Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Review : 3 Buah Novel

Previous Entry : Quicky Update

Hye semua

Uish, dah hampir seminggu aku biarkan belog ni dah bersawang..haha

Siap ada anai-anai gitu.

Ekceli aku ada banyak benda nak cerita

Tapi in the end, aku malas nak post. Haha

Oke-oke malas nak merepek banyak-banyak

Sepanjang tiga (3) hari ni aku dah berjaya mengkhatamkan tiga (3) buah novel.haha

So aku nak review sikit mengenai novel-novel yang aku dah baca.

Nanti kauorang boleh la beli dan baca kan di waktu bosan dari tak berbuat apa-apa lebih baik membaca :)

=================================

1st  

Tajuk : Akan Ku Tunggu

Penulis : Sania Yasmin

Terbitan : Alaf 21 @ grupbuku karangkraf

Harga : RM 19.90 (kalau ada kad ahli kedai buku popular boleh dapat diskaun 10%.)
Sinopsis :
Ayu Rihana terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikannya. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Pendapat aku : Bagi aku semua novel melayu sama je, mesti hero tu kaya @ miskin dan begitu juga sebaliknya bagi heroin. Lepas tu kahwin, tapi macam tak kahwin..haha Btw, novel ni boleh dikatakan baik jugalah. Tak berapa nak suspen, lepas tu senang nak jangka whats going next. Hihi 

Cerita ni juga menekankan isu suami yang agak pelik perangainya, beliau sangat sayangkan isterinya, tapi in the same time dia ada hubungan terlarang dengan ex-girlfren dia. kat sini, dah berjaya menimbulkan tanda tanya why he behave like that. So di hujung-hujung cerita baru dapat tahu rupanya ex-girl si suami ni rupanya dah ugut si suami. Kat dalam novel ni juga menceritakan kehidupan sosial masyarakat zaman sekarang ni dah makin songsang. 


.....................................
Hello stalker! Nak baca full review boleh baca terus di my 2nd blog Block of Woods
Happy reading guys :)
================================= 

2nd

 
Tajuk : Dan Hati Pun Berkata

Penulis : Nurriez

Terbitan : KaryaSeni

Harga : RM 18.00 (kalau ada kad ahli kedai buku popular boleh dapat diskaun 10%.hihi)

Sinopsis : Adirra – Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan kedegilannya mula cair.

Pendapat aku : Bagi aku novel ni jalan ceritanya agak comel-comel sikit. Tentang seorang budak yang rasa kasih sayang ayahnya akan hilang kalau ayah dia kahwin dengan orang lain. Dia memberontak apabila ayahnya jadi kahwin. So bermulalah episod duka. Sebenarnya mak tiri dia baik, tapi sebab hatinya keras dan degil dia mula buat macam-macam perangai sehinggalah dia melarikan diri dari rumah. Lepas tu macam biasalah, mesti jumpa seorang lelaki @ hero.. walaupun mereka berdua usia jauh berbeza, tapi disebabkan sikap lelaki tu sangat mengambil berat akhirnya hatinya pun cair..

Dalam cerita ni ada banyak konflik juga, iaitu kakak tiri (anak mak tiri Adirra) ni memang pendengki dan agak psiko. Dia sanggup buat macam-macam untuk menyalahkan si Adirra ni.

.....................................
Hello stalker! Nak baca full review boleh baca terus di my 2nd blog Block of Woods
Happy reading guys :) 

================================= 

3rd

 
Tajuk : Cinta Akan Indah

Penulis : Rini Syanira

Terbitan : Alaf 21 @ grupbuku karangkraf

Harga : RM 19.90 (kalau ada kad ahli kedai buku popular boleh dapat diskaun 10%.hihi)

Sinopsis : Anis bukan Lina. Mereka Cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina.

Pendapat aku : Bagi aku novel ni agak berat sikit sebab terlalu banyak sangat watak dan aku agak pening nak memahami jalan cerita ni. Aku terpaksa mengulang 2 kali intro untuk memahami jalan cerita ni. Cerita ni agak bosan di pertengahan sebab terlalu banyak konflik dalaman watak utama ni. Dan aku bertambah sakit hati dengan watak utama ni sebab dia terlalu selfish dan membuatkan si hero tu tak abis-abis merayu nak kan dia. Watak hero pun aku tak berapa suka, sebabnya terlalu suka membuat keputusan tanpa berbincang dan suka berlagak macam diktator.

