Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Tips | Bangkit dari kegagalan / kesedihan dengan cepat







Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.

Assalamualaikum semua
:)


Actually I feel very awkward to write this time. Heh. Yelah selalu ada je benda nak mengarut-ngarut kan. Btw, baru-baru ini ada orang tanya tips kat aku macam mana nak bangkit dari kegagalan / kesedihan dengan cepat. Sebab dia pelik kenapa cepat aku bangun. Actually ramai tak tahu, aku sebenarnya ambil masa juga nak struggle untuk nak berdepan dengan orang. Ye la malu maybe nak berdepan dengan ramai orang.


Tapi bagi aku kalau siapa yang dalam situasi aku tu, aku cadangkan kalau nak bersedih ke apa, take your time, tapi selepas sebulan please WAKE-UP girl! Untuk mula-mula memang sedih, sakit, rasa tertipu blablabla tapi cukup lah untuk sebulan je, lepas tu kau kena move-on. Life must go on kan. Kalau kau nak melutut merayu atau menangis air mata darah sekali pun jangan harap orang tu nak balik kat kau kan. Yup aku pernah buat semua ni tapi tak lah sampai melutut sujud merayu lebih-lebih kan. Please don’t! Jangan nak merendahkan lagi martabat kau.


Tipulah, waktu mula-mula tu aku cakap aku redha la apa lah, aku terima qada qadar la, mulut bolehlah kau kelentong orang tapi dalam hati who knows kan. Siang malam berdoa agar dia balik, tapi what to do, memang mula-mula akan fikir apa dosa aku sampai tuhan nak duga sebegini hebat, mungkin aku pernah sakitkan hati orang dalam tidak sedar ataupun aku pernah lukakan hati parents aku ataupun aku pernah rampas boipreng orang? Tetttt tak pernah la sampai nak rampas-rampas ni. Not my style hahaha.


Frankly to say, almost 1 month juga aku depress. Actually aku break-off awal bulan May hari tu, but aku tak cerita kat sesiapa. Actually jangan buat macam aku. Simpan sensorang sampai jadi macam orang gila. Hari-hari menangis sampai tak lalu makan, nak tidur pun tak boleh. Asal tidur mesti terbangun balik. Asal solat, menangis, asal nak makan menangis sampai nak tidur pun menangis. Bila drive pun boleh menangis, tambah lagi bila kat radio pasang lagu putus cinta ni. pftt. Dah lah sekarang kat radio asyik pasang lagu Judika yang Setengah mati merindu tu, memang confirm lah menagis lagi. haha. Sampai berat aku pun turun giler-giler. Haa. Terjejas juga semua kerja aku. Nasiblah bos aku ni memahami. Kira aku pergi balik kerja pun menangis. Dah macam orang gila. So bagi aku, kalau kau tertekan, better you find someone that you can talk with.


Macam dalam kes aku, Alhamdulillah, family aku memang supportive kaw-kaw, baik ibu abah makcik-pakcik, adik-adik sedara semua beri sokongan. Terharu giler *nangis lagi* sorry aku tak mensi adik aku. Semak! Hahaha. Adik aku ni diam-diam je, tapi aku tahu dia sayang kat aku. :p Dan the best part of it, most of kawan-kawan aku ramai bagi support *sobsob* Ada juga yang tetiba datang bagi support, padahal before ni just biasa-biasa je dengan aku. *touching* So moral nya, jangan kau tanggung seorang diri. Jangan takut untuk hadapi masalah. Kalau kau lari sampai Amarika pun tak guna, because it will still haunt you. So face it.


Please don’t do crazy things! Aku tahu kalau dalam drama ke filem ke kalau dah depressed tu mesti nak ambil pil tidur banyak-banyak la, gantung diri lah, nak kelar tangan lah. Huh nauzubillah-min-zalik. Jangan lah nak bunuh-bunuh diri ni, tak baik. Tak cium bau syurga tau. Actually aku pernahlah beli pil tidur, kan sebab aku tak dapat tidur. Tapi aku tak makan pun. Risau pula kalau belajar makan pil tidur nanti lagi susah nak tidur kan. Kalau siapa makan pil tidur tu, tak payah la gigih nak telan sampai sebotol tu, tu kan memang dah tempah keranda sebijik. Tolong waras boleh? *eceh nasihat orang pandai hihi*


So ni ada sikit tips yang boleh aku share sepanjang aku depressed dulu. Harap-harap kamu semua yang tengah bergelut dengan masalah ini akan kuat menghadapi cabaran hidup. Do not underestimate the power of cute girls. Mihmih :3


1) Sentiasa ingat bahawa setiap ujian itu adalah untuk menjadikan kita lebih baik dari sebelumnya dan juga banyakkan bersabar dan positif.
Seriously, kau kena positif, mesti ada sebab munasabab sebab apa Allah bagi kau ujian dan dugaan ni. Mungkin dulu kau lalai dalam mengerjakan suruhannya kan. So ambil peluang untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya. Frankly to say aku memang kurang sabar, kuat melenting, panas baran, tapi now I tried to change it. Alhamdulillah aku dah kurang sikap pemarah dan lebih banyak sabar. Who cares, kalau ada orang nak cakap buruk pasal korang. Bukan dorang yang bagi korang duit pun kan. Let them be, ignore those people who ignore you. Kalau before ni kau kuat mengamuk atau rebel, please change your attitude. Bukan semua orang dapat peluang untuk diduga macam ni. Ni tandanya Allah tak mahu korang tersasar lagi. Tapi janganlah berubah dari baik ke jahat pula. Ni dah lain pula ceritanya. -_-


2) Sentiasa meminta pertolongan dan bertawakal kepada Allah S.W.T kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Teruskan berdoa dan terus berdoa dengan Allah. Mungkin ada sebab kenapa Allah tak makbulkan doa korang buat masa sekarang, mungkin ada mudarat untuk korang ke kan, takpun korang tak cukup ikhlas ke, who knows? Allah tu maha mengetahui kan. So doa-usaha-tawakkal.


3) Be grown up (matang), muhasabah diri.
Mungkin dulu korang terlalu kebudak-budakan (ye akulah tu) semua kau nak betul je (ye aku lagi), mungkin lepas diduga ni kau kena matang. Tapi matang dalam konteks aku yang simple iaitu matang bila membuat keputusan. Aku tahu aku tak lah perfect, tapi I’m trying. Maybe soal sikap tu boleh pelan-pelan ubah, janganlah kau berubah dengan mendadak pula, macam aku ikut step by step. Yang penting jaga solat kau. Macam aku, aku pun mencuba menjaga solat. Alhamdulillah masih belum tinggal macam dulu. p/s: doakan aku weh! Hahaha


4) Belajar dari kesalahan dan sentiasa memaafkan.
Haaa, so kalau kau rasa, kau ada buat silap dalam perhubungan sebelum ini. Kau belajar dari kesilapan kau. Mungkin before this you didn’t realize about it. So admit your mistake and learn from it. People make mistakes, kita bukan malaikat yang sempurna kan. Yang penting kau kena sedar dan bangun. Janganlah berubah sehari dua lepas tu balik ke perangai lama. Perubahan ini kena berterusan. Lepas tu walaupun kau rasa kau tak salah, kau maafkanlah orang tu. IKHLAS! Aku tahu memang mula-mula susah kita nak maafkan orang yang sudah lukakan ahti kita kan, but macam aku cakap tadi, people make mistakes, so accept it. Forgive them. Kalau rasa susah sangat, after solat kau sedekahkan Al-Fatihah untuk mak kau, untuk diri kau, dengan si dia dan maafkan dia. InsyaAllah perasaan sakit ahti tu akan kurang hari demi hari. Trust me, aku pun buat perkara yang sama! Lepas tu sebelum kau tidur maafkanlah orang-orang yang lukakan ahti kau tu. Dari korang berzikir hafal lirik lagu why not berzikir kan. Boleh juga amalkan zikir Fatimah. Ini kakak senior aku waktu kat kolej yang ajar aku. Thanks kak mimie! I love you ♥


Zikir Fatimah ialah zikir yang Rasulullah saw sendiri ajarkan pada puteri kesayangan baginda.

Diceritakan pada suatu hari Fatimah mengeluh keletihan ketika membuat kerja-kerja rumah. Lalu Fatimah menyampaikan hasratnya yang ingin seorang pembantu kepada ayahnya. Lalu Rasulullah saw berkata kepada puteri baginda ;

Ketahuilah akan aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang engkau minta daripadaku. Apabila engkau hendak tidur, maka bertasbihlah sebanyak 33 kali, bertahmidlah sebanyak 33 kali, dan bertakbirlah 33 kali. maka itu lebih baik daripada seorang pembantu rumah. sumber: google



5) Minta tolong pada orang-orang yang boleh dipercayai.
Bagi aku tak semua kawan kita willing to help, ada yang baik Alhamdulillah, tapi kalau dapat kawan yang tak baik macam mana? Dah nama pun manusia, kita tak boleh nak teka dalam hati dia ada apa. Ntah-ntah disaat kau jatuh macam ni rupanya dia tengah seronok memukul gendang kan. So carilah orang yang benar-benar anda percayai. Macam aku, aku lebih percayakan ahli keluarga, makcik-pakcik dan adik-adik sedara sendiri. Ada juga aku bercerita dekat kawan baik aku, macam aku cakap kawan yang dipercayai. Alhamdulillah kawan aku memang banyak yang boleh dipercayai. Tak putus-putus doa dan kata-kata semangat yang aku terima. *touching* terima kasih kalian yang banyak membantu itewww


6) Kuatkan semangat, kuatkan iman, tabahkan hati
Macam aku dok pompangpompang kat point (1) kau kena positif. Kuatkan semangat, kuatkan iman dan tabahkan ahti. Kalau kau rasa masalah yang kau hadapi ni besar giler, actually ada orang lain lagi teruk masalah dari kau. Actually memang aku pandai je cakap dan nasihat orang, tapi diri sendiri pun huru hara juga. Mihmihmih :3 But like I say before, I’m trying. So ayuhlah kita usaha bersama-sama. Sebab nak melakukan tranformasi ni memang memerlukan pengorbanan *ecececeh hihi*


7) Jangan kedekut untuk manjakan diri korang
Haaa, ni satu aku pantang, dah tahu tengah sedih, go outside! See the new side of world. Wake-up! Cukup sebulan je kau nak berkabung, lepas tu kau chill, cari kawan-kawan baru, keep in touch balik dengan kawan-kawan yang jarang kau contact. Buat aktiviti yang kau rasa kau suka. Jangan kedekut keluarkan duit. Pergi shopping ke, tengok wayang ke. Kalau tengah sengkek macam aku sekarang sebab dah tengah bulan, kau pergi lah cuci-cuci mata tengok orang enseng-enseng ke kahkahkah. Ubah penampilan kau ke kan. Macam aku, dulu aku pergi kerja selekeh giler nak mati, hahaha tshirt-jeans-tshirt-selipar, haa amekkaw sekarang bukan main kau nak melawa. Sampai ibu aku pun pelik. Kuikui. Jangan fikir lepas kau kena dumb takde orang nak kat kau. Wake up bukan dia seorang je lelaki dalam donia ni. Mihmihmih :3. So kau kena positif untuk bertransformasi macam tranformers. Kalau nak melawa tu jangan lah over-over pulak kan, ikut seperti yang ditetapkan oleh syariat Islam *ecehceh* Kihkihkih. p/s: meh follow instagreng aku @itsmesyazana :3


8) Tolong jangan putus asa
Jangan kau rasa after kau ditinggalkan, kau terus lost. Macam aku cakap tadi, dunia belum berakhir kalau kau putus cinta, putus tunang atau bercerai. Semua ini dugaan. Positif kan diri kau. Aku tahu memang susah nak lupakan someone yang kau kenal dah lama kan, but macam aku cakap tadi jangan putus asa. Anggap ini dugaan dan ujian. Cari something untuk sibukkan diri. Pergi vacation ke kan. 


Sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran, berputus asa bukan sifat seorang muslim.

‘Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.’ ~ Surah Yusuf.




So ini sahaja yang mampu aku share apa yang aku buat untuk bangun balik, harap korang faham lah isi-isi aku sampaikan ni. Sama-sama kita berubah ke arah yang lebih positif, pro-aktif dan juga ke arah yang lebih baik. Frankly to say being grown-up susah juga. Mihmihmih :3 



kahkah 
:3
 




Till then,
-xoxo-
S


22 comments:

ajax85 said...

Btl2.jgn mudah berputus asa.yakin ada Allah swt

OKje said...

Nampak tak apa hikmah disebalik semua ini Zana?.... Zana dah boleh bagi tips kat mereka yg memerlukankan... tak gitu? huhu

Unknown said...

jyeahhh dulu kami putus cinta berbulan nak fresh up balik. hebat syaza. yg penting sentiasa pikirin yg positif ya buk ;)

Yasmin Aris said...

Kahkah.
Tersangatlah betul semua tu.


Kite kalau dh rasa down pon mmg akan amek masa sikit utk tenangkan diri,manjakan diri. Lepas tu fikir balek, kenapa jd mcm tu, perlu ke aku rasa macam ni, n so on. klu rase perlu menangis, menangis laa. kengkadang bleh lega kn kite gak ;)

jeBateja said...

Uhukz...uhukz...apa pun mmg kita perlukan seseorang utk meredakan kesedihan...selepas ni...mungkin org lain plak memerlukan kita....hidup mmg sering melengkapi....ahakz

Aimacomel said...

Bila kita diuji bermakna kita org terpilih.. kita terpilih sebab dia tahu kita mampu mengharunginya.. just keep on moving. tanda arasnya bukan berapa kali kita jatuh tapi seberapa pantas kita bangkit dari kejatuhan tu.. okey,

QasehnyaRania said...

thanks zana.
boleh membantu bg yg memerlukannya

Tie HT said...

zikir fatimah tu memang bagus diamalkan,
akak pasti yang memikul lebih berat dugaannya dari yang melihat, namun insha Allah kekuatan orang terdekat yg memberi bahu untuk bersandar mungkin boleh memberi inspirasi baru

Tie HT said...

akak klik digi utk syahzana :)

fadh leyanie said...

ada lagi satu tips, makan banyak2..hihi :D betullah life must go on, yg dah blalu biarkan blalu..pndang hadapan.

NA said...

Betul tu masa yang akan mengubat kelukaan kita.
Bagus Schaze kongsi pengalaman untuk hilangkan rasa sedih pada blog.
Sama-sama kita doa semoga dipertemukan orang yang dapat mengubati luka kita dan terbaik untuk kita :)

-wina1979-

NA said...

Sebulan tu bagi Kak Wina cepat juga bangkitnya. Selalu untuk Kak Wina ambil masa lebih daripada itu.
Semoga Schaze ditemukan orang yang lebih baik.

-wina1979-

nuyui a.k.a miss YUI said...

bgus cara zana.. sgt kagum =)

smpai bila kt nak bersedihkan kerana kt sndiri juga kena bgun utk masa depan kt.

NzA said...

salam kenal....
Setiap ujian menjadikan kita lebih tabah....

kurus said...

u have to be strong hhuhu

Imran nyambek said...

PM gua kalau sedeh.setel masalah.haha

hazwan hairy said...

nice sharing ! skrg ni nk senyum ja..ekekeke...mohon bertabah klo ada mslh apa2 ke..

cha said...

haih still susah nak pecaya sume ni jadi sian u. sbar banyak banyak. jangan fikir sangat tau. ada org yg lebih sayangkan u ada family dan kawan-kawan yg support :')

Maria Firdz said...

Ujian mmg x lari dr kehidupan manusia.. Ujia. Tnda Allah syg.. semat yg tu dlm2... Insha Allah ada kekuatan... Pengalaman sendiri difitnah dr zmn anak dara smpai dh ank sorg ni..xleh nk kata pe... So..terima je.. Krna itu ujian Allah... Ujian utk jadikn kita lagi kuat...

Sarah Mohd Saleh said...

i salute with u girl! way to go! takpe pasti ade hukmah disbaliknya.bdoa dan redha ;)) itu je yang i mampu katakan pada u ;)

Syamimi Saad said...

actually kta pernah rasa perit mcm ni. bukan putus tunang.Ya Allah, minta dijauhkanlah. cuma ptus cnta je.hehe..tp kes konflik skit. semua kat atas tu betul. bila bersedih, mmng kita akn nangis puas2. tp tak perlu lama2. orng tu seronok2 dgn orng lain, kita pula mcm nak meroyan.no!. buang masa kta je. alhmdulillah, start dari apa yang kita pernah lalui, bnyak pengajarannya. dan lebih penting, ia mematangkan diri kita.

FuadMohamad said...

thanks for sharing ur experience.. just move on that what we all need to do after break off.. good job girl..

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !