang cantik kat sini cuma tak best tu titi dia macam nak reput dah so korang kena hati-hati, jangan eksited sangat karang terjatuh tergolek pula dalam kolam tu. Haha

Angkor Wat ticketing Centre - $37
Terkejut aku tiket dia naik harga banyak sangat padahal member aku pi sana bulan Nov atau Dec 16 tiket dia baru $20 je tau. Aku ingat belakang ticket centre dah masuk Angkor Wat tu rupanya tempat tu tang lain. Oh ya, kalau korang beli tiket tu pukul 4.30PM dan keatas boleh dapat free pass free tengok sunset untuk hari beli sampai esok hari. Nak tengok sunset ni pula cuma 300 orang sahaja yang layak naik ke temple tu. Kalau dah lebih orang, korang kena turun balik la. Mau 30 minit juga hiking tu =__= memandangkan kitorang dah letih dengan tengah panas kitorang beli ticket awal biasa je tapi harga still sama heh.

Pub Street / Psar Chas (the old market)
Pineapple shake - $1
Kat sini maghrib masuk awal dalam pukul 6.30PM macam tu. So after magrib kitorang jalan kaki je sebab pasar dengan pub street dekat je dengan tempat kitorang. Meriah betul waktu malam, padahal waktu siang slow je, ada je orang waktu siang cuma tak kelam kabut. Kat sini wajib try fruit shake yang popular tu. Oh ya setengah gerai jual fruit shake dengan harga $1.5 tau, mujur kitorang ada member Cambodia so dapat $1 je kekeke. Waktu jalan-jalan ni cuma survey harga barang je. HAHAHAHA

Total DAY 1: $85.70

DAY 2
Subuh kat sini pukul 4.24AM, kemain aku gigih bangun awal semata nak kejar sunrise kat Angkor Wat. HAHA. Dalam pukul 5.15AM baru kitorang gerak ke Angkor Wat tu. Aku ingatkan nak masuknya payah sebab tiket mahal nak mampus, padahal guard yang jaga pintu masuk tu cek lebih kurang je. Heh. Ngam ngam 5.30AM dah start nampak matahari naik. Subhanallah. Lawanya oiii. Rasa macam bangga sebab dapat tengok permandangan cantik camni.

Mujur tak naik basikal weh, kalau tak mau putus kaki aku. HAHAHAHAHA sebab Angkor Wat ni besar giler. Memang kena naik tuktuk atau pape kenderaan yang boleh bergerak sendiri. HAHAHA. Dekat dalam central Angkor wat tu saja pun dah banyak temple kecil-kecil tu. So yang tak berapa nak famous kitorang skip je. Kihkih

So kalau familiar dengan filem Lara Croft: Tomb Rider, mesti tahu tempat ni iaitu Ta Phrom. So lama gak kitorang kat sini.

Dekat Bayon kot aku beli fridge magnet kat bebudak tu. Kesian tengok. Btw derang pandai cakap English. Tapi hati-hati even budak-budak pun pandai scam orang okay. Fridge magnet 5pcs - $2, actually kan fridge magnet tu korang boleh dapat lagi murah kat pasar 5pcs - $1 je kat pasar huks :/

Lunch at Muslim Kitchen - $4.50
Our lunch getting better kat new restaurant. Nak kata sedap sangat tu biasa je la. Kira okay untuk tekak aku. Actually semua kedai makan muslim ni satu jalan je, so memang senang cari makan kat sana.

Total DAY 2: $6.50

DAY 3
Untuk hari ke-3 kitorang tak pakai pak supir tu sebab saja nak gerak-gerak sendiri. Kitorag pakai tuktuk yang depan hostel tu, dia charge $17 untuk bawa ke tempat-tempat yang kitorang nak. Murah la juga dari Pak Supir, sebab tak sampai $5/seorang. Total $17 + $2 (tips kat silk farm) = $19/5orang.
Seorang bayar $4 sahaja

Artisan Angkor (Silk Farm) - No entrance fee
Tips - $2 (share 5 orang include supir)
Handkerchief - $15
Mula-mula ingat nak jungle trekking ke 4 thousand lingas tu tapi memandangkan kitorang penat giler so tukar plan ke Artisan Angkor - Silk Farm untuk tengok cara traditional buat sutera. Kat sini aku beli handkerchief untuk abah lepas beli baru teringat orang lelaki tak boleh pakai sutera :/
Memandangkan kat sini tak payah bayar entrance fee so korang kena upah bagi tips kat tour guide deme, kitorang bagi $2 je =_=

Wat Thmey (Killing Fields) - No entrance fee
Beli kemeja 2pcs - $8
Tempat ni kecil dan agak suram, tapi tetiba boleh buat rasa sedih. Korang boleh tengok bagaimana seorang manusia yang bernama Pol Pot bunuh orang beramai-ramai. Takde hati perut langsung manusia ni. Ish geram pulak aku.

Angkor National Museum- $12
Badge - $2
Ice Americano - $1.5
Aku suggest before korang jelajah Angkor Wat better datang sini dulu, at least before explore tu korang dah tahu kenapa, mengapa, bagaimana jadinya Cambodia dan Angkor Wat ni. Lepas tu macam mana dari negara yang asalnya berkembang pesat tetiba jadi mundur macam ni. Actually banyak je lagi benda korang boleh belajar. So far aku enjoy dalam museum ni. Bayaran memang agak mahal tapi bagi aku berbaloi. Yang penting ada aircond. HAHAHA.

Lunch at The Siem Reap Backpackers Restaurant and Bakery - $6.50 (+ nasi putih lebih)
HIGHLY RECOMMENDED!
Dah 3 hari kat sini baru tahu kedai ni. Dari luar nampak kedai ni suram je, tapi bila dah makan memang buat kau happy. HAHAHA Seriously sedap sangat masakan popular Kemboja which is Lembu Naik Bukit. Memang aku makan selera betul. And guess what dalam banyak-banyak kedai makan muslim kan, kedai ni je paling-paling-paling murah lauk ni. Tempat lain memang tak la dapat $6. Dah la air free sirap dan dapat refill teh cina tu. Okay la air free, siap dia goreng extra telur dadar, order 1 je tapi dapat 3 bijik. Tokey dia pun boleh cakap melayu dengan fasih, yelah dulu dia pernah kerja kat Malaysia. Tokey dia tak sombong, aku memang sukalah tempat ni. MUST VISIT!!!!!
Rate: 5/5 (makanan sedap, kedai ada aircond, tokey baik, dapat air free)

Siem Reap Art Centre Night Market - $50
Lepas magrib kitorang keluar sebab day 2 tak keluar malam. So untuk malam terakhir kitorang nak menghabiskan duit yang ada ni (bajet kaya je.HAHAHA). Macam mana tak gile bila dengar tshirt sehelai $1 je. Memang laju je lah duit mengalir. Aku spend ngam-ngam $50 untuk souvenir dari t-shirt, fridge magnet dan lain-lain lagi.

Total DAY 3: $99

DAY 4
Kitorang check out pukul 6:00AM, sebab flight pukul 8.35AM, saje nak gerak awal sebab risau kat check in kaunter lama. (Actually dah checkin online awal tapi still kena pi kaunter juga)

Masa nak balik ni kitorang panggil pak supir pickup senang sikit panggil dia sebab boleh gerak awal. Dia minta charge $5 untuk 5 orang means that sorang $1 je. Tapi aku bagi extra $1 untuk tips dia yelah dari hari 1st dan 2nd banyak dia sabar dengan karenah kitorang yang giler ni hahaha

Immigration pun okay je, happy je pegawai tu greet orang. Kat kaunter dia je ceria, kaunter lain huh sombong *flip hair*

Total DAY 4: $2

TOTAL: $193.20 - $10 (hostel deposit returned)
TOTAL ALL 4D3N: $183.20

Untuk trip kali ni aku just bawa $220 ($30 + RM200 untuk duit emergency) je means that dalam RM968 tapi aku siap ada balance lagi dalam $36 plus duit emergency tak guna langsung. Actually kalau shopping ala kadar boleh je lagi jimat, tapi biasalah bagi gegadis macam aku ni memang pantang dengar murah-murah-murah-murah ni. HAHAHAHAHA

Ohya total $183.20 ni TIDAK termasuk tiket flight ye. Ni cuma cost ground sahaja iaitu lodging, transportation, fees entrance, makan-minum, jalan-jalan dan juga shopping.

Tiket flight kitorang beli last year July 16 before aku terbang pi Korea dulu dengan harga RM168.72 sahaja ye without luggage dan juga insurance. HAHAHA. Semata-mata nak tiket murah aku sabar almost 10months untuk travel. Sobsob.

Okay lepas ni aku tak sure nak kemana lagi, sebab bos aku macam dah tak nak bagi aku cuti je ni. Heh. :/
Tapi aku ada bajet-bajet untuk next year ke Siberia dengan train (Trans-Siberian) tu. Ada sesapa nak join? Meh PM tepi, boleh kite start plan hujung tahun ni untuk travel end of next year. Aku plan nak pergi sana mid-Dec 18 until mid-Jan 19. Amacam osem tak? Kalau osem apa lagi, PM la aku, kita sembang okay.

p.s: malas dah upload gambar, lembab betul nak loading. HAHAHAHA nak tengok gambar boleh ke instagram aku - @itsmesyazana , ni tengoklah kalau rajin aku upload kalau malas bulan depan baru ada hahahaha. Daaa~


Till then,
-xoxo-
S

9 comments:

ASTraveller said...

Salam singgah dan follow :)

Pha Is said...

lama menyepi.. hahaha

NA said...

Hee dah berapa kali datang blog Schaze

-wina1979-

okk said...

nice info....

anamizu said...

hai SZ! masih guna blog ni ke atau dah ada blog lain? sbb sy mcm tak jumpa link blog hehehe

dear anies said...

rindunya SR!🥹🥹 sy pegi sebulan sblm syazana ke sini. trn kt SR blk ikut Phnom Penh

dear anies said...

laa x dpt da tix mcm tu😭😭😭 waaaa bla laa agaknya dpt tix murahhhh

Wak Lat said...

wak singgah dari tahun hadapan 2023 😁😁

anamizu said...

ingatkan ada tukar blog lain yg baru sbb takde latest entry hehehe

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !