Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Anggota Bomba Terbakar

Previous Entry: Superwoman

Assalamualaikum uols 
Tadi pagi aku baca paper
Terkejut aku baca pasal ahli bomba yang terbakar tu
Serious menakutkan


ikhsan berita harian



Kena api sikit kat tangan pun kita dah terjerit-jeit ni kan pula sampai satu badan terbakar
-,-
I can't imagine that
I just hoping that anggota bomba berkenaan kuat semangat 
Terima kasih sebab menyelamatkan mangsa
Sememangnya anggota bomba pun banyak berjasa dalam masyarakat kita
Kerja mereka memang berbahaya

till then
-xoxo-
S


sumber : Berita Harian

11 cedera, 5 parah termasuk seorang wanita apabila tangki minyak meletup ketika padam kebakaran

Kota Bharu: Lima anggota bomba, termasuk seorang wanita cedera parah apabila tangki minyak pelincir meletup ketika mereka memadam kebakaran di sebuah kilang tayar di Pengkalan Chepa, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian di kawasan perindustrian Padang Tembak itu, lima yang lain cedera apabila letusan api menjulang setinggi 30 meter dari tangki ketika operasi bomba hampir tamat hingga menyebabkan mereka cedera disambar api. 

Melecur anggota badan

Ketika kejadian, suasana agak cemas apabilabeberapa anggota bomba terbakar walaupun memakai pakaian khas kalis kebakaran. 



Tujuh anggota dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala tiga lagi ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana melecur di bahagian belakang, tangan, leher dan muka.

Mereka yang parah ialah Penolong Ketua Balai Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan I Abdullah Din Mohamed, 55: Pegawai Bomba Kanan II, Nazah Nafi, 43; dan Abd Razak Abdullah, 41, yang menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.

Zulkifli Mahmud, 40, dan Pegawai Bomba Kanan II, Wan Asri Wan Yaacob, 52, masing-masing dirawat di HRPZ II.
Anggota yang cedera ialah, Mohd Zakee Daud, 35; Rohazanizam Osman, 31; Mohd Fathir Mohd Jusoh, 39; Mohd Shaiful Fitri Ali, 32; dan seorang Penolong Penguasa Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusmar Mat Yusof, 33.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman, berkata kejadian itu di luar jangkaan kerana dalam kebakaran bermula jam 8 pagi itu, api sudah dikawal selepas setengah jam, namun suasana bertukar cemas selepas minyak memancut keluar dari tangki menyebabkan letusan api besar.

“Ia tidak dijangka kerana kebakaran berjaya dikawal sebelum tangki minyak meletup. Ini kejadian pertama membabitkan pegawai dan anggota yang parah ketika operasi memadam kebakaran,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.11 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan lima jentera dan 39 anggota.



12 comments:

Izwa Kamaruddin said...

Allah!semoga mereka selamat!

hazwan hairy said...

dasyt! xtgk lagi paper...haha

dhiashahida said...

kan...:( sedih je baca citer ni....bersabung nyawa nk selamatkan org..diri sendiri pun teruk cedera...ida kena besi ketuhar pun dah melompat2 kesakitan..ini kan pulak macam ni..

kurus said...

aduhh takutnyaa
semoga mereka selamatt lah haii huh

kurus said...

aduhh takutnyaa
semoga mereka selamatt lah haii huh

Jie said...

Tapi baju tu tebal kan, huhuhu, tanggungjawab besar tu :)

ewanthology said...

Malang tak berbau

YouSOF said...

Malang tak berbau, sebab tu kita kena berwaspada selalu..

Simpati cdekat mangsa dan keluarga.. Tapi rasanya ahli bomba yang terbakar kuat semangat dan tabah, sebab tu dia bertugas sebagai ahli bomba dan penyelamat. ;)

logorithm said...

Caught off guard. Simpati kepada mereka yang tercedera.

Dulu masa sekolah pernah jugak bercita-cita nak jadik Ahli Bomba tapi terjadik arkitek. :-p

Abu Bagi said...

wooooo sebab minyak memncut keluar..terus terbakar badan diorng.. kasihan kan, tu la kemalangn boleh berlaku di mana mana..

Jajas said...

bahaya bermain dgn api...

Anonymous said...

tugas diorang muliaa.
sanggup bahayakan diri untuk selamatkan orangg.
:')

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !