Previous
Entry: Al Quran Digital Read Pen | Mana nak cari
2
Kalimah ialah satu cerita yang berbeza dari cerita Islamik yang biasa kita
lihat. Kalau korang tengok 7 Petala Cinta, Syurga Cinta ataupun Ayat-ayat Cinta
(Indonesia), 2 Kalimah ini memang lain. Jadi jangan fikir ada persoalan
cinta bersegi-segi antara Nora-Sam-Yana, sebabnya filem ni lebih fokuskan terhadap
pembalasan Allah terhadap tindakan manusia yang berpaling pada-Nya.
Filem
ini agak berat berbanding filem-filem Islamik yang lain yang isinya lebih
kepada cinta. 2 Kalimah ada juga isi cinta, tapi ia lebih fokus tentang setiap
perbuatan kita di dunia ini pasti akan dibalas secara cash oleh Allah di dunia.
Allah dah bagi ‘hint’ dekat watak utama supaya bertaubat, tapi watak utama
(Aiman) mengambil tidak kisah / peduli.
Cerita
ini mulanya memaparkan Aiman (Shaheizy Sam) berada di Australia bersama Salina
(Nora Danish) yang ingin pulang ke kampung Aiman. Aiman telah berjanji sesuatu
kepada Salina dan beliau berjanji akan mengotakan janji itu.
Bapa
Aiman seorang ketua kampung dan ustaz berasa gembira dengan kepulangan anaknya,
namun rupanya Aiman menyimpan sebuah rahsia dari ayahnya. Adik Aiman iaitu Ada,
lantas bertemu Ustazah Umairah (Yana Samsuddin) untuk mengkhabarkan berita gembira
itu. Mulanya Umairah gembira namun dia tersentap bila dapat tahu Aiman telah
pun berkahwin.
Seterusnya
apabila tiba di airport, Salina berasa tidak tenang. Ketika didalam perjalanan
pulang ke kampung mereka menaiki teksi. Namun mereka kemalangan dan telah diselamatkan oleh seorang
pakcik. Pemandu teksi itu meninggal dan Aiman turut membantu memandikan jenazah
si mati. Ketika ini mayat pemandu teksi itu telah berubah (make-up memang ngeri
dan real!) kerana ketika hayatnya beliau mengamalkan ilmu hitam.
Sepanjang
perjalanan Aiman dan Salina mereka telah bertemu dan berhadapan dengan 3
kematian iaitu kematian seorang pengamal ilmu hitam, kematian seorang anak yang
derhaka kepada ibunya dan kematian seorang pelacur. Ia umpama sindiran /
perlian kepada watak utamanya supaya cepat-cepat bertaubat namun watak utama
tidak ambil peduli.
Kalau
korang pernah tengok drama Tanah Kubur atau Hidayah (Indonesia), filem ini lebih kurang sahaja intipatinya tentang pembalasan Allah terhadap manusia yang kufur cuma yang
membezakannya filem ini mengabungkan 3 kisah kematian dalam satu cerita untuk beri kesedaran pada watak utama.
Salina
ingin berubah namun Aiman tidak mempedulikannya. Di kemuncak cerita rupanya
Aiman masih menaruh hati pada Umairah dan cuba membuat perkara yang tidak elok
padanya. Namun kuasa Allah lebih dari segalanya. Allah memelihara kesucian
Umairah dan Aiman telah kena strok secara tiba-tiba.
Ketika
itu segalanya terungkai, Salina telah berterus terang dengan ayah Aiman bahawa
mereka bukan suami isteri yang sah. Aku ingat endingnya Aiman akan mati dan
mayatnya akan berulat serta tidak diterima Allah, namun pengarah ingin
mengekalkan kepada Happy Ending, iaitu Aiman dan Salina sempat bertaubat dan
berkahwin.
Aku
agak terkilan mengenai watak Umairah yang tidak berkembang sangat. Sebab aku
nak tahu juga apa jadi pada Umairah setelah mengajar Salina mengaji dan
bersolat. -_-
Filem
ni ada juga part dan garapan yang kurang logik tapi bagi aku boleh diletak tepi
sekejap sebab isi filem ini lebih penting. Kesimpulannya filem ini sarat dengan pengajaran tentang kehidupan kita
iaitu;
1. Jangan amalkan ilmu hitam
2. Jangan derhaka dengan ibu
(orang tua)
3. Jangan mengamalkan cara hidup
yang bebas
Tahniah
buat pengarah kerana berjaya memaparkan satu sisi filem Islamik yang berbeza. Lakonan Sam, Nora dan Yana juga bagus. Extra
credit diberikan untuk jurusolek mayat itu sebab sangat-sangat REAL dan NGERI. Kiranya memang menjadi solekan itu dan tak nampak tipu.
Terima
kasih juga pihak MIG kerana sudi menjemput saya atas tiket blogger ke
Pra-Tonton ini di Sunway Carnival Seberang Jaya :) Next time kalau ada tayangan filem terbaru jemputlah saya lagi hiks :p
p/s:
Filem ini akan ditayangkan pada 4 April 2013.
Rate:
4/5
Till then,
-xoxo-
S
8 comments:
lama tak datang sini. sihat? :)
tak sabar nak tengok :)
ok ini filem mmg nk sgt g tgk...mcm best ja iklan..haha
uikkk...hebat....leh jadi tukang review filem jugak hang ni.....
hurmmmmmmm
wajib tonton !
Bagus cerita jenis Tanah Kubur ada dalam bentuk filem. Jadi pedoman.
-wina1979-
kalau dah review begitu boleh laaa tgkk;)
Seronok baca review ni..:) tak berat sebelah.. rata-rata baca review lain semua duk puji sahaja...:)
review ni buatkan saya terasa nak tengok movie ni..:)
Post a Comment