previous entry : annoying then holiday
assalamualaikum :)
permulaan tahun baru dengan baik sekali
harap sampai ke penghujungnya lebih baik
alhamdulillah semuanya selamat
mesti korang heran, ape yang selamat ye dak?haha
bagi siapa yang bukan dalam frenlist FB aku mesti tak tau right
ekceli yesterday bersamaan hari isnin 23.01.2012 (23 Januari 2012)
aku telah dirisik.
dirisik oleh siapa?
dengan siapa lagi kalau bukan dengan encik amin muncet :p agaga
#bajet macam tak kenal langsung kan..haha
oke-oke, kauorang tau dak apanya risik-merisik tu?
#Adat ini juga dipanggil meninjau atau menengok. Dalam budaya Melayu, adat ini merupakan tahap awal menjodohkan teruna dan dara, yang melibatkan pertemuan antara wakil keluarga teruna dengan orang tua pihak dara. Pertemuan tersebut dianggap penting untuk menghormati keluarga pihak dara, sebagaimana ungkapan dalam adat Melayu kalau hendak meminang anaknya, pinanglah ibu bapanya terlebih dahulu. Ungkapan tersebut menjelaskan bahawa pandangan dan restu orang tua perlu diperoleh terlebih dahulu dalam membuat keputusan yang besar seperti perkawinan. Tujuan adat ini dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Proses merisik dilakukan dengan tertib dan sopan untuk menjaga dan memelihara nama baik kedua belah pihak.
kalau diikutkan releven masa sekarang ni selalunya pasangan yang ingin dijodohkan tu sebenarnya banyak yang dah kenal-mengenali antara satu sama lain, jadi selalunya setengah pasangan takde buat risik-merisik ni mereka terus skip ke bertunang :)
tapi untuk family aku
diatas persetujuan family belah abah dan ibu
proses merisik ni mesti dibuat
bagi mengikut adat :)
dan sebab yang paling penting
aku ni ialah anak FIRST dan anak perempuan seorang je
then jika di sebelah ibu aku juga cucu yang PERTAMA
so mestilah nak buat elok-elok kan :p
#adik-adik sedaraku sila jangan jeles yeee =D
selalunya masa merisik ni pihak lelaki hanya akan beri cincin merisik
selalunya cincin tu cincin belah rotan ye
jangan pulak bagi cincin dari rotan =="
dan majlis merisik ni dihadiri oleh kaum keluarga sahaja
cincin yang diberi oleh encik amin :)
tapi untuk situasi aku
tiba-tiba dah jadi macam kelam kabut sikit
sebabnya pihak lelaki ada bawa buah tangan
#grrr.. encik amin tak habaq kat aku yang dia bawa barang
dah macam hantaran pulak =="
inilah pentingnya COMMUNICATION between pasangan
so agak kelam kabut bila nak cari barang balasan untuk pihak lelaki
nasib baiklah aku dikurniakan makcik-makcik yang pantas berfikir dan juga KREATIF.kehkeh
#thanks to ALL makcik-makcik sedara, baik disebelah abah dan juga ibu sebab membantu di saat-saat akhir :)
even pihak lelaki cakap itu just hadiah
and dorang tak minta balasan
TAPI tak manis la kan orang bagi barang,
tapi kita just tangan kosong
ye dak?
so bagi siapa yang belum lagi dalam proses ni,
and will be in this position
please make sure korang ada communication dengan partner korang
tanya betul-betul whether ada tak barang untuk ditukar balik nanti
:- tips penting : selalunya waktu merisik, barang yang ditukar tu berupa manisan. so korang bagilah, chocolate, kuih-muih blablablabla dan juga buah-buahan =D
hadiah tukaran dari pihak lelaki dan perempuan
cewahhh.. sarung-sarung cincin pun ado oke :p
so lepas tu proses merisik pun berjalan dengan lancar
masa proses ni,
kedua-dua belah pihak akan menentukan bila step seterusnya akan berlangsung
step kedua ialah bertunang
so tentang tarikh bertunang tu biarlah aku rahsiakan dulu #bajet retis pulekk =P
bukan apa, nanti takut tak jadi, aku gak yang malu kan
so just hoping that semuanya akan berlangsung dengan lancar
insyaallah :)
adik lelaki aku dengan adik sedara aku
dua-dua ni sebaya
#macam dorang pulak yang nak kawen =="
Muhammad Qharumi feat. Aini Wajihah
with my cousin #anis waheeda
#bajet
ooppss tersilap orang lak..ekeke
#beliau pun nak jugak :p
dari kiri : yong, makteh, inas (kakak encik amin), mira (adik encik amin), makngah, and cousin encikamin =="
pencuci pinggan mangkuk :)
thanks korang!
p/s: semoga dengan tips yang aku bagi tadi tu dapat manfaat bersama :)
p/s: semoga our next step berlangsung dengan lebih baik :)
-xoxo-
S
S