.....................................
Hello stalker! Nak baca full review boleh baca terus di my 2nd blog Block of Woods
Happy reading guys :) 
 
================================= 

p/s: bacalah buku, kerana membaca itu jambatan ilmu..xP





 notakakidantangan: nanti kelik "LIKE" FB page aku oke :)


-xoxo-
S

25 comments:

syafiqa said...

xsangka kau minat novel :)
wewittt

Daddylicious said...

rajin betul baca novel ni yer....

jeBateja said...

ahakz...cuma den terfikir...dlm sibuk keja hang leh baca 3 buku sekali erk....sure keja hang senang bangat....ahakz

Syazana Zainn said...

@ syafiqakarim
minat tu bolehla..haha
untuk hilangkan boring2 :D


@ bigdaddyz
boring sangat sebab tu baca novel.haha


@ jebateja
keje aku mcm biasa je.
malas nak layan orang2 sekeliling baik aku membaca..kehkeh

Unknown said...

gua dah lame tak bace novel , sobsob

NA said...

Schaze peminat novel alaf 21 eh? Hehe terima kongsi sinopsis cerita.

-wina1979-

qaseh johanna said...

klu akak yg beli novel...jrg sgt tgk sinopsis...lbh pndg pd cover buku yg comel2..boleh cmtu..?hehe

mr.syazwan said...

wow! suka baca novel ye

nice

mesti feeling2 ye baca tu

hehe

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

wah.. hantu novl rupeny ko ne ek... mmang terbaeekkk lah :)

halila Ibrahim said...

Dulu sebelum kawen n ada anak2 .. kak suka bc novel .. tapi sekarang ni dah ada anak2 mmg x sempat la.. kadang2 je kak bc ennovel @ penulisan .com..

Prince Halilintar said...

minat betul eh bace novel...prince suke bace majalah pasal kenderaan dan komputer je..hihi

M Fizan said...

boleh tak nak pinjam ? hehe.. saya pun selalu baca novel :)

Syazana Zainn said...

@ fara e's
nape tak baca?hihi
takpe, baca buku sekolah lg bagus..lalala


@ NA
semua novel schaze baca.
tak kisah terbitan mana.
janji menarik :D


@ qaseh johanna
ekceli kaver novel tu pon penting gak..hihi


@ mr. syazwan
ekeke. feeling tu sikit2 je..agaga


@ taufiq arifin
mebi kot hantu novel..haha xP
jgn jd hantu dah la..haha


@ halila ibrahim
yela, nak uruskan anak2 mmg tak sempat :D


@ prince halilintar
takpe jnji ada sikap membaca tu :D


@ M Fizan
pinjam? haha kalo pinjam kene bg balik
#jarang lelaki bc novel..haha

Run Away said...

novel ke2 tu Sy rasa best..Sy tak boleh mula baca novel..kalau baca Sy akan baca sampai abis......;d

Run Away said...

novel ke2 tu Sy rasa best..Sy tak boleh mula baca novel..kalau baca Sy akan baca sampai abis......;d

Ain Atika Zailani said...

huohhh banyak gila...mencanak mata. tolong baca kan i novel ni org kasi tak baca baca. cerita budak setan. ehhehe..i lebih suka dengar..hehhehehe.

amna said...

kalaulah cik amna pun ada minat mendalam membaca novel cm awak.. T.T

*btw, buku2 ni best bila baca sinopsis tu~

Unknown said...

hmm novel? tak pandai nak imagine setiap situasi tu

Abu Bagi said...

wah rajinya baca novel... bagus la... blh jadi jambatan ilmu..

Zahirah said...

wah, menarik! nak pinjam novel boleh tak? tak nak beli. mahal~ hahaha :p

fadh leyanie said...

setiap novel mempunyai jalan cerita trsendiri,,ada tergantung ada tak tergantung kih3,skng sy tgh mnghabiskan baca "castle cinta deaday-indah hairani",best jugak critanya.

L said...

hoho.. ak xdilahirkan untuk membaca novel.. huhu

nk tawu nikmat dunia? mehla bacer..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/10/6-nikmat-dunia.html

Zaza said...

damn it ! i feel like nk wread novel la plk

Ain Zulaikha said...

wahhhh banyaknya novel di review :) bagus...

Aleen Aiden said...

ade sorang budak rumah ni pon sgt suke bace novel.skali g kedai buku 4novel die sebat.hu3

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !