hello there.. ekceli aku tiada idea untuk update apa-apa pun malam ni. haish. well encik boifie pun sudah selamat sampai ipoh. memang betul cakap orang penantian itu satu penyeksaan.. haish. sepanjang dua minggu beliau tiada di ipoh, hati aku ni tidak tenteram langsung.. ciss! ada saja benda mau bikin hati aku panas.. btw, malam ni aku nak sambung balik 30 day's project. so title malam ni ialah, your favorite photograph of your best friend. aiyark.. best friend? apa tu best friend eh? best friend tu macam apa eh? kauorang ada best freind tak? oit! apa banyak soalan ni.. lempang nak? haha..
btw, aku terpaksa admit yang sebenarnya aku ni tak ada ramai kawan.. haish.. :( waktu aku sekolah rendah dulu adalah seorang ni, aku memang rapat dengan dia.. tapi bila dah masuk sekolah menengah masing-masing membawa haluan masing-masing, sebab diatas faktor-faktor berlainan sekolah. aku ke convent dan beliau ke sekolah kebangsaan. and untill now, i still remember her name "Nursyafirah binti Ahmad Zabidi"..haha ntah-ntah dia pun tak ingat nama full aku lagi.. tapi sekarang aku dah jumpa dia balik, dengan hanya menggunakan facebook..haha
next, bila dah masuk sekolah menengah, aku jadi hyper-talkative..haha then aku berkawan dengan beliau.. yup beliau memang baik, sellau ajar aku English, sebab during that time english aku etul-betul hancus.. haha then since kawan dengan dia, english aku makin bagus la.. hihi okeh nama dia "Sharifah Farah". aku kawan dengan dia sampai aku form 3 je, sebab waktu aku form 4 aku dah pindah sekolah lain..haish.. then, sampai sekarang aku tak dapat contact dia..huhu
then, May 2003, bermulalah episode paling aku benci. serious aku memang benci bila dapat tahu aku kena tukar ke sebuah sekolah kat kulim, kedah and stay dekat asrama. giler jauh aku pindah kan..huhu waktu tu kan aku memang malas betul dah nak belajar..konon-konon nak mogok la tak nak sekolah kat sana..haha aku saje bagi fail, konon-konon cikgu tak ajar kat kelas la. then yang buat aku insaf sikit bila kawan dengan beliau.. beliau la banyak nasihat aku..sometimes beliau ajar aku akaun. yup i hate this subject. beliau ialah "Farah Ashikin". tapi waktu kat kulim tu, beliau outsider, means that, dia tidak stay asrama la.. so penantian aku kat hostel tu memang betul-betul terseksa, sebab aku tak suka environment kat situ, then budak-budak hostel semuanya tak boleh masuk dengan aku..haish. susah betul bila kita terdampar kat satu tempat yang sangat asing..huhu so aku kawan dengan dia sampai la sekarang (^_^)
then, bila dah habis SPM, aku pergi buat Lower 6 dekat sebuat sekolah kat Bukit Mertajam.. haha suppose aku kena balik sekolah kat Ipoh juga, tapi memandangkan arwah wan aku nak support, so aku pun pulang ke BM balik.. at first aku memang riak juga la dapat sekolah tu..haha biasalah bekas Perdana Menteri pun pernah sekolah kat situ..hihi tapi bila dah masuk sekolah tu baru aku rasa.. "ala..sama je macam sekolah lain..ciss!" haha, at first aku masuk ke kelas Sains Fizik. serious giler kat kelas ni.. semua orang jenis tak peduli orang la.. belajar+belajar+belajar, memang tension la life budak-budak sains ni.. then yang paling sadis tu, just ada 4 orang je budak melayu.. sedih giler.. huhu so aku paksa ibu dengan abah aku buat pertukaran untuk aku.. aku nak cuba kelas Perakaunan..haha giler betul boleh pula main cuba-cuba.. thens elepas bersusah payah, naik turun ke Kementerian Pendidikan, so aku berjaya ke kelas Akuan tu..hihi then kat kelas ni aku tiba-tiba terapat dengan "Nurhairunisa" haha budak ni memang giler la.. so smapai sekarang aku still kawan dengan dia.. jeng..jeng..jeng.. tapi aku kat Lower 6 pun tak lama, sebab ada 2nd intak untuk UiTm, terus aku cabut pi sana..haha then Nisha pun cabut pi Poli kat BM tu..
bila masuk U mesti la lagi ramai orang kita kenal kan, masa kat UiTm ni, macam-macam manusia aku kenal. ada yang jenis, sebelum minta tolong, punya lah baik nak mampus.. Bila dah dapat apa yang dia nak terus buat tak tahu. Then ada gak yang jenis cemburu tak tentu hala..padahal aku ni bukan la da apa-apa pun.. giler and saiko kot.. then ada gak yang jenis kuat mengampu la.. haish..macam-macam ada.. tapi kat sini, aku belajar erti kawan susah senang, kawan gelak tawa, kawan menangis. kat sini juga aku belajar jangan mudah percayakan orang. so rahsia tu biarlah masih rahsia.. kat sini la, aku kenal dengan Erika, Naimah, Kak Mie, Farahin of couse she is my roomate.. Then Ziera, kak ina, kak linda and kak nad.. aku just rapat dengan roomate's je.. miss them alot.
so sekarang aku dah kerja..haish.. kawan di tempat kerja? haha it's better dont get to close.. setakat kawan macam biasa pun dah memadai.. nak rapat-rapat?? better think it twice.;)
haish banyak betul aku merapu ni..haha ekceli tajuk just nak photo je.. ahaha giler la aku.. so nak letak photo apa eh?? aiyark!
so ni antara gambar-gambar yang bagi aku nostalgik sikit..hihi ;)
with nisha.. haha masa ni tak salah aku tengah try test handphone baru aku (ketika itu masih baru la) Z610i
with erika, masa ni sem 3, masa ni kitaorang baru je balik dari piknik, then terus pergi ke Pantai Merdeka, i guess so nama pantai ni Pantai Merdeka..
waktu ni kat tupah..hahaha.. tempat yang paling diminati oleh para pen'sekodeng' haha
masa ni pulak kat langkawi, konon-konon kan nak buat assignment..hihi tapi at last kitaorang pi honeymoon je..
masa ni pulak kan, kitaorang tengah conduct new student sem 1, so masa ni ada buat game la sikit-sikit.
ni pula masa nak pi outing dengan roomates.. Farah, Me and adik Ziera..
err.. motif aku letak gambar ni ialah kerana.. SUKA HATI AKU LA!..haha
with Nasha aziz kat KLCC..haha serious beliau memang jelita..cewahh~
with my roomates too.. my senior.. Kak Ina, and Kak Farra..
p/s: kauorang ada bestfriend? ce ceghita..haha
tekan LIKE (^_^) kalau anda LIKE
2 comments:
Huaaaa...panjang nau citer die..hikhik...x suke dok asrama..rimas..takut..huuuu
yg best nye dpt jmpe nasha aziz tu..
hu..
jeles sekejap..
Post a Comment