Territory Note's

Wanna learn Mandarin?

Click ‘Mandarin Lesson’ at the Pages :)

Have a good day!

p/s: Ramai yang cari shoutbox haha
HARAP MAAF shoutbox disorok buat sementara waktu bagi mengelakkan SPAM :)

NOTES

Sorry ya, if I didn't visit you guys back.

So just leave your comments down below,

and I will track you back.

love you guys!

p.s: wanna fast reply?

Kindly email me at thesyazanazainn@gmail.com or

PM me at Facebook - Syazana Zainn or

DM me at twitter/instagram - @itsmesyazana.

I will tried to help you

-xoxo-

S

Penting Ke Cantik?



Actually I've got this story from email. Just for sharing. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan :)
==========================================================

Cantik, lawa, comel, anggun, jelita semuanya begitu sinonim dengan wanita. Walaupun terdapat maksud yang lebih spesifik kepada perkataan-perkataan di atas, tetapi ia terarah kepada satu perkara 'cantik'. Dan semestinya ungkapan 'cantik' ini merujuk kepada wanita. Lelaki kalau cantik, namanya mak nyah. Hahaha. Sukar sebenarnya untuk aku terangkan secara detail.Tetapi rasanya tidak ada masalah untuk mengenal samada cantik atau tidak.
Mungkin ada yang akan mengatakan cantik itu berbeza dari orang yang berbeza. Oleh itu, untuk mengelakkan ada yang berkata begitu, cantik untuk post aku ini adalah cantik bagi kebanyakan orang melihat mestilah terutamanya lelaki. :)

 
(this is the most beautiful woman --- for me)

Persoalannya..
Adakah 'cantik' itu penting.?

Pada zaman sekarang, 'cantik' adalah antara perkara yang penting bagi seorang wanita. Pentingnya kecantikan wanita itu sama seperti pentingnya duit bagi seorang lelaki. Itu memang tidak dapat disangkal lagi. Kerana memang ada bukti dan huraian yang mengatakan perempuan cantik akan dapat banyak kelebihan berbanding perempuan yang 'kurang cantik'. Lihatlah sekeliling anda, perempuan cantik begitu senang untuk mendapat perhatian berbanding perempuan yang kurang cantik.

Kalau aku sudah buat penyataan seperti di atas, kenapa aku bangkitkan pula isu, Penting ke Cantik.?

Selepas anda baca ini, anda akan faham kenapa aku buat entri ini.
(berita sumber hmetro - minggu lepas aku rasa)

Kejutan Gila Hari Jadi
 
isteri kantoi curang
 
“Hancur hati apabila melihat isteri terlebih dulu merayakan ulang tahun kelahirannya dengan lelaki lain dalam bilik hotel, sedangkan saya membeli kek kesukaannya dan sejambak bunga untuk diraikan bersama di rumah,” luah seorang suami yang kecewa dengan perbuatan curang isterinya apabila ditangkap khalwat, awal pagi semalam.

Tidak lama kemudian, keluar pula dalam akhbar kosmo.

Isteri enggan mengaku khalwat
 
isteri kantoi curang

Seorang pegawai Imigresen wanita yang ditangkap atas dakwaan berkhalwat pada hari lahirnya bersama seorang lelaki berketurunan Cina di sebuah hotel minggu lalu mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam.
Harlina Harun, 33, yang bertugas di Pejabat Imigresen Sungai Petani,

Sekali pandang, memang tidak dapat disangkal, perempuan ini memang cantik. Ya, aku melihatnya sebagai seorang yang cantik.
Tetapi itulah hakikat yang berlaku dalam zaman serba moden ini. Cantik atau tidak bukanlah jaminan berperangai baik.

Pada pandangan aku, cantik itu memang penting sungguh aku tidak tipu kerana aku juga pertama kali akan melihat kepada kecantikan.
Dan aku rasa begitu juga dengan kebanyakan lelaki lain di luar sana.
Memang sudah lumrah lelaki akan melihat kepada kecantikan seseorang wanita.
Mungkin hanya sedikit lelaki melihat perempuan dari sudut lain.

Tetapi.
Tidak ada gunanya cantik jika perangai mengalahkan binatang.

Dan
Lagilah tidak berguna kalau sudahlah tidak cantik, perangai juga mengalahkan binatang.
http://1.bp.blogspot.com/_wGCq5-udNl8/SXwFaZjxfvI/AAAAAAAAChM/zIghUCKh4CU/s400/isteri+curang.jpg

p/s: Entri ini juga bermaksud kepada orang lelaki. Dan untuk entri ini, untuk menjadikannya lelaki, anda tukar sahaja perkataan cantik kepada hensem (atau pape yang berkaitan )dan kes merujuk kepada lelaki yang curang. 


Footnote: I think people now-days just are the same. Man or woman totally SAME. For me cheating is a very stupid action.



Till Then,
-xoxo-



No comments:

Cakap-cakap / Disclaimer

Syazana.Story.Glory©

Hanya catatan peribadi sahaja.

I Love Stalker !

Busuk.Org