Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you ♥

-xoxo-

S

Showing posts with label NEWS. Show all posts
Showing posts with label NEWS. Show all posts

S Thought | Remaja OKU dikurung Ibu



Previous Entry: Startwalk Ipoh 2014

Assalamualaikum w.b.t
Hey guys, what’s up?
Since semalam a lil bit kecoh mengenai remaja OKU (Orang Kelainan Upaya) yang berusia 15 tahun yang telah dikurung ibunya.
Mengucap panjang saya baca artikel tu
It’s really hurt me a lot.  

Saya tak boleh dengar atau lihat orang memperlakukan sebegini pada anak OKU
sebabnya saya pun ada adik OKU
Dan Alhamdulillah, kami sekeluarga sememangnya sangat menyayanginya
Marah sikit-sikit tu biasalah kan
Saya sakit ahti sangat dengan issue ini 
 

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.  Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.  “Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. 

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.
“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.  Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  “Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.


Keratan akhbar, tulis mak dia kata dia mengalami kesempitan hidup dan sibuk bekerja.
I can’t stop laughing. LOL
What on earth that you’ve been living lah makcik?
I know, I can’t judge her.
But referring to her statement, seriously really ridiculous and STUPID.
Yeah, it is stupid. S-T-U-P-I-D

How could – a mother do this to her own child?
Anak sendiri tu, darah daging. Tak kan sekelumit pun tak terasa sedih buat anak macam tu?
Anak OKU ke atau anak normal still, still anak sendiri
Mereka tetap anugerah Tuhan.
Macam mana boleh kata tak tahu prosedur memohon bantuan kat JKM?
For me, bukannya tak tahu, tapi memang tak berusaha.

Hairan saya bila mak nya cakap mereka tak mampu.
Tinggalkan anaknya diatas faktor kemiskinan.
Ini bukan Somalia atau mana-mana negara kat Afrika tu
Tapi kenapa anak yang lagi seorang elok, bersih dan kemas terjaga?
Kenapa yang anak OKU dibiarkan?
Update facebook boleh pula, ada masa. Kemain gambar mak nya. (ada orang sebarkan facebook emaknya)



Yeah we don’t know what happen to her
Sebab few years ago dia memang jaga anak dia dengan baik
Looking at all her caption pictures looks like she care at her son
Tiba-tiba sahaja dia tinggalkan anak dia, yeah mungkin ada sesuatu terjadi
Mungkin suami barunya tak suka anaknya ke kan
Tapi bagi saya, whatever is she trying to say and defense herself
I don’t believe at all. Its all rubbish and crap
Anak anugerah tuhan, sebagai ibu dia kena jaga anaknya sebaiknya
Bukan biarkan begitu saja.
Untuk issue macam ni, saya tak dapat nak ber hudznuzon
Tell me, celah mana perlu saya hudznuzon?

Sepatutnya, sebagai emak yang mempunyai anak oku
Dia patut bangga sebab dia insan yang dipilih Allah S.W.T untuk diuji
Allah bagi peluang nak dapat pahala free.
Btw, bukan emaknya sahaja yang kena dihadapkan ke muka pengadilan
Bapaknya pun sama.

Memang bukan mudah nak jaga anak OKU ni,
Ia memang betul.
Memang memerlukan kesabaran yang tinggi. --- SANGAT TINGGI
Tapi if tinggalkan anak OKU sebegitu atas alas an nak bagi dia berdikari
Ia memang alasan paling bodoh yang mampu saya katakan
Semoga JKM dapat membantu anak ini dan nasibnya lebih terbela.

Till then,
-xoxo-
S 

Anggota Bomba Terbakar

Previous Entry: Superwoman

Assalamualaikum uols 
Tadi pagi aku baca paper
Terkejut aku baca pasal ahli bomba yang terbakar tu
Serious menakutkan


ikhsan berita harian



Kena api sikit kat tangan pun kita dah terjerit-jeit ni kan pula sampai satu badan terbakar
-,-
I can't imagine that
I just hoping that anggota bomba berkenaan kuat semangat 
Terima kasih sebab menyelamatkan mangsa
Sememangnya anggota bomba pun banyak berjasa dalam masyarakat kita
Kerja mereka memang berbahaya

till then
-xoxo-
S


sumber : Berita Harian

11 cedera, 5 parah termasuk seorang wanita apabila tangki minyak meletup ketika padam kebakaran

Kota Bharu: Lima anggota bomba, termasuk seorang wanita cedera parah apabila tangki minyak pelincir meletup ketika mereka memadam kebakaran di sebuah kilang tayar di Pengkalan Chepa, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian di kawasan perindustrian Padang Tembak itu, lima yang lain cedera apabila letusan api menjulang setinggi 30 meter dari tangki ketika operasi bomba hampir tamat hingga menyebabkan mereka cedera disambar api. 

Melecur anggota badan

Ketika kejadian, suasana agak cemas apabilabeberapa anggota bomba terbakar walaupun memakai pakaian khas kalis kebakaran. 



Tujuh anggota dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, manakala tiga lagi ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) kerana melecur di bahagian belakang, tangan, leher dan muka.

Mereka yang parah ialah Penolong Ketua Balai Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan I Abdullah Din Mohamed, 55: Pegawai Bomba Kanan II, Nazah Nafi, 43; dan Abd Razak Abdullah, 41, yang menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.

Zulkifli Mahmud, 40, dan Pegawai Bomba Kanan II, Wan Asri Wan Yaacob, 52, masing-masing dirawat di HRPZ II.
Anggota yang cedera ialah, Mohd Zakee Daud, 35; Rohazanizam Osman, 31; Mohd Fathir Mohd Jusoh, 39; Mohd Shaiful Fitri Ali, 32; dan seorang Penolong Penguasa Balai Bomba Kota Bharu, Shahrin Yusmar Mat Yusof, 33.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Azmi Osman, berkata kejadian itu di luar jangkaan kerana dalam kebakaran bermula jam 8 pagi itu, api sudah dikawal selepas setengah jam, namun suasana bertukar cemas selepas minyak memancut keluar dari tangki menyebabkan letusan api besar.

“Ia tidak dijangka kerana kebakaran berjaya dikawal sebelum tangki minyak meletup. Ini kejadian pertama membabitkan pegawai dan anggota yang parah ketika operasi memadam kebakaran,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.11 pagi dan bergegas ke tempat kejadian dengan lima jentera dan 39 anggota.



Beliau Pengganas atau Pejuang?

hye reader's
since semalam berita asyik keluar cerita pasal Osama bin Laden
kauorang kenal tak siapa beliau?
haa! tak kenal?
meh aku tampar bagi ingat.. hihi

okes. rata-ratapun dah tau yang beliau dah meninggal dunia semalam
sebab terbunuh dalam pertempuran dengan tentera AS di Abbottabad, Pakistan
tapi, ada setengah pihak cakap sebenarnya imej Osama meninggal tu palsu.
so, mana satu betul pun aku kurang pasti.

tapi menurut Perdana Menteri kita,
dengan kematian beliau  diharap dunia lebih aman
tapi mungkin ada betulnya kata-kata PM tu
yelah, selama ni Islam di cop sebagai Terrorist / Pengganas
disebabkan serangan 11/9 dulu.
orang Islam semua dikecam.

tapi, menurut dekan fakulti sains dan teknologi pertahanan,
universiti pertahanan malaysia,
kematian osama ni tidak akan berhenti macam tu saje
mungkin ada banyak lagi pengganas akan muncul
selagi Palestin tidak dibebaskan
selagi tu juga keganasan tak kan berhenti.

haish. bila agaknya dunia ni aman =,="

Biografi Osama bin Laden

Osama bin Mohammed bin Awad bin Laden, dilahirkan pada 10 Mac 1957. Beliau ialah seorang ahli keluarga bin Laden yang kaya-raya dari Arab Saudi dan pengasas pertubuhan jihad al-Qaeda yang bertanggungjawab atas serangan 11 September di Amerika Syarikat dan banyak lagi serangan pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam mahupun tentera.

Sebagai akibat penglibatannya dan sokongannya kepada jihad pelampau yang menggunakan kekerasan, Osama bin Laden kehilangan kerakyatan Saudi dan tidak diakui lagi sebagai ahli keluarga bin Laden. Osama bin Laden berada dalam senarai Sepuluh Penjenayah Paling Dikehendaki dan Pengganas Paling Dikehendaki oleh Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat kerana penglibatannya dalam pengeboman kedutaan-kedutaan negara tersebut pada tahun 1998.

Sejak tahun 2001, Osama bin Laden dan pertubuhannya menjadi sasaran utama dalam Perang Terhadap Keganasan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat. Osama Bin Laden dan ketua-ketua al-Qaeda yang lain dipercayai bersembunyi berdekatan Kawasan Kabilah Tadbiran Persekutuan di Afghanistan dan Pakistan.


sourse : Berita harian; Wikipedia

p/s: harini entry yang agak ilmiah sikit untuk dikongsikan bersama



KALAU "LIKE" KELIK "LIKE"

Kena Baham Rimau!

omaigod! tadi waktu dah balik kerja, aku terus baca paper.. huhu then ada satu berita ni menarik perhatian aku.. pergh.. aku tak boleh bayangkan macam mana la orang ni boleh terselamat dari kena baham dengan pak rimau ni..haish..tapi yang macam kelakar tu, isteri lelaki tu boleh ketuk pak rimau tu dengan senduk.. serious, kelakar kot.. berani betul makcik ni.. btw, nasib baik la pakcik tu terselamat..huhu

nak baca dengan lebih lanjut?
klik sini --> Berita Harian


Remaja ditanam di belakang sebuah rumah


January 18, 2011

It’s weird the kids nowadays. There was no sense of humanity. They chose to kill a student without have a sense. People are become more inhumanly. *sigh*

Till then
-xoxo-
S 


 

Mayat mangsa ditanam di belakang sebuah rumah selepas dipukul geng curi motosikal

KOTA SAMARAHAN: Hanya disebabkan mengetahui banyak maklumat mengenai kegiatan sindiket curi motosikal, seorang pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera di sini, dibunuh kejam sebelum mayatnya ditanam di belakang sebuah rumah di Kampung Pendam, Sadong Jaya, dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Taufik Abdul Rahim, 15, berasal dari Kampung Iboi Ulu, dipercayai dipukul enam anggota geng curi motosikal sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, Taufik Abdul Rahim, 15, berasal dari Kampung Iboi Ulu, dipercayai dipukul enam anggota geng curi motosikal sebelum mayatnya ditanam dalam lubang sedalam kira-kira 0.5 meter di belakang rumah salah seorang suspek.
Kegiatan kumpulan itu terbongkar selepas polis mengesan seorang daripada suspek berusia 19 tahun menggunakan motosikal mangsa kira-kira jam 8 pagi semalam di pekan berdekatan, dan hasil soal siasat dia membawa polis ke tempat mangsa ditanam.

Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Abdul Rahman Ahmad, berkata laporan kehilangan mangsa dibuat keluarganya di Balai Polis Asajaya pada jam 1.30 petang kelmarin, sebelum usaha mencari dilakukan.

“Siasatan awal mengesahkan suspek bersama lima rakannya bertindak memukul mangsa dengan menggunakan kayu selepas bimbang mangsa membocorkan rahsia kegiatan mencuri motosikal di kawasan ini.

“Suspek kemudian membawa polis ke lokasi kejadian yang terletak di belakang rumahnya sebelum mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemui ditanam dalam lubang,” katanya ketika ditemui, semalam.
Difahamkan, sindiket curi motosikal itu turut terbabit dalam kegiatan pecah rumah sekitar Samarahan dengan suspek ditahan pagi semalam dikatakan bertindak sebagai orang tengah.

Abdul Rahman berkata, ketika ini polis masih memburu lima lagi suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an termasuk ketua kumpulannya untuk membantu siasatan kes pembunuhan Taufik.

“Kita percaya mayat mangsa ditanam secara terburu-buru berikutan lubang digali tidak terlalu dalam. Mangsa dipercayai mati akibat dipukul di kepala dengan senjata tumpul.

“Mayat mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 3 petang (semalam) sebelum dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya.

Difahamkan, mayat Taufik ditemui dalam keadaan terduduk dengan kepala berdarah. Sementara itu, bapa mangsa, Abdul Rahim Hassan, 42, berkata kali terakhir beliau melihat anak ketiganya adalah ketika mangsa keluar rumah ke kedai bagi membeli barang keperluan dapur seperti diminta ibunya, Hajijah Kalim, 35.

“Saya tidak sangka tingkah lakunya yang tiba-tiba duduk sambil merenung lama ke bawah selimut sebelum tidur malam Jumaat lalu, petanda dia akan pergi selama-lamanya,” katanya.

 p/s : sumber dari SINI

Van bawa pekerja Finisar accident……. 11 cedera, 2 parah van rempuh besi pengadang


OMG, setelah beberapa hari aku tak merepek dalam belog ni, aku mau share something. Ekceli hari tu kat tempat kerje aku kecoh giler, van kilang eksiden teruk. Van tu pun remuk dalam erti kata lain hancur. Btw, macam-macam versi aku dengar. Dalam paper banyak fakta tak betul, so jangan percaya okei. Ekspeseli metro, macam hampeh je..

Geng Black Tumpas


Huargh! ni lagi sadis baca. Seorang wanita kena rodok perutnya sebanyak 4 (empat) kali. Haish.. aku kalo luka terjatuh pun dah rasa sebak, ni pulak kena rodok perut.. Minta-minta di jauhkan la.. Aminn..

Klik link ni kalau nak baca Geng Black Tumpas

Btw, aku betul-betul hairan dengan remaja-remaja sekarang. Peluang pekerjaan memang sangat banyak di Malaysia ni, cuma terpulang pada kehendak diri mereka sendiri samada nak berjaya ataupun tidak. Tak ke rugi umur baru lingkungan 20-an, dah masuk penjara. Sia-sia saja hidup kat dunia ni. Even mereka bukan Diploma, Degree or Master holder, mereka juga berkelayakan untuk bekerja. Kilang berlambak nak pakai orang, kalau betul bodoh sekali pun takkan lah langsung takde kemahiran.. Yang penting ada usaha untuk berjaya. Buang masa je pergi melepak tak tentu hala, lepas tu hisap dadah dan sebagainya. Bukan mendatangkan untung pun, buang duit lagi adalah.

Susah nak ubah perangai dan metaliti manusia-manusia ni. Yang belum terjerumus ke lembah hina ni minta-minta la bertaubat. Bukan apa, sedih tengok budak-budak yang tak tentu hala ni. Negara pun rugi sebab kehilangan aset-aset belia ni. Then, belia-belia yang tak tentu hala ni kebanyakannya Melayu. Sedih betul bangsa sendiri macam ni.

Yang penting ada kemahuan untuk mengubah kehidupan. (p/s: apa aku merapu ni..aish..:p )

Till then,
-xoxo-
S
 

Bunuh sana sini



I felt in Malaysia nowadays already insecurity. Days to days always heard bad stories about of child murders, people kills mom and dad and the various types of suicide. I can’t tolerate with it. What they want to be exactly? Now even I’m going out to go to work already make me doubts. You know what; at my rental home area shall be categorized as DANGER. I’m really scared when heard this -_-

Just now, I read at Metro Online, it is about a man slashed his girlfriend father. Can you imagine that? If her father doesn’t ever like you, you have to accept it or you can try to care the old man. *sigh* why seek death for a resolution? If you want to know the whole story you can click HERE - Tetak Bapa Kekasih . I have no idea what to think of with our societies of today.

Till then,
-xoxo-
S

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !