Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Surat Berantai. Semak !


assalamualaikum and hello there :)

huargh letih betul harini

semalam tidur lambat =,="

nak siapkan apam polkadot ada member order.

huhu. pagi ni dah mengantuk giler.

btw, aku taknak cerita pasal yang aku jual apam polkadot tu.huehue

tadi aku dapat satu email

email tu cakap kalau aku tak forward email tu kepada 20 orang makan dalam tempoh seminggu hidup aku akan di timpa bencana.

hmm. this is so ridiculous.

serious. aku tak percaya.

kauorang pernah dapat tak email camtu?

lepas dapat email macam tu apa tindakan kauorang?

btw, tadi ada orang forward satu email kat aku, dan aku rasa perlu untuk share dengan kauorang semua

========================

artikel yang mengatakan meng'forward-forward email berantai adalah haram

Setelah diamati, ada beberapa perkara yang boleh dikupas dari surat itu. Pertama dari segi isi. Kebatilannya terbukti apabila surat ini mendakwa Sheik Ahmad bertemu Rasululllah (s.a.w) dalam mimpi dan memberi pesanan kepadanya. Seolah-olah belum selesai tablighnya.

Kita ketahui bahawa dalam khutbah terakhir ketika haji wida', Rasulullah s.a.w telah bersabda "Telah sempurna bagimu agamamu" yang membawa maksud bahawa tiada lagi wahyu atau ugama yang akan turun selepas itu. Mahu ikut yang mana? Surat ini kah atau AlQuran?

Kedua dari segi arahannya. Sekiranya kita percaya bahawa dengan mengedar 20 keping surat ini akan membawa rezeki atau kebaikan dan sebaliknya sekiranya tidak maka kita kan ditimpa bencana maka secara tidak langsung, kita percaya bahawa ada lagi kuasa selain Allah SWT.

Ini akan menjadikan kita syirik. Na'uzubillah. Sheik Ahmad yang dikira kuat iman ini pula sanggup mati dalam kufur. Seseorang yang berilmu, warak, alim dalam soal agama tidak akan mempertaruhkan imannya untuk apa sekalipun. Saya berpendapat surat ini adalah satu dakyah untuk memesongkan aqidah umat Islam.

Mari kita kaji pula niat disebalik surat berantai ini. Ia mengandungi isi yang menceritakan tentang Sheik Ahmad yang kononnya bertemu Rasulullah s.a.w dalam mimpinya. Rasulullah kononnya memberi satu statistik yang tujuannya menakutkan pembaca yang memang tiada cara untuk membuktikan kesahihannya. 60,000 orang akan mati tanpa iman, apa maksudnya? Adakah orang yang ke 60,001 akan beriman? Setelah itu diselitkan nasihat supaya pembaca yakin bahawa surat ini berniat baik.

Kemudian datang ugutan. Sekiranya tidak diedar 20 salinan, mendapat bala. Untuk meyakinkan pembaca, penulis rela kufur sekiranya isi surat ini adalah palsu. Untuk menambahkan lagi keyakinan pembaca, diturunkan pula beberapa contoh yang menjurus kepada perkara diatas. Tentunya susah untuk menentukan kesahihan cerita tersebut.

Cuma setahu saya, Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi tidak dibuang kerja tetapi meletak jawatan kerana mahu aktif dalam politik. Kalau ada yang rapat dengan keluarga Allahyarham atau keluarga Datuk Tajul Rosli, mungkin boleh sahkan hal ini. Tentunya muslim yang rapuh imannya akan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Jika tak dihiraukan maka semacam ada keresahan dalam hati seolah-olah menanti bencana yang dijanjikan. Maka dengan keresahan inilah syaitan dapat menakluk hati kita. Dicekiknya tubuh kita sehingga sakit, maka kita teringat akan surat wasiat tersebut, dan kita edarkan.

Syaitan akan melepaskan cekikannya ketika itu kerana dia telah berjaya memesongkan aqidah kita. Maka kita berjalan pula dimuka bumi Allah ini dan menceritakan pengalaman kita tadi, dan ada pula hamba Allah memasukkannya kedalam Internet. Kesimpulannya, janganlah percayakan surat tersebut dan selagi ada umat yang percayakannya maka ianya tetap akan beredar hingga bila-bila, kerana seingat saya, surat ini telah beredar sejak saya disekolah rendah lagi dan mungkin bermula berpuluh-puluh tahun sebelum itu.

Dari Penerangan diatas jelaslah mempercayai surat wasiat tersebut adalah HARAM. Wallahu'allam.

Jika anda ingin tahu dari siapakah bermulanya surat berantai yang kononnya dari Sheikh Ahmad yang bermimpi bertemu Rasulullah didalam mimpinya, bacalah keterangan dibawah ini:-

Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan 1978

SURAT SHEIK AHMED PALSU, KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg).

Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini".


(Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I).

Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak. Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.".

Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda".

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat.

Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim".

=========================

so kepada sesiapa yang pernah forward email camtu diharap lepas ni jangan la forward lagi.

1st, aku rimas inbox aku full dengan benda-benda merepek dan tak bermanfaat macam ni

2nd, inbox kat office cepat hang kalau aku bukak email macam tu sebab BERAT

3rd, aku malas nak baca email merepek macam tu

4th, so takde guna forward email yang sebegitu oke


p/s: di harap kauorang dapat ilmu sikit :)

p/s: bila gaji nak masuk? =,=" aku tengah pokai. dah la sekarang makan untuk dua orang..
baby aku tu punya tank tinggal dua bar je, tolong isi minyak kat aku boleh?hikhik (mesti kauorang ingat aku pregnant..kahkah)

notakakidantangan: nanti kelik "LIKE" FB page aku oke :)


-xoxo-
S

9 comments:

GaRy™ said...

perrgghhh... bahaya jugak... kalau kita forward email tuh, tak pasal2 dah jatuh hukum syirik... ish3...
tapi gary memang tak pernah buat forward2 ni.... memang tak percaya dengan benda karut ni semua... huhuhu..

bunbun said...

haha! salu jugak dapat macam ni. pastu buat tak ambil pusing jelah. yelah bakpo percaya mnde2 ngarut kan huhuhu

myhatiku said...

email x lagi..tapi selalunye sms..org2 mcmnie ish sabo je lah..mereka bukan tuhan..kn..he:)

Hans said...

email2 n sms macam tu aku xpernah percaya

syrupmasin said...

haha..dulu gile femes kan surat2 nih :D

NA said...

Baru tahu asal-usul surat berantai ni. Wah lama dari tahun 1974.

Terima kasih kongsi maklumat. Dulu pun Kak Wina pernah dapat surat berantai ni. Memang dalam kertas lepas tu dapat emel.

-wina1979-

Bigdaddyz said...

hari ini orang lebih percaya kepada manusia lebih daripada Al-Quran!

Far8 budak baik said...

klo dari email tak pernah pun..
tapi klo mcj mmg byk lahh..
tak payah layan lahh kn..
=)

muhamad hanif said...

masa dulu-dulu aku dpt surat ni, memang seram gila aku baca,abis satu kelas aku edarkan..



AHHAHAHAHA

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !

Busuk.Org