Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

KRABI | Day 2 - Island Hoping ( 4 Island Tour )

Day 2 - Island Hoping

eyyy! jumping!
Aonang Beach
via: @itsmesyazana

Pepagi aku dah bangun untuk next trip 
kitorang dah book pakej tour 4 island
mula-mula nak book tour ke 7 island
tapi fikir-fikir balik rasa letih pula nanti
mujur pilih 4 island je
tu pun rasa dah koyak -_-

memula ingat naik speed boat
boleh lah nak merasa macam james bond ke apa
kekeke ^^
rupanya long tail boat tu je pun


trip kitorang ni campur dengan tourist lain
ada dari France (wuhuuuu hensem-hensem uols)
ada couple dari Aussie, Korea, China dan Brazil
dan juga kitorang
adalah dalam 20 orang kot.

le' petit ami mihmih :3
via: @itsmesyazana

Mula-mula awkward juga
Lama-lama boleh ngam pula dengan derang
Rasanya budak-budak dalam boat kitorang paling kepoh
kekeke ^^

Btw untuk pakej tour 4 island ni
kitorang bayar 450THB je
actually boleh je dapat lagi murah
kalau korang rajin pi tanya-tanya kat agent
bersepah-sepah tau
so dalam pakej ni
kitorang dapat makan lunch, buah tembikai, mineral water

untuk 4 island tour
kitorang pergi ke pulau 
Koh Gai (Chicken Island), 
Koh Tup & Koh Mawr, 
Koh Poda and Phranang Cave

menurut guide kitorang
koh gai tu pulau bentuk kepala ayam kekeke
adalah nampak bentuk kepala ayam sikit

ada nampak macam kepala ayam tak?
aku nampak macam kepala dinosaur brontosaurus je kekeke
ke mata aku yang rabun? hahaha

close-up kepala ayam?? Hahaha

tentera ikan-ikan meeting


aktiviti kat sini korang boleh snorkeling atau kayak
harga untuk kayak ni lain
takde dalam pakej yang kitorang ambil

koh tup dengan koh mawr ni pula
pulau yang bersambung
means korang boleh jalan kaki je bila nak seberang
cool kan
merentasi koh mawr dan koh tup
jalan kaki je




pasal kat koh poda ni memang buat aku panas sikit. pftt
so make sure korang bayar 400THB untuk government tax
(sampai sekarang aku dok simpan tiket dia tau!)
kalau korang nak masuk pulau tu
ada booth untuk bayar
tapi kalau tak nak bayar
korang just boleh jenjalan kat tempat korang stop tu je la
rasa menyesal je bayar
sebab bukan ada aktiviti sangat pun heh

 kemain budak dari China ni
ada je aktiviti dia nak buat
bebudak france layan je dia haha

 koh poda view
absolutely amazing!

lepas tu kitorang bergerak ke phranang cave
actually dalam banyak-banyak tempat
pranang cave la aku rasa paling kelakar kahkahkah
hairan betul takde blogger malaysia update pasal ni
BAHAHAHA
actually nak update gambar kat phranang cave 
pun dah rasa malu
sebab banyak sangat objek lelaki. mihmih :3
tapi just respect their culture sudah la kan  kihkih

tutup muka sebab I is malu LOLOLO

The Legend of Phranang
1)   Menurut orang-orang kat sini, Phra Nang (puteri) cave ni tempat nelayan menjamu spirit dalam bentuk kemenyan dan kalung bunga-bunga (Phallus of Shiva atau lebih dikenali sebagai Siwaleung or Palad Khik) di Thai. 
Jadi sebelum nelayan turun ke laut mereka akan menjamu spirit untuk mendapat tuah ataupun elak dari malang dan juga untuk keselamatan perjalanan mereka pergi dan balik. ie: ikan dapat banyak atau takde kapal karam macam tu.
Sampai sekarang amalan menjamu spirit ni mereka masih buat lagi, tapi tak ramai lah. Mungkin yang masih amalkan ni orang-orang lama (tua) la kot kan.        

2)   Legend ke 2 pula, ada yang kata Puteri Phra Nang ni seorang dewi, waktu hari jadi dia ramai orang bagi hadiah mewah-mewah tapi dia tak suka, dah boring katanya. Jadi ada satu dewa ni bagi objek lelaki tu kat dia, kenkonon simbol kesuburan la katanya. Hahahahaha  

3)   Ada banyak lagi legend pasal gua dan pulau ni, kalau nak baca boleh check out website ni, bagus juga baca pasal culture negara orang ni.

ahli kelab pencinta haiwan. kekeke

So lepas dari Phranang kitorang terus balik hostel
memang koyak rabak jiwa
sebab letih tak ingat haha

Dalam pukul 8 malam
baru kitorang keluar cari makan kat area Krabi Town
Jalan kaki je sebab dekat dengan hostel
Ada orang tanya which one much more better for stay
Krabi Town or Aonang,
as for me sama je mana-mana
Kalau kat Aonang, pukul 9 malam pun dah start sunyi
except for bar atau lounge ada la open

 letih berjalan, berhenti rehat seketika kekeke ^^

tapi kalau kat Krabi town banyak la pasar malam semua
waktu kitorang pergi ada festival apa ntah kat sana
so sampai ke tengah malam la ada orang menjual
kau nak beli emas macam zhulian tu pun ada haha

makan lagilah tak payah cakap
bersepah oiii
sedap-sedap lagi
kerabu mangga derang pergh pergh pergh
mengancam sangat
*drooling*

balik hostel packing barang
dan tidur
esok pagi nak gerak ke hatyai pula
:)

till then 
-xoxo-
S


3 comments:

NA said...

Seronok jalan-jalan tengok pulau.

-wina1979-

J.Syazwana said...

alamak dia dah apdet pasal krabi la. malasnya nak apdet pasal korea. hahahahha

Syazana Zainn said...

Kak Wina : cuti setahun sekali kekeke

Wana : kekeke holiday bulan 11 tahun lps, bulan 5 tahun ni bru update

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !