Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

S Thought | Remaja OKU dikurung Ibu



Previous Entry: Startwalk Ipoh 2014

Assalamualaikum w.b.t
Hey guys, what’s up?
Since semalam a lil bit kecoh mengenai remaja OKU (Orang Kelainan Upaya) yang berusia 15 tahun yang telah dikurung ibunya.
Mengucap panjang saya baca artikel tu
It’s really hurt me a lot.  

Saya tak boleh dengar atau lihat orang memperlakukan sebegini pada anak OKU
sebabnya saya pun ada adik OKU
Dan Alhamdulillah, kami sekeluarga sememangnya sangat menyayanginya
Marah sikit-sikit tu biasalah kan
Saya sakit ahti sangat dengan issue ini 
 

Seremban: “Semua orang salahkan saya dan tuding jari ke arah saya menuduh saya tidak tahu menjaga anak dengan baik, tetapi mereka tidak tahu kesempitan hidup dan kesengsaraan yang saya alami.

“Saya sayangkan anak saya tetapi saya perlu bekerja dan menyara kehidupan dia, saya dan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun,” kata ibu remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyayat hati oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam sebuah bilik di Flat Semarak, Taman Semarak Fasa 2 di Nilai, semalam.  Remaja malang itu, Muhammad Firdaus Dullah, 15, ditemui Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Faizal Fazri Othman dalam operasi 6P bersepadu di kawasan flat berkenaan selepas melakukan pemeriksaan di rumah itu.

Ibu remaja itu yang kini isteri kedua dan mahu dikenali sebagai Lola, 40, berkata, dia bukan meninggalkan anak sulungnya yang menghidap penyakit celebral palsy itu tanpa jagaan dan tidak diberi makan, sebaliknya dia mendakwa meninggalkan makanan dalam bekas polisterin sebelum ke tempat kerjanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Katanya, waktu kerjanya yang tidak menentu menyebabkan dia tiada masa menguruskan Muhammad Firdaus dengan baik dan mahu anak lelakinya itu berdikari.  Apabila orang lihat keadaan dia, semua orang salahkan saya, tetapi adakah mereka mahu menjaganya sepanjang ketiadaan saya di rumah. Tiada siapa yang sanggup menjaganya kerana dia cacat,” katanya sedih ketika tampil di pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad, di sini, semalam.

Dia yang berasal dari Sabah berkata, Muhammad Firdaus adalah anak sulung hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya berusia 53 tahun dan berpisah sejak 14 tahun lalu sebelum berkahwin lain pada 2004 dan dikurniakan seorang lagi anak lelaki berusia tujuh tahun. 

Menurutnya, sejak berpisah dengan bekas suami yang berasal dari Tawau, Sabah, dia tidak lagi berhubung dan tidak tahu di mana bekas suaminya itu tinggal dan bekerja.
“Saya tidak pernah mendaftar anak saya dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana tidak tahu caranya dan terpaksa meninggalkannya sendirian kerana bekerja mencari wang,” katanya.  Apabila ditanya mengenai nasib anaknya selepas ini, Lola berkata, dia sudah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).  “Bukan saya tidak sayangkan dia, sebab saya sayangkan dia saya membuat keputusan itu. Saya fikir apa akan jadi pada Muhammad Firdaus jika saya mati nanti. Ajal maut di tangan Allah SWT, saya tidak tahu jadi saya perlu bersedia,” katanya.


Keratan akhbar, tulis mak dia kata dia mengalami kesempitan hidup dan sibuk bekerja.
I can’t stop laughing. LOL
What on earth that you’ve been living lah makcik?
I know, I can’t judge her.
But referring to her statement, seriously really ridiculous and STUPID.
Yeah, it is stupid. S-T-U-P-I-D

How could – a mother do this to her own child?
Anak sendiri tu, darah daging. Tak kan sekelumit pun tak terasa sedih buat anak macam tu?
Anak OKU ke atau anak normal still, still anak sendiri
Mereka tetap anugerah Tuhan.
Macam mana boleh kata tak tahu prosedur memohon bantuan kat JKM?
For me, bukannya tak tahu, tapi memang tak berusaha.

Hairan saya bila mak nya cakap mereka tak mampu.
Tinggalkan anaknya diatas faktor kemiskinan.
Ini bukan Somalia atau mana-mana negara kat Afrika tu
Tapi kenapa anak yang lagi seorang elok, bersih dan kemas terjaga?
Kenapa yang anak OKU dibiarkan?
Update facebook boleh pula, ada masa. Kemain gambar mak nya. (ada orang sebarkan facebook emaknya)



Yeah we don’t know what happen to her
Sebab few years ago dia memang jaga anak dia dengan baik
Looking at all her caption pictures looks like she care at her son
Tiba-tiba sahaja dia tinggalkan anak dia, yeah mungkin ada sesuatu terjadi
Mungkin suami barunya tak suka anaknya ke kan
Tapi bagi saya, whatever is she trying to say and defense herself
I don’t believe at all. Its all rubbish and crap
Anak anugerah tuhan, sebagai ibu dia kena jaga anaknya sebaiknya
Bukan biarkan begitu saja.
Untuk issue macam ni, saya tak dapat nak ber hudznuzon
Tell me, celah mana perlu saya hudznuzon?

Sepatutnya, sebagai emak yang mempunyai anak oku
Dia patut bangga sebab dia insan yang dipilih Allah S.W.T untuk diuji
Allah bagi peluang nak dapat pahala free.
Btw, bukan emaknya sahaja yang kena dihadapkan ke muka pengadilan
Bapaknya pun sama.

Memang bukan mudah nak jaga anak OKU ni,
Ia memang betul.
Memang memerlukan kesabaran yang tinggi. --- SANGAT TINGGI
Tapi if tinggalkan anak OKU sebegitu atas alas an nak bagi dia berdikari
Ia memang alasan paling bodoh yang mampu saya katakan
Semoga JKM dapat membantu anak ini dan nasibnya lebih terbela.

Till then,
-xoxo-
S 

23 comments:

Mysara Ab Rahman said...

Geram ke baca statmnt mak dye tu.. Saje raih simpati..xkn la busy mcm mana kje pn xsempat tgok anak..ni keadaan budak tu dh truk sgt

QasehnyaRania said...

mmg mngucap pnjg msa tgk pitcher anak dia tau..bknnya ddk luar negara tak cukup mkn kan.
myb la kan salah satunya ciksu rasa bapa tirinya tak suka. bayangkan berapa lama anak tu dibiarkan sampai mcm tu skali. Allah Hu Akhbar.. nampak tulang temulang..

Tie HT said...

Anak oku ni nanti lah yang akan pimpin tangan ibunya ke syurga, wallahualam. .harap si ibu sempat bertaubat..

Cik Rose said...

sedih sangat masa mula dapat tahu berita ni :(

sal ya said...

Kdg2 suratkhabar pun putar belit kenyataan. I dont like to judge people sbb kita x tau apa sbnrnya jdk. Kaalu mmg mak dia bersalah, Allah yg berhak mneghukum.

Jajas said...

walau apa pon alasanya...ini dah melampau...

Ezad Skytech said...

tak tahu la nak cakap apa...kenapa la sanggup diperlakukan budak tu macam tu...

nuyui a.k.a miss YUI said...

walau apa alasan takkan smpai kering kontang budak tu kan?

tak fhm perangai manusia mcm ni

Fiza Aizzawa said...

Sampai kurus kering dikurung.. mana naluri seorang ibu yang sepatutnya dia ada.. semoga Firdaus dijaga sebaiknya nanti... singgah dan follow sini juga..

OKje said...

Tak tau nak komen apa Zana....okje tak berada ditempatnya....mungkin zana lebih mengetahui sebab zana ada experiencekan.... Apa pun kita doakan anak ini terbela....hensem budaknyakan...

Hafizin Jamil said...

argh.. ini nasib negara Malaysia yang amalkan ekonomi komunis. arghhh.. :D

Cho Zila said...

masa mula tengok gambar dan baca kisahnyer cam tak percayajer .. begini nasib anak itu.. hanya Allah yang melindunginyer.. anak akaktu yang kita jaga bebenopun sakit sana sini.. ini tidak terjga gitu tetap nampak sihat walaupun cengkung sana sini.. Subhanallah...
per hal pulak Hafizintu.. kalau yerpun ....

Pykaa Pdott said...

Sebak sgt tgk . Gamak ibu dia buat mcm tuh .

Mimie said...

betul tuh..walaupun alasan yg die berikan tak sepatutnya die mengabaikan anaknya dlm keadaan mcm tuh...baju dh reput..duduk dlm bilik yg penuh dgn najis...

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

Moga beliau insaf dan kembali ke pangkal jalan. Amiin...

dear anies said...

sy sikit pn x percaya dgn apa yg dia ckp...sbb? sedaif2 dan semiskin2 umat kt malaysia ni, x de smpi buat ank jd mcm tu...apatah lg tgk tubuh si ibu sihat mehat...kalu si ibu dan ank yg sorg lg jg mcm tu...then sy percaya...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam SZ..
allahu..
jika benarpun maknya tidak berkemampuan, takkanlah sampai makan pakai anak pun terabai.. teruk dan menyedihkan..tersentap hati bila tgk keadaan adik ni..tempat tinggal dia sgt kotoq.. :((

Afiqah said...

manusia manusia =.=

kangjum said...

Sangat sedih baca artikel ini, tengok gambar sangat jauh perbedaannya, sampai kurus kering badan dikurung.

Eiqa Almond said...

hari tu bce entry nie dalam diam :P

Nina Mads said...

tak boleh di terima pakai statement dia ni.. saja xnk bela anak OKU. malu kot. semoga allah memberkati hidup firdaus

ezyra taharin said...

sedih kan tgk adik nie..
apa la salah dia sampai buat macam tu..
alasan mak dia bg pon tak masuk akal..

Syamimi Saad said...

Rasa x snggup nk follow brita dia hritu..

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !