harp.. harp.. hari ni aku tak de idea nak share dengan kauorang semua. haish.. btw this week full dengan macam jenis kenduri kahwen.. kene p juga walaupun dah niat tak mau pi.. adeh~
ayat femes ibu yang selalu dan akan di gunakan kalau aku dan adik-adik tak mau ikut pi kenduri
"haa bagus la tu tak mau pi kenduri orang, nanti esok-esok kenduri kahwen kakak tak dak sapa mau datang.. haa.. baru tau perasaan orang kalau kita tak pi tunjuk muka.. kita ni hidup bermasyarakat.. kalau tak mau bermasyarakat pi dok sorang-sorang.. nanti mati pon sorang-sorang..tak dak sapa tau.."
haish.. rasa serba dan salah pulak.. adeh~ bukan apa kalau pi kenduri macam ni, mesti ada je soalan-soalan cepumas makcik-makcik tu tanya yang aku rasa tak suka nak jawab..
contohnya :
5 tahun sudah punya soalan :
makcik A : laa.. dah besaq na, anak dara sorang ni , peksa hari tu dapat pa?
makcik B : eh, la ni blajaq tang mana? (ekceli aku rasa aku dah jawab soklan makcik ni dah banyak kali =,=")
2 tahun sudah punya soalan :
makcik A : amboi.. da besaq da.. dok blajaq lagi ka? last semesta tu dapat apa?
makcik B : da abis blajaq la ni.. la ni kerja mana? gaji berapa?
sekarang punya soalan :
makcik A : la ni kerja mana? tak mau smabung lagi blajaq ka? ni bila nak kawen ni? dah ada boipren ka?
makcik B : amboi da pandai melawa na.. bila nak kawen ni? boipren da ada ka??
eeerrrr.. apa yang mampu aku lakukan? diam sahaja la... =,=
kauorang pernah tak mengalami situasi sebegini? heh~
No comments:
Post a Comment