Previous Entry : Quicky Update
Hye semua
Uish, dah hampir seminggu aku biarkan belog ni dah bersawang..haha
Siap ada anai-anai gitu.
Ekceli aku ada banyak benda nak cerita
Tapi in the end, aku malas nak post. Haha
Oke-oke malas nak merepek banyak-banyak
Sepanjang tiga (3) hari ni aku dah berjaya mengkhatamkan tiga (3) buah novel.haha
So aku nak review sikit mengenai novel-novel yang aku dah baca.
Nanti kauorang boleh la beli dan baca kan di waktu bosan dari tak berbuat apa-apa lebih baik membaca :)
=================================
1st
Tajuk : Akan Ku Tunggu
Penulis : Sania Yasmin
Terbitan : Alaf 21 @ grupbuku karangkraf
Harga : RM 19.90 (kalau ada kad ahli kedai buku popular boleh dapat diskaun 10%.)
Sinopsis :
Ayu Rihana terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikannya. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.
Pendapat aku : Bagi aku semua novel melayu sama je, mesti hero tu kaya @ miskin dan begitu juga sebaliknya bagi heroin. Lepas tu kahwin, tapi macam tak kahwin..haha Btw, novel ni boleh dikatakan baik jugalah. Tak berapa nak suspen, lepas tu senang nak jangka whats going next. HihiCerita ni juga menekankan isu suami yang agak pelik perangainya, beliau sangat sayangkan isterinya, tapi in the same time dia ada hubungan terlarang dengan ex-girlfren dia. kat sini, dah berjaya menimbulkan tanda tanya why he behave like that. So di hujung-hujung cerita baru dapat tahu rupanya ex-girl si suami ni rupanya dah ugut si suami. Kat dalam novel ni juga menceritakan kehidupan sosial masyarakat zaman sekarang ni dah makin songsang......................................Hello stalker! Nak baca full review boleh baca terus di my 2nd blog Block of Woods.Happy reading guys :)
=================================
2nd
Tajuk : Dan Hati Pun Berkata
Penulis : Nurriez
Terbitan : KaryaSeni
Harga : RM 18.00 (kalau ada kad ahli kedai buku popular boleh dapat diskaun 10%.hihi)
Sinopsis : Adirra – Kedegilannya bersebab. Kasih sayangnya sudah dirampas. Jadi jangan salahkan dia kalau dia tak percaya kepada sesiapa, tetapi dengan Rashdan kedegilannya mula cair.
Pendapat aku : Bagi aku novel ni jalan ceritanya agak comel-comel sikit. Tentang seorang budak yang rasa kasih sayang ayahnya akan hilang kalau ayah dia kahwin dengan orang lain. Dia memberontak apabila ayahnya jadi kahwin. So bermulalah episod duka. Sebenarnya mak tiri dia baik, tapi sebab hatinya keras dan degil dia mula buat macam-macam perangai sehinggalah dia melarikan diri dari rumah. Lepas tu macam biasalah, mesti jumpa seorang lelaki @ hero.. walaupun mereka berdua usia jauh berbeza, tapi disebabkan sikap lelaki tu sangat mengambil berat akhirnya hatinya pun cair..Dalam cerita ni ada banyak konflik juga, iaitu kakak tiri (anak mak tiri Adirra) ni memang pendengki dan agak psiko. Dia sanggup buat macam-macam untuk menyalahkan si Adirra ni.
.....................................
Hello stalker! Nak baca full review boleh baca terus di my 2nd blog Block of Woods.
Happy reading guys :)
=================================
3rd
Tajuk : Cinta Akan Indah
Penulis : Rini Syanira
Terbitan : Alaf 21 @ grupbuku karangkraf
Harga : RM 19.90 (kalau ada kad ahli kedai buku popular boleh dapat diskaun 10%.hihi)
Sinopsis : Anis bukan Lina. Mereka Cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina.
Pendapat aku : Bagi aku novel ni agak berat sikit sebab terlalu banyak sangat watak dan aku agak pening nak memahami jalan cerita ni. Aku terpaksa mengulang 2 kali intro untuk memahami jalan cerita ni. Cerita ni agak bosan di pertengahan sebab terlalu banyak konflik dalaman watak utama ni. Dan aku bertambah sakit hati dengan watak utama ni sebab dia terlalu selfish dan membuatkan si hero tu tak abis-abis merayu nak kan dia. Watak hero pun aku tak berapa suka, sebabnya terlalu suka membuat keputusan tanpa berbincang dan suka berlagak macam diktator.
.....................................
Hello stalker! Nak baca full review boleh baca terus di my 2nd blog Block of Woods.
Happy reading guys :)
=================================
p/s: bacalah buku, kerana membaca itu jambatan ilmu..xP
notakakidantangan: nanti kelik "LIKE" FB page aku oke :)
-xoxo-
S
-xoxo-
S


