Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Instax Mini 7s


Previous Entry :  The Dress

hi uols!
dah lunch ka?
:)

Kalau dulu budak-budak boleh bajet -- poyo
bila usung deselar (DSLR) kan
#termasuk aku la haha tapi deselar pinjam kat amin punya :p
so sekarang TREND usung kamegha comel
iaitu Instax by Fujifilm / Polaroid
aku pun rasa diri sendiri comel tetiba. bwahaha #IniSemuaPoyo

Korang tahu tak apa itu instax dan polaroid?
Ala, kalau dalam cerita korea / jepun selalu awek-awek ni suka dok usung kamegha ni
Ala, yang waktu tangkap gambaq kuluaq gambaq terus tu.hihi


Sekarang ni pemes dengan dua benda alah ni
Jadi fenomena pulak.
Ke aku yang lambat tahu ni? bwahaha
Actually aku dah usha benda ni last year lagi,
bajet nak beli tapi bila fikir balik takde penting lagi benda ni
So kuburkan dulu cita-cita nak memliki kamegha ni

Instax adalah jenama kamera segera filem dan masih dipasarkan oleh FUJIFILM sejak akhir 1990-an. Terdapat dua format filem dan kamera Instax -

·         Wide format yang memberikan imej kira-kira 60mm x 99mm
·         Mini format iaitu imej 62mm x 46mm.
Ianya merupakan kamera yang mampu memberikan gambar yang siap dicetak serta merta. Gambar ini bukan dihasilkan menggunakan proses cetakan sebagaimana proses mencetak gambar biasa. Ianya menggunakan proses tindak balas kimia untuk menghasilkan gambar. Tindak balas ini berlaku di atas filem khas. Sebab itu ia dinamakan instax camera kerana camera tersebut secara "instant" pengeluaran gambarnya. Sumber - Google 

Sebenarnya ramai juga yang konpius termasuklah aku
tapi aku -- dulu je la. hihi 
instax = polaroid
rupanya ia sama tapi berbeza


Sebenarnya Polaroid dan juga Instax merupakan JENAMA kamera segera dan menggunakan instant film / filem segera. Kamera Instax mempunyai pelbagai jenis iaitu Instax Mini 7s, 25s, 50s (gambar bersaiz 1 keping kad kredit) dan juga Instax 210 ( Saiz gambar 2 keping kad kredit ). Kamera Instax dan Polaroid menggunakan kuasa bateri alkali.
Kamera Instax dihasilkan oleh syarikat gergasi Fujifilm dan mempunyai pelbagai jenis iaitu Instax Mini 7s, 25s dan 50s berbeza dari segi fungsi iaitu 7s hanya mempunyai fungsi asas seperti flash, 25s pula mempunyai fungsi tambahan seperti 2 butang shutter untuk gambar potrait dan landscape, cermin untuk mengambil gambar sendiri dan juga close-up lens. Untuk Instax Mini 50s, selain dari fungsi yang dinyatakan sebelum ini ia turut mempunyai fungsi self-timer dan juga exposure control. Manakala Instax 210 ia mempunya fungsi seperti exposure control, self shoot mirror,  close-up lens dan gambar yang dihasilkan juga lebih besar.
Kamera Polaroid merupakan kamera instant terawal yang dihasilkan oleh syarikat Polaroid Corporation dan mempunyai lebih dari 100 jenis kamera. Selepas diisytiharkan bangkrap pada tahun 2001, mereka berhenti menjual kamera Polaroid pada tahun 2007 dan filem Polaroid pada tahun 2009. Tetapi sejak Mac 2012, kamera Polaroid vintaj sekali lagi telah menjadi popular dan boleh didapati di pasaran, kerana ia telah dibangunkan kembali oleh kumpulan yang diberi nama The Impossible Project yang diketuai oleh Dr. Florian Kaps dan mereka membangunkan Polaroid di bekas kilang pengeluaran kamera Polaroid di Enschede, Belanda. Sumber - wanista.com

So, Polaroid tu Jenama / Brand
Get it?
Next time, 
kalau pakai instax dari Fujifilm 
jangan dok cakap tu Polaraid okei.

Perghhh panjang betul explanation. haha
Conclusionnya aku nak bagi tau 
Aku dah ade seketoi 
hahaha
Semalam (6/Feb/13) aku bayar
harini dah dapat
bagus betul service incik Kenny ni

Actually kamegha agak mahal juga
Bagi aku RM 400 - RM 500 tu kategori mahal la jugak. 
Jenuh gak aku survey benda ni
haha

Eh lupa pulak nak bagi tau beli kat mana


Kalau nak feedback cepat PM terus owner dia
Kenny dekat FB Instax Pelangi

Tapi frankly to say
Dorang reply memang cepat giler
Memang best :)
Btw, aku ambik yang pakej promo Valentine tu

Apa yang aku dapat dengan RM300
1) Kamegha (of course la kena ada kan. bwahaha)
2) Pouch 
3) 3 box cartoon film
4) 4bijik baterry 


cool kan? haha
So inilah hadiah beli untuk diri sendiri.
haha

p/s: untuk hantaran actually -- beli siap-siap bwahaha
abislah rahsia hantaran aku, orang dah tau. hikhik
Hade haku kesah? haha

p/s: ingat nak try amek gambaq dulu, tapi sayang nak guna. haha
tak sabar nak tunggu september. lalalala

*Notes - This is NOT a paid post. Written because I am a HAPPY customer. :)

till then
-xoxo-
S

13 comments:

NA said...

Sekarang hantaran canggih-canggih. Tak kisah tunjuk hantaran, boleh cuci mata tengok. Hehe best kalau kita puas hati barang yang kita beli on9.

-wina1979-

J.Syazwana said...

alah nak tengok hasil gambar. lambat lagi la ni boleh tengok? seketol pon tak boleh? hehehe

Syazana Zainn said...

@NA
kak wina, ni pun beli sbb dah teringin sangat. haha


@wana
tak boleh, tunggu iteww kaweng dulu.bwahaha

cha said...

haha betul tu dulu zaman bebudak bawak dslr skrg sume instax haha :p

Unknown said...

oh..gleme ke skang..hari tu nak beli coz nak amek gambar time kawen.. tapi x sempat nak beli... sebab macam fun aje guna benda alah ni

kurus said...

zaman akak hantaran masih cara lama .. bagi makanan @ buah2an ;)

Unknown said...

september ke? lamanya ...pi sorok camera tu dulu takut tak tahan nk guna ;p

jeBateja said...

Wahhh...baguih tul info hang ni....baru den taw hah....ahakz....ahakz...

fadh leyanie said...

zaman moden..hantaran pn moden..feh ! :D

Jajas said...

benda ni blh klua gmbr tros kn...tp bntok kelakar cikit...hehe

Hazmin said...

Pergh...canggih hantaran sekarang ni.... Meriah betul..

Pha Is said...

trend... nanti x tau la nk usung apa plak.. hehehe

Unknown said...

hai..nk tnya sket..kamera ni gune memory card x?lepas tu setiap gamba yg d snap mesti klua trus ke??ke boleh save??

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !