Previous Entry : Review : 3 Buah Novel
Assalamualaikum
Ni hou ma?
Watashi wa yoidesu
eotteohge haluleul oneul ?
p/s: kalau tak paham sila guna gugel translate..wahkahkah
btw harini aku nak review movie yang telah sempat aku tonton dahulu.. cewahahaha
ekceli movie ni dah lama dah..
tapi memandangkan aku tengah kering idea so apa salahnya kan..kehkeh
lupa pulak nak cakap ada orang remove tak nak jadi follower aku..agaga
mebi sebab aku tak follow beliau kot..sangat tidak matang.. :D
oke, stop cakap pasal followers ni jom sambung stori movie ni.
p/s: tiada paksaan bagi sesiapa yang nak jadi followers I oke :D
=======
1st : Johnny English Reborn
Sinopsis : Kauorang boleh view kat SINI (credited to Rollo de Pelicula)
Bagi aku cerita totally GILA. haha dari first babak, dah boleh buat orang ketawa guling-guling. and even most of lawak Mr Bean ni macam sama je, tapi aku tetap nak gelak juga. sesungguhnya manusia yang bernama Johnny English ni seorang secret agent yang paling bangang tapi cool..adeh.. part paling bengong aku rasa, after dia dah dapat kunci Vortex tu, dorang nak balik ke London balik, then orang jahat tu menyamar jadi pramugari, but assistant dia cakap pelik la kenapa lelaki nama Susan? then boleh si Johnny ni balas suppose pronounce Susan in chinese is Shoosan. haha bongok giler. kesian assistant dia tu selalu jek jadi mangsa..kehkeh
So bagi aku, tak rugi la tengok cerita macam ni. Siapa yang tengah sedih-sedih tu elok la pi tengok cerita lawak sengal macam ni..kehkeh. kompem lepas sedih tu terus jadi CERIA.. agaga
2nd : Bini-Biniku Gangster
Bagi aku kan, cerita ni pun lawak la gak walaupun ada lawak-lawak 18 tahun ke atas.. hahak. aku tengok pun agak malu-malu sikit..kahkah (malu la sangatkan.. xP) then aku tension dengan Sam, adeh laki apa ntah. haha serious SAM SANGAT GEDIK dalam movie ni..haha rasa nak lempangseratuskali..haha bajet manja sangat la kan. nasib baik wife dia sangat protector. :P then aku bengang dengan si MAT SAJA tu..haha rasa nak sepakseribukali jek.haha bajet berani la kan, padan muka dia kena belasah dengan gangster kak yong tu...lalala nak tau ending cerita ni kauorang pi la tengok.haha rasanya kat panggung dah takde kot. so pi donlod je la..lalala
3rd : Libas
Sinopsis : Kauorang boleh view kat SINI (credited to Rollo de Pelicula)
So cerita ni pun boleh tahan lawak la juga. At first pandangan aku waktu tengok trailer movie ni, aku dah kutuk kaw-kaw la, yela over giler sepak bola takraw tu sampai berapi-api siap panjat pokok kelapa bagai..haha Then bila dah tengok, baru aku faham la.. Memang ada ala-ala shoulin soccer tu, tapi lebih kepada Malaysian style.hikhik betapa hebatnya bola takraw warisan tu.. siap keluar api gitu.. watak Rosyam Nor tu seperti biasalah, sangat bagus.hihi so NO COMMENT about him. then JOHAN, sesungguhnya beliau memang GILA.. haha aku tak boleh tahan bila dia mengeluarkan kata-kata. bagi aku setiap ayat yang keluar dari mulut johan tu, kompem aku akan gelak macam kena histeria..haha johan memang gila la.. xP then paling tak boleh blah, grup thailand (jahat) ada juga pondan..haha nampak macam ada unsur sinikal dan perli..haha xP yela thailand kan banyak pondan..kahkah :p
4th : Al-Hijab
Sinopsis : Kauorang boleh view kat SINI (credited to Rollo de Pelicula)
Setelah cerita hantu mendapat pelbagai komen samada negatif atau positif dari pelbagai pihak, aku tetap ingin menonton karya Pierre Andre ni..hihi So far, movie ni boleh dikatakan seram jugak la..hihihi Sesungguhnya Pierre Andre ni pandai mengolah cerita ni dan karya beliau kali ini berbeza dari kebiasaanya. Yelah, selalunya cerita hantu mesti dari saka la, penunggu rumah la, rasuk merasuk la. dan blablabla. Al-hijab ni lain sebab dia yang sibuk nak tengok hantu ni..
grrrr geram betul dengan si Rafael tu, belagak sangat tak takut hantu last sekali haa baru dia tau betapa menakutkan kalau boleh tengok hantu tu..hihihi tapi awek dalam cerita ni kurang best sikit, huehue belakon macam tengah membaca skrip jek. Nasib baik la comel..hikhik. Part yang seram bagi aku waktu Rafael pi rumah tinggalan tu which is after dia dah boleh tengok hantu tu, tiba-tiba hantu tu tangkap kaki dia. Dem! aku termenjerit nak panggung! memang dem la..hahaha serious terkejut giler. dah la tengok sensorang..haha
Then, part seram tu waktu dia mimpi tu..huhu bajet cakap dengan awek dia, rupanya tuttttttt... hahantuuuu.. memang terkejut siot...haha tapi ada setengah scene aku agak ragu-ragu dan menjadi tanda tanya..huhu yela, macam mana makcik tu tau nombor telepon si Rafael tu? kehkeh paling tak boleh blah, siap ada scene kelakar gak. scene waku Rafael tumpang lori Bell Ngasri, Munir dan tidak di ketahui nama beliau.. haha. serious Bell ngan Munir tu memang giler..haha xP
============
p/s: aku nak tengok Real Steel, ada tak sesiapa nak payung aku? kehkeh
p/s: aku nak tengok Alamak Toyol gak..haha cerita ni aku rasa lagi macam giler kot..kehkeh
====================================
p/s: siapa yang berminat nak buat tempahan apam polka/angry bird/ ladybug/bunga untuk bulan sebelas (november) dan duabelas (disember) ni boleh start wall to wall /pm (fb) or email me. :)
FB - Areen Syaze Zainn / Fanpage - Syazana Story
email - poisonlibra87@yahoo.com / syazana.zainuddin@gmail.com
minima order : 50 pieces,
maksima order : 1000++
p/s: aku ada design baru.
sila cek kat FB or SAMPLE APAM
notakakidantangan: nanti kelik "LIKE" FB page aku oke :)
-xoxo-
S
-xoxo-
S





