Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Andai ini takdirku, Aku redha.





Previous Entry : Hey you, I won't give-up


Bismillahirrahmannirrahim...
Dengan nama Allah yang maha pemurah, lagi maha mengasihani.


Salam semua.. firstly saya nak minta maaf kalau dah lama tak meng-update blog ini. Btw ada orang kisah ke? Hewhew. Online tu online juga, tapi setakat balas PM dan komen-komen sikit. Dah berminggu-minggu jugaklah tak online beria-ria. Saja nak menjauhkan dan menyibukkan diri untuk mendapatkan ketenangan serta sedang focus dalam mencari kerjaya baru. Terlalu banyak kebetulan ketika dugaan berat datang menimpa, masa itu jugalah banyak perkara yang terpaksa dihadapi.


Ya Allah.. Actually rasa perit dan sakit sangat apabila menaip entry kali ini. Agaknya entry ini yang paling panjang dan bersopan dari sebelumnya. Setiap patah ayat yang dikarang memang membuatkan saya sebak. Saya cuba untuk kuatkan diri semangat untuk menjelaskan kepada semua orang, baik kepada rakan-rakan sekolah, rakan-rakan baik, rakan-rakan blog, rakan-rakan-rakan facebook dan juga twitter serta yang juga mengenali diri saya ini. Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya ketika ini.


Seperti yang anda sedia maklum, saya dan Amin (ini adalah entry yang terakhir saya akan mensi nama beliau) sudah putus tunang. Kami baru sahaja officially putus. Kali ni memang break-off betul-betul dan bukan main-main macam dulu-dulu. Bagi saya ini adalah dugaan yang terlalu besar untuk saya hadapi dan saya tempuhi. Sepanjang saya hidup 26 tahun, inilah dugaan terbesar saya lalui. Siapa yang tidak sedih, hampir setahun kami bertunang (9.6.13 genap setahun) dan hampir 4 tahun kami bercinta (9.6.13 genap 4 tahun) dan lagi 3 bulan kami bakal berkahwin, namun impian itu terputus di tengah jalan. Memang saya rasa sangat down mulanya. Saya cuba bangun kembali namun terlalu sukar untuk saya  kerana impian saya ketika kecil untuk berkahwin dengan putera idaman saya hancur macam itu sahaja. Tapi kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.


Bagi saya, tak perlulah diperkatakan punca sebenar mengapa dan kenapa kami putuskan pertunangan ini secara tiba-tiba. Tidak ada gunanya kita saling menuding jari dan masalah pun tak akan selesai. Ini semua ketentuan takdir dariNya.


Saya akui, masing-masing punya salah dan silap. Tapi puncanya biarlah hanya saya, dia dan Allah yang tahu, tidak perlulah saya ceritakan dengan lebih details dan mengaibkan mana-man pihak kerana banyak hati yang perlu saya jaga. Baik dari keluarga saya dan juga dia. You know what, apabila melibatkan keluarga, saya tidak sanggup melukakan hati orang-orang yang saya sayangi.


Terlalu banyak keperitan dan kesakitan yang saya alami dalam masa sebulan ini. Only Allah knows what I’m feeling right now. Siapa yang pernah berada di tempat saya pasti tahu sakitnya bagaimana. Cukuplah saya berjuang untuk mendapatkan milik saya tidak kesampaian, this time I will give-up. People can say anything, but you never knew it. Cukuplah saya dihina, dikhianati, dikeji, difitnah, ditipu, di pandang serong dan berbagai-bagai lagi terpaksa saya telan sendirian. Saya dah letih berjuang. Jangan libatkan ahli keluarga saya, itu sahaja.


Disebalik duka ini, saya bersyukur kepada Allah kerana memberikan ujian dan dugaan yang berat sebegini untuk saya. Ini bermakna Allah masih sayangkan saya dan tidak mahu lihat saya makin tersasar. Alhamdulillah, setelah diduga dan di uji, saya makin kuat. Dari seorang yang manja dan annoying, saya cuba berdikari sendiri. Saya juga makin rajin bertemu dengan maha pencipta. Setelah saya melakukan beberapa solat hajat dan istiqharah, dan saya mendapat petunjuk. Walaupun saya masih nampak si dia, namun saya tidak mahu berharap lagi. Alhamdulillah kerana memilih hambamu yang kekurangan ini untuk diuji. Ujian ini membuatkan saya lebih kuat dan tabah dari sebelum ini. Saya yakin ada hikmah disebalik semua yang terjadi ini.


Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarga tercinta yang sentiasa bersama saya ketika saya terjatuh terduduk. Saya berasa beruntung dan bersyukur mempunyai keluarga yang sangat supportive dan mengambil berat tentang diri ini. Kalau tiada mereka saya tidak pasti samada saya mampu bangkit kembali ataupun tidak.


Terima kasih juga buat rakan-rakan rapat yang menyayangi saya serta faham mengenai situasi saya. Terima kasih kepada kak mimie dan abang mazeli, farah, sue, wana dan fienaz. Terharu sangat dengan doa, sokongan dan nasihat kamu semua. Thanks for your advices, tips, doa, and etc. I really appreciate it. Saya sayang kamu semua.


Oh ya, tidak lupa juga kepada pembenci dan ‘manusia-manusia’ yang suka mengapi-apikan keadaan dan suka menambahkan perasa dalam masalah kami. You guys doing great. Tahniah menghancurkan hubungan orang lain. Tapi terima kasih juga sebab anda semua buat saya makin kuat dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup. Alhamdulillah kerana memberi saya pahala yang percuma. Just remember, Allah knows what you did. Tak perlulah anda nak bersorak atau bergendang kegembiraan melihat insan lain terjatuh. Apa-apa pun terima kasih ya. Kita masing-masing mempunyai bahagian masing-masing kan. Mungkin hari ini hari saya, esok lusa who knows? Apa yang anda lakukan hari ini tidak mustahil Allah akan bayar cash je. Ingat, Allah tak kan biarkan umatnya yang teraniaya begitu sahaja. So Alhamdulillah :) Lagipun masih belum terlambat untuk anda yang membenci saya bertaubat. Ramadhan just around the corner, bertaubatlah anda ok.


What I’m hoping now, kesedihan ini bakal hilang dan Allah akan gantikan dengan kebahagiaan di masa akan datang. Saya doakan untuk kawan-kawan yang bakal mendirikan rumah tangga ataupun bertunang semoga anda semua tidak akan lalui apa yang saya rasa sekarang. Trust me, you won’t like it. Tapi untuk bertemu cinta baru mungkin tidak. Sebab saya belum bersedia. :) Doakan saya berjaya didalam hidup, karier dan juga blogging.


Ada juga orang tanya saya, bila dah putus tunang ni, macam mana blog? Nak delete ke atau apa? Hewhewhew so bagi saya (bajet retis. Hihi)


Adakah blog akan di delete atau macam mana sebab kebanyakan entry asyik dengan Amin?
Oh hoho. Nope, tak kan lah saya nak delete blog kesayangan saya semata-mata putus tunang, ye dok? Life must go on. At first, memang blog ni wujud sebab nak share our loves story, but tak kan sebab dah tak cinta nak tutup. I will keep writing as usual but dah takde lah cerita cinta kami kan. Mungkin saya boleh cerita benda lain. Pasal my vacation ‘to be’. Tak sabarnya!


Adakah saya akan delete atau draft kan kembali entry berkaitan Amin?
Err, I think not for the time being. Sebabnya blog ni macam diary peribadi. Tak kan putus cinta nak koyak kan. Semua orang buat silap dan kita belajar darinya. Tapi kalau di masa depan, if I need to delete or hide it, maybe I will do it. Sebab manalah tahu nanti bf baru jeles ke hape kan. Hihihi :p


Sikit-sikit cerita pasal Amin, ni dah putus tunang macam mana?
Hmm, memang betul saya selalu cerita mengenai dia. Actually saya bukanlah cerita dan share 110% mengenai cinta kami, ada lagi yang saya tak share dan cerita. But let it be our secret. Nak buat macam mana kan, dah takde jodoh. Tak perlu cerita buruk-buruk, kita cerita yang elok-elok je ok. So I need to accept it. Doakanlah yang baik-baik buat saya.


Menyesal tak bertunang lelama, bercinta lelama? Kalau korang dua kahwin cepat haritu mesti tak jadi macam ni.
Anggaplah jodoh takde. Siapalah kita nak lawan ketentuan Allah. Frankly to say, I won’t regret. 4 years being together, now I learn from mistakes. Dalam masa bertunang inilah dugaan macam-macam bakal kita alami. Bagi yang dalam bertunang ataupun ingin bertunang, jangan lah takut ok, tawakal dan banyakkan berdoa supaya dipermudahkan jalan. InsyaAllah semua akan jadi baik. Sepanjang kami bercinta dan bertunang saya dah cuba berikan yang terbaik untuk perhubungan kami. Walaupun ini pengakhirannya, saya tidak akan pernah menyesal, sebab saya ikhlas dalam hubungan kami.


Plan selepas ini?
Sebenarnya saya banyak sangat plan nak buat. Mungkin saya nak pergi vacation. Tapi tak tahu lagi bila. My cousin ajak pergi ke Istanbul. Wow boleh feeling ala-ala Lisa Surihani kan. Tak pun mungkin vacation dekat mana-mana pulau dengan harapan jumpa putera impian yang muka ala-ala Sam Tsui. (tak kenal siapa? Pi la google. Hihi)


Lepas tu saya ingat nak mulakan karier di tempat baru kalau boleh di luar Ipoh. Dah boring kat Ipoh ni. Hihi. Kalau ada kosong kat tempat anda let me know. Saya major dalam Administration dan Human Resouces. Hahaha.


Oh ya, kalau di murahkan rejeki, saya teringin juga nak sambung belajar kembali. Doakan saya ye :)


Haaa, panjang giler entry kali ini. Silalah baca satu persatu. Hihi. Tak padan tengah sedih kan, berkajang menaip. So nothing much I want from you guys, just doakan saya kuat semangat dan tabah dalam menghadapi cabaran hidup ini :)


Tips: DR Fadzilah Kamsah cakap, pagi-pagi bangun tidur lepas baca doa bangun tidur, terus senyum, tak kasah laah masa itu kita kelat ker ape, senyum je. Sebab senyuman boleh merangsang perembesan hormon positif dalam badan


Till then,
-xoxo-
S

25 comments:

cha said...

ya Allah kesiannya you. be strong ye. ini dugaan untuk u. mungkin hari ni u bersedih esok lusa Allah swt gantikan dengan pelangi. have faith :')

Jajas said...

tekejut dengar berita ni...apa2 pon bersabar dh kuatkan iman...

Syamimi Saad said...

baca slow-slow supaya tak tertinggal 1 patah kata. syazana kuatkan hati ye. dugaan dari Allah. takde siapa pun minta kesedihan macam ni. semua orang diuji. cuma ujiannya berbeza. terkejut juga baca kisah ni. apa-apa pun buatlah yang terbaik untuk diri sendiri. jangan bersedih setiap masa ye.. =)

kurus said...

terkejut juga ..
but akak pernah lalui sama sprti adik .. jadi akak paham apa yg adik lalui ..

kuatkan hati mu ..
akak dulu x bermusuh dgn bekas tunang , akak yg decide nak putus .. akak damaikan hati .. dan alhamdulillah dia pernah singgah rumah mak akak di kg , masa tu akak ada kebetulan tgh sarat preggy anak pertama ..
dia masa tuu dah kawin dan ada anak satu .. jadi masing2 bahagia ..

insyaallah dikk smeua dugaan dari allah , dia maha mengetahui , jalani kehidupan dan berdoa selalu , speerti yg adik cakap .. semua ini ada hikmahnya .. ;)

nuyui a.k.a miss YUI said...

ya ALLAH, seidhnya yui bc entry ni syg..

yui rasa awak mmg kuat orgnya..sbr ya.. pasti ada hkmhnya..

nak duk luar ipoh ea? ala yui pon keje kat ipoh je ni tak dpt nak bntu..hihi..

moga awak terus kuat ya =)

fadh leyanie said...

baru tau kak areen 26,,hihi..
mmg dlm khidupan manusia takkan terlepas dari dugaan, itu tanda Tuhan sayang kita, rasa kecewa dn kehilangan tu mesti ada,#pernahrasa.
apa2 pn kak areen kena tabah bangun dan bangkit kembali. =)

Abu Bagi said...

Walaupun panjang saya baca jgk..sahabat bersedih dgn masalah..msti kita nak tahu..

