Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

General Election 2013 | Me first time voting



Previous Entry: Review Movie | Iron Man3





Latest Update (06 May 2013):

Alhamdulillah BN menang di Perak, 
memang menang tipis sebab undi lebih banyak untuk DAP :(
But what to do, anggaplah semua ni sebagai pengajaran 
buat BN untuk lebih bekerja keras.
Nampaknya undi aku sangat berbaloi. 
Berbaloi beratur lama-lama :)

Tahniah Dato’ Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, 
you deserve it at Parlimen Tambun
Agaknya kalau saya jemput Dato' ke majlis kahwin saya nanti 
Dato' boleh datang ke? hahaha #tetiba 
Untuk DUN Manjoi, Mohamad Ziad Bin Dato’ Hj Mohamed Zainal Abidin
Harap anda dapat membantu memperkukuhkan lagi kawasan ini. 
Untuk Dato' Zambry Abd Kadir, tahniah untuk anda
Saya percaya dengan kepimpinan anda
Jangan sia-siakan kepercayaan dan amanah rakyat yang mengundi semua calon 
:)

p/s: semalam bila lihat Dato Seri Najib berucap, aku rasa sebak sangat
Setelah apa yang dia buat kurang membuahkan hasil
Semoga selepas ini Dato Seri lebih tegas, dan jangan bagi muka sangat dekat petualang negara.
Kbai

p/s: sila scroll sampai bawah untuk entry ini :D



 Hey guys! Please vote for me and us! 
Kahkahkah#SaveTheDate #STD #GeneralElection13 #GE13



Hi chuols!
Selamat pergi mengundi
Yang pasti buatlah pilihan yang bijak
Terpulang pada anda
Nak hijau ke
Nak biru ke
Nak merah ke
Nak pink ke
Suka hati lah
Janji jangan gaduh-gaduh antara satu sama lain



 
Pak Abu menuai padi, Marilah kita keluar mengundi :) 
#Excited #firsttime #voting #generalelection13 #GE13 proud to be malaysian :)



Aku kena mengundi dekat Kg. Dato. Ahmad Said, Ipoh
Ibu dengan Abah kena mengundi dekat Taman Jati, Ipoh
Maybe sebab abah dengan ibu belum tukar tempat mengundi tu
Tapi takde hal lah semua tu
Abah hantar aku dulu
Waktu turun kereta tu aku macam jakun juga haha
Yela, ramai sangat orang
Rasa nervous sangat. hikhik

 
Tadi nak mengundi tu tetiba rasa nervous
Sampai menggigil haha
Al-maklumlah kali pertama mengundi katanya
Nak pangkah calon pun terketar-ketar
HAHAHA
Kena tengok calon tu betul-betul
Takut nanti tersilap pangkah
Kan tak pasal orang lain dapat undi aku


Yeahh! Saya sudah, anda bagaimana? ;) 
Main guli dengan si Ajak, Undilah dengak bijak. :) 
#GeneralElection13 #GE13 #firsttime #voting
 


Just yang paling annoying tu bila ada unsur-unsur provokasi
Btw, bagi aku dua-dua sama je
Saja nak cabar-mencabar
Kau kata aku, aku kata kat kau
Macam budak-budak
contohnya
Kanak-kanak 1: Aku punya kotak pensel ni mahal!
Kanak-kanak 2: Eh, aku punya lagi mahal beli kat billion!

 
See, nampak tak?
Samalah dengan penyokong parti politik sekarang ni
Masing-masing nak tunjuk paling hebat
Aku tengok orang atasan rilex je pun
Orang bawahan je yang kalut lebih


Btw, kecoh kat facebook pasal dakwat kekal yang tidak berapa nak kekal tu
Ramai yang cakap sekali basuh hilang lah apa lah
Kalau tanya aku?
Masih ada lagi dakwat tu
Nak kata masih ada 100% tu tak juga
Dekat kuku dah macam pudar
Tapi yang kat kulit ada lagi
Ntah, tak tahu nak cakap macam mana tentang isu ni




ketika saat ni macam ni la warna dakwat tu. (pukul 4.30 pm)
masa ni aku siap basuh pinggan, mandi, cuci tangan lepas makan nasik
warna dia macam ni je
:)



 
Lagi satu isu pengundi hantu tu, haish
Walaupun kat tempat aku walaupun banyak kilang dan pekerja bangla / indon
Tapi tadi tak nampak pula kelibat mereka. hewhew
Tapi yang paling kesian bagi mereka yang ada berdarah campuran la kan
Tak pasal kena cop orang bangla
Aku ni nasib baik je lah muka pure melayu
Kalau ikut rupa arwah tok aku confirm ramai dok pakat share aku ni pengundi hantu kahkah
p/s: belah mak aku mix sikit dengan siam, indonesia dan mamak, belah abah aku pure indonesia minang. haish
tengok kan dah tak pasal dah terbagi tahu semua. hahaha

 
Kesian kat orang-orang yang berdarah campuran ni
Kita kat Malaysia ni banyak sangat bangsa
Ada yang mix dengan cina, india, punjabi, pakistan, arab
Pendek kata bila dah campur-campur ni confirm lah
wajahnya tidak 100% macam melayu kan

 
So, apa-apa pun banyak sangat orang sana sini hentam menghentam
provok sana sini
Nak keluar mengundi pun rasa takut
Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar
Baik pihak hijau, baik pihak biru
semua berkempen dengan baik kat tempat aku
Jadi benda kecil tak payahlah nak besar-besarkan
contoh macam kat FB
si polan pro hijau: eh menyampahlah org biru berkempen suruh vote mereka $%#
si polan pro biru: eh ntah pape lah puak bulan ni nak paksa-paksa pula

 
see benda-benda kecil ni annoying kan? haha
tak payahlah nak perli sana sini pheww
lepas tu siap boleh up status
kalau tak suka dengan ideologi politik sila unfriend
oh mai mai mai
benda remeh je pun
kenapa lah nak besar-besarkan nya ye dok?


bak kata zack zukhairi pada hari jumaat hari tu
"guwa biru. cik makwe hijau. walaupun berbeza warna, tapi kitorang hormat dan paham satu sama lain. nak bising-bising gaduh buat apa? lepas 5 mei ni semua pun idup macam biasa. lepak kedai sama. pekene teh pun sesama. kau isap rokok, asap dia aku bau. aku pakai perfume, wangi aku pun kau tumpang sama. benda basic." - zack zukhairi


so walau apa sekalipun ideologi politik anda itu
sudah-sudahlah nak cari gaduh
sampai nak buang sedara-mara haish
jangan nak sempitkan pemikiran tu
tak bermakna tak sokong hijau kita tolak ulama
dan tak bermakna tak sokong biru kita tolak arus permodenan kan
so chill ok


well, saat entry ni ditulis
jam dah pukul 4 lebih
maknanya kurang dari satu jam peti undi akan ditutup
bagi yang menang kena pastikan anda melakukan kerja
sebab rakyat dah bagi mandat untuk anda
jangan pandai janji pumpangpumpang je
tapi kerja apa pun tak buat
semoga YB-YB yang terpilih nanti
jujur dan amanah serta bertanggungjawab


ingat YB tu bukan nak yang berhormat sangat
TAPI
Yang Bekerja!
Kalau kalah tu tak bermakna anda tak boleh berbakti
Sebab nak membantu rakyat ni tak semestinya kena ada pangkat!
Kbai


p/s: gambar semua dari instagram aku
follow @itsmesyazana
:)



Till then
-xoxo-

S

16 comments:

Jie said...

jie tengok dekat kawan2, diaorang basuh dengan sabun, pastu tanggal je dakwat tu..

cha said...

dua dua sama je kan. tp yg silent voters dari cool jadi hangin bila orang provoke haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

sudah juga..hihi..

p/s: yui org sg siput tp keje kat station 18 =)

Hazmin said...

tahniah BN

J.Syazwana said...

rasa nak duduk korea je. hahahahah!

alhamdulillah parlimen kota tinggi pon BN pegang. Tapi paling bengang Gelang Patah la. Haihh dah tak tau dah nak cakap camne lagi. Rakyat Malaysia ni kalau dah fanatik kite bagi lah fakta banyak mane pon dorang tetap cari salah jugak. Kan?

Sedih. Tapi tu lah hakikatnya.

Pasal dakwat tak kekal. Kalau ko boleh cuci habes ko pergi lah undi banyak2. Biar PR menang. Kalah jugak. Kecoh ahhh.hahaha

ezy.fia said...

taon dpn baru nk dftr ngundi sbb kite bru ckop umo taon ni..
bhahaha

Sarah Mohd Saleh said...

sggup i tggu resultrasmi keluar, tp seriusly najib mmg agak keciweee, frustrated kot, dgn pegundi2 cina ni. grrrr. namun apekan daya die mmg kene btegas jd mcm tun M. i begitu salute zmn tun M memerintah, takde kaco bilau cemni. tp len pm len caranye ye dakk.mihmih

fadh leyanie said...

jgn la kerana politik bangsa kita berpecah belah, ayuh melayu bangkit bersatu, buka minda, hiduplah dlm harmoni.eceh..:P

OKje said...

Tahniah keran menjadi warganegara perihatin.... dulu masa Okje baye baye Zana...mmg tak mengundi hehe terukkan

Jajas said...

bagus...anda salah seorg rakyat malaysia yg bertangungjawab

kurus said...

apa2 pun semua dah selamat kan ..
semua ada pandangan masing2 ..
kena hormat sesama kita ..
jgn kerana undi itu dan ini kita bertelagah .. sil;aturrahim kena kuat !

Cho Zila said...

Tahniah kerana ada kesedaran untuk mengundi.. akak dulu masa tepat umur 21 perkara pertama dibuat daftar mengundi.. semangat gilerkan..
memang frust sebab tak sudah2 lagi.. dah habispun pilihanraya masih lagi berbunyi.... letih nak jawabkan.. moga BN akan berkerja lebih kuat dan tunjukkan yang kemenangan ini adalah amanah yang mesti ditunaikan... ambil iktibar dan mana yang kurang diperbaiki... moga Malaysia akan aman selamanya...

fazrulnoor said...

buat sesuatu dengan undi kita...

Syamimi Saad said...

kita juga penyokong parti biru.. dato husni.. syukur dia menang.. 2-2 yng disokong menang.. yeaay.. =)

Unknown said...

tgu zuan jadi wakil plak t :P

hazwan hairy said...

tudia entry pnjg berjela ..haha..mcm mna leh taip pnjg cmni?hahaha....Thaniah tuk wrga perak dh bertukar krjaan kan..alhmdulillah ;-)

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !