Hello beautiful ladies and handsome gentleman
Dah lama kan aku tak update apa-apa entry.hihi
I’m a bit bit busy dan ditambah pula dengan masalah broadband yang belum dibayar.haha
So now update kat office je.
Btw, harini aku nak share sikit about ZAKAT
Ekceli, kat company aku akan buka satu kaunter pembayaran zakat fitrah
Ni semua atas initiative majikan sebab pekerja kitaorang kan running shift
So kesian kat mereka, takut terkejar-kejar nak bayar zakat
So, dengan adanya kaunter zakat ni akan lebih memudahkan pekerja kitorang.hihi
Di sini aku nak tanya sikit, kauorang tau tak zakat tu apa?
Apa pentingnya zakat tu? (Pentinglah sebab untuk membantu umat Islam lain yang kurang berkemampuan. :)
Perlu ke kita sebagai umat Islam bayar zakat?hihi (eh mestilah perlu, kan WAJIB bagi orang yang mampu)
Pernah tak kauorang bayar zakat tu? (err.. aku belum pernah lagi sebab selalunya abah aku yang pi bayar..muahaha)
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal (siang & malam).
Syarat Zakat Fitrah
1. Islam (ni paling wajib,hihi kalau bukan Islam macam mana nak bayar zakat tu..agaga)
2. Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu. (Kalau kauorang ni golongan fakir miskin tak perlu bayar pun takpe.)
3. Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya. (So bayar lah cepat-cepat jangan nak menangguh je..hihi)
Kewajipan zakat fitrah
1. Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya. (So para bapa-bapa sekalian sila tunaikan tanggung dan jawab anda..hikhik..)
2. Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5
Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Niat Zakat Fitrah
Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala.
p/s: tunaikanlah kewajipan anda sebagai muslim. :)
p/s: kadar zakat fitrah bagi Perak tahun ni ialah RM 7.00, untuk negeri lain google sendiri la..haha
notakakidantangan: nanti kelik "LIKE" FB page aku oke :)
-xoxo-
S
14 comments:
hahhh, perak je dy letak hahahaha. adeshh
err..abah bayar kan :D
@ bunbun
mestilah letak yg perak punye, sbb schaze org perak..agaga xP
@ syrupmasin
same la, abah jugak yg bayar..muahaha
patut lahh lama gile tak nmpk..
mesti on curi2 kat opis ni kn..
hahahaah sssshhhhh aku x cakap
kat org..hehe..
zakat..ayah byr kn lagi..
hihihi =) thanks sharing..
Schaze bagus gak syarikat Schaze tu letak kaunter zakat.
Sama ngan Schaze, abah bayar. Erk belum bayar lagi untuk tahun ini.
-wina1979-
@ far8
yela. sambil buat keje sambil online blog..haha
nak bukak FB tak leh.. T_T
syuhhhh.. jgn bising2 k.. xP
@ NA
sbb kilang kan keje 12jam, so susah untuk dorang nak keluar..
masing2 masih abah yang bayar :P
x sabo nak tunggu turn suami yg kne bayo..haha..errkk
alamak.. aku lom byar lagi la.. tapi kalau aku yang dh tua bangka ni kalau bapak aku bayarkn lg leh x?
alamak!
zakat xbayo lagi..
T____________T
akan bayar bila balik kampung nanti :)
err,
aku punya ayah aku bayarkan lagi..
oh aku tak bayar lagi ni..nak bayar cepat2..hik hik..
nnt nk tnya parent nk bayar zakat ke blum?
@ myhatiku
erk tgu suami bayar?hihi
cepat2 kawen k.. xP
@ taufik Ariffin
boleh kot suruh bapak ko bayar kan..haha xP
@ ezy
haa..jgn lupe bayar nnt..hihi
@ ticer wann
good ticer ni.. :)
@ muhammad hanif
nnt ko da kawen ko lak bayar sendiri..haha xP
@ ABU
jgn tangguhkan bayar zakat tu xP
@ NICK IRFAN
oke..pi tanye..hihi :P
Post a Comment