Besar dugaan ni.. sya harap sahabat kita ni tabah dan kuat..setuju..anggap je ini takdirNya..kita hanya mampu merancang..Dia yang memntukan..

Apa apa pun hidup tetap diteruskan..

Tak pe kitaorng ada..sahabat maya..blh ngeteh kat mana mana..fb, Instag, twitter, blog even dah jarang bw..tapi skali2 skala dtng gak menjenguk kan..

Sabat k..chayook! :)

Ps: aku dah dua kali post komen ni yg sma panjang, tp tak sure yg first tu dah send ke belom..approve satu je tau...haha.. :P

N said...

Be strong kak cha. Dont worry. We'll always pray the best for you :)
Love yahh ♥♥

Tie HT said...

akak baca entry adik, adik nampak tenang, insha Allah ada hikmah di sebalik segalanya...tabahkan hati ye dik

Cho Zila said...

lama akak tak singggah sini sibuk sangatler akakni kononnyer.. sekali keluar berita ini.. alahai sedihnyer..
orang yang menanggungnyer apalah lagikan...
tabahkan hati adikkku... ada hikmah yang tersembunyi.. moga berjumpa ngan prince charming yang menawan hati...
pssss::: beg deuter, beg kippling, kasut nike, clark, memang sangat murah.... kualiti boleh tahan gak..

OKje said...

Tak pelah Zana dah tak de jodoh.... nak buat camne... biar putus sekarang dpd cerai bila dah kawen nnti...lagilah susah..
Cari yg lain yeh...
Terpulang pada Zana tapi bagi Okje biar je nanti boleh baca balik hehe...tp kalau dah tak suka delete je terus haha

nuyui a.k.a miss YUI said...

yui sggh ptg ya =)

ajax85 said...

Yg pntg kena kuatkan semangat ye..hehe

Pha Is said...

x pe.. ujian tu tarbiah dari Allah... sabar dan redha.. pasti ada hikmah smua tu..

iskandarX said...

ini adalah luhan perasaan yang paling best is pernah baca heheheheee tapi kita walau bagaimanapun, orang puteh cakap life must go on, ahak betul tak?


iskandarX Society

jeBateja said...

adoii lah...patut le status kat FB lain mcm...

sabo...everything happen has a good reason....err..pandai plak aku ckp omputih erk....ahakz

ezy.fia said...

awakkkkkkkkkkk..
byk2 bersabar ye..
tabahkan hati!!!
insyaAllah awk jumpe yg lg baik dr die..
jgn cpt ptos asa!!!

maaf sbb bru jenguk cni.. lame xonline blog..

='(

ezy.fia said...

awakkkkkkkk!!!
byk2 bersabar ek!
tabahkan hati~
jgn cpt ptos asa..
insyaAllah awk akn jumpe yg lebih baik dr sebelum ni..

sori sbb baru jenguk cni.
='(

szumika sakni said...

sorry dear...pelik jgk npa lma sgt xmuncul kan..pas tu tetiba plak sy komen hri tu..sory xtw sgt...sabar k...awk kne kuat sbb ada org lg teruk dri awk..insyaALLAH ada hikmah k dear

NA said...

Kak Wina terkejut gak baca. Maaf lambat tahu. Moga Schaze tabah.

Sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan sesungguhnya kita akan kembali padaNya.

-wina1979-

QasehnyaRania said...

kuat kan semngt ye

Unknown said...

kuattttttt gal!!!!

Sarah Mohd Saleh said...

Tak pelah yunk, ade hikmahnye tu,mmg berat, mmg sukar tp pati ade kemanisan disebalik ujian tu. Try la bce buku ustaz kazim elias 'tuhan sedangmenguji kita'. Sgt mendalam sgt bmottivasi. Btw bdoa byk2 I know you're strong girl. Xoxo

Aimacomel said...

walau apa pun yg jadi mendatang, pls... jangan pernah berhenti melangkah, biar perlahan, slow but steady. bermaksud tetap teguh walau badai mendatang kiri dan kanan.. awak kuat, yg berlalu biarkan ia berlalu. jgn terlalu difikirkan. jgn risau patah tumbuh hilang pasti kan berganti. moga selepas ni kita akan lebih berhati2 dan menghargai hidup ni..
all the best dear....

M Fizan said...

i think i shall understand your feelings. be strong, akak :)

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !