Previous Entry: S Thought |Remaja OKU dikurung Ibu
Title: THE
RAID 2 | Berandal
Director: Gareth
Evans
Running time: 150
minutes
Prequel: The
Raid
Cast :- Iko Uwais
:-
Arifin Putra
:-
Oka Antara
:-
Tio
Pakusadewo
:- Alex Abbad
:-
Julie Estelle
:-
Ryuhei Matsuda
:- Kenichi Endo
:-
Kazuki Kitamura
Country: Indonesia
Rate: 4.8/5
Source | Google
Plot
Opening bermula bila Andi (abang Rama) kena bunuh
di ladang tebu dengan Bejo iaitu ketua samseng yang baru nak up.
Rama kemudiannya direkrut oleh Bunawar (ketua
polis yang anti korupsi) untuk melakukan penyamaran masuk ke dalam geng samseng
Bangun tapi dengan syarat dia kena rapat dengan Uco anak Bangun di dalam
penjara.
Scene dalam penjara memang banyak mencemaskan,
bagaimana Rama berlawan dengan banduan lain, darah terpercik sana sini, muka pecah, otak bersepai, kaki
tangan terkepak, memang sangat ngeri. Memang agak exaggerate bila otak bersepai
tu, macam menonton filem Ong-Bak tapi versi Indonesia.
Setiap perincian dalam filem ini memang sangat
cantik dan teliti, even scene paku terjatuh, syiling berputar atau darah
menitik pun memang cantik dan kemas.
Selepas Rama menyelamatkan Uco dari dibunuh
ketika di penjara, Bangun telah merekrut Rama untuk jadi anak buahnya kerana
ingin balas budi Rama yang menyelamatkan anaknya.
Scene bergaduh/berlawan dalam filem ini memang
sangat baik, memang exaggerate but this is The Raid punya markable. IMHO, I rather
to watch The Raid dari tengok KL Gangster. LOL
Tapi ada satu spoiler yang agak pelik tapi
tidaklah sampai mencacatkan jalan cerita filem ini, iaitu ketika Pak Koso (assassin
Bangun yang paling setia) telah diserang dan dibunuh oleh geng Bejo. Ia pelik
kerana ketika di luar club tempat Pak Koso dibunuh ada salji. Memang scene tu
cantik, tapi macam pelik. IDK whether scene ini konon-konon Pak Koso ada kat
luar negara ke apa but then, kat luar club tu ada banner dalam bahasa Indonesia. So
for me it’s kinda funny and weird. But then still doesn’t give any effects to
this film.
But bila menonton filem ini 2x, jalan ceritanya
macam lebih kurang dengan filem dari Hong Kong, Infernal Affairs, polis yang
kena undercover masuk geng samseng macam ni, tapi mereka taklah buat scene
fighting macam The Raid.
Babak fighting, The Hammer Girl dan The Baseball Bat
Man (adik beradik assassin Bejo) pun cool juga, guna hammer dengan baseball bat
je pun bunuh orang, I’m really impressed.
Overall, The Raid 2 memang banyak adegan ganas
melampau dan tidak sesuai untuk remaja bawah 18 tahun. Tapi kalau atas 18 tahun
yang waras nak tengok ok je. Actually I wanna give 5 star to rate this movie,
tapi bila fikir scene salji pelik tu I changed it to 4.8 star.
So make sure bila tengok filem ni jangan rasa
loya, sebab darah, otak bersepai, muka pecah, badan berlubang-lubang or bunyi
kaki tangan patah memang banyak.
Spoiler
↔ Eka (penasihat Bangun) rupanya seorang polis
undercover tapi dituduh belot kerana terbagi maklumat palsu pada Bunawar
↔ Uco nanti mati di tangan Rama.
↔ Bangun mati ditangan Uco. Bejo juga mati
ditangan Uco kerana Uco ingat Bejo nak belot dia.
p.s: Uco (Arifin Putra) sangat kacak. Sekian :p
Till then,
-xoxo-
S